CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

USAHAWAN UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

[Copy link]
Post time 24-12-2010 06:28 AM | Show all posts
Reply 659# kirawang

terima kasih. mcm ini barulah profesional. bukannya susah pun kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2010 08:38 AM | Show all posts
FBM KLCI naik 16.2 peratus
Oleh Azli Ayob
[email protected]
2010/12/31


Dagangan ditutup pada 1,518.91 mata berbanding 1,272.78 tahun 2009

BURSA Malaysia mengakhiri dagangannya bagi 2010 dengan menyaksikan penanda aras utamanya, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 16.2 peratus atau 246.13 mata apabila ditutup pada paras 1,518.91 mata semalam daripada 1,272.78 mata pada hari dagangan terakhirnya untuk 2009.

Bursa tempatan mengakhiri dagangan tahun ini sehari lebih awal apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai kejohanan Piala Suzuki AFF.
Ia bagaimanapun ditutup lebih rendah dalam dagangan semalam, jatuh 5.43 mata daripada 1,524.34 mata kelmarin.

Sepanjang tahun lalu, FBM KLCI turut mencatatkan paras penutup paling tinggi dalam sejarah iaitu 1,528.01 mata 10 November. Ia juga mencecah paras dagangan tertingginya pada 1,531.99 mata pada hari berkenaan.

FBM KLCI adalah indeks penanda aras yang mencatatkan prestasi keempat terbaik di Asia tahun ini selepas Indeks Komposit Jakarta, Indeks Komposit Filipina dan SET Thailand.

Penganalisis pasaran menjangkakan aliran positif itu mampu berterusan pada 2011 dengan dagangan saham dijangkakan bertambah rancak dipacu oleh sentimen pasaran yang lebih baik.
“FBM KLCI mempunyai prospek yang baik tahun depan dan dijangkakan bergerak sekitar 1,650 mata,” kata MIDF Research.

Firma penyelidikan pasaran itu turut menjangkakan pasaran tempatan akan terus menjadi destinasi kemasukan dana asing tahun depan apabila FTSE mengklasifikasikan semula Malaysia sebagai “Advanced Emerging Market” (Pasaran Sedang Meningkat yang Maju) bermula Jun 2011.

Klasifikasi semula itu dijangka menarik sebahagian dana asing yang sudah sedia menjejaki indeks FTSE global yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion (RM9.3 trilion).

Ketika ini, hanya empat negara Asia iaitu Hong Kong, Jepun, Singapura dan Korea Selatan yang berada dalam kategori itu.

Ketua Penyelidik di TA Securities, Kaladher Govindan, berkata dengan begitu banyak berita positif bakal diumumkan, 2011 dijangka satu tahun yang dianggap baik untuk pasaran saham tempatan.

Beliau berkata, keinginan kukuh kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), potensi pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, aliran dana asing yang lebih banyak dan kemungkinan pilihan raya umum tahun depan dijangka menjadi pemangkin kepada indeks untuk mencuba tahap ketinggian terbaru dalam sejarah iaitu 1,820 pada tahun depan.

Affin Investment Bank turut menjangkakan pelaksanaan pelbagai projek menerusi ETP dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan indeks penanda aras bursa tempatan tahun depan.

“Langkah melaksanakan pelbagai projek itu akan menjadikan bursa tempatan lebih menarik di kalangan pelabur tempatan dan asing,” kata bank pelaburan.

Affin Investment Bank berkata, jangkaan lebih banyak pengumuman berita positif tahun depan bakal memacu pergerakan indeks penanda aras untuk mencecah paras 1,630 mata, lebih tinggi daripada sasarannya pada 1,600 mata sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 11:51 AM | Show all posts
FBMKLCI to hit 1,710 by year-end: Maybank
Published: 2011/01/03


Maybank Investment Bank Bhd, part of Malaysia’s biggest lender by assets, forecast the country’s key stock index will rise to a record 1,710 points by the end of this year.

That would be a 12.6 per cent gain from the benchmark FTSE Bursa Malaysia KLCI Index close of 1,518.91 at the end of 2010.

