CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CivicSI

MERGED SEMUA PASAL RUMPUT

  [Copy link]
Post time 17-8-2007 03:27 PM | Show all posts

Reply #659 akira1000's post

Giant sekeping RM9.99. Kalu kat tesco RM5.99

Kat Carrefour RM10.99 .

ada kaler brown...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by sheekin at 15-8-2007 09:32 AM
Masalahnye hubby sy nak cam gitu. That's why la... so apa nak buat kita org dah boh pun top soil tu keliling rumah. Lagi satu kita org dpt nasihat agar tidak meletakkan pasir terlalu banyak just  ...


TOP SOIL nie selalu nya tidak akan jadi 'keras.'
Nursery selalu nya akan campur topsoil dgn serat, lime dan tanah yg lain.

Top soil di 'rekomen' olih sesetengah pihak kerana deme nak charge mahal.
Satu dari taktik deme.
Tapi teman buat kat ghumah jiran di kampung...........pakai pasir jer di seluruh ghumah dier.
Alhamdulillah...........1.5 bulan, ghumput yg di tanam secara 'spot', dah cover ke semuer kawasan.

Tak apa...........nanti dah ada gambor, paste laa kat sini.
Bley samer samer nengok nya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 01:49 AM | Show all posts
sy dh lama ikuti thread ni
teringin sgt nk tanam rumput sendiri, tp buat masa ni blm ader masa
1 lg masalah sy yg utama, mak tak bg saya racun lalang sendiri
misalnya, sy beli round up tu, mcm mana cara nk guna sbb masa pegi kedai hardware, tanyer cina kat kedai tu, dia pun x tau nk guna
ada bau tak racun ni? bknnyer apa.. takut pengsan daa kalau baunya kuat sgt.. hehe.. TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 07:45 AM | Show all posts
Originally posted by innna76 at 22-8-2007 01:49 AM
sy dh lama ikuti thread ni
teringin sgt nk tanam rumput sendiri, tp buat masa ni blm ader masa
1 lg masalah sy yg utama, mak tak bg saya racun lalang sendiri
misalnya, sy beli round up tu, mcm ...


Assalamualaikum inna76,

Racun ROUNDUP adalah jenis Racun 'SERAP'
Bahan lengai nya adalah rendah.

Haper haper yg di namakan racun..............tetap merbahaya.
Cuber miker baca di belakang tong racung tersebut.
Dier di panggey sebagai CSDS or MSDS.
Membawak makana Chemical Safety Data Sheet or Material Safety Data Sheet.

Di situ di tulis pelbagai perkara. (CSDS/MSDS)
Di antara nya ialah............
1. Cara menggunakan nya
2. Kadar racun yg perlu di gunakan utk di campurkan ke dalam air
3. Jenis pokok/lalang yg paling sesuai di gunakan ke atas nya
4. Sekira terkena racun, apakah RAWATAN KECEMASAN yg perlu di lakukan
5. PPEs ataupun Personal Preventive Equipments yg perlu di pakai.
a. mask
b. sarung tangan getah
c. boot/but
6. Tanda tanda terkena racun
7. Tarikh luput
8. Nama pengeluar
9. Jenis racun dan juga Kelas Racun tersebut (I or II or III or IV or V.......) Yg paling kuat ialah Kelas I
10.Cara utk menyimpan racun
11.Masa yg di ambil utk racun tersebut paling berkesan bertindak ke atas lalang/pokok

Racun ini adalah sahabat kita sekira nya kita ada ILMU mengenai nya.
Dan ia akan menjadi musuh sekiranya kita JAHIL.

Selalunya, satu sukatan/gelas plastik adalah utk 4 gallon air.
Di gunakan/spray pada waktu 8 or 9 pagi. (matahari naik)
Dan ia memerlukan 6-8 jam utk bertindak dgn berkesan.
Melainkan miker memakai system 'SAMURAI' yg hanya memerlukan 4 jam.
Ini kerana system tersebut menggunakan kepekatan racun yg tinggi.

Satu lagi racun ialah RACUN SENTUH.
Komponen nya ialah PARAQUAT.
Selalu di salahguna di dalam Kes BUNUH DIRI. (racun serap tak berkesan)
Juga di kenali dgn nama KOPI 'O'

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 11:37 AM | Show all posts
terima kasih NG d atas jwpn NG
insyaAllah sy akan try nnt biler dh tak bz dgn keje
lalang dh naik tinggi ni..
ermm..ader saper2 nk amik upah tlg racunkan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 06:03 PM | Show all posts
hai semua.. boeh join?...
rumit gak kan nak mula menanam rumput kat laman rumah.. saya ni dr start pindah rumah baru.. kata nak tanam rumput karpet sendiri konon.. dr bulan ke bulan... tak juga buat.. tak larat nak mencabut rumput asal yg kasar mcm tuk lembu ragut je.. dgn tanah yg byk batu2 ...

sudahnye.. mmg tak jadi buat sendiri.. malas/xlarat/xde masa suami isteri keje..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2007 06:07 PM | Show all posts
seminggu sebelum merdeka hr tu saya &suami buat keputusan nakupah je org keje kan laman rumah kitorang....

harga RM1.70 sekeping... tapi jadi RM2.50 sekeping sebab + upah bersihkan tanah+ tambak pasir + upah tanam...
OK ke harga tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 09:49 PM | Show all posts
ok la tuh...aku beli sekeping pon dah RM4..mahai btui rumput kt penang nih...

