CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
Post time 11-1-2012 12:11 AM | Show all posts
haa.. tu la pasal... mmg aku pun rasa Bella ni tamak sgt2.
Nk sgt dedua... last2 dpt gak kan de ...
leon_mclaren78 Post at 10-1-2012 13:40



   hahahaha..penulis punye imagine citerr....x dpt jacob dpt jd menantu pun ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2012 01:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 11-1-2012 13:22

sambungan CHAPTER 15

Bella perasan Rosalie & Emmet x kelihatan di situ, dia teringat yg dia pernah bertanya Edward kalau2 ada antara mereka yg x menyukai dia. Ekspresi wajah Carlisle mengalihkan perhatian Bella drp berfikir ttg Rosalie & Emmet. Carlisle sedang memandang Edward dgn pandangan yg penuh makna. Dari sudut matanya, bella nampak Edward menganggukkan kepalanya.   Bella berpura2 tidak melihat, dia memandang ke arah sebuah piano yg cantik yg ada  di atas pentas kecil berhampiran pintu. Bella teringat fantasi semasa dia masih kecil dulu, dia teringin menghadiahkan ibunya sebuah piano yang besar. Ibu Bella sebenarnya tidak begitu pandai bermain piano, tp dia selalu bermain piano terpakai yg ada di rumahnya hanya utk suka2 sahaja. Tp Bella suka melihat ibunya bermain piano. Ibunya pernah memasukkan Bella kelas belajar bermain piano, tetapi Bella tidak berminat. Esme ternampak Bella sedang mengelamun sambil melihat piano tersebut. "Awak pandai bermain piano?" Esme bertanya. Bella ketawa & menjawab, "Tak!" Esme menyambung, "Edward x bgtau awak ke yg dia pandai bermain alat muzik?" Bella mengerling ke arah Edward, "Tak ada pun, sy sepatutnya tahu."  Esme mengangkat keningnya ke arah Edward dgn ekspresi wajah yg keliru.  "Edward mmg pandai dlm serba-serbi, kan?" Bella menyambung. Jasper ketawa & Esme memberikan pandangan 'menegur' Edward, "Sy harap awak x terlalu menunjuk2 -- ianya kurang sopan," ujar Esme.  "Menunjuk sikit je," jawab Edward sambil ketawa. Kemudian Bella ternampak Edward & Esme saling berpandangan utk seketika, pandangan yg x dpt difahami Bella. Bella bersuara, "Sebenarnya Edward seorang yg sgt bersopan." "Jadi, awak mainlah utk dia," Esme mengarahkan Edward. "Awak yg bgtau td, kurang sopan kalo kita menunjuk2," jelas Edward, membantah cadangan Esme.  "Ada perkara yg boleh dikecualikan dlm setiap peraturan & undang2," Esme membalas. "Sy nk dengar awak bermain piano," Bella mencelah. "Masalah selesai skrg," ujar Esme sambil menolak Edward ke arah piano. Edward menarik tangan Bella ke arah piano tersebut & meminta Bella duduk di atas kerusi panjang piano tersebut. Edward memandang Bella utk seketika sebelum mula bermain.

