|
Kelebihan umat akhir zaman
Semenjak dari zaman pertama Nabi Adam as hingga Nabi terakhir Muhammad SAW. Tidak diketahui secara tepat berapa ribu tahun. Umat Nabi Adam as hingga umat Nabi Isa as tidak disuruh untuk berdakwah, tugas berdakwah hanya dipikul oleh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi. Tugas ini adalah tugas yang sangat mulia. Apabila Nabi Musa as inginkan seorang pembantu untuk berdakwah kepada Firaun laknatullah. Nabi Musa telah berdoa kepada Allah agar adiknya diangkat menjadi seorang Rasul. Permintaannya diperkenankan, lalu adiknya Harun as. diangkat menjadi seorang Rasul. Setelah diangkat menjadi rasul barulah dia boleh menjadi pembantu nabi Musa as, jika tidak dia tidak layak kerana dia bukan seorang rasul. Disini cuba kita bayangkan, Nabi Harun dilantik menjadi rasul dahulu baru boleh buat kerja dakwah.
Rasul yang pertama ialah Nabi Adam as. Sampai satu ketika nabi Adam as pun wafat. keturunannya terus mengamalkan agama Tauhid(mengesakan Allah swt). Walaubagaimanapun semua anak cucunya hanya beribadah sahaja, tidak ada yang menyeru dan menyebarkan agama. Lama-kelamaan agama telah mati dan keturunannya sudah tidak lagi mengenal Agama, mereka tersesat lalu menyembah berhala. Kemudian Allah swt mengutus pula Nabi Nuh as untuk menyeru kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala. Hasil dari seruan ini selama 950 tahun Nabi Nuh as hanya dapat lebih kurang kira2 83 orang yang beriman. Kemudian semua orang yang tidak beriman telah ditengelami oleh Air Bah diseluruh dunia. Tidak ada manusia yang hidup kecuali yang menaiki bahtera Nabi Nuh as. Mereka semua beriman kepada Allah swt.
Dari 83 orang ini semuanya beriman, apabila mereka semua meninggal dunia, agama telah mati kembali kerana tidak ada yang menyebar atau mengajarkan agama, semua orang biasa hanya beribadah sahaja. Kemudian diutus pula Nabi seterusnya, manusia kembali beriman, beberapa generasi seterusnya kembali semula kekufuran, kemudian diutus lagi Rasul... begitulah seterusnya, pusingan antara kufur dan beriman. Umat menjadi kufur kerana tidak ada usaha untuk memelihara agama. Sebenarnya umat tidak dilarang berdakwah, tidak ada tegahan sama sekali jika seseorang ingin berdakwah. Oleh kerana tugas memelihara agama adalah tugas khusus Rasul-rasul maka orang biasa tidak terlintas difikiran mereka untuk menyebar dan memelihara agama.
Dalam berbillion manusia sejak nabi Adam as sehingga Nabi Isa as, hanya segelintir sahaja orang biasa yang ada inisiatif untuk menyebarkan agama. Walaupun tugas ini bukan tugas mereka dan mereka tidak bersalah jika meninggalkannya. Orang-orang ini mendapat pujian dari Allah swt seperti Lukmannul Hakim yang berdakwah kepada anaknya. Seorang kanak-kanak dari umat nabi Isa as(Kisah ashabul ukhdud), dan beberapa orang lagi. Bahkan seekor semut dizaman Nabi Sulaiman pun dibanggakan oleh Allah swt dengan menyelitkan dalam Al-Quran tentang kisah seekor ketua semut yang ada fikir nak selamatkan kaumnya. Secara kesimpulannya tugas menyelamat ini amat disukai oleh Allah swt. Begitulah yang berlaku sampai kezaman Nabi SAW. Pintu kenabian telah ditutup. Tidak akan ada nabi lagi yang akan diutus sampai kiamat.
Tahukah anda walaupun Nabi dan Rasul tidak akan ada lagi sampai. Tetapi kerja Nabi-Nabi masih ada. Tugas ini diserahkan kepada seluruh umat Nabi SAW sehingga kiamat. Sesiapa sahaja yang Islam ada Kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah semuanya layak untuk menyebarkannya. Tidak kita lelaki atau perempuan, tua atau muda, Alim atau tidak semuanya layak, Nabi SAW bersabda "Sampaikan dariku walaupun sepatah ayat".
