Edited by Clover_Hill at 22-2-2016 09:48 PM
Hubbi tengok. Dia macam nak senyum ke, tak nak senyum. Takpe..kita jumpa doctor dulu apa-apa hal.
Di bilik doctor, tengok jerk result tu..darah semua ok..takde denggi..viral feverpun bukan. But….
“Congratulation,sir..you wife is pregnant!” Kemain kuat doctor tu shake tangan tok hubbi,sambil lebar senyum deh. Heh.
Aku…rasa terawang-awang.
“Betul ke doctor..result ni tak salah?” “Ni result lab, accurate” kompiden jerk doctor Sadhu tu jawab sambil sengeh lagi.
Aku tengok hubbi kemain berseri muka dia. Ada linangan airmata di kelopak mata,tapi aku tahu dia sedang cuba mengawal emosi lelakinya….
Yang aku ni pulak, dari tadi dah terawang-awang..dengar pulak kata doctor tu gitu,makin melayang-layanglah jiwa. Seriusly, aku memang tak expect untuk semua ini!Aku dah dalam comfort zone kot…nak start it all over again..? Alahaaaiiiii….
Tapi still lah aku panjatkan kesyukuran. Kang kufur nikmat pula. Just aku rasa macam tak caye..sebab memang takde plan apa. But that moment aku mula nak kaitkan dengan mimpi baby ape semua tu maybe sebab hormon. Kan orang kata kalau kita ada tendency mengharap nak anak, ia akan terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Tapi aku kata, aku tak fikir pun pasal nak baby, sikit pun tak penah terlintas untuk semua ni. Urmmm..entahlah.
Hasil jasa hubbi aku, berita ni tak dan apa, cepat jerk tersebar ke family kitorang.Yela aku taula dia excited, tapi aku tak brape nak setuju lah awal-awal dah gebang serata alam. Benda ntah mana-mana lagi kot. Plus, aku masih caya tak caya jer lagi. (Aku ni tak habeh-habehlaaa 50-50…payah nau nak terima kejutan demi kejutan!) Si kakak dan si awe pun kemain gembira. Adik-adik ipar dan Mak mentua aku lagi laaa…kalau boleh melompat lama dah depa melompat. Asyikla dok hadap cucu dan anak buah orang, tetiba nak dapat cucu dan anak buah sendiri lagi setelah sekian lama, bole imejin tak camne terujanya mereka?
Bila ingat ni balik, sedih sangat aku rasa. Why sedih? Nanti di akhir cerita korang akan tau lah kenapa aku sedih…Bukan takat sedih, malu, hiba, sendu….semua ada.
Lagi sedih bila awe tanya.."Mama sakit lagi ke...abak nak baby..." huhu..SI kakak...seharian moody... Aduhh...menusuk-nusuk plak hati aku sambil menaip nih.
|