Jari-jemari Edward memetik kekunci piano dgn begitu pantas & lancar. Ruang rumah itu bagaikan dipenuhi bunyian muzik yg sungguh kompleks sehingga sukar utk mempercayai ia dtgnya daripada sepasang tgn yg sedang sedang bermain piano. Bella bagaikan terpukau dgn mulutnya separuh terbuka kerana kagum & dia dpt mendengar bunyi ketawa yg perlahan di blkgnya.  Edward memandang ke arah Bella sambil jari-jemarinya masih lagi mengalunkan muzik & dia bertanya, "Awak suka x?" Bella masih lg berasa kagum, "Awak yg tulis lagu ni?" Edward menganggukkan kepalanya & berkata, "Ini lagu kegemaran Esme." Bella memejamkan mata & menggeleng2kan kepalanya. "Kenapa?" Edward bertanya. "Apa yg sy rasa x penting," ujar Bella. Kemudian Edward memainkan muzik yg lebih perlahan and Bella agak terkejut sbb melodi yg dimainkan Edward merupakan lagu yg dinyanyikan Edward utk dirinya dulu sehingga dia terlena.  "Sy mendapat inspirasi menulis lagu ni daripada diri awak," Edward memaklumkan. Bella hilang kata2. "Mereka menyukai awak, tahu. Terutamanya Esme," ujar Edward. Bella menoleh ke belakang, tetapi tiada siapa berada di situ skrg. "Mereka pergi ke mana?" tanya Bella. "Mungkin mereka berikan kita ruang utk bersendirian," ujar Edward. Bella mengeluh, "Mereka sukakan sy, tp sebaliknya Rosalie & Emmet..." Edward mengerutkan dahinya. "Jgn bimbang ttg Rosalie. Dia akan dtg nnt," ujar Edward. "Bagaimana dgn Emmet?" tanya Bella lg. "Sebenarnya dia fikir sy ni gila, memang pun, tp dia x ada masalah dgn awak. Cuma dia hanya nk bersama2 Rosalie," Edward menjelaskan. "Apa yg buatkan Rosalie berfikiran mcm tu?" Bella x pasti adakah dia mahu mendengar jawapannya. Edward menarik nafas dalam2. "Rosalie paling sukar menerima hakikat ttg keadaan diri kami. Mmg sukar bg dia menerima ada org luar yg dh tahu rahsia ni. Dan dia sebenarnya rasa cemburukan awak," Edward menerangkan. Bella berasa hairan, "Cemburukan sy?" Bella x nampak apa2 sbb Rosalie perlu cemburukan dirinya yg biasa saja.  "Sbb awak ni manusia. Dia berharap dia pun manusia," Edward memberitahu. "Oh," Bella masih terkejut. "Mungkin Jasper juga.." "Ianya kesilapan sy sbb Jasper adalah ahli terbaru dlm keluarga kami. Sy yg minta dia supaya hadkan jarak dirinya dari awak," ujar Edward. "Esme & Carlisle..?" Bella bertanya lg. "Mereka gembira bila melihat sy gembira. Sebenarnya Esme x kisah kalopun awak ada 3 mata atau kaki yg berselaput. Selama ini dia paling bimbangkan sy, dia takut sy kehilangan sesuatu sbb sy masih terlalu muda masa Carlisle menukar sy dulu. Dia sgt gembira.  Setiap kali sy menyentuh awak, dia nampak begitu puashati," jelas Edward. "Alice pula nampak begitu... teruja," komen Bella. "Alice ada cara tersendiri bila menilai sesuatu," Edward menjelaskan. "Awak x akan menjelaskan lebih lanjut ttg dia kpd sy, kan?" Bella bertanya. Utk beberapa ketika Edward & Bella x berkata apa2. Edward tahu yg Bella sedar dia ada menyembunyikan sesuatu perkara. Tp dia x mahu beritahu Bella skrg.

"Jadi, apa yg Carlisle bgtau awak tadi?" Bella bertanya. Edward mengerutkan keningnya, "Awak perasan ttg itu ya?" Bella menggangkat bahunya, "Ya, dh tentu." Edward memandang Bella sambil berfikir utk beberapa saat sebelum menjawab, "Dia nk bgtau sy ttg satu berita -- dia x pasti adakah sy patut kongsi berita ni dgn awak." Bella meminta kepastian, "Jadi awak nk bgtau ke?" Edward menjawab, "Sy terpaksa bgtau awak sbb beberapa hari  - atau mungkin juga minggu selepas ini nnt sy akan menjadi sedikit... terlalu-melindungi awak. Sy x mahu awak fikir sy ni seorang yg zalim." "Ada apa2 yg x kena ke?" tanya Bella. "X ada apa2 yg x kena sebenarnya. Cuma Alice dpt visi nnt ada 'tetamu' akan dtg ke kawasan ini x lama lagi. Mereka tahu kami ada di sini & mereka nk tahu ttg kami," jelas Edward. "Tetamu?" "Ya... mereka x seperti kami, maksud sy tabiat memburu mereka. Mereka bkn dtg ke kawasan bandar, tp sy x akan biarkan awak terlepas dari pengawasan sy sehingga mereka semua pergi," jelas Edward lagi. Bella tiba2 rasa menggeletar.  "Akhirnya, tindakbalas yg normal berlaku," ujar Edward perlahan. "Sy dh mula fikirkan ttg awak yg x ada perlindungan diri." Bella memandang ke arah lain, matanya mengamati sekali lagi keadaan sekeliling ruang tpt mereka duduk skrg. Edward menuruti pandangan mata Bella & bersuara, "X seperti yg awak jangkakan, bukan?" "Tak," jwb Bella ringkas. "Tak ada keranda, tak ada longgokan tengkorak manusia di mana2 sudut; malah sy x pernah fikir kami patut ada sarang labah2... tentu ia mengecewakan awak, bukan?" Edward mengusik Bella.  Bella tidak mempedulikan kata2 Edward, "Sungguh cerah... sgt terbuka," komen Bella. Kemudian suara Edward kedengaran sedikit serius, "Di sini tempat di mana kami x perlu bersembunyi."

