CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 6-2-2016 04:09 PM | Show all posts
mami boleh faham  sakit yg cik clover tanggung masa berubat tu. Yg lainnya ialah cik clover berubat dengan orang yang sahih boleh berubat,  mami kena pelekuh dgn orang yg kununnya pandai berubat. Ni cerita lama dah.

Dia balun mami, tumbuk sampai lebam mata cam mata Anwar tu, sepak terperunyuk celah tangga, pastu cekik mami tak sangga. Jenuh orang mai tolong pelepaih mami. Dia kata dia pukul hantu bukan pukul mami. Orang jantan pukul kita orang perempuan ni cuba bayangkan.  Tu la dia, pi doktor nak ambik mc, jenuh nak explain pasai apa leher lebam mata lebam badan lebam, kes dera ka apa.

Dengaq org kata ada orang pandai berubat kita ni pi la, dia tanya sakit apa kita ceghita la kat dia, tetiba huk tidak hek tidak, bagi penerajang ,terperunyuk bawah tangga. Ingat balik nak tergelak pun ada. Macam2 kes berubat ni.

Mami doakan cik clover cepat sembuh na. Takpa la sakit badan,sabaq la orang tu nak tulung cik clover.Semoga dugaan ini mendapat ganjaran pahala sabar dan tabah dari Allah.Amin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 12:43 PM | Show all posts
tuan lawyer CH, meols ambik masa 2 minggu nak khatam citer uols...semoga uols berjaya menentang laknat syaitan dorjana itu...semoga TT tabah dgn istiqamah dalam berubat
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:43 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-2-2016 06:52 PM
Okeh....stil no.kaka 0111 tu ok....

lagi?? 0111 ape lagi kak noor?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 12-2-2016 12:43 PM
lagi?? 0111 ape lagi kak noor?

Hihi...dek kentel baca topik abg rusdi tu...lawak gila...pandai dia garap cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:18 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-2-2016 12:54 PM
Hihi...dek kentel baca topik abg rusdi tu...lawak gila...pandai dia garap cerita...

yang mane je kak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 12-2-2016 02:18 PM
yang mane je kak?

X reti guna hp....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 03:24 PM | Show all posts

pastu slama ni akak guna ape? batu giling ke main porem ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 12-2-2016 03:24 PM
pastu slama ni akak guna ape? batu giling ke main porem ni?

Nak paste link.thread guna hp.x reti.dek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 04:10 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-2-2016 03:55 PM
Nak paste link.thread guna hp.x reti.dek....

hahaha...kelakar tak kentel buat lawak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 12-2-2016 04:10 PM
hahaha...kelakar tak kentel buat lawak ni?

Ngengader......hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:33 AM | Show all posts
Semoga cepat sembut ye TT.. semoga Allah permudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:35 PM | Show all posts
ya Allah.. 2minggu tak baca update, kesian sungguh dengan kakak clover..

semoga kakak clover baik2 dan cepat sembuh dr penyakit gangguan jin ni yer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 4-2-2016 10:19 PM
Thanks atas nasihat...namun saya rasa tak boleh nak diam sebab benda tu asyik dok order saya janga ...

salam sis,
saya baca cerita sis, seolah 60% baca kisah hidup sendiri..tak sangka ada orglain yg alami apa yg sy alami.

sy mcm sis, bila dirukyah, tangan kanan akn bgerak,mcm menari..saya sedar, tp xblh control.

saya pun selalu btangguh utk dpt rawatan..sbb sy fikir sy ok..sy sihat..smpai sekarang sy masih btangguh..

hidup sy porak peranda.sy hilang semuanya..sy 'panas' dgn org keliling..seolah diaorg benci saya..sy rs sy btahan sbb ank2 saya..tu je reason dia..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
physics2 replied at 20-2-2016 10:54 PM
salam sis,
saya baca cerita sis, seolah 60% baca kisah hidup sendiri..tak sangka ada orglain yg  ...

Wslm..my dear akhir..

Pls...i beg you..do something..seek helps..staying in denial and ignorance bring you nowhere...saya faham..i used to be in your shoes..thus i understand..tapi..pls..dont lets that makhlok laknatullah gets us..controls us..bukankah syaitan dan iblis sudah berjanji saat mereka dihumban keluar dari syurga ketika krisis pengikhtirafan Nabi Allah Adam sbg khalifah,akan menyesatkan umat nabi Adam hingga kiamat? Misi kita,gagalkan usaha mereka!

This is our body, they dont have any right to have it! Percayalah..masalah jiwa, tekanan perasaan - hasil cucukan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 17-2-2016 02:35 PM
ya Allah.. 2minggu tak baca update, kesian sungguh dengan kakak clover..

semoga kakak clover baik ...

