CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

USAHAWAN UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

 Close [Copy link]
 Author| Post time 27-11-2008 07:41 AM | Show all posts
Originally posted by skywalker107 at 26-11-2008 11:00 PM
Ya Allah, Sekiranya waktu dhuha itu waktu dhuha Mu,
kecantikan adalah kecantikan Mu,
keindahan itu keindahan Mu,
kekuatan itu kekuatan Mu,
kekuasaan itu kekuasaan Mu,
perlindungan itu p ...



kenapa avatar kau macam org bersedih sky.................?

Helmet ahmad, dia nak pakai balik ke...?

Jangan marah sky............................

Hari hari kena ceria....Baru rezeki masuk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2008 07:51 AM | Show all posts
Kisah kawen dua, tiga, kawen orang tua, nak terjun bangunan suami kawen lain, lately  kat Terengganu je.......

Dan abang tam99 yang sibuk bekerja dengan tekun selepas dapat bos baru pon mmg bercita cita nak kawen ramai dari kecil lagi pon orang Terengganu jugak....

Adakah hypotesis mengatakan orang Terengganu suka kawen lebih.....? Mengikut langkah Haji hadi Awang....?

so, adakah patut bila kita jual Unit Trust pada orang Ganu kita kena offer mereka will writing  untuk isteri no 1 dan lain lain.... ?

Persoalan berapa ramai org lelaki macam abang Tam sanggup menikahi mokcik wook seperi article di bawah ini.... ?


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.

"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.

"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.

Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.

"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 07:58 AM | Show all posts
U all boleh suggest pada investors untuk yang nak ambil loan atau nak refinance rumah mareka...PBB, MBB antara competitive rate dan sekarang PBB turunkan BLR mereka...

__________________________________________________________________________

Public Bank kurangkan BLR
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Public Bank Bhd. dan Public Islamic Bank Bhd. hari ini mengurangkan Kadar Asas Pinjaman (BLR) dan Kadar Asas Pembiayaan (BFR) sebanyak 25 mata asas daripada 6.75 peratus kepada 6.5 peratus, berkuatkuasa 1 Disember ini.

Penurunan itu berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas, kelmarin.

Public Bank dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, dengan pengurangan tersebut, manfaat sepenuh penurunan kadar faedah oleh BNM dapat diberikan kepada para pelanggannya.

''Langkah ini seiring dengan matlamat BNM untuk merancakkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengurangkan kos pembiayaan bagi pengguna dan perniagaan.

''Semakan semula BLR dan BFR akan memberi kesan marginal terhadap pendapatan faedah bersih Kumpulan Public Bank, selepas mengambil kira manfaat yang dinikmati daripada pengurangan dalam Keperluan Rizab Berkanun daripada 4.0 peratus kepada 3.5 peratus oleh BNM, kata kenyataan itu.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, bagaimanapun, penurunan itu tidak menjejaskan margin keuntungan kumpulan.

''Kami masih berada di landasan yang betul untuk mencatat pertumbuhan positif berikutan prestasi kewangan yang stabil, iaitu sebanyak 24 peratus tahun atas tahun," katanya selepas majlis pelancaran Kajian Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd. (MSWG) 2008, di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 08:09 AM | Show all posts
Patut lah Tam99 sibuk sangat sekarang,

.................................................................

Public Bank dahului senarai syarikat tadbir urus terbaik


PUBLIC Bank Bhd, Bursa Malaysia Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menduduki tiga tempat teratas senarai syarikat yang mengamalkan urus tadbir korporat terbaik Laporan Kaji Selidik Urus Tadbir Korporat 2008 yang diterbitkan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG).

Public Bank yang berada di tempat pertama dengan meraih markah 93 peratus adalah satu-satunya syarikat yang memperoleh markah lebih 90 peratus dalam kaji selidik yang membabitkan 960 syarikat senaraian awam (PLC) tempatan itu.