Jadi Inilah kemuliaan Umat Akhir Zaman, mereka bukan nabi tetapi menjalankan tugas seorang nabi. Zaman pertama membuktikan Para-para sahabat telah bermati-matian untuk menyebarkan kalimat tauhid sampai kehujung2 dunia(ini adalah tugas nabi2). Banyak jamaah2 dibentuk dan dihantar keseluruh dunia. Diikuti zaman para Tabi'in, kemudian Tabit-Tabi'in dan seterusnya. Islam tersebar keseluruh dunia. Sampailah satu zaman kerja dakwah telah dipinggirkan kerana orang islam asyik dengan ilmu dan peribadatan, generasi seterusnya pula menganggap dakwah sebagai satu kerja yang sangat asing.
Sekarang ini usaha dakwah telah dihidupkan kembali menggunakan tertib, adab dan Usul yang sama seperti dizaman para sahabat. Jemaah ini tidak mempunyai nama kerana semua sumber diambil dari Al-Quran dan Sunnah. Ia adalah kerja semua orang islam. Apa yang perlu sekarang anda hanya perlu libatkan diri sahaja mengikut sekadar kemampuan anda. Insyaallah..
|
|
|
|
|
|
|
|
penjelasan yg agak menarik |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa umat ini diberi kerja nabi sedangkan umat2 sebelum nie xdiberikan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #676 kuman's post
Salam Kuman,
Sungguh menarik ulasan mu. Banyak manfaat yang saya dapat dari ulasan itu. Tersentak sedikit di hati ini dan semoga Allah mencampak kan nur hidayah ke dalam hati saya dan juga semua yang membaca ulasan Kuman, amin.
Saya ada sikit nak tambah bagi membantu ulasan Kuman diatas.
Setelah kita semua tahu tujuan umat akhir zaman iaitu menyambung kerja nabi SAW, berdakwah dan membawa semua umat islam termasuk saya dan kita sama2 mendekat dan mendalami agama Allah dan menguatkan iman.
Cara mempraktikkan Hakikat Kalimah LAAILAH HA ILLA ALLAH
1. Hendaklah menyebar, berdakwah, bercerita tentang kebesaran Allah SWT kepada rakan2, jiran2, keluarga, dsb. Keluarkan 100% kebesaran makhluk di dalam hati kita dan memasukkan kebesaran ALLAH SWT ke dalam hati kita. Contohnya; kalau ada cawan yang berisi kopi dan kita hendak menggunakan cawan tersebut untuk minum susu. Apa yang kita perlu buat ialah mencurahkan kopi itu dari cawan, cuci dan barulah kita masukkan susu. So barulah kita akan minum susu dan bukan kopi susu. Begitu lah praktik nya cara ini, iaitu membuang kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah SWT ke dalam hati.
: Kekerapan : hendaklah dibuat dan dipraktik setiap masa.
2. Mengamalnya untuk diri kita ialah sentiasa mengingati Allah SWT dengan melihat alam sekeliling kita. Contohnya bila kita melihat pokok, itu adalah cipta Allah dari khazanah Allah SWT. Cuba kita selami hakikat sebiji buah kelapa. Bila di belah ada air di dalam nya. Dari mana datangnya air itu kalau tidak dari khazanah Allah SWT. Bukan nya ada paip dari SYABAS ke, Indah Water ke, yang di masukkan kedalam pokok kelapa?
SubhanaALLAH. Itu lah kekuasaan Allah SWT.
3. Doa. Kita hendak selalu berdoa agar Allah mencampakkan, memasukkan hakikat LAAILAH HA ILLA ALLAH kedalam hati kita, Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
untungnya ummat akhir zaman. |
|
|
|
|
|
|
|
MUSLIM + nasrani = yahudi
MUSLIM bekerja utk nasrani untung utk zionis.
MUSLIM dikerjakan oleh nasrani keuntungan utk zionis. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
TEman nak tanyer skit.