Thanks munge....ahkak rs makin ok walau x pulih sepenuhnya lagi...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 08:23 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 21-2-2016 10:29 AM
Thanks munge....ahkak rs makin ok walau x pulih sepenuhnya lagi...huhu

syukurlaa.. kuasa Allah swt jugalah yang maha hebat.. yang penting hakak dah usaha..

keep it up kak.. saya doakan akak selalu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2016 06:43 PM | Show all posts
Halamak...abam medam dah kasik kaler plak gobok sepi aku nih..
Pink lagi..macam tau-tau jerk kaler kesukaan aku...

Tapikan..rasa bersalah nyee la..bukan best pun gobok aku nih..sedangkan terid-terid yang mendapat kaler ni selalunya yang mantop-mantop saja jalan ceritanya.
Gobok aku ni pulak..ermmmm..banyak sawang dari intan (apelaaa yang aku meraban pepetang hari ni..?)

Takpelah..aku cubala share mana yang ada nih.
Bukan segan nak berkongsi, tapi entah..tiap kali aku nak menaip, tiap kali tu jugaklah batang tengkuk belah kiri ni menyakitkan diri (anak-anak, sila jangan guna tatabahasa yang menyimpang dari landasan ni tau, meroyan cikgu bm korang). Ibu jari kiri pun asal aku bukak porum jerk(mps spesifiknya) mulanya stat merenyeh-renyeh.
Berhantu sungguh mps ni..hahahaa..

Ok abaikan.

Nanti aku share yang aku dah taip separuh tapi tak jadi nak post.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 06:57 PM | Show all posts
LEPAS SESI BERUBAT

Awal-awal aku nak warn, apa yang bakal korang baca ni mungkin macam kelakar..mungkin macam tak logik..mungkin macam mengarut.. mungkin macam-macam. Segalanya mungkin.

Tapi tulah yang berlaku..aku sampai this moment rasa macam hape jerk. Tak tau nak describe perasaan macam mana..tapi kalu penah layan inside out, time si Riley lari dari rumah dan semua perasaan angry, disguise, cold kelam kabut tak tahu nak buat apa, haaa macam tu lahhh aku rasa. Zero.

Tapi takpe..aku share lah jugak, especially untuk kawan-kawan alam maya yang tak putus-putus tanya kabar. Thanks all..Aku baca komen korang…and I appreciate it much..cuma aku takde zuuk nak reply satu-satu. Nak bercerita pun takde semangat. MPS ni macam cursed dah pada aku.huhuh. Ehh korang janganla kata mps ni berhantu pulak. No..tu aku sorang jer rasa. Mps ni ok-ok aje…☺

Dan aku tak kata apa yang bakal aku story ni ada perkaitannya dengan gangguan or benda mistik.
Just nak habaq pi betapa haru biru dan kacau bilaunya hidup aku lepas berubat 1.2.16 haritu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 07:03 PM | Show all posts
Sehari selepas berubat, Selasa 2.2.2016 walau badan ada rasa ringan tapi tetap rasa letih nak demam. Malah makin rasa kuat panas badan. Tapi aku gagahkan jua diri ke opis walau sepanjang jalan drive aku lali lalok macam orang baru lepas pekena ganja.

As a result, aku hijek terid si hest banyak-banyak sekadar nak deviate rasa lemah. Lebih parah bila aku baca ayat yang abam limim beri suruh amal tu, tetiba saja rasa nak menangis tak tentu pasal. Bukan rasa lagi dah, memang DAH ternangis pun, sama macam keadaan aku mula nak kene posses masa berubat haritu. Aku kata ini keje gila. Kang aku melalak dalam opis ni sengsorang sape pulak nak tolong! Dalam pada dok sedu sedan tu, aku cuba kawal minda. Pejam mata rapat-rapat sambil zikir kuat-kuat dalam hati. Bibir dah getar-getar tapi tetap aku cakap dalam diri, kene lawan, kena lawan. Sambil tu aku saiko diri sendiri..ini semua mainan minda..ini semua mainan hati dan perasaan..ini semua fake!

Still tak banyak yang berubah, badan aku tetap longlai cuma aku tak hilang kontrol. Good for me, at least aku masih boleh melangkah ke kereta dan memandu pulang.

Esoknya Rabu 3.2.2016 demam aku makin menjadi. Tok hubbi tak kasik aku pi opis. So pergilah kami ke klinik panel dan dapat mc dua hari. Rabu dan kamis aku belasah tidur dari pagi sampai ke petang. Bangun hanya untuk solat dan makan. Selesai dua perkara ni, aku tumbang balik.

