CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: loveanis02

Futsal -

[Copy link]
Post time 30-1-2008 11:39 PM | Show all posts
Wednesday January 30, 2008

Malaysia edge Indonesia in opener


By ERIC SAMUEL


KUALA LUMPUR: Defending champions Argentina scored a thumping 12-1win over England while hosts Malaysia chalked up a narrow 3-2 win overIndonesia in the opening day's action in Group A of the Kuala LumpurWorld 5s futsal tournament at the Stadium Negara yesterday.


Skipper Addie Azwan Zainal starred for Malaysia with a hat-trickscoring in the 22nd, 23rd and firing in the winner in the 29th minute.  


                       
Cleaning up: Officials mopping off rain water that drippedfrom the roof at Stadium Negara.
Indonesia opened accounts through Deny Handoyo in the fifth minute before Andri Irwan went on target in the 24thd minute.


Malaysian coach P. Balakrishnan said his players could have done better.
揑 think they were simply overawed by the occasion,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 05:17 AM | Show all posts
Futsal: Malaysia terus suram

KUALA LUMPUR - Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Futsal Sedunia Kuala Lumpur selepas dibelasah Australia 7-0 di Stadium Negara, semalam, lapor FERZALFIE FAUZI.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menutup peluang pasukan negara untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua Kumpulan A, seterusnya layak ke separuh akhir bagi kategori Cup.

Selepas Argentina membelasah Malaysia juga dengan jaringan yang sama, Australia dengan mudah menjaringkan dua gol dalam tempoh satu minit pada separuh masa pertama melalui Fernando De Morales dan Vizzari Andrian.

Dua gol awal itu dijaringkan tatkala Malaysia dilihat masih lagi belum bersedia menghadapi Australia yang terus mengasak pasukan negara untuk gol ketiga dan keempat pada minit-minit 12 dan 15 melalui De Morales serta Keith Robert Simon.

Malaysia dilihat agak sukar untuk menembusi kubu Australia dan hanya melakukan beberapa percubaan lemah melalui Addie Azwan Zainal dan Ruzaley Abd. Aziz, sementara Australia pula dilihat mendominasi perlawanan separuh masa pertama dengan serangan bertali arus.

Hasrat Malaysia untuk bangkit pada separuh masa kedua gagal apabila Australia menambah tiga lagi gol menerusi De Morales, Vizzari Andrian dan Giovenali Greg minit ke-22, 24 dan 25.

BergantungJurulatih negara, P. Balakrishnan berkata, jika pasukan negara bermain dengan hantaran yang cantik tidak mustahil Malaysia boleh kalahkan Australia.

''Ia bukan disebabkan faktor saiz yang membawa kepada kekalahan 7-0 kepada Australia tetapi cara permainan dan saya yakin Malaysia akan bangkit pada perlawanan seterusnya,'' katanya selepas perlawanan.

Balakrishnan menjelaskan, pasukannya harus menang pada perlawanan menentang England bagi mengelak untuk berada di tangga terbawah Kumpulan A.

''Semua pasukan yang beraksi pada kejohanan ini memang hebat dan pasukan saya harus menjadikan setiap perlawanan sebagai satu proses pembelajaran,'' katanya.

Satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan Argentina membelasah Indonesia 6-0 melalui jaringan hatrik Alamiro G. Vaporaki dan Cristian A. Barruto.

Sementara itu, jaguh Asia, Iran memperoleh kemenangan sulung selepas mengalahkan Belanda 3-1 dalam perlawanan yang cukup sengit untuk Kumpulan B.

Iran memperoleh gol menerusi ketua pasukan mereka, Vahid Shamsaee pada minit ke-10 dan 35, satu lagi gol Iran disumbangkan oleh Mohammad Tahari pada minit ke-28, sementara gol sagu hati Belanda dijaringkan oleh Omar Neijari pada minit ke-29.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 08:32 AM | Show all posts
aturday February 2, 2008

Futsal: Iran go down to shock loss, Malaysia hit six past England

PETALING JAYA: Asean champions Thailand pulled off a major upset in the KL World 5s invitational futsal tournament when they pipped eight-time Asian winners Iran 3-2 for a place in the last four while hosts Malaysia hammered England 6-2 en route to the plate semi-finals at the Stadium Negara yesterday.

