CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

Sharnaaz Ahmad Lulus Pemeriksaan Otak

[Copy link]
Post time 25-2-2014 01:40 PM | Show all posts
kodoklawa posted on 25-2-2014 01:35 PM
bukannya tengking dgn bahasa kesat pun...kan!

mungkin kaka lisda termalu kot sbb tengkingan tu..
kalau aku jadi kaka lisda, aku tengking balik nanaz
biaq sama2 malu
p cita kat press mcm buang karan ja..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 01:45 PM | Show all posts
ais_kosong posted on 25-2-2014 01:40 PM
mungkin kaka lisda termalu kot sbb tengkingan tu..
kalau aku jadi kaka lisda, aku tengking  ...

aku dulu pun mcm lis juga..kena tengking memang laju aje air mata mengalir dropwater face tau..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 01:47 PM | Show all posts
kodoklawa posted on 25-2-2014 01:45 PM
aku dulu pun mcm lis juga..kena tengking memang laju aje air mata mengalir dropwater face tau..h ...

bila selalu kena tengking ngan boss sewel
tu yg kalis tengking


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 01:53 PM | Show all posts
mixed posted on 25-2-2014 01:37 PM
Saya bukan kaki gaduh’

Kuala Lumpur: “Saya takkan bergaduh (seperti dicabar), sebab itu bukan b ...

ala poji..ko muka jer gengster..tp aku rs bkn jnis berani gaduh tumbuk2..klu bab2 nk mengayat pompuan mmg ko la hero..smpaikan anjoulie pn ko nk ayat
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:02 PM | Show all posts
semoga setel dgn cara baik
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:08 PM | Show all posts
novlin posted on 25-2-2014 12:50 PM
Kan gua dh ckp.... ekekekkekeeee

havoc....

lagu yg paling aku menyampah sekali....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2014 02:08 PM | Show all posts
nak tahu pasal nadia..i know lis menang saman, pasal fitnah kan? sape2 leh bg details pasal nadia fitnah apa? n siap betul siapa salah tu rse ramai cakap lis yg salah, kenapa? plis gtaw..


kaka peah memohong...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:17 PM | Show all posts
Poyo la ko Poji..
kasi makan pala lutut kang , baru tau..
melebih2 pulak kasi statement..dah Lisda tu bini ko..tentu2 ko bela dia., ko dah pergi jumpa pengarah,penerbit n crew2 produksi ke untuk tahu cerita sebenar?
Jangan sebab bini ko mengandung..ko guna kan itu sebagai modal untuk meraih simpati..
Kalau tak kena tengking dgn Nanaz pun..bini ko tu mmg ada darah tinggi pun..dah kalau shooting pun dah penat, letih n drive lagi..ngan bawak perut memboyot.
alasan tak leh pakai sgt kena tengking terus BP naik
orang mengandung ni jangan kata BP naik..yg tak ada kencing manis pun boleh ada..

sekaliiiii akuuuuu...aishhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 02:18 PM | Show all posts
scythe_blade posted on 25-2-2014 01:14 PM
kenapa panggil nanas nie jebat

sian ko, mesti bingung, meh aku bagitau

drama dia berlakon tu nama dia dalam tu jebat

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:23 PM | Show all posts
cikperiukkera posted on 25-2-2014 01:15 PM
Aah... Smpai siang mlm nadia jual mi rebus kn noksss? Blakon pn jarang skrg & laki heols kene puku ...

lepas dia kalah saman tu ade pulak kene ragus...jatuh di timpa tangga..bertingkek2..


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:24 PM | Show all posts
peah311 posted on 25-2-2014 02:08 PM
nak tahu pasal nadia..i know lis menang saman, pasal fitnah kan? sape2 leh bg details pasal nadia fi ...

Kes saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar yang difailkan sejak tahun 2005 akhirnya sampai ke penghujungnya. Kes saman ini telah pun dimenangi oleh Lisdawati. Sementara Lisdawati angkat tangan kegembiraan, Nadia pula menepuk dahi kerana perlu melangsaikan saman sebanyak RM250 ribu dengan kadar faedah 8 peratus setahun.
Mari kita refresh semula memori masing-masing, pada tahun 2003. Nadia Mustafar telah memfitnah Lisdawati kononnya dia meminjam sejumlah wang tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser dan pengarah untuk mendapatkan tawaran berlakon. Lisdawati menerusi Karpal Singh telah menyaman Nadia pada tahun 2005.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:24 PM | Show all posts
peah311 posted on 25-2-2014 02:08 PM
nak tahu pasal nadia..i know lis menang saman, pasal fitnah kan? sape2 leh bg details pasal nadia fi ...