The 30-member index will rally on stronger corporate earnings and liquidity flows into emerging markets, Maybank said in a report today. -- Bloomberg


Read more:  FBMKLCI to hit 1,710 by year-end: Maybank http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20110103102136/Article/index_html#ixzz19wNvqkfU
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:11 PM | Show all posts

FBMKLCI hits all-time closing high
Published: 2011/01/03



The FTSE Bursa Malaysia KLCI surpassed the all-time closing high to touch 1,529.83, up 10.72 points at 10.52am today, on mainly plantation stocks and other key heavyweights.

The Index closed at an all-time high of 1,528.01 on Nov 10, 2010 and on the same day it touched an intra day high of 1,531.99.

The FTSE Bursa Malaysia KLCI opened 5.62 points higher at 1,524.53 as compared with Thursday's close as the market was closed on Friday. -- BERNAMA


Read more:  FBMKLCI hits all-time closing high http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20110103115218/Article/index_html#ixzz19wSTZl55

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 08:14 AM | Show all posts
2011/01/04

Momentum disokong sektor perladangan, prospek lebih cerah ekonomi global

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 14.51 mata dan mengakhiri dagangan semalam pada 1,533.42, iaitu tahap tertinggi dalam sejarahnya, dengan sokongan utama daripada saham perladangan dan mewah, kata peniaga.
Indeks 30 saham yang melonjak teguh itu mencecah tahap tertinggi, 1,535.02 selepas dibuka 5.62 mata lebih tinggi pada 1,524.53.
“Momentum pasaran dipacu selanjutnya oleh kenaikan dalam pasaran serantau berikutan prospek yang lebih cerah bagi pertumbuhan ekonomi global,” katanya.

Pengukur pasaran Hong Kong, Indeks Hang Seng, buat sesi keempat berturut-turut, mengakhiri dagangan dengan meningkat 1.7 peratus kepada 23,436.05, Indeks Komposit Harga Saham Korea ditutup 0.93 peratus lebih tinggi pada 2,070.08 mata iaitu paras tertinggi dalam sejarahnya manakala Indeks Straits Times Singapura naik 45.73 kepada 3,235.77.

Saham Eropah juga memulakan tahun baru pada paras lebih tinggi, katanya sambil menambah bursa saham Jepun, China, Australia dan Thailand masih lagi ditutup bagi cuti Tahun Baru.

Indeks Kewangan melonjak 123.13 mata kepada 13,979.45, Indeks Perusahaan naik 43.29 mata kepada 2,876.24 dan Indeks Perladangan mengukuh 97.08 mata kepada 8,133.33.
Indeks FBM Emas meningkat 116.76 mata kepada 10,491.74, Indeks FBM ACE menokok 11.93 mata kepada 4,359.49 dan Indeks FBM70 naik 165.01 mata kepada 11,062.91.
Saham naik mengatasi saham turun dengan jumlah 664 berbanding 195 manakala 229 kaunter tidak berubah, 299 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan melonjak kepada 1.608 bilion saham bernilai RM2.09 bilion daripada 1.119 bilion saham bernilai RM1.872 bilion Khamis lalu.

Bursa tempatan ditutup pada Jumaat 31 Disember selepas diisytiharkan cuti umum berikutan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia mengalahkan Indonesia dalam kejohanan Piala Suzuki Rabu minggu lalu.

British American Tobacco mengungguli senarai saham untung. Ia menokok 80 sen kepada RM45.80 diikuti DiGi, yang melonjak 48 sen kepada RM25.08.

Saham perladangan, United Plantation, melambung 46 sen kepada RM17.20, KL Kepong naik 28 sen kepada RM22.38 dan Kulim mengukuh 24 sen kepada RM12.98.

Saham cergas, Talam menambah setengah sen kepada sembilan sen, Borneo Oil menokok 15 sen kepada 34.5 sen dan SAAG Consolidated naik setengah sen kepada lapan sen.