Apakah TUJUAN dan MATLAMAT Jemaah Tabligh yg 'keluar' 3 Hari, 40 Hari ataupun 4 Bulan???
TEman ada sembang2 dgn Ahli JT.
Ada di antara mereka yg memberi jawaban ini.
1. nisab aku dah sampai
Satu lagi soklan.
Di suatu Harakah, kekadang ada 25 surau dan mesjid.
Adakah Jemaah perlu keluar di kesemuer tempat ini??
Bagaimana dgn kekerapan nya?
Dan surau/mesjid yg mana perlu di beri KEUTAMAAN??
Dan apakah KEUTAMAAN itu??
1. ada potensi ker?
2. ada Ahli tetapi tidak ada kemampuan?
3. tiada AHli JT tetapi ada potensi?
Dan apakah yg perlu di TERAPkan kpd penduduk/kariah tersebut terlebey dahulu??
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
dlm JT, kalau dikatakan keluar 3hari, 4o hari dan 4 bulan maksudnya kita baiki iman kite, kite ajak org lain untk bkn utk sape2 tp untk baiki iman kita keran dlm masa 3 hari (72 jam) dan 40 hari klau kita ikut dgn istiqamah insyaallah allah akan campak nur kefahaman untuk tuan2 semua.tempoh kluar 4 bulan bertepatan dengan fitrah manusia iaitu bg lelaki tidak boleh tinggal isteri melebihi 4 bln tanpa nafkah zahir dan batin.tp sblm kluar 4 bln sesorang itu terlebih dahulu perlu cukupkn keperluan keluarga utk ditinggalkn dlm masa 4 bln.klau blm cukup keperluan maka blm bleh kuar 4 bln.ini indahnya tentang JT, jd tak perlu timbul isu 4 bulan anak isteri nak makan ape?Itu allah punye kuasa jika tuan2 jaga agama allah, allah akan jage tuan2 semua, tidak hairanlah jika kita lihat ramai JT yg tidak berapa kaya mampu keluar dakwah diserta dunia, pelusuk dunia semua ade marks tabligh meskipn org islam tidak ramai spt di jepun, brazil, dan argentina tp JT mampu smpi ke sana dgn pertolongan allah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tore at 28-7-2008 09:36 AM
kenapa umat ini diberi kerja nabi sedangkan umat2 sebelum nie xdiberikan
Perumpamaan: Umat-umat terdahulu tidak diberikan kerana pintu kenabian masih belum ditutup. Mereka tidak dipertanggungjawabkan. Umpama tugas Polis, orang awam tidak perlu campurtangan melakukan tugas Polis kerana Polis ada dimana-mana. Jika ada kejadian rompak, bunuh atau apa-apa aktiviti jenayah, orang awam hanya digalakkan untuk menghubungi pihak polis. Jika mereka tengok sahaja kejadian tersebut kemudian diam, tidak dikira bersalah. sebab tugas tersebut adalah tugas polis 100%
Walaubagaimanapun jika ada sesiapa yang sukarela untuk membantu pihak polis ia satu perbuatan yang sangat terpuji, begegitulah...
Tetapi pada zaman ini, umpama lantikan Jawatan Polis sudah tidak Ujud lagi, jenayah berlaku disana-sini, semua orang awam dipertanggungjawabkan untuk menjadi kerja-kerja kepolisan, tidak kira siapa. Jika berlaku satu jenayah dihadapan mata dan tidak dicegah maka orang tersebut dikira bersalah.
Begitulah umpamanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by green7 at 28-7-2008 10:35 AM
untungnya ummat akhir zaman.
Bukan untung lagi, malah memang untung besar, sebab itulah Nabi2 terdahulu cemburu dan ada yang meminta kepada Allah swt untuk jadi Nabi akhir zaman, tetapi Allah swt tak perkenankan, kemudian mereka minta pula untuk jadi umat Nabi akhir zaman, pun tidak diperkenankan kecuali Nabi Isa as. akhir sekali Nabi Ibrahim minta kepada Allah swt agar namanya disebut2 oleh umat akhir zaman, itulah yang kita sebut2 dalam tahyat akhir nama Nabi Ibrahim as.