[ Last edited by  bijanpenang at 6-9-2007 09:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by reena at 6-9-2007 06:03 PM
hai semua.. boeh join?...
rumit gak kan nak mula menanam rumput kat laman rumah.. saya ni dr start pindah rumah baru.. kata nak tanam rumput karpet sendiri konon.. dr bulan ke bulan... tak juga  ...


sama lah kita reena..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by reena at 6-9-2007 06:07 PM
seminggu sebelum merdeka hr tu saya &suami buat keputusan nakupah je org keje kan laman rumah kitorang....

harga RM1.70 sekeping... tapi jadi RM2.50 sekeping sebab + upah bersihkan tanah+ tamb ...


sy pun bercadang nk upah org
tp org yg sy tel tu, pasif lah..
dh byk kali sy tel, dia tak reply semula call sy
biler dpt ckp, dia pulak sibuk.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:46 AM | Show all posts

Reply #658 ummihafiy's post

kalau untuk longkang yang besar ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:47 AM | Show all posts
Saya masih lagi belum memulakan projek tanam rumput nih. Untuk berkongsi maklumat, baru-baru ni saya dapat satu sebutharga untuk kawasan seluas +/-1000kp, utk rumput lembu biasa, juga dikenali sebagai 'cow grass', vendor quote RM1600++ termasuk 1 lapisan top soil & pasir setiap satu dan juga termasuk untuk ratakan tanah.

Saya punya congak adalah seperti berikut:

A. Kos Rumput --> 1000/2xRM1.50 = RM750 (harga pasaran rumput carpet di Sg buloh RM1.50/2kp)
B. Tanah top soil --> RM200/satu lori = RM200  - pilihan
C. Pasir --> RM200/satu lori               = RM200  - pilihan
D. kos lori + buruh + % untung        = RM450 (beza antara sebutharga dan congakan di atas)


Oleh itu, kos B, C & D boleh diselamatkan sekiranya mempunyai masa dan kederat. Kalau sanggup, badan pun sihat.

BERUSAHA.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:48 AM | Show all posts

Reply #667 reena's post

reena murah sangatlah macam tu tapi keluasaan yang nak tanam rumput berapa sq ft. sebab farra beli rumput dekat sg buluh je dah RM2.30 sekeping pastu tanam sendiri lak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:55 AM | Show all posts

Reply #671 farra2503's post

biasanya stendet ada 6" @ 9" saja..kalau lagi besau hg kena beli yg konkrit punya...:cool:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by farra2503 at 7-9-2007 09:48 AM
reena murah sangatlah macam tu tapi keluasaan yang nak tanam rumput berapa sq ft. sebab farra beli rumput dekat sg buluh je dah RM2.30 sekeping pastu tanam sendiri lak tu.



saya tanam bahagian dalam pagar (laman rumah) semua sekali 820 kaki persegi.. =RM2050.. cina tu bagi RM2000 je... kat bahagian luar pagar... RM1400 (560 kp).... diaorang bersihkan bahagian luar pagar rumah dan tanam sekali, kat luar tu bukan takat rumput kasar.. lalang pun tinggi.... org majlis datang potong kadang2 3 bulan sekali... jadi semak xsedap matang memandang... rumah saya tepi jalan utama rumah first jalan masuk... so kalau semak org lalu lalang mmg sure nampak ... sepah je... bila dah tanam rumput ni... cantik sedap mata memandang... xde lah nampak mcm rumah tinggal...

kos saya tanam rumput + upah segala= RM3400... saya ada minta pasang kan batu tuk menapak 14 keping x RM20 sekeping (2x1 kaki)... so semua sekali RM3680.. saya minta kurang 3600 dia tak kasi.. tapi dia ckp akak jgn minta kurang duit lg la.. nnt saya kasi tanam pokok heliconia.. 7 pokok... dia kata pokok tu kalau beli dlm RM30 sepokok... saya kata ok la dapat pokok...

jap lg saya letak gambo...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by reena at 7-9-2007 10:05 AM



saya tanam bahagian dalam pagar (laman rumah) semua sekali 820 kaki persegi.. =RM2050.. cina tu bagi RM2000 je... kat bahagian luar pagar... RM1400 (560 kp).... diaorang bersihkan bahagian  ...


psssttttttttt...........ada deme racun lalang n weeds tu pakai BENIH CAMBAH sebelum di tanam ghumput tersebut??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 10:17 AM | Show all posts

Reply #676 niceghost2005's post

racun lalang tak de kot... diorang cabut semua rumput kasar/lalang2... dengan tanah2.. batu sekali diorang korek.... gondol terus tanah tu diorang keje kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by reena at 7-9-2007 10:17 AM
racun lalang tak de kot... diorang cabut semua rumput kasar/lalang2... dengan tanah2.. batu sekali diorang korek.... gondol terus tanah tu diorang keje kan..


TEman kasi miker masa 3 bulan.............
Lepas tu akan naik ler anak2 lalang di antara ghumput yg miker tanam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 7-9-2007 10:19 AM


TEman kasi miker masa 3 bulan.............
Lepas tu akan naik ler anak2 lalang di antara ghumput yg miker tanam.   


kalau sebelum projek tanam rumput tu dijalankan.. suami teman dah pernah 2 kali meracun... itu kira ok tak.. ada tak kemungkinan lalang tu akan tumbuh balik kat celah rumput teman tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:11 PM | Show all posts

nih ... ghumput mende ntah??? tanam baru seminggu ..

[ Last edited by  alinone78 at 19-3-2008 03:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.122791 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list