|
Perkahwinan budak umur 14 tahun cetus perdebatan
[Copy link]
|
|
Gesaan tamatkan kahwin bawah umur ditolak
Dis 8, 10 7:38pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan agar perkahwinan kanak-kanak diharamkan meskipun ramai yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun baru-baru.
Siti Maryam Mahmod dilaporkan bernikah dengan seorang guru berusia 23 tahun, Abdul Manan Othman minggu lalu dalam perkahwinan berama-ramai di sebuah masjid utama setelah diberi kebenaran oleh Mahkamah Syariah.
Masyarakat Islam di bawah umur 16 tahun dibenarkan berkahwin jika mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang setaraf dengan mahkamah sivil di negara ini.
Menurut Nazri, kerajaan tiada rancangan untuk meminda undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur itu kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.
"Jika agama membenarkannya, kita tidak boleh meminda undang-undang bagi menentangnya,” kata Nazri pada sidang akhbar di lobi parlimen.
"Islam membenarkan asalkan gadis itu telah akil baligh dan telah mempunyai haid,” katanya.
Perkahwinan Siti Maryam itu dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri, Wanita, Keluarga, Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.
Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan antara 16,000 gadis Malaysia di bawah umur 15 tahun sudah berkahwin.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak noor sediakan ceklist sama ada seseorg tu layak atau tidak berkawin..
1.
2.
3.
4 ...
petola Post at 9-12-2010 14:06
biasanya bakal mertua akan check......
gurau je abg pet... |
|
|
|
|
|
|
|
fikir saya...kamu ini tidak mempunyai cukup pengalaman dengan keadaan didunia luar...kamu harus aktif bercampur dengan masyarakat didunia luar...baru kamu tahu apa arti hidup....
disini bukan dibincangkan wanita berusia 14thn itu semata2...ini perbincangan umum yg melibatkan wanita berusia dibawah 18-20thn...hanya karena dia hafezah (yg kononnya mampu menghafal quran) maka dia seorang yg sempurna dan mampu dari sudut zahiriah dan rohaniah?fikir saya fahaman kamu cetek dan dangkal...mohon kamu keluar bercampur dengan masyarakat dan banyakkan pengalaman dahulu..dunia ini luas dan hidup ini sukar dijangka
C.K Post at 8-12-2010 23:15
Salam.
Bintang balas posting sekey dulu sebelum cuba balas posting yang lain...
Bintang cuma merujuk kepada isu tajuk, bukan isu global yang jenuh dikembangkan di sini. Kalo tajuknya 'Apa pandangan anda wanita bernikah seusia 14 tahun?' Maka bintang akan menjawab/menulisnya mengikut tajuk berkenaan. Dan tadelah bintang duk baca semua posting kat sini... malas nak merempit...
Yea.. bintang cuba membela seorang hafezah, moga ada secuil pahala di situ dari cuba membuat tuduhan tanpa asas. Seperti kata sebahagian porumer, ketentuan jodoh.
Bila isunya dikembangkan ia sudah menjadi besar dan topik budak hafezah neh nikah usia 14 tahun sama lelaki 23 tahun bukanlah lagi jadi topik utama. Takpe, mari kita lihat dari sudut agama (kerana kita ini muslim maka setiap apa yang diutarakan jangan lari dari agama).
Keistimewaan Islam adalah fleksibel, universal, rasional, sesuai dengan waqi' dan zaman, di terima ramai dari hal ibadah, akhlak, muamalat, politik mau pun aturan perkahwinan. Syariat tidak meletak usia tertentu untuk bernikah. Namun, syariat menghendaki orang yang hendak bernikah mestilah orang yang kuat rohani dan jasmaninya. Mereka harus faham erti sebuah pernikahan yang merupakan sebahagian dari ibadah. Seperti pahamnya apa itu solat kepada orang yang melakukan solat, faham haji bagi yang berhaji, berjual beli bagi pembeli. Oleh kerana itu adanya hukum dalam perkahwinan yang dikategorikan perkahwinan yang harus, sunat, wajib dan haram.
Islam tidak pernah menetapkan usia tertentu dalam sebuah perkahwinan. Keempat-empat mazhab Ahlul Sunnah dan Syiah tidak menetapkan usia apakah sewajarnya sebuah perkahwinan. Islam memberikan kebebasan bagi umat untuk menyesuaikan hal yang demikian bergantung peribadi pengantin, situasi, kepentingan, dan waqi' masyarakat setempat.
Bintang tidak ingin menyebut usia Aisyah ra sewaktu menikahi Nabi saw. Dan pada usia berapakah Aisyah ra digauli Nabi saw. Kerana umumnya hampir kesemua muslim dan non muslim mengetahui hakikat tersebut.
