|
Kitab Cinta ♥ Fazura,Hardy - ULANGAN TV AL-HIJRAH ISNIN - JUMAAT 10.30 MLM
[Copy link]
|
|
jom masuk team irfan...irfan setia...wali gatal ...opsss
cinta_ungu Post at 22-6-2011 23:13 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
ok la utk hr ni aku masuk team irfan sbb x menahan tgok kegedikan & kemiangan wali yg terserlah...:@
emo kejap |
|
|
|
|
|
|
|
aduyaiiii...nak tergelak je masuk thread nie...
kerana 1 jelingan + senyuman sengett oleh wali kpd karmila...moyan dah seme ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 671# cinta_ungu
ntah2 besoknya episod makin terselah kegedikan wali...
Oh tidak...
kalau nmpak gedik. mmg aku terus support irfan... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan takat jelingan gedik wali tu jer...
ekceli masa wali ckp kat mustika yg ha ...
airwickss Post at 22-6-2011 23:43 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
mlm ni ramai yg emo dgn wali.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cinta_ungu
ntah2 besoknya episod makin terselah kegedikan wali...
Oh tidak...
kalau n ...
sakura2503 Post at 22-6-2011 23:36 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
yup.... kalu gedix lebey2 lagik esok..
ai tukar nama irfan terus kat siggy ai... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ok korang....
dah kul 12..
jom masuk tido....
esok malam sambung moyan abe wali gedix dgn abe irfan...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wakakaka...tergelakk baca twit diorang tuhh...
mesti time depan2 dulu segan2 nak menyembang...![](static/image/smiley/default/lol.gif)
wali playar ..
irfan sepanar ...
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cinta_ungu
ntah2 besoknya episod makin terselah kegedikan wali...
Oh tidak...
kalau nmpak gedik. mmg aku terus support irfan...
sakura2503 Post at 22-6-2011 11:36 PM ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
wali tetap di hati , walo irfan sangat setia kat mustika ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 676# skymania
sewit dan cumil sangat depa bertweet agak2 shooting drama neh blom habis kot |
|
|
|
|
|
|
|
gigih diorg dok defend watak masing2...
airwickss Post at 22-6-2011 11:55 PM ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
lucu , masing2 nak tunjuk egois ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura, Hardy ada hati
Oleh NOR AKMAR SAMUDIN
[email protected]
SEKALI pandang pada gadis jelita berblaus rona jingga bertudung hitam yang memasuki ruang legar Masjid Wilayah, Jalan Duta, petang Selasa lalu, pasti sukar menduga yang dia adalah pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin, 28.
Namun apabila terus diamati wajah mulus bergincu tipis itu, ternyata dialah orangnya. Lain benar penampilannya jika diimbas semula lagak ranggi dalam filem Pisau Cukur. Itulah wajah terbaru Fazura yang memegang watak Mustika dalam drama terbaru arahan Erma Fatima, Kitab Cinta, yang bercorak Islamik untuk TV Al Hijrah.
Menyesuaikan dengan jalan cerita drama itu, Fazura digandingkan dengan pelakon segak yang sedang meningkat naik di Indonesia, Hardy Hartono, 27. Pertemuan dua pelakon itu sebagai insan yang mempunyai tautan hati pasti dinantikan oleh peminat drama Melayu apatah lagi lakonan Fazura yang jarang menghampakan.
Rakaman di masjid itu menggambarkan pertemuan semula Mustika dan Wali (Hardy). Walaupun masing-masing 'ada hati' tetapi cinta mereka sukar bersatu kerana ada pihak lain turut memendam rasa pada Mustika.
Penggambaran drama itu dilakukan di Malaysia dan Acheh kerana mengisahkan Mustika yang berasal dari keluarga berada jatuh cinta dengan jejaka Acheh iaitu Wali. Selepas 12 hari menjalani penggambaran di sana, kru produksi dan pelakon menyambung penggambaran di Kuala Lumpur.
