CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]
Post time 25-4-2009 01:20 PM | Show all posts

DOA

Pada tahun 2003-2006 adalah tahun2 perit bg aku. Sblm tahun 2003, kami sentiasa dapat projek utk mencetak soalan daerah di tempat kami. Jumlahnya dalam RM200k sthn. Mmg bg stgh org RM200k tu kecik, tapi bg aku ia sebahagian dr pendapatan aku.

Tiba2 pada tahun 2003, Jabatan Pelajaran mengambil alih projek ni. Semua proses mencetak diberikan kpd org2 yg mereka kenali tanpa memberitahu aku. Masa tu aku rase sgt2 terkejut. Tp terkejut pun nak wat ape, ape yg aku pk skang mcmana nak cover pendapatan aku yg hilang.

Sblm ni pendapatan aku menjlnkan biz lbh RM10k sbln, ko bygkanlah mcmana aku nak menghadapi pendpatn kurang dr tu selepas ni. Tp cubaan terus datang, biz aku ke sek2 tiba merundum, ramai supplier2 baru yg masuk ke sekolah. Persaingan kami sgt2 sengit. Biz aku terus merosot. Ini betul2 menduga katabahan aku. Aku hampir2 stop biz ni dan nak cari kerja. Walaupun back up dari family aku cukup kuat dr segi mental dan wang ringgit, tp aku segan nak mintak tlg dr mereka terutama pasal duit.

Masa tu aku masih ingat, aku terpaksa duk umah mak aku lbh 3 bln coz aku x mampu byr bil api air umah aku yg dah kene potong. Kereta dah nak kene tarik. Nasib van aku dah abis bayar, kalu tak, mau kene tarik jugak. Wife aku dah terfikir nak kuarkan kwsp dia utk bantu aku, tp mak aku x bg. Masa duk umah mak aku, byk la nasihat dan kata2 yg terpaksa aku telan. Ye la, kalu kita tgh teruk, nasihat pun rase pahit. Mals nak dgr.. Tp bila aku muhasabah diri, mmg betul ade kesilapan pd aku.

Mak ayah aku minta aku ingat semula samade aku pernah tersombong, terriak, ter ape2 yg tak elok mase biz aku naik dulu. Rupa2nya bila aku kenang2 balik, mmg aku ade riak skit walaupun dlm hati. Tersombong, ter lain2 tu rasenya takde. Mungkin Allah nak sedarkan aku sblm aku tersombong lupa dunia.

Kemudaian akak aku bg nasihat, dia ckp, byklah DOA lepas2 sembhyang tu, minta ampun dan DOA selalu. Baca ayat seribu dinar, surah waqeah. Wat semayang hajat dan dhuha. Selepas itu aku cuba wat semua ni, rupanya di situ ade ketenangan dan rezeki. Walaupun memakan masa, alhamdullillah, Allah hampir kembalikan semula rezeki2 aku. Tp biasalah, manusia mudah lupa. Yg semayang sunat tu dah jrg2 wat, cuma aku tak lupa berdoa dan baca ayat seribu dinar setiap kali lepas semayang.

Aku harap korang yg menghadapi kesukaran dalam biz atau kehidupan, korang cubalah kembali kepadaNYA. Minta, rayu kpdNYA agar korang diberi taufik dan hidayah dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah, aku yakin kita mesti berjaya. Dan apabila kita sudah berkemampuan, kuarkanlah zakat dan jgn takut nak bersedekah, kerana didalamnya ada keberkatan yg tidak ternilai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by Yeehaa74 at 25-4-2009 13:20
Pada tahun 2003-2006 adalah tahun2 perit bg aku. Sblm tahun 2003, kami sentiasa dapat projek utk mencetak soalan dae
rah di tempat kami. Jumlahnya dalam RM200k sthn. Mmg bg stgh org RM200k tu keci ...


cerita saudara memberi kesedaran kepada saya.
bersabarlah.. mungkin ujian buat saudara...
tak selalunya langit sentiasa mendung. hidup kita memang ibarat roda. kadang kala kita diatas. dan kadang kala kita dibawah.. cuba lagi usaha.. saya harap saudara berjaya mengahadapi ujian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 01:43 PM | Show all posts
TQ. bak kata org, tanpa cabaran dimana letaknya kemanisan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 02:46 PM | Show all posts
huhu..aku pun dulu start meniaga kecil-an..dah lingkup dah skrg nie..sbb org berhutang ramai sgt..dr sedara mara..kawan2..
mmg satu kesilapan..
tapi aku anggap itu adalah satu ilmu..mcm kad kreditlaa..org dah tau kad kredit bahaya..tp still ramai amik dan berbelanja gila2..last2 terlingkup ngan interest.pastuh slow2 byr dan potong kad kredit tuh..
yang kad kredit nie pun aku terkena..takpe..itu satu lagi ilmu...
no money..no beli laa...
wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 03:22 PM | Show all posts

Reply #664 ngepen's post

banyak pengalaman ko yer...
tapi baguslah...sebab kadang2 bende2 mcm ni kita anggap remeh...tapi sebenanrnya itulah penyebab kemusnahan dan kelingkupan...
takper..sama2 kita fikir sama2 kita kaji balik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 03:27 AM | Show all posts
aku pulak mula bukak kedai aircond kereta bulan ni.