Earlier in a morning match, Iran defeated China with a 6-1 win but found the Thais a hard nut to crack in their final match of the preliminary round fixtures. The Thais advanced into the last four as the runners-up in Group B on seven points.

Three-time champions Brazil, who had earlier qualified for the semi-finals from the group, topped the table with the maximum 12 points. They completed their group fixtures with a 2-0 win over Holland.

The Samba boys have proved to be a class above despite not sending their top team. They had earlier scored identical 4-0 wins over China, Iran and Thailand.

Defending champions Argentina pipped Australia to the top spot in Group A after both teams drew 3-3 in their final group match.  

The South Americans top the group with a superior goal difference after both teams were tied on 10 points.

In today抯 semi-finals, Argentina will face Thailand and Brazil will take on Australia.

Meanwhile, Fadhil Yusof starred for Malaysia in their big win over England when he bagged four goals (10th, 12th, 25th, 26th). Addie Azwan Zainal (14th) and Fadzil Karnim (35th) added a goal each. Alex Sykes (11th) and March Canham (36th) scored for England.

Malaysia began the tournament with a 3-2 over Indonesia before suffering two back-to-back defeats to Argentina (1-7) and Australia (0-7) to finish third in Group A on six points.

Malaysia coach P. Balakrishnan said: 揑t抯 a great feeling to have beaten England and it will definitely serve as a morale-booster for the future of Malaysian futsal. I knew we could beat England and we took our chances well today,
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 03:51 PM | Show all posts
Malaysia layak ke saingan Plate
Oleh Mohd Fadzrie Hazis

Fadhil muncul wira sumbat empat gol bantu negara belasah England 6-2

SASARAN untuk mara ke peringkat separuh akhir Plate dicapai skuad futsal kebangsaan, selepas kejayaan membelasah England 6-2 pada perlawanan Kumpulan A Kejohanan Futsal KL World 5's di Stadium Negara, semalam.

Fadhil Yusoff muncul wira negara dengan empat gol jaringannya, dua lagi gol dijaringkan kapten pasukan, Addie Azwan Zainal dan Fadzil Abdul Karnim.

Kemenangan itu juga mengesahkan kedudukan skuad kebangsaan di tempat ketiga Kumpulan A, dan bakal bertemu Belanda pada peringkat separuh akhir Plate.

Bagi Fadhil walaupun menjaringkan empat gol semalam, dia menyifatkan kejayaan ke atas England adalah hasil kerjasama semua pemain negara.

Pemain kelahiran Rantau Panjang itu juga merasakan, tumpuan lawan terhadap Addie selaku penjaring terbanyak negara memberikannya ruang untuk menyerang.

Setiap pemain wajar menerima pujian atas kemenangan ini, setiap gol saya hari ini (semalam) adalah hasil gerakan sepasukan. England juga mungkin terlalu bertumpu pada Addie, dan ia membuka laluan untuk saya melakukan jaringan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 04:42 AM | Show all posts
Malaysia tempat ketujuh

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat ketujuh daripada 10 pasukan yang bertanding selepas tewas 0-5 kepada Belanda pada separuh akhir kategori plate Kejohanan Futsal KL World 5's di Stadium Negara, semalam.

Walaupun kalah, Malaysia masih boleh berbangga kerana berjaya memperbaiki pencapaian menduduki tempat kesembilan di kejohanan sama pada 2003 lalu yang disertai 13 pasukan ketika itu.

Pengurus pasukan, Hamidin Mohd. Amin yang tampak sedikit kecewa dengan keputusan itu tetap berpuas hati dengan persembahan keseluruhan skuad muda negara.

''Walaupun kalah, pemain-pemain kita mempamerkan tentangan bersemangat sebelum tunduk kepada pasukan yang ternyata lebih baik dari segi kualiti dan pengalaman.