Berbual dalam masjid yang cukup indah dan mendamaikan itu, Fazura berkata, dia sudah terlalu biasa membawakan gadis remaja seperti dalam filem dan drama Gol & Gincu serta gadis moden dalam Pisau Cukur.
"Lama saya tidak mendapat naskhah begini. Balik-balik orang tengok saya bawa watak sama. Apabila saya terbaca dalam akhbar Kak Erma akan membuat drama Kitab Cinta yang bercorak agama, langsung saya tertarik untuk mengetahui jalan ceritanya sehingga saya sanggup tawarkan diri berlakon drama itu.
"Kebetulan sudah lama tidak berlakon drama dan pastinya jika mahu muncul semula di kaca TV, mestilah dengan peranan yang lebih bagus dan bukan seperti kebiasaannya. Kitab Cinta bukan saja menghidangkan jalan cerita yang menarik malah skripnya juga mantap.
"Paling menambat hati saya watak utama, Mustika bertudung dan perkara lain yang membuatkan saya mahu sangat terbabit dalam drama ini kerana Kak Erma mahu menggandingkan Mustika dengan hero filem Ayat Ayat Cinta, Fedi Nuril.
"Pun begitu Fedi tidak jadi diambil berlakon dalam Kitab Cinta dan tempatnya digantikan Hardy. Tetapi ia bukanlah alasan untuk saya mengundurkan diri kerana inilah jalan cerita dan watak yang saya mahukan.
"Saya mahu menampilkan Nur Fazura yang 'baru' kepada penonton kerana belum pernah saya berlakon pakai tudung. Penggambaran Kitab Cinta dimulakan di Acheh dan cuaca yang panas terik di sana membuatkan pada mulanya saya rimas bertudung. Jarang tudung 'lekat' lama di kepala saya.
"Selepas beberapa hati bertudung, barulah saya rasa selesa. Sejak mengenakan tudung untuk drama ini, saya juga rasa seronok kerana apabila makan di luar, tiada yang perasan saya. Selepas beberapa ketika menikmati hidangan, barulah ada yang menegur untuk memastikan yang saya adalah Fazura dan keadaan itu membuatkan saya bebas berada di luar.
"Insya-Allah doakan yang terbaik untuk saya agar suatu hari nanti saya terus kekal bertudung. Ada rancangan hendak mengerjakan fardu haji dan mungkin saya akan bertudung selepas bergelar hajah. Harap segala apa yang dicita-citakan akan berjalan baik," katanya.
Menceritakan pengalamannya berlakon dengan Hardy, jelas Fazura, jejaka itu sangat pemalu namun atas nama kerja, keserasian segera wujud antara mereka berdua.
"Hardy seorang model, pelakon filem dan sinetron. Mudah bekerja dengannya yang tidak banyak kerenah. Pengalaman yang ada padanya menyebabkan dia senang faham arahan dan kami saling membantu untuk menghidupkan watak Mustika dan Wali," katanya.
Menceritakan pula kenangannya di wilayah yang pernah dilanda tsunami maha dahsyat itu, Fazura berkata, sejak mendengar kisah sedih melanda Acheh pada 26 Disember 2004, dia teringin benar bersolat di Masjid Raya Baiturrahman yang kekal berdiri kukuh di tempat asalnya.
"Alhamdulillah, dapat juga saya menjejakkan ke masjid itu dan bersolat di dalamnya. Kesan tsunami yang lain seperti kapal yang masih ada di tengah bandar itu, amat menginsafkan. Ramai lagi mangsa tsunami yang tiada rumah," katanya.
Tambahnya, selepas ini jika ada lagi tawaran berlakon dalam filem bercorak Islamik, Fazura rela menerimanya.
Hardy yang ada sama pada pertemuan itu berkata, dia berbangga dapat bekerjasama dengan produksi Malaysia tambahan Erma memberi kebebasan kepadanya untuk membentuk karakter dan melontarkan dialognya. Peluang dapat berlakon dengan produksi tempatan itu sangat mengujakan apatah lagi katanya, dapat berlakon di samping Fazura yang banyak membantunya di lokasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 683# Kiesh
wali kat luar pemalu kata fazura ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|