Muzik yg dimainkan Edward masih lagi kedengaran, lagu khas utk Bella. Kemudian Edward menghabiskan not yg terakhir sebelum dia berhenti. "Terima kasih," ujar Bella perlahan. Bella kemudian baru tersedar ada titisan airmata pada matanya. Dia cpt2 menyapunya dgn rasa malu. Edward menyentuh di tepi mata Bella di mana masih terdapat sisa airmata. Dia menyapu menggunakan hujung jarinya & kemudian dia mengamati sisa airmata Bella yg berada di hujung jarinya. Kemudian Bella hampir x percaya bila Edward meletakkan jarinya itu ke mulut & cuba merasainya!  Bella memandang Edward dgn rasa penuh dgn tanda tanya, Edward termenung sekejap sebelum dia tersenyum, "Awak nk lihat tpt lain di dlm rumah ni?" Edward menawarkan. Bella bertanya, "X ada keranda kan?" Edward ketawa, memegang tangan Bella & membawanya pergi dari kerusi piano. "X ada keranda," janji Edward.

---bersambung---
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 09:34 AM | Show all posts
haa.. tu la pasal... mmg aku pun rasa Bella ni tamak sgt2.
Nk sgt dedua... last2 dpt gak kan de ...
leon_mclaren78 Post at 10-1-2012 13:40



tp nnti bella tak suka kan jacob ngan anak dia....edward je yg ok

nnti akhirnye bella 'merestui' tak jacob ngan reenesme??
eerrkk... spoiler tak soalan aku ni?? marah plak org kat aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 09:46 AM | Show all posts
Kat dlm muvi mmg saje diaorg menambah tokok... dlm novel x de plak diaorg kiss over2. Malah Edwa ...
leon_mclaren78 Post at 10-1-2012 13:42



kan..... cam nak ditelan je lidah kawan tuh.......hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 09:50 AM | Show all posts
Tp dlm best2 tu ekceli nyawa Bella dlm bahaye gak... kat dlm muvi x de sebut yg Edward boleh pec ...
leon_mclaren78 Post at 10-1-2012 14:11



tu sbb sekali tutt jerk da menjadi anak.....
sharp shooter gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 10:27 AM | Show all posts
sambungan CHAPTER 15

Bella perasan Rosalie & Emmet x kelihatan di situ, dia teringat yg dia perna ...
leon_mclaren78 Post at 11-1-2012 01:12



sungguh best......

maksud 'tetamu' tu 3 org vampire tu ker?? sapa nama pompuan tuh??? victoria kan.....

rosalie mmg memula tak suka bella kan....mmg dia jeles ngan bella.... kan dia marah bila bella ngan rela ati nak transform jadik vampire..... sbb katanya bella ada byk pilihan, tapi kenapa nk pilih jadik vampire..... sedangkan dia mmg taknak jd vampire

tp dlm breaking dawn, dia yg tolong pertahankn bella utk selamatkan reenesmee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2012 01:31 PM | Show all posts
tp nnti bella tak suka kan jacob ngan anak dia....edward je yg ok

nnti akhirnye bella 'mere ...
seeri_7843 Post at 11-1-2012 09:34


Edward x kisah maybe sbb dia bleh baca fikiran Jacob... dia tau Jacob syg gile kat Renesmee & boleh melindunginya. Lgpun Edward dh puas ati sgt2 sbb dpt memiliki Bella... sila refer siggy aku kat bwh nu! hehe...