''Sebenarnya, skuad futsal kita masih perlu banyak pendedahan dan pertandingan jika mahu terus maju di masa depan.

''Jadi dalam menghadapi kejohanan akan datang, kita bercadang untuk memperbanyakkan pertandingan di peringkat kelab dan negeri bukan sahaja untuk melahirkan pemain baru tetapi juga yang lebih matang dari segi teknikal dan taktikal permainan futsal,'' katanya selepas perlawanan, semalam.

Lima tahun lalu ketika kejohanan sama diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Malaysia muncul juara kategori bowl dengan menewaskan Indonesia 5-4 pada perlawanan akhir.

Tahun ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Argentina di samping Australia, England dan Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 01:04 PM | Show all posts
Cabaran Malaysia berakhir
Oleh Mohd Fadzrie Hazis

Kecundang kepada Belanda pada separuh akhir peringkat Plate

CABARAN skuad Malaysia pada Kejohanan Futsal KL World 5's berakhir selepas dibelasah Belanda 5-0 pada perlawanan separuh akhir peringkat Plate di Stadium Negara, semalam.

Belanda yang dibimbing Vic Hermans, hanya memerlukan tiga minit untuk merobek gawang Malaysia menerusi jaringan Omar Neijari yang kemudian terus mempamerkan aksi cemerlang dengan dua lagi gol pada minit ke-10 dan 23.

Anak buah P Balakrishnan kemudian menghadirkan beberapa ancaman kepada benteng Belanda namun, ketangkasan penjaga gol, Peter Rozenbeek menafikan sebarang gol buat barisan negara.

Sebaliknya, Belanda terus melebarkan penguasaan dan berjaya menjaringkan gol keempat pada minit ke-34 apabila Muizzuddin tertampan bola rembatan Calvin Blankendal ke gawang sendiri.

Adil Salih kemudian melengkapkan kemenangan Belanda dengan jaringan kelima tiga minit sebelum tamat perlawanan yang sekali gus memastikan kemaraan pasukan ke perlawanan akhir Plate, hari ini.

Bagi Balakrishnan, dia tetap berpuas hati dengan aksi pemain walaupun gagal meneruskan kemaraan ke peringkat akhir Plate hari ini, kerana sasaran memperbaiki pencapaian menjuarai kategori Bowl lima tahun lalu sudah terlaksana.

"Belanda adalah kuasa besar futsal Eropah, dan bukan mudah berdepan mereka. Tetapi kami masih berjaya menyekat mereka daripada mencipta lebih banyak peluang gol hari ini.

"Secara keseluruhan, saya menghargai sumbangan pemain saya pada kejohanan ini. Mereka sudah memberi yang terbaik, dan kami juga berjaya memperbaiki pencapaian 2003 lalu," kata Balakrishnan.

Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan tahap skuad futsal kebangsaan ketika ini dan liga futsal kebangsaan yang sedang dirangka badan induk itu ketika ini juga harus segera dilaksanakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 02:44 PM | Show all posts
lama tak men futsal....
berkarat dah skill golkiper aku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 04:56 AM | Show all posts
Brazil benam Argentina juarai Futsal World KL 5抯


Pemain-pemain Brazilmeraikan kejayaan muncul juara selepas menewaskan Argentina 4-0 padaperlawanan akhir Futsal KL World 5抯 di Stadium Negara, Kuala Lumpur,semalam.

KUALA LUMPUR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 02:35 PM | Show all posts
wargh lama x main futsal
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 05:42 AM | Show all posts
Skuad futsal semakin hampiri pusingan akhir

AKSI pemain negara (tengah) ketika menentang Vietnam pada perlawanan pertama di Shah Alam kelmarin.

SELANGOR menunaikan janji untuk membalas dendam terhadap Sabah.
Semalam, barisan muda Gergasi Merah itu berjaya menewaskan Sabah 3-0 pada aksi Piala Presiden 2008 di Padang SUK, Shah Alam.