Nabi2 tersebut yang meminta jadi umat akhir zaman ialah Nabi Musa as, Nabi Ibrahim as dan Nabi Isa as. Mereka ini adalah nabu Ulul Azmi, tetapi mengapa mereka sanggup minta untuk jadi umat Nabi Akhir zaman?....sebab mereka tahu kelebihannya..
Anda bagaimana pula?..... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulliah. syukur kehadrat Allah kerana memberi saya peluang untuk bersama2 dengan ahli forum ini berkongsi pengetahuan dan saya bersyukur juga kerana Allah memberi hidayah kepada saya dan tuan2 semua untuk mendapat manfaat daripada perbincangan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
ade yg saya dgr klua stahun tu camne plak...
masa korang klua apa yg korang buat
apa yg korang buat untuk baiki diri
kenapa kena 3 hari or 40 hari or 4 bulan
xleh ke 2 hari or 30 hari or 2 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tore at 29-7-2008 10:49 AM
ade yg saya dgr klua stahun tu camne plak...
masa korang klua apa yg korang buat
apa yg korang buat untuk baiki diri
kenapa kena 3 hari or 40 hari or 4 bulan
xleh ke 2 hari or 30 hari or 2 bulan
BAGI PELUANG SAYA JAWAB YE. KALAU KURANG TEPAT TU TOLONG PERBETULKAN
1. ade yg saya dgr klua stahun tu camne plak...?
YANG KELUAR SETAHUN INI DI KALANGAN ALIM ULAMA ATAU USTAZ. SATU SATU SEBABNYA SETAHUN INI IALAH UNTUK MEMBINA AKHLAK YANG BAIK AGAR BILA KELUAR NANTI DPAT MENJADI TELADAN AKHLAK YANG BAIK KEPADA MASYARAKAT.
2. masa korang klua apa yg korang buat?
* SELEPAS SUBUH - BAYAN (CERAMAH) SUBUH. 6 SIFAT SAHABAT
* JAM 7 PG - MANDI, CUCI PAKAIAN (iKRAM), SEMBAHYANG ISYRAK, MINUM PAGI
* JAM 9.30PG - TAKLIM WA TAKLUM (PEMBACAAN DAN PERBINCANGAN TENTANG HADIS NABI SAW, HALQAH AL-QURAN-PEMBETULAN TAJWID)
* 12.30PTG - TAKLIM WA TAKLUM TAMAT, BERKEMAS UNTUK SEMBAHYANG ZOHOR.
* LEPAS SMBHYG ZOHOR - MAKAN TENGAHARI (MAKANAN DI SEDIAKAN OLEH TA'AM)
* LEPAS MAKAN TGHARI - REHAT, TIDOR, CUCI PAKAIAN, MEMBACA AL-QURAN, ZIKIR, BERBINCANG TENTANG AGAMA.
* LEPAS SOLAT ASAR - JEMAAH DIBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN. 1-TAKLIM/ BAYAN DI DALAM MASJID. 2- GASYT - ZIARAH DARI RUMAH KE RUMAH (ACARA KEMUNCAK). RAMAI YANG BEREBUT-REBUT HENDAK AMBIL BAHAGIAN ATAS SEBAB GANJARAN YANG DI BERI OLEH ALLAH SWT AMATLAH BESAR.
* 6.30PTG - BERKEMAS DAN SEDIA UNTUK SOLAT MAGHRIB
* LEPAS SOLAT MAGHRIB - BAYAN MAGHRIB - PERBINCANGAN TENTANG 6 SIFAT DSB.
* LEPAS SOLAT ISYAK - MAKAN MALAM
* SEBELUM TIDOR - TAKLIM AKHIR - BACAAN HADIS NABI SAW, MUZAKARAH - ADAB TIDO
* JAM 2 ~ 4 PG - SENDIRI2 BANGUN SOLAT TAHAJUD, TASBIH, TAUBAT, HAJAT, BERZIKIR, MEMBACA AL-QURAN
* JAM 5.45PG - SOLAT SUBUH.