Bella plak...maybe dia x bersedia nk dpt menantu dlm usia yg begitu muda kot... tambahan dia kawin dgn Edward masa umo 18, then bila dpt Renesmee, dia membesar cepat gile! So Jacob x pyh la nk suffer tunggu lelama kan!  Pastu Jacob tu plak lelaki kesayangan dia selepas Edward. Tp dia sygkan Renesmee gak... mmg kusut btul Bella tuh!

Sama ada Bella merestui Jacob & Renesmee...aku pun x dpt nk jwb sbb buku dia pun x cite sampai Jacob bcinta dgn Renesmee pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 01:39 PM | Show all posts
tu sbb sekali tutt jerk da menjadi anak.....
sharp shooter gitu
seeri_7843 Post at 11-1-2012 09:50


Tp btul ke sharp shooter sbb lps diaorg 2 kali projek baru Bella peknen kan...
eh... masuk bab 18sx plak doh!
   
Btw kat dlm buku x de plak cite detail2 pasal projek semua tu... chapter ending masa diaorg g berenang mlm2 tu jah. Then next chapter hari dh siang.. Kalo kat dlm muvi siap tunjuk mcm2 posisi lagik..  Pastu pepagi Edward dh siap2 bangun g mane ntah. Tp kalo kat dlm buku, Bella bukak je mata Edward ada je baring sblh dia dgn muka toye... hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2012 02:02 PM | Show all posts
sungguh best......  

maksud 'tetamu' tu 3 org vampire tu ker?? sapa nama pompuan tu ...
seeri_7843 Post at 11-1-2012 10:27


Rosalie kepingin nk hidup mcm wanita2 lain... ada family semua. So bila Renesmee lahir, dia amik peluang ni jadi babysitter. Kira Renesmee mcm penawar kekosongan hidup dia la. Memula mmg dia x mo Bella jadi vampire sbb nnt idup Bella sama je mcm dia... kan Rosalie penah kata, hidup dia mcm x de apa2 perubahan... ke blkg pun x, ke dpn pun x... x de apa2 progress.

Dia bkn x suka Bella, tp dia caring jah.. dh byk pengalaman hidup. So bila dpt tau Bella peknen, dia dh start protect Bella. At least Bella dh rasa gak jadi ibu, kira agak sempurna la hidup Bella tu. That's why pastu Rosalie support je Bella.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 03:51 PM | Show all posts
Edward x kisah maybe sbb dia bleh baca fikiran Jacob... dia tau Jacob syg gile kat Renesmee & bo ...
leon_mclaren78 Post at 11-1-2012 13:31



ha ah kan..... mmg jacob tetibe giler kat reenesmee kan
first time nampak jek da meratib sembah kat baby tuh

oooo... dlm buku takde sampai ending hubungan derang eks....
tapi kan.... masa tgk muvi ari tu
bukan jacob jek yg terpegun ngan baby reenemee.... aku yg tgk pon ikut terpegun gak...nak nak tang mata dia....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 03:58 PM | Show all posts
Tp btul ke sharp shooter sbb lps diaorg 2 kali projek baru Bella peknen kan...
eh... masuk b ...
leon_mclaren78 Post at 11-1-2012 13:39



oo.... ade kali ke 2 eks.....???
aku tak tau sbb aku mangsa guntingan pilem tuh

yer la.... dlm buku lebih inesen kan citer tu
bila da alih kat muvi sajer jer nak di hot kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 04:08 PM | Show all posts
Rosalie kepingin nk hidup mcm wanita2 lain... ada family semua. So bila Renesmee lahir, dia amik ...
leon_mclaren78 Post at 11-1-2012 14:02



ha ah.... nampak dia yg lebih caring n sayang baby dlm pewut tuh
edward kan memula panggey baby tu 'thing' ..... n alice pun



nnti mlm kalo pree sambung lg eks...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 05:21 PM | Show all posts
Ai suka dgr melodi lagu yg Edward main utk bella tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 09:12 PM | Show all posts
oo.... ade kali ke 2 eks.....???  
aku tak tau sbb aku mangsa guntingan pilem tuh  ...
seeri_7843 Post at 11-1-2012 15:58



   kalu ko tgk filem versi x potong punya mmg diorg mengekseks 2 kali dlm muvi......x tau la yg mana satu yg tersangkut..rasanya yg 1st kot..sbb kalu x silap diorg dah kawen 16 hr period bella dah lambat masa tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 10:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 11-1-2012 22:02