Gol-gol Selangor diperoleh menerusi penyerang utamanya, Mohamad Lukhman Noor Hakim Jaafar dan T. Devendran yang menyumbang dua gol.

Dengan kemenangan itu, Selangor Junior kini mengumpul 29 mata selepas beraksi 15 perlawanan daripada keseluruhan 24 perlawanan liga.

Kedudukan itu menyaksikan Selangor hanya dipisahkan tiga mata dengan pasukan di tangga teratas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selangor akan bertemu Melaka di gelanggang lawan pada perlawanan seterusnya Khamis depan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 07:15 AM | Show all posts
Malaysia tempah slot ke pusingan akhir

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR


ADDIE (kanan) meledak dua gol untuk menghadiahkan
kemenangan selesa 7-4 skuad negara ke atas Taiwan pada
perlawanan terakhir pusingan kelayakan di Shah Alam semalam.

SKUAD negara berjaya ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2008 selepas menewaskan Taiwan 7-4 pada aksi terakhir pusingan kelayakan Kumpulan A di Kompleks Sukan Matsu#a, Shah Alam semalam.

Kemenangan itu melayakkan Malaysia ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 11 hingga 18 Mei depan setelah mereka muncul juara kumpulan.

Sekalipun tewas, Taiwan turut mengiringi Malaysia ke pusingan akhir selaku naib juara dalam Kumpulan A.
Pada aksi semalam, Malaysia mendahului menerusi jaringan Ruzaley Abd. Aziz tetapi kelekaan benteng pertahanan membolehkan Taiwan memperoleh tiga jaringan berturut-turut.

Tersentak dengan tiga gol pasukan lawan, Malaysia kembali mengejar apabila memperoleh dua gol menerusi jaringan Muizzudin Haris.

Namun, kelalaian pada penghujung babak pertama menyaksikan Taiwan menjaringkan satu lagi gol untuk menjadikan kedudukan 4-3.

Separuh masa kedua menyaksikan anak-anak buah P. Balakrishnan seolah-olah mendapat tonik baru apabila menambah empat lagi gol masing-masing dua daripada Addie Azwan Zainal dan Ruzaley, sekali gus membolehkan Malaysia menang 7-3.

Pengurus pasukan negara, Hamidin Mohd. Amin berkata, kejayaan itu cukup manis bagi mereka memandangkan skuad kali ini hanya menampilkan lapan pemain lama dan enam muka baru.

"Pemain-pemain menunjukkan semangat yang tinggi biarpun kita ketinggalan pada separuh masa pertama. Alhamdulillah kita akhirnya berjaya juga mara ke pusingan akhir.

"Jika dulu, hanya Addie seorang saja yang sering menjaringkan gol, kali ini Ruzaley dan Muizzudin juga sudah boleh diharap untuk menggegarkan jaring lawan," katanya.

Skuad negara memulakan kempen kelayakan Rabu lalu dengan mencatat keputusan seri 4-4 dengan Vietnam sebelum menumpaskan Maldives 9-4 pada perlawanan kedua kelmarin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 07:19 PM | Show all posts
Saturday March 29, 2008
Malaysia, Taiwan through to the futsal Finals

PETALING JAYA: Malaysia and Taiwan have qualified for the final rounds of the AFC futsal tournament, which will be held in Bangkok from May 11-18.

The national team, under coach P. Balakrishnan, topped Group A in the qualifying tournament with seven points from two wins and a draw.

Malaysia, who drew 4-4 with Vietnam and beat the Maldives 9-4, completed their fixtures with a 7-4 victory over Taiwan at the Matsu#a Sports Complex in Shah Alam yesterday.

Taiwan finished second on six points.

In another match, Vietnam beat the Maldives 4-2.

The top two teams in the two-group qualifiers will advance to the Finals.

The teams in Group B are Kuwait, Indonesia, Macau, Brunei and Qatar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 05:14 PM | Show all posts

FUTSAL IN BINTULU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 05:24 PM | Show all posts
jauh lak nak ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:47 AM | Show all posts
12 terbaik sasaran Balakrishnan