Saham mewah, CIMB Group meningkat 12 sen kepada RM8.62, Maybank menambah lima sen kepada RM8.55, Sime menokok 15 sen kepada RM8.95 dan Tenaga mengukuh empat sen kepada RM6.73.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan bertambah kepada 1.297 bilion saham, bernilai RM2.015 bilion, daripada penutupan 805.93 juta unit bernilai RM1.82 bilion Khamis.

Waran melonjak kepada 213.234 juta saham, bernilai RM57.886 juta, daripada 130.06 juta unit, bernilai RM26.717 juta, yang dicatatkan sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 87.767 juta saham, bernilai RM14.631 juta, daripada 167.457 juta unit bernilai RM20.823 juta Khamis lalu.

Barangan pengguna menguasai 48.044 juta saham di Pasaran Utama, barangan perusahaan 265.602 juta, pembinaan 69.618 juta, perdagangan dan perkhidmatan 520.149 juta, teknologi 39.891 juta, prasarana 36.577 juta, kewangan 73.029 juta, hotel 4.116 juta, harta 193.468 juta, perladangan 41.977 juta, perlombongan 895,700, REIT 4.316 juta dan dana tertutup 205,900. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2011 11:30 AM | Show all posts
join awal 2008...sehingga smlm...p.ittikal dh bg untung..PCIF x capai modal pn lg..tp still tgh merangkak naik..kena tunggu lg ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 10:28 PM | Show all posts
Reply 667# dealova04


   pcif mmg tak untung...masih rugi lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 10:54 PM | Show all posts
Reply  dealova04


   pcif mmg tak untung...masih rugi lagi..
kirawang Post at 26-1-2011 22:28



    Bro kirawang...leh x switch pcif masuk itikal..klu boleh mcm mn caranyer
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 01:07 PM | Show all posts
lama tk masuk umah nii..byk reno nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 08:34 PM | Show all posts
walau dah bnyk kali ku baca, satu pun xmasuk otak. xpaham pun ye konsep UT nih . kesimpulannya, adakah kalau kita melabur dlm UT ni, duit kita boleh hilang atau dlm erti kata lain rugi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 669# dealova04


   boleh, suruh je your consultant siapkan borang je,,kalau u nak senang, u boleh apply public mutual online kat Public mutual or any public bank branch. U boleh buat sendiri thru internet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 10:19 PM | Show all posts
walau dah bnyk kali ku baca, satu pun xmasuk otak. xpaham pun ye konsep UT nih . kesimpu ...
gdah Post at 5-2-2011 20:34



   boleh rugi, harga tak fixed macam ASb..base on current market u boleh jumpa any ut consultant untuk penerangan lanjut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 10:20 PM | Show all posts
lama tk masuk umah nii..byk reno nampak..
mahar88 Post at 27-1-2011 13:07



   mahar yang gojes.....renovation dah nak siap....hee..he..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 05:20 PM | Show all posts
boleh rugi, harga tak fixed macam ASb..base on current market u boleh jumpa any ut consulta ...
kirawang Post at 9-2-2011 22:19


malangnya aku xkenal mana2 ut pun...hehehe.... teringin nak cuba, tp takut rugi. maklum la duit pun cukup2 mkn jek brp % peluang tuk rugi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:28 PM | Show all posts
sape berani explain? tp permulaan aku xkan invest bnyk la. ciput je yg aku nk invest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2011 08:46 PM | Show all posts
malangnya aku xkenal mana2 ut pun...hehehe.... teringin nak cuba, tp takut rugi. maklum la duit  ...
gdah Post at 11-2-2011 17:20



    tak pe, gdah,..lps ni kau tak bernasib malang lagi..mesti kau jumpa ut consultant lps ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 08:47 PM | Show all posts
Reply 676# gdah


    PM your contact no..and bagi tahu location anda..nanti saya hantar somebody utk sesi penerangan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 11:30 PM | Show all posts
bertahun rasanya tak singgah sini, masih bertahan lagi umah ni rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply  gdah


    PM your contact no..and bagi tahu location anda..nanti saya hantar somebody ut ...
kirawang Post at 11-2-2011 20:47


check pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.294568 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list