tapi, sebelum tu aku keje workshop cari sparepart repair bas.waktu tu  banyak la biji aircond bas rosak.
asyik antar repair je pastu rosak.
sekaligus meningkatkan utang syarikat. kene tipo ngan cina air cond byk kali plak.

time bas nak jalan asyik rosak pastu jual gas aircond kat kat aku harga tinggi gila babas punya.



aku plak pastu mula ambik tau harga aircond.



terdetiknya aku bukak kedai aircond apabila kedai cina tuh welding bocor gas kat bas aku setitik! rm170.

aku pon terasa amat tertipu dan terus kata dalam ati yang aku nak bukak kedai aircond nak lawan dier.

nasib aku baik apabila diperkenalkan dgn man iaitu tok guru aku untuk aircond.

siang dier keje wshop risda, malam buat freelance.

oleh sebab slalu aku tgk dier repair aircond aku,secara tak langsung aku terbelajar.

dan semakin hari aku semakin cekap.

kemuncak aku tau pasal aircon apabila coil condenser yg aku cuci tapi waktu pasang masih ader air.

jadi aku terpaksa trace sumer paip aircond atas bas.

cuak juak, tapi sbb tu aku tau lebih kurang sumer pasal aircond kenderaan.

skg aku ader 2 budak keje yg amat rajin.

peace
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2009 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by hayatkekalmaju at 26-4-2009 03:27
aku pulak mula bukak kedai aircond kereta bulan ni.

tapi, sebelum tu aku keje workshop cari sparepart repair bas.waktu tu  banyak la biji aircond bas rosak.
asyik antar repair je pastu rosak ...


teruskan  berjuang sahabatku... ini adalah perjuangan.. jgn sia2kan.. kami berdoa agar ko berjaya.. insyaALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 24-4-2009 20:10
apa2pun. usaha lagi dan lagi... perlu percaya dan yakin... insyaALLAh siapa yg bekerja keras dan berusaha tanpa jemu... akan bertemu hasilnya... insyaALLAH dah dekat...


betul-betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 12:30 AM | Show all posts
Teruskan berusaha smp ke puncak kejayaan. Jgn toleh2 kebelakang dah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 04:09 PM | Show all posts
anyone get involved in service based biz such as legal firm, akirtek firm,accountant firm...maybe can share the idea and experience...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 05:45 PM | Show all posts
Salam,

Fuhh... setelah 5 hari dan 4 malam berjaya juga aku habiskan baca thread nih. Memang betul-betul menarik. Banyak ilmu yang boleh aku belaja. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang berkongsi cerita. Aku pun pernah berniaga dulu tapi tak mahu buka cerita lagi. Ape-ape pun keep posting supaya banyak lagi yang bole dipelajari oleh newbies cam aku.

Regards
Gianttora

p/s: aku pun nak jadi ketam yg berjaya keluar dari besen.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 02:28 PM | Show all posts

Reply #671 Gianttora's post

citer laaa... nak amik sebagai panduan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 08:44 PM | Show all posts
best gak meniaga time2 gawat nih....otak jd makin tajam...makin liar duk memikir....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 09:56 PM | Show all posts

Balas #673 faridali\ catat

btul tu bro.....sampai kdg2 terbawak dlm mimpi....
bila ler gawat ni nak abis...tak sabau nak mimpi2 indah lak....
tp best gak gawat2 cam ni...
rasa cam tgh perang lak...yg pandai cari peluang, bleh survive, kalo tak....almarhum....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 10:19 PM | Show all posts

Reply #674 wanusaha's post

hehehe.. pandai ko reka ayat nak tulis...

tahniah... teruskan usaha-wan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:22 AM | Show all posts

Balas #672 sinar_inspirasi\ catat

Kemudian saya cerita... tunggu bile saya dah berjaya dalam bisnes. Baru la best bile bukak cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2009 12:30 PM | Show all posts
seronok dengar cerita2 dari semua otai2 n semua yang berpengalaman dalam berniaga ni.. kadang2 rasa takut juga nak berniaga.. tapi disebabkan hubby beria nak berniaga dan suka berniaga miss ikutkan jugak... miss baru cuba2 tak tau nasib macamane.. terima kasih banyak2 pada forumer yang selalu berkongsi pengalaman kat forum ini... byk ilmu miss dapat... susah nak dapat ilmu mcmni... harap2 kita semua berjaya suatu hari nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 07:03 PM | Show all posts

Reply #661 Yeehaa74's post

insaf bila baca kisah u ni,
insyaallah nak amalkan solat dhuha dan lain2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 10:36 AM | Show all posts
buat makluman rakan2...
saya dah nekad akan berenti keje....bukak perniagaan sendiri
alhamdulillah dah jumpa tapak yg sesuai dan sewa berpatutan...tapi cabaran pertama....kena tipu oleh wakil tuan kedai....
bila jumpa sendiri dgn tuan kedai...baru lah terbongkar cerita sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 12:35 PM | Show all posts
Salamm semua....
Kalau masih ada yg tercari-cari, cuba link ni http://www.umimushi.webs.com
Mungkin ianya bersesuaian.... seposen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.087884 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list