|
[Jenayah]
Kantoi curi henfon di lowyat....! UPDATE Bideo FULL dari PDRM page 1
[Copy link]
|
|
afdlin x cakap camtu laaaa...tu macai umngok edit
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi video tu penting utk tgk dan confirm betul ke melayu kena pukul.. unless video tu tipu dan edited..
|
|
|
|
|
|
|
|
harap cekup unkel sekali
semoga unkel beraya dalam lokap
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi macai2 felda pprt ni yang tak puas hati walau pun kantoi....
tu lah, dah biasa backup perompak ameno, mara, 1mdb, fgv, etc...sampai kan pencuri henpon pun nak di backup nya... |
|
|
|
|
|
|
|
wira melayu....robbing hud |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya kerana HP Lenovo cikai sebijik yg berharga RM799 yg dicuri oleh Mat Pet.....Malaysia hampir menerima nasib yg sama macam Yugoslavia....yg sekarang telah berpecah kpd Serb, Bosnia, Croatia & Macedonia. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa lah ummah felda pprt ini sis.
minda hauk
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu saya dah ckp..kalau nak berlaku pergaduhan kaum bukan susah mana pun.
Nah..pasal hphone je ada yg pecah pala pecah muka..belum lagi isu sensitif spt penghinaan terhadap bangsa dan agama. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gaduh2... tak lama lg nak raya
Klip Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Saloma Jadi Viral
PETALING JAYA: Sebuah klip video yang memaparkan sekumpulan remaja Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya, nyanyian Saloma semasa menaiki kereta api menjadi viral.
Klip video berdurasi 30 saat itu dilihat sebagai tanda perpaduan terutamanya selepas insiden rusuhan di Plaza Low Yat pada Ahad lalu.
Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter, Arisya pada malam Isnin dan ditwit semula lebih 4,000 kali.
“Padunya Chinese pun nyanyi lagu raya dalam KTM!," tulis Arisya.
Seorang pengguna Twitter juga kagum dengan mesej positif yang disampaikan menerusi klip video tersebut.
"Ia sesuatu yang indah," tulis pengguna @AnihAzmi.
“Rakan India saya pun pasang lagu raya kat office,” tulis pengguna @Zulfahmiabsalam.
Klip video tersebut turut mendapat like lebih 1,600 oleh pengguna Twitter yang lain.
Namun, tidak diketahui tarikh sebenar klip video tersebut dirakamkan.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/14/klip-video-saloma/
bideo: https://twitter.com/sekuntum_isya/status/620821425117474816
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Anak_Nogori at 15-7-2015 12:39 AM
Nah..sekarang sebut 13 mei pun dah jd sensitip plak..bukan suruh gaduh pun...tu pun tetiba sensitip... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah batak sgt jadi racist berambuslah dari Cari.yg pegi merempat dlm forum cina punya neh apa kes |
|
|
|
|
|
|
|
datang bulan kot
|
|
|
|
|
|
|
|
ni baru pecah pala pecah muka...lum ada yg mati lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
rugi.............................. |
|
|
|
|
|
|
|
ella. posted on 14-7-2015 01:00 PM
ah pek baju hitam badan besar tu kira abang kawasan ke? nampak cam dia try nak leraikan gado. sampai ...
dia owner kedai tu la |
|
|
|
|
|
|
|
mesti yg kena tu trauma seumur hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu area Batu la ni....kawasan kadar jenayah tinggi...banyak perumahan dbkl dan pprt...
Paling penting ramai yg sokong umnoumno di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Masukkan je budak Melayu KL ni dlm jail...most of them x boleh compete dengan pendatang luar KL...yg mana level education lebih tinggi dan penguasaan bhs Inggeris yg lebih baik.
Yg tahu jadi pukida umno samseng. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu yg educated kebanyakkan dr Selangor mcm di kawasan PJ, Bangsar, dan Subang Jaya....cuba compare dgn Melayu kawasan Batu, Keramat, Cheras.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Anak_Nogori at 15-7-2015 02:25 AM
Insiden Low Yat, siapa ‘kencing’ siapa
CORETAN MARHAEN ([email protected]) | 15 Julai 2015 1:08 AM
0 0 Google +0
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) bercakap pada sidang akhbar di pekarangan lobi Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, kelmarin UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
RAMAI yang sudah tahu tentang insiden Plaza Low Yat. Di mana-mana kini orang memperkatakannya. Dan di mana-mana kini juga orang mengambil kesempatan daripadanya. Orang biasa, orang politik, NGO, gangster, taukeh kedai, semuanya tiba-tiba ada pandangan dan cerita yang hendak dikongsi dan ditokok tambah tentang Plaza Low Yat.