Ini adalah kali keempat berturut-turut bank itu mencatatkan pemarkahan tertinggi dalam kaji selidik itu.



Bursa Malaysia dan TM yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pula memperoleh markah 85 dan 83 peratus.

Syarikat lain yang berada di kedudukan 10 teratas senarai itu ialah British American Tobacco (Ma) Bhd, Symphony House Bhd, Bumiputra-Commerce Holdings Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd, Media Prima Bhd, Tanjong Public Ltd Company, DiGi.Com Bhd, Malayan Banking Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan Opus Group Bhd.

Ketua Eksekutif MSWG, Abdul Wahab Jaafar Sidek, berkata Laporan Kaji Selidik Tadbir Urus Korporat yang dijalankan dengan kerjasama Nottingham University Business School itu bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap amalan tadbir urus korporat yang berkesan di kalangan PLC.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2005, jumlah syarikat dimasukkan dalam kaji selidik semakin bertambah yang mana tahun ini sejumlah 960 syarikat terbabit berbanding 500 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kaji selidik itu mendapati syarikat besar PLC mengamalkan tahap urus tadbir korporat lebih tinggi berbanding syarikat kecil yang masih dianggap jauh ketinggalan.

揌asil kaji selidik yang dilaksanakan mendapati bilangan syarikat besar yang patuh dengan kod Malaysia dan antarabangsa lebih banyak berbanding syarikat kecil.

揗alah, secara purata markah pencapaian bagi urus tadbir korporat di kalangan syarikat terbabit masih perlu diperbaiki kerana lebih rendah berbanding tahun lalu,
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 27-11-2008 07:41 AM

kenapa avatar kau macam org bersedih sky.................?
Helmet ahmad, dia nak pakai balik ke...?
Jangan marah sky............................
Hari hari kena ceria....Baru  ...




amad dah buat report polis
terpaksa saya pulangkan balik helmet dia

avatar punya la cun
bos bleh kata mcm org sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 08:31 AM | Show all posts
seronok baca impian Tony.....Akhirnya berjaya nak rapatkan London dan KL dan memberi manfaat pada orang awam yang bercita cita ke sana..

U all yang sibuk jual UT, pergilah melancong ...ke korea ke untuk Jel..setakat gilakan cerita tv buat apa, pergilah cari pacar kat sana...

sapa nak ikut saya travel 1st quater 2009...

1. sydney...Jan bersama wife..
2. California..Mac , sorang sorang, pasal my wife tak leh cuti banyak, dah ambik ke sydney..
3. Republic Checz, dan perancangan akan ke  Ibiza Spain.  Casablance Morocco, satu lg either Monaco or Helsinki ke..in Apr  sorang juga psl my wife nak kumpul cuti untuk ke Rome bersama Public Mutual...
.................................................................................................
Impian Tony Fernandes tercapai


PELANCARAN penerbangan tambang murah jarak jauh London Stansted-Kuala Lumpur oleh AirAsia X bakal memberikan manfaat kepada ramai orang, tetapi bagi Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes, ia memberikan makna tersendiri kepadanya.

Bagi Tony, pelancaran perkhidmatan itu menandakan tercapainya sebuah impian yang sudah lama terpendam dalam dirinya, belum lagi dikira ia telah mencetuskan satu revolusi bagi perjalanan udara di antara Eropah dan Asia.

揑a adalah detik yang sungguh bermakna dan istimewa buat saya,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2008 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by travel-lover at 26-11-2008 06:39 PM


alamak bestnya tajuk .. mmg tgh carik info psl gold investment dgn public ni.. nak tambah ilmu.. maap la bos lama tak datang kelas..seblom ni melepek jek kat umah tak pun kuar masuk spital .. ...