Apabila manusia lari dari berfikir berlandaskan agama, maka ia meninggalkan segala contoh dari Nabi saw atau hukum agamanya sendiri. Lalu mengambil contoh dan ikhtibar dari kalangan mereka yang mencemuh Islam itu sendiri
Hal-hal yang lain dalam isu ini bintang akan jawab dalam posting Shin dan yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi matang tak matang bersedia tak bersedia nak kawin sebenarnya bukanlah satu proses semulajadi
i ...
petola Post at 9-12-2010 13:58
petola,aku rasa kes kahwin muda ni mungkin bole kita kaitkan persamaannya dgn trend org2 kita(org Malaysia) pergi haji..kenapa aku ckp mcm tu??sbb,aku nmpak persamaan trend tu..nampak tak trend org2 malaysia ni pergi naik haji lingkungan umur berapa??
kebanyakannya org2 malaysia ni akan pergi tunaikan fardu haji dlm lingkungan umur 40 tahun atau lebih..dan ramai juga org2 kita yg naik haji bila umur da mencecah 50an..kenapa jadi mcm tu??
kat sini aku listkan sikit sbb2 yg aku fikir faktor utama trend ni...
1.dlm lingkungan umur mcm tu,seseorang tu mungkin da stabil dlm hidup..semua benda (at least basic!) da ada..rumah,kereta,da kahwin,da ada anak etc2..so,sampai la masa nak tunaikan fardu haji
2.kos nak tunaikan haji yg sgt tinggi,so at the early age,mungkin ramai yg tak mampu..so kena kerja dulu,kumpul duit pelan2..
3.mungkin pada lingkungan umur 40 tahun ni seseorang tu da cukup bersedia..mungkin dari segi ilmu agama,mental,hukum2 agama,etc2..mungkin jugak kita bole cakap,masing2 da puas kejar dunia,la ni nak cari akhirat pulak..
so,persoalannya..kalau seseorang tu katakanlah dah mampu dari aspek2 kat atas at their early age,let say umor 25 da ada semua aspek2 kat atas tu,so bole ke naik haji??jawapannya da tentulah bole kan??
so,berbalik ke isu kahwin muda ni..aku rasa takda apa2 perdebatan pun yg patut timbul..pendapat aku,kira dah ok sgt umur 16/18 minimum yg da ditetapkan tu..as long as mampu dari semua aspek..mungkin mampu dari segi ilmu,ekonomi,tanggungjawab,etc2..sapa2 yg nak kahwin lg awal dari umur minimum tu,kena dpt approval court..kan da ok tu..kahwin muda ni bole,islam tak larang..cuma yg menjadi perdebatan mungkin sbb ia keluar dari norma2/trend/lifestyle masyarakat sekarang..so,pada pendapat aku tak perlu la nak naikkan had umur tu terlampau tinggi sgt..sapa yg tk mampu kawin muda,kawin masa da berumur sikit..sapa mampu,go on.. |
|
|
|
|
|
|
|
bintang - arwah nenek kak shin bernikah pada umur 11 tahun, bercerai pada umur 14 tahun,selepas mendapat 2 zuriat...mengikut arwah moyang, arwah nenek yg pada umur dikahwinkan tu dah cukup matang untuk melayan suami, kalau kita lihat dari segi biologi mmg ternyata benar
I got a cousin seorang yg tidak kurang tinggi agama dia, bekas graduan dari sekolah agama yg sangat berprestij, dan dia juga tidak sependapat dlm hal ni, ilmu agama kalau ada didada mmg tuntutan Islam juga, tapi ilmu rumahtangga tu lain bintang, walaupun ada byk bahan rujukan, words of mouth dari orang2 yg pernah melaluinya, ianya tetap berbeza dari satu pasangan ke pasangan yg lain
mcm mana lar ada orang2 disini masih stuck di dlm fikiran mereka yg orang dulu2 pun buat, elok jer, anak berderet2 kekal bahagia jer, mereka tu berada dizaman kita ke? mereka ada kemudahan seperti kita? believe me when kak shin kata given a choice arwah nenek kak shin takda keinginan untuk berkahwin masa tu, dia prefer to panjat pokok daripada melayan suami..and this girl is struggling between being a student and a wife at such an early age, kalau bukan kita yg persoalkan,siapa kah yg layak bintang untuk memberi pelindungan kepada golongan yg memerlukan?
OsHiN_hOnEy Post at 8-12-2010 22:37
Salam kak shin... bintang gembira, nampak kak shin dan sudi membalas posting bintang..
Bintang tak sangka isu ni menjadi begitu jauh. Mama dan baba bintang berkahwin usia sudah melebihi 20 tahun dan nenek bintang di kedua belah pihak sudah tade sebelum bintang dilahirkan lagi. Bintang pun tak tau depa ni bernikah usia berapa. Jadi untuk membela perkahwinan di usia 14 tahun bukanlah alasannya. Cuma yang bintang tekankan, untuk mencemuh ia sangat tidak relevan dengan agama.
Bila akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan gejala budak (?) 14 tahun mengandung, buang anak, seks bebas; isu ini lebih relevan untuk diketengahkan, dicemuh dan mencari penyelesaiannya.