Semuanya tiba-tiba ada pengalaman ditipu peniaga di situ. Dan ramailah yang merasa sakit hati apabila diungkit kisah-kisah ‘dikencing’ peniaga di Plaza Low Yat.
Walaupun mungkin banyak juga cerita yang ditokok tambah oleh keyboard crooks yang kerja dan hobinya tidak lain daripada seronok melihat ‘hasil tangannya’ menjadi viral.
Segala fakta dan logik ditolak ke tepi kerana yang penting kini cerita itu cukup ‘berminyak’ dan ‘berkrim’ untuk dikongsi. Tanpa menghiraukan implikasi dan akibat yang menanti, kekecohan yang bunga-bunganya sudah pun kita lihat bermula malam kelmarin.
Ketika itu punca insiden Plaza Low Yat sama ada ‘kes curi telefon’ atau ‘kes pelanggan ditipu’ sudah tidak penting lagi gara-gara sentimen kaum yang sudah dijadikan perencah dalam cerita asal tadi. Sedangkan apa kena-mengena kes curi dan kes tipu dengan kaum, warna kulit, keturunan atau bangsa.
Pencuri adalah pencuri, tidak kira orang Melayu, Cina atau India. Peniaga yang menipu juga tidak mengira kaum. Begitu juga pelanggan yang kena tipu. Bukan pelanggan Melayu sahaja yang pernah kena tipu, pelanggan Cina dan India pun mengalaminya, lebih-lebih lagi pelancong asing.
Begitu juga bukan peniaga Cina sahaja menipu kerana ada juga kes melibatkan peniaga kaum lain.
Malang sekali apabila kes-kes jenayah dipakaikan wajah kaum kepada pelakunya sehingga mencetuskan syak wasangka, saling mencurigai, pandangan serong serta tidak puas hati terhadap kaum-kaum tertentu dalam negara ini.
Insiden Plaza Low Yat membuatkan kita tertanya-tanya sejauhmanakah kita sebagai rakyat negara majmuk ini saling mempercayai atau setidak-tidaknya menghormati sesama kita warga Malaysia.
Yang pasti insiden terbaharu ini membuka mata kita akan betapa rapuhnya benteng keamanan dan kedamaian yang kita nikmati sekarang. Hanya dengan sedikit jentikan mampu merobohkan jambatan persefahaman yang dibina selama ini.
Lebih-lebih lagi memang ada anasir yang menunggu-nunggu peluang menyucuk jarum curiga, prasangka dan sakit hati. Berhati-hatilah sebelum nasi menjadi bubur.
Sebagai anak Malaysia yang lahir dalam tahun tragedi 1969, penulis faham sangat natijahnya apabila sentimen perkauman yang senipis kulit bawang ini diusik.
Cerita duka, jerit-perih dan nestapanya telah diturunkan sejak penulis bayi lagi.
Yang pasti tidak ada ‘pemenang sebenar’ jika berlaku persengketaan di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Insiden Plaza Low Yat mungkin kes jenayah tulen. Namun lihatlah betapa cepat dan pantas sekali menyemarakkan api perkauman yang jika tidak dibendung mampu menjadi sel barah yang akan merebak ke tempat-tempat lain.
Pada masa yang sama insiden ini juga membongkar banyak cerita rakyat marhaen yang menjadi mangsa kapitalis di plaza bergelar Pusat IT Malaysia itu. Sudah tidak lagi menjadi rahsia rupa-rupanya Plaza Low Yat terkenal dalam kalangan mereka sebagai lubuk barangan tiruan yang mungkin sahaja original tetapi tanpa cop Sirim kerana masuk secara underwater.
Dalam hal ini pihak berkuasa tidaklah wajar menutup mata dan memekakkan telinga. Hakikat yang premis sebegitu sudah menjadi ‘lubuk’ menunjukkan berlaku ketirisan dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang negara kita.
Tentulah bukan imej ini yang hendak kita popularkan kepada dunia. Tentu sahaja kita juga tidak mahu Plaza Low Yat menjadi tarikan pelancong sebagai lubuk barang tiruan dan pusat ‘kencing’ pelanggan. Bertindaklah secara saksama, tanpa fear or favour.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.fRhDnfM6.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
| |
|