Kuala Lumpur: Misbun Ramdan Misbun dan Tan Chun Seang melepasi saingan getir untuk melangkah ke suku akhir Grand Prix Terbuka Kanada, namun Zulfadli Zulkifli terkandas di pusingan ketiga biarpun berjuang habis-habisan.
Ramdan, pilihan kelima menerima tentangan sengit pemain India, Arvind Bhat di pusingan ketiga semalam apabila dipaksa bermain tiga set sebelum menang 21-19, 17-21, 22-20.
Juara GP Final Kebangsaan ini dijangka tiada masalah melangkah ke separuh akhir namun perlu mengatasi pemain Amerika Syarikat (AS), Sattawat Pongnairat hari ini.
Mengiringi Ramdan, pilihan ketiga Chun Seang yang menundukkan pemain Denmark, Joachim Persson untuk ke suku akhir.
Dia tewas set pertama 19-21, bangkit dua set berikutnya dengan kemenangan 22-20, 21-9 untuk berdepan pemain Jepun, Riichi Takeshita hari ini.
Begitupun hajat melihat tiga pemain negara di suku akhir berkubur apabila Zulfadli gagal mengejutkan pilihan kedua dari Belanda, Eric Pang. Bekas juara Remaja Dunia, Asia dan Komanwel itu tewas 17-21, 21-11, 5-21.
Biarpun tanpa Zulfadli, Malaysia berpeluang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di final sekiranya Ramdan dan Chun Seang berjaya mengatasi lawan masing-masing.
kalah sudah misbun ramdan semi lwn eric pang... 21-23, 21-13, 13-21. Set pertama rugi dah kedudukan 20-17 boleh kalah 21-23. Apepon semoga berjaya buat tan chun seang pemain yang di ban oleh BAM 2 tahun sebelum ni layak ke final lwn eric pang