Tapi nampaknya tred ini menjadi hangat bila isu ini dikembangkan dengan skop yang lebih luas. Bertanya kepada bintang apakah bintang galakkan sekiranya suatu hari nanti ada anak pompuan untuk dinikahkan dalam seusia 14 tahun? Sudah tentu jawapannya tidak. Tapi untuk menghalang orang di luar sana bernikah seusia ini juga tidak akan, sebab ia menyalahi hukum Tuhan.
Perceraian, seusia berapa pun manusia itu bernikah jika jodohnya dua hari atau satu hari... begitulah usianya sesuai dengan ketentuan Tuhan. Jadi bukan bintang katakan bernikah orang dulu di usia muda depa tidak bercerai. Tapi jumlah itu tidak seperti sekarang. Zaman kita ini kedua-dua jantina sudah terlalu pintar berbanding dulu, wanita terpuruk dan bodoh di rumah sahaja. Segala kesengsaraan dibungkam bernanah dalam hati, berbanding sekarang wanita tampil ke depan membela hak. Jadi isu perceraian wanita dahulu kurang kerana ramai di kalangan mereka tidak mengetahui hak dan redha dengan hidup.
Pernikahan usia awal - di bawah umur sebenarnya bukan menjadi majoriti masyarakat Islam di mana-mana pun. Ia cuma secuil atau segelintir masyarakat saja dan hangat bila 1-2 kes dibesarkan. Seperti di Indonesia baru-baru ini. Di Pakistan, Iran, Mesir, Saudi Arabia ..etc... ratanya wanita bernikah dari usia 25-40 tahun kerana mas kahwin yang mahal. Ada yang bernikah awal, tapi ia cumalah minoriti dari masyarakat tersebut.
Yang bintang rasanya usia 14 tahun bintang dulu dan usia 14 tahun wanita hari ini sangat jauh beza kematangannya. Bintang masih lagi tido berpeluk dengan bapa, mama.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia yg nak kawen kita bergaduh di sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kucingTomey
kucen nak kawin nanti agak2 ade x orang nak bergaduh??? sudah2 lah t ...
Zetsubou_Genius Post at 9-12-2010 17:01
Nafsu barbaric macam kata sorang tuuu, sebab nikah dgn budak pompuan 'bawah umur'....kalau kita doakan wajar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kucingTomey
kucen nak kawin nanti agak2 ade x orang nak bergaduh??? sudah2 lah t ...
Zetsubou_Genius Post at 9-12-2010 17:01
Kuceng kawen lari...mana orang nak tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dinafikan ada yang bahagia dan ada yang tidak.
Sama macam pertanyaan, apakah perkahwinan ...
bintang Post at 9-12-2010 15:55
Kusangkakan panas berpanjangan..rupanya hujan ditengah hari..yehaaaaaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya bakal mertua akan check......
gurau je abg pet...
noor2 Post at 9-12-2010 14:20
Bawah pusat ada dalam kurungan checklist tak noor? Or kalau kepercayaan orang dulu...dia akan potong jambul abadi bakal menantu pompuan sikit kemudian letakkan dalam mangkuk berisi air...apa betul ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bawah pusat ada dalam kurungan checklist tak noor? Or kalau kepercayaan orang dulu...dia akan po ...
crankshaft Post at 9-12-2010 21:54
tak la sampai kesitu...
check lelaki /perempuan tu latar belakang keluarga cemana..
belajar sampai mana
baik ke jahat...
biasanya tu je la... |
|
|
|
|
|
|
|
not go wrong my dear means you never learn in a way ....you learn from mistakes, experienc ...
mbhcsf Post at 9-12-2010 12:28
Adakah pengalaman itu HANYA boleh diraih dari kesilapan yang harus/wajib utk kita lalui/tempohi sendiri?...dan bukannya dari kesilapan orang lain untuk kita jadikan iktibar agar kita tidak perlu melaluinya? |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh kiiooookkkkkkkkk......
aku ingat pengikut kitab kuning je yang suka jaga akidah orang ke sana kemari..... golongan sibilais pun dok sibuk nak tentukan bahagia tidak rumahtangga orang lain
Setahu aku orang Islam ni jenis berlapang dada. Kalau dulu orang kawin katanya banjir bumi dek tangisan setan..... la ni setan dah cool.... pasal ada orang dungu dok sibuk kenapa budak tu kawin awal....prrrpftphrrrpftph
Tah tah yang dok sibuk mengutuk ni rumah tangga pun tunggang langgang..... yang tengah tercari cari cinta pun ada..... hahhahahahahahhahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah pengalaman itu HANYA boleh diraih dari kesilapan yang harus/wajib utk kita lalui/tempohi ...
crankshaft Post at 9-12-2010 22:03
eh tak der lahhhh...memana sumber pun boleh tapii kesan kognitif dan emosi dan terkesan ialah apabila sendiri lalui |
|
|
|
|
|
|
|
eh tak der lahhhh...memana sumber pun boleh tapii kesan kognitif dan emosi dan terkesan i ...
mbhcsf Post at 9-12-2010 22:09
Nko nie MBA.......gunakan istilah yang sonang2 takleh ka?
Si noor bukan paham istilah kognitif , congivitis, conmenggelitis segala nie..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|