Nnt lps abis translate Twilight, aku nk translate Midnight Sun plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 10:29 PM | Show all posts
kalu ko tgk filem versi x potong punya mmg diorg mengekseks 2 kali dlm muvi......x tau ...
honeybee80 Post at 11-1-2012 21:12


Betul gak kan... aku lupa plak part yg Bella x piyed2 tuh! so betul la Edward sharp shooter! wakakakaka...
   
aummm.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2012 10:48 PM | Show all posts
ha ah.... nampak dia yg lebih caring n sayang baby dlm pewut tuh
edward kan memula panggey ba ...
seeri_7843 Post at 11-1-2012 16:08


Edward memula kecewa dgn Bella sbb dia tpaksa share kasih syg dgn 'that thing'!
Dia x penah sangka akan ada pihak ke-3 antara dia & Bella. Edward hanya fikir Bella akan jd life partner forever mcm Carlisle-Esme, Alice-Jasper & Rosalie-Emmet. Kat dlm muvi Edward marah btul dgn Bella... tp masa dia tgh marah tu, macho gile seh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 11:30 PM | Show all posts
Nnt lps abis translate Twilight, aku nk translate Midnight Sun plak..
leon_mclaren78 Post at 11-1-2012 22:01



   ha..ko baca ikut adobe tu kan? x de buku kan? aku dah try transelit guna goggle ntah hapa-hapa tatabahasa yg keluar......tp citer tu x abes kan....aku tunbggu ko update yer leon...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 11:31 PM | Show all posts
Edward memula kecewa dgn Bella sbb dia tpaksa share kasih syg dgn 'that thing'!
Dia x penah san ...
leon_mclaren78 Post at 11-1-2012 22:48



   muka Edward mmg macho gilerr...nak-nak dlm breaking dawn bila rambut dia dah nampak kemas tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 12:41 AM | Show all posts
CHAPTER 15..

Edward & Bella berjalan naik melalui tangga ke tingkat atas. Sampai je di atas, Edward bersuara sambil menunjuk kpd Bella, "Itu bilik Rosalie & Emmet, pejabat Carlisle, bilik Alice.." Edward mahu menyambung lagi, tetapi Bella berhenti di hujung ruang yg luas, merenung bagaikan x percaya ke arah hiasan yg digantungkan di dinding, betul2 di bwh kepala Bella.  Edward ketawa kecil melihat reaksi Bella. "Awak boleh ketawa, ia mmg sesuatu yg menarik," Edward memberitahu. Tp Bella x ketawa, secara automatik Bella mengangkat tangannya & salah satu jarinya cuba menyentuh salib kayu yg besar, ia berwarna gelap, kontra dgn warna dinding yg terang. Tp Bella x jadi menyentuhnya, "Ia tentu dh berusia ratusan tahun." Bella meneka. Edward mengangkat bahu. "Dlm awal tahun 1630, mungkin lebih atau kurang dari itu," jelas Edward. Bella mengalihkan pandangannya dari salib tersebut & merenung ke arah Edward. "Kenapa awak menyimpannya di sini?" Bella ingin tahu. "Nostalgia. Ia kepunyaan bapa Carlisle," ujar Edward. "Dia suka mengumpul brg antik ya?" Bella meneka. "Bukan. Dia sendiri yg mengukir salib ni. Ia digantung di atas dinding mimbar rumah pendeta di mana dia belajar." Wajah Bella masih kelihatan tenang walopun hakikatnya dia sgt terkejut, dia memandang kembali ke arah salib kayu tersebut. Kemudian dia membuat kira2 sendiri, usia salib tu dh mencecah lebih 370 tahun. "Awak ok ke?" suara Edward kedengaran bimbang. "Berapa usia sebenar Carlisle?" Bella bertanya perlahan sambil tidak mempedulikan pertanyaan Edward. "Dia baru saja menyambut hari lahirnya yg ke-362 tahun," ujar Edward. Bella memandang semula ke arah Edward dgn seribu persoalan.  Edward memandang ke arah Bella dgn berhati2 sewaktu menerangkannya. "Carlisle berkemungkinan dilahirkan di London dlm tahun kira2 1640-an. Waktu tu tarikh tidak direkodkan dgn betul. Tp ianya berlaku pd zaman sebelum undang2 Cromwell wujud." Bella hanya mendengar, agar sukar utk mempercayainya.