Malamnya aku bermimpi. Mimpinya aku macam pegi ke dalam hutan dengan hubbi dan anak-anak, nak beli tanah. Jumpa la tanah yang nak dibeli tuh, tapi jauh ke dalamnyaaaa lokasi. Di kawasan tu ada sebuah pondok kecil. Masa nak masuk pondok tu, tetiba kami dikerumuni sekumpulan anak-anak kucing yang comel kerana kelaparan. Tengah aku melayan anak-anak kucing tu, tetiba datang seekor werewolf berbulu hitam lebat, kepala besar tubuh kecik nak terkam aku. Dengan muka yang separa robek hingga Nampak tulang pipi, owhh ngeri giler! Nak lari tak mampu. So biar jelaa dia dok keliling aku beberapa ketika. Dia tak buat apa, tapi just pusing-pusing. Lepas tu dia hulur tangan dia kat aku..dan aku Nampak tangan dia berdarah. Lepas aku sambut tangan dia, aku terjaga. Terus terfikir..haishh kenapalaaa aku sambut tangan dia tu tadi..??? Dalam mamai boleh lagi berfikir..korang rasa?

Tapi aku pujuk diri..alaaah..mimpi jaah kot. Mainan tidur semata.

Mainan mainan pun, aku dah nekad aku mesti cerita jugak kat tok hubbi. Selama ni aku peram sengsorang jer apa jua mimpi aku, baik mimpi indah mahupun mimpi buruk. But not this time.
Biarlah dia nak kata aku merapu ke, aku sasau ke, aku ape ke…aku kabo jerk semua ke dia. Biar dia tahu. And guess what, reaksi dia langsung tak sama seperti sebelum-sebelum ni. Seakan dia pun dah boleh realize tak semua yang bini dia alami semuanya fantasi dan karutan semata.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 07:19 PM | Show all posts
Jumaat,4.2.2016, demam still tak kebah. Atas nasihat doktor panel, aku ke klinik government pulak untuk ambil darah. Katanya kalau by Friday aku tak elok juga demam, kene pi amek darah takut denggi plak demam lama-lama nih. Takdela aku cerita punca aku demam ni sebab pi berubat kat darul shifaa sampai lebam-lebam anggota badan bagai.

Cerita di klinik kesihatan, bila bagitau aku demam dah lima hari, macam biasalah doktor suruh pi makmal amek darah. Sambil tu jugak doktor suruh aku buat UPT. Aku like..huh??? Ape hal plak ke situ peginya doktor ni. Bendera japang aku baru tiga hari kot delay, ntah tang mana tersangkutnya. Tapi delay sehari dua, even seminggu ni stendek kot aku rasa bagi wanita-wanita yang idup bergelumang dengan tekanan. Perubahan hormon, normal kot.

Tapi dah dia expert, dengar jelah. Ok fine. Cara laki aku pandang aku pun dah semacam..penuh harapan. Ye..aku tak nafi dah lama dia ngarapkan anak. Awe pun dah 6 tahun. Aku jelaa dok rasa dalam zon selesa so nak kata mengharap tu takdelaaa aku nye..haha. Pada aku dah ada sepasang ni padan dah koooottt…nak buat apa banyak-banyak? Quality is prevailed than the quantity kekdahnya…ngagagagaa.

Buat apa yang patut, then serahkan specimen kat lab. Sementara menunggu result, borak-borak la aku dengan tok hubbi sambil tenyeh-tenyeh tempat amek darah tadi. Mencik tul aku part amek darah ni tapi sempat jugak aku membayangkan keadaan ni lah yang akan aku lalui kalau betul upt tu positif. Adehhhh…lemah semangat den.

Dalam pada dok menunggu tu, tetiba jerk tok hubbi aku bersuara..
“abang rasa yang u mimpi pasal werewolf tu, agaknya dia nak pulangkan apa yang dia penah amek dari u tak..?” Aku macam..amek dari I? Ape yang dia dah amek..? Biasalah, aku ni kan bangsa blur.

“Yelah..mana tau selama ni dia dok pinjam ur soul, your body..now dia dah kembalikan semula pada u…”

Aku..ermmm..ntah lerrrr..ape-ape jeelaaaaa. Malas nak semak dengan benda-benda yang belum tentu sahih nih.

Then namaku dipanggil. Sikit pun takde dukdakdukdak ape. Stedi medi jah aku sambar kertas result. Yang tang darah tu tak reti la aku nak describe apa. Aku bukan budak medic pun after all. Tang UPT tu…errrrrrrrrrrr……….
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.399434 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list