lis pinjam duit tak bayar kat kawan nadia nih...tapi agaknye bukti tak ckup..nak lagi lis pakai karpal singh..memang memutar belit la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:25 PM | Show all posts
boleh x aku nak hangin kat saksi kejadian?
kalau xnak cita jgn la kasi hint
dok ke hulu ke hilir "kami ada kami tau cita sebenar"
lempang juga kang
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:28 PM | Show all posts
xsabar nak tgk galaksi... harap kiah propa menjemah kes sanaz nih... hak3

apa pon still xleh hadam sanaz @ ganaz
lisda & laki korang wat hal ker si sanaz wat hal ker korang tanggung sendiri aku nak tolong gelaks jer nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:31 PM | Show all posts
katak hijau posted on 25-2-2014 02:24 PM
Kes saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar yang difailkan sejak tahun 2005 akhirnya sampai k ...

nah pantun untuk kamu




tenkiyu,
ailapyu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:31 PM | Show all posts
lil_honey posted on 25-2-2014 02:24 PM
lis pinjam duit tak bayar kat kawan nadia nih...tapi agaknye bukti tak ckup..nak lagi lis pakai ka ...

nah pantun untuk kamu




tenkiyu,
ailapyu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 02:34 PM | Show all posts
ZaraPalarae posted on 24-2-2014 06:25 PM
aku check in balik petang ni semata nak kata aku ttp #teamsharnaaz
gi mampos la klu korang nak kate ...



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:35 PM | Show all posts
ais_kosong posted on 25-2-2014 02:25 PM
boleh x aku nak hangin kat saksi kejadian?
kalau xnak cita jgn la kasi hint
dok ke hulu ke h ...

kaann..kalau nak cerita, cerita je lah. kalau taknak, tutup mulut terus tak payah nak bagi hint hint



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:38 PM | Show all posts
"KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS.

"Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan.

"Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya.

Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya.

Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata:

"Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat.

"Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya.

Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya.

Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.


Bukan cari kontroversi - Fauzi

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi Zass menegaskan, keputusan dia dan isterinya untuk membuat laporan polis bukanlah kerana mahu mencari publisiti murahan atau kontroversi.

Sebaliknya dilakukan kerana mahu melindungi isterinya selepas aktres itu ditengking dan diserang Sharnaaz di lokasi penggambaran.

"Saya bukannya artis yang memerlukan kontroversi untuk dikenali. Saya dah berkecimpung dalam industri hampir 18 tahun dan saya tak perlukan kontroversi. Malah saya mahu lari dari kontroversi.

"Namun tindakan Sharnaaz menengking dan menyerang Lisda di lokasi agak keterlaluan, apatah lagi Lisda kini sedang mengandung. Laporan polis yang dibuat adalah bertujuan untuk melindungi diri dan memudahkan saya membawa Lisda menjalani
pemeriksaan kesihatan di hospital akibat tindakan Sharnaaz itu.

"Dan keputusan pemeriksaan memang sudah dijangka apabila doktor mengesahkan tekanan darah Lisda naik susulan kejadian itu. Sebagai suami dan bapa tentulah saya risau dengan keadaan isteri dan anak dalam kandungan tersebut," jelasnya.

Fauzi berkata, sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, dia sudah cuba mendapatkan penjelasan Sharnaaz termasuk mengajaknya berjumpa.

Namun Sharnaaz seolah-olah mahu berjumpa untuk bertumbuk dan membuatkan dia membatalkan keputusan untuk berjumpa Sharnaaz.

"Saya bukan budak-budak lagi dan masih waras. Jadi saya ambil keputusan untuk maafkan sahaja tindakannya, tapi dia pula macam tak puas hati," katanya yang turut berpesan agar Sharnaaz tidak terus bersikap ego untuk kebaikannya pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 02:40 PM | Show all posts
Mireya posted on 25-2-2014 02:35 PM
kaann..kalau nak cerita, cerita je lah. kalau taknak, tutup mulut terus tak payah nak bagi hint hi ...

ada jugak sependapatan ngan aku
nanaz nak diam hak dia la..
hat tiada kaitan diam kalau dilarang oleh nanaz
kalau rasa diri molia dan terpanggil nak bersihkan nama nanaz yg baik itew
buat la betui2.. ni hint ja memanjang

sekian curahan perasaan patik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.129826 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list