"Carlisle satu2nya anak lelaki kpd paderi Anglican. Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkan dia. Ayahnya seorang yg x boleh bertolak ansur. Apabila pihak Protestant menjadi semakin kuat, dia begitu bersungguh2 menindas pihak Roman Katolik & agama2 lain. Dia juga mempunyai kepercayaan yg kuat terhadap kewujudan kuasa jahat. Dia menerajui usaha memburu ahli sihir, serigala jadian...dan juga vampire." Bella hanya mendengar tanpa berkata apa2, Edward pasti dpt melihat reaksi wajahnya ketika tu, tp Edward terus menyambung lagi. “Mereka membakar ramai org yg x bersalah – sudah tentu makhluk2 yg mereka cari tu sgt sukar utk ditangkap. Apabila paderi tu semakin tua, dia meminta anaknya yg taat menggantikan tptnya. Pd mulanya Carlisle mengecewakannya sbb dia x secekap bapanya. Tp Carlisle lebih bijak dari bapanya. Dia sebenarnya dpt mengesan ada sekelompok vampire yg hidup bersembunyi di dalam paip pembetung di kawasan bandar, mereka hanya keluar berburu pd waktu mlm. Zaman itu adalah zaman di mana raksasa bukan sekadar mistik & legenda, tp juga merupakan satu cara hidup.”

“Ketika itu ramai org berkumpul membawa garpu rumput & juga obor, dan mereka menunggu di mana Carlisle pernah melihat raksasa tersebut keluar di jalan. Akhirnya muncul satu raksasa yg sedang kelaparan & agak lemah. Carlisle terdengar raksasa tersebut memanggil rakan2nya yg lain dlm bahasa Latin dan berlari menerusi jalan. Dan Carlisle ketika itu berusia 23 tahun, dia sangat bertenaga & pantas, dia berjaya mengejar raksasa tersebut. Tp raksasa itu menyerang Carlisle & dia cuba mempertahankan diri. Akhirnya raksasa tersebut berjaya membunuh 2 org lain & membiarkan Carlisle cedera parah di atas jalan.” Edward berhenti seketika & kemudian menyambung lagi, “Carlisle tahu apa yg bakal dilakukan oleh bapanya. Semua mayat yg dicemari oleh raksasa tersebut akan dibakar & mesti dimusnahkan. Carlisle cuba menyelamatkan dirinya sendiri, dia merangkak keluar dari kawasan tersebut apabila keadaan agak kelam-kabut & kecoh. Carlisle bersembunyi di dalam bilik bawah tanah, kemudian dia menanam dirinya dlm timbunan kentang yg sudah busuk utk 3 hari. Sungguh menakjubkan dia dpt duduk diam di situ tanpa disedari sesiapa. Apabila keadaan telah tenang, Carlisle baru tersedar yg dia telahpun menjadi vampire.”

Edward berhenti setakat itu. “Awak ok ke?” tanya Edward. “Sy ok,” ujar Bella, menyembunyikan seribu pertanyaan.  Edward tersenyum melihat reaksi Bella, “Sy teka awak tentu ada byk soalan yg nk diajukan kpd sy.” Bella menjawab, “Ada la sedikit.” Edward tersenyum lebar hingga menampakkan giginya yg tersusun cantik. Dia membawa Bella turun semula ke tingkat bawah sambil menarik tangan Bella, “Mari sy tunjukkan awak.”

---tamat CHAPTER 15 -----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.958150 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list