Kalau taknak kena buatan org sebelum tido baca tiga QUL, ayat kursi dan tiup ke seluruh badan. Sebelum masuk umah bagi salam dan baca Qul huallah hu ahad dan ayat kursi. Insya allah apa yg org tuju kat kita tak kena. Kalau u pena dgr ayat ini amalkan selepas solat. Ya ama naqo iffin aminna mimma naqaf, ya ama naqo iffin najjinna mimma naqaf, ya ama naqo iffin sallimna mima naqaf...... Maaf kalau salah eja sbb tak reti nak eja jawi. Kalau saya jumpa ayat dia nanti saya bagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #662 kirawang's post

Bro,
carilah gambor Mokcik Wok ni
banyak rahsia kot urang2 lama ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 11:22 AM | Show all posts

Balas #667 edypublicmutual\ catat

weiiii...dia bkn kena buatan orang sbb dengki lerrr

dia kena "buatan orang" aka hubby dia aka sekrg tgh preggy

apadaaaaaaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 27-11-2008 11:22 AM
weiiii...dia bkn kena buatan orang sbb dengki lerrr

dia kena "buatan orang" aka hubby dia aka sekrg tgh preggy

apadaaaaaaaaa




  Kalau mcm tu.. semua bolehla amalkan petua tu.. Kesian dia 9 bulan sakit kena buatan suami dia.. Nakal la suami dia tu

[ Last edited by  edypublicmutual at 27-11-2008 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by edypublicmutual at 27-11-2008 11:24 AM



  Kalau mcm tu.. semua bolehla amalkan petua tu.. Kesian dia 9 bulan sakit kena buatan suami dia.. Nakal la suami dia tu



bukan main jel dapat kenakan mu Di...

Utk Trveler lover, pakai cawat besi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 02:05 PM | Show all posts
mana orang semua kat opis hari ini....?

mereka mareka kalau habis training selasa, semangat berkobar kobar, buat sales..

Tak de training selasa. masing masing sibuk merileks kan diri,,,,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by maxxsa at 27-11-2008 10:44 AM
Bro,
carilah gambor Mokcik Wok ni
banyak rahsia kot urang2 lama ni



nah, mu nak sangat....




Wook Kundur bersama suaminya, Mohd. Nor Musa di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, kelmarin.
- Gambar AZLAN BAHRUM


[ Last edited by  kirawang at 27-11-2008 02:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 27-11-2008 02:07 PM



nah, mu nak sangat....



http://www.utusan.com.my/pix/2008/1127/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_11.1.jpg
Wook Kundur bersama suaminya, Mohd. Nor Musa di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala B ...


Yg ni sepatutnya pakai cawat besi boss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by edypublicmutual at 28-11-2008 12:33 AM


Yg ni sepatutnya pakai cawat besi boss


haa...Edy..mokcik waaok ni baik....tak kisah.,,nak kawen lain...
Klaau bini Tam99 tak kisah macam ni,dah 4 dah Tam rembat...

Btw, Jel, laki mokcik wook ni ada iras iras pelakon Korea tak, yg jadi pujaan kau tu...................?
Wook rela dimaduOleh nor aziah jaafar

HULU TERENGGANU 27 Nov. - Warga emas berusia 106 tahun, Wook Kundur bersedia memberi 'lampu hijau' jika suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, mahu beristeri lagi.
Menurut wanita itu, dia tidak kisah dimadukan dengan perempuan yang lebih muda sekiranya itu akan membahagiakan suaminya yang muda 69 tahun daripadanya.
Bagaimanapun Wook menetapkan syarat jika Mohd. Nor ingin beristeri lagi, lelaki itu dan madunya tidak akan mengabaikannya dan mesti bersedia untuk menjaganya.
''Saya izinkan kalau dia hendak kahwin lagi. Saya faham Mohd. Nor mesti berkeinginan untuk mempunyai anak-anak, cuma janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama dilupakan.
''Dia tidak boleh sekali-kali mengabaikan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.
Semalam, warga emas itu berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan perkahwinannya dengan Mohd. Nor yang memasuki usia tiga tahun terus bertahan.
Menurut Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya iaitu sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Dalam pada itu, Mohd. Nor ketika diminta mengulas kesediaan Wook itu mengakui dia memang menyimpan keinginan untuk berkahwin lain.
''Saya juga teringin untuk mempunyai anak-anak serta keluarga besar," ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, keinginan itu terpaksa dipendamkan buat masa ini atas beberapa sebab termasuk faktor ekonomi.
''Siapalah yang hendakkan saya ini yang kerja sebagai buruh. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menyara kami berdua," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 28-11-2008 08:19 AM