MAKSUD:
1. IKRAM -
2. TA'AM - TUKANG MASAK MAKANAN - AKAN DILANTIK OLEH AMEER (KETUA JEMAAH). LANTIKAN UNTUK SEHARI SETIAP SEORANG.
3. GASYT - ZIARAH DARI RUMAH KE RUMAH SAUDARA ISLAM
WA'ALLAH HU A'LAM
SAPA2 ELDERS, BOLEH TOLONG TAMBAH. |
|
|
|
|
|
|
|
JAM 9.30PG - TAKLIM WA TAKLUM (PEMBACAAN DAN PERBINCANGAN TENTANG HADIS NABI SAW, HALQAH AL-QURAN-PEMBETULAN TAJWID)
apa yg korang bincangkan
hadis nabi bukan boleh main2 bincang je
kena berguru..kalu xsilap aku laaaa
korang buat nie sume ade ustaz ke |
|
|
|
|
|
|
|
LEPAS SOLAT ASAR - JEMAAH DIBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN. 1-TAKLIM/ BAYAN DI DALAM MASJID. 2- GASYT - ZIARAH DARI RUMAH KE RUMAH (ACARA KEMUNCAK). RAMAI YANG BEREBUT-REBUT HENDAK AMBIL BAHAGIAN ATAS SEBAB GANJARAN YANG DI BERI OLEH ALLAH SWT AMATLAH BESAR.
amalan ini je ganjaran paling besar
sebelum ni sy diberitahu semua amalan adalah besar
minta penjelasan |
|
|
|
|
|
|
|
ikram tu basuh pakaian ke
nape mcm lain ngan tafsiran biasa je
[ Last edited by tore at 29-7-2008 03:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #688 teknisen's post
pesal macam tak ada kerja duniawi..tak cari rezeki Allah ke...Allah mana ada suruh 24 hours macam ni...Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tore at 29-7-2008 02:57 PM
JAM 9.30PG - TAKLIM WA TAKLUM (PEMBACAAN DAN PERBINCANGAN TENTANG HADIS NABI SAW, HALQAH AL-QURAN-PEMBETULAN TAJWID)
apa yg korang bincangkan
hadis nabi bukan boleh main2 bincang je
kena b ...
Bukan perbincangan, tetapi mendengar bacaan kitab fadhail amal, didalamnya adalah sabdaan-sabdaan Nabi SAW. Kitab ini adalah untuk bacaan umum dan telah ditafsirkan dan diulaskan oleh ulama dengan bahasa ringan dan mudah. Jadi, pendengar hanya perlu pasang telinga sahaja. Kalau anda biasa sembahyang disurau2 atau masjid anda akan jumpa majlis bacaan seperti ini dimana2. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tore at 29-7-2008 03:21 PM
LEPAS SOLAT ASAR - JEMAAH DIBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN. 1-TAKLIM/ BAYAN DI DALAM MASJID. 2- GASYT - ZIARAH DARI RUMAH KE RUMAH (ACARA KEMUNCAK). RAMAI YANG BEREBUT-REBUT HENDAK AMBIL BAHAGIAN ATAS ...
amalan ini je ganjaran paling besar
sebelum ni sy diberitahu semua amalan adalah besar
minta penjelasan
Betul, semua ganjaran adalah besar, maksud kita buat ziarah adalah untuk hidupkan sunnah Nabi SAW dan untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara islam, disamping itu kita bawa sedikit fikir agama tentang berita2 akhirat, ingat-mengingati tentang perkara yang manusia selalu lupa yaitu kehidupan yang kekal diakhirat yang akan kita semua tempuhi. Jadi, bekalannya perlu kita buat didunia ini. banyak faedahnya ziarah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tore at 29-7-2008 03:28 PM
ikram tu basuh pakaian ke
nape mcm lain ngan tafsiran biasa je
Maksud Ikram ialah kita nak belajar menjadi seorang yang memberi tanpa meminta balasan. Kita tolong tapi tak minta dibalas, kita belanja orang makan tetapi tidak mengharap pujian, balasan dan sebagainya. Nak belajar buat semata2 mencari keredhaan Allah. belajar ikhlas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|