haa...Edy..mokcik waaok ni baik....tak kisah.,,nak kawen lain...
Klaau bini Tam99 tak kisah macam ni,dah 4 dah Tam rembat...

Btw, Jel, laki mokcik wook ni ada iras iras pelakon Kore ...


  Kalau Tam dpt peluang mcm ni mesti gemuk dia sbb hati senang . Bila saya tgk gambar lelaki tu saya ingat rambut dan gigi dia adalah iras hero korea  Jel mesti suka:victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 28-11-2008 08:19 AM


haa...Edy..mokcik waaok ni baik....tak kisah.,,nak kawen lain...
Klaau bini Tam99 tak kisah macam ni,dah 4 dah Tam rembat...

Btw, Jel, laki mokcik wook ni ada iras iras pelakon Kore ...


....... sebelom ada org komplen ......
So mcm mana kita nak relate kisah makcik wook ni dgn unit trust kita ni?

Adakah semangat MakCik/nenek tu? Walaupun dah tua tp masih nak berkhidmat kpd suami tersayang?
Cinta mmg tak kenal usia. So....nnt bila kita dah tua mcm nenek tu, jgn berserah je. Kena sentiasa berusaha dan berjuang, dan sentiasa mencari2. Mana tau dpt client....baik punye......

Agaknya mamat tu (siapa nama dia?) dulu agent UT tak? Tak taulah UT co. mana?  Approach Mak Cik Wook, tp mokcik tu takde EPF, so terjadilah cinta pandang pertama.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by frapamocha at 28-11-2008 10:26 AM


....... sebelom ada org komplen ......
So mcm mana kita nak relate kisah makcik wook ni dgn unit trust kita ni?

Adakah semangat MakCik/nenek tu? Walaupun dah tua tp masih nak berkhi ...



Pandai mummy  satu lagi pengajaran dia kalau tak dpt yg big fish dpt yg biasa2 je pun sapu jela.  Mana tahu dpt rezeki lain. Mcm makcik tu tak pasal2 dia bagi lagi suami dia kawin lain kalau suami dia nak.. suka la laki dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 27-11-2008 02:03 PM



bukan main jel dapat kenakan mu Di...

Utk Trveler lover, pakai cawat besi......


amboi2.. bos sedap nya kutuk org ..

takpe bos dah rezeki mana tau kot2 pas ni dapat client2 best2 pas ni .. lagi pun best apa ada anak senndrik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by travel-lover at 28-11-2008 11:34 AM


amboi2.. bos sedap nya kutuk org ..

takpe bos dah rezeki mana tau kot2 pas ni dapat client2 best2 pas ni .. lagi pun best apa ada anak senndrik



iTU baru kutuk siket tu...

Btw, dah ada anak ni, kerja lah kuat lagi....travel.
kerana anak ni anugerah yang diberikan dan kalau boleh bagi semua terbaik dari segi kesihatan, pembelajaran, persekitaran dll.

Untuk itu, buat sales banyak banyak untuk mendapat keawangan yang kukuh. Jangan jadikan seperti sesetengah ibu ibu lain, menjadikan anak sebagai satu senjata dan alasan  untuk ponteng class, tidak buat sales dan mensia siakan lesen UT yang ada......

[ Last edited by  kirawang at 30-11-2008 10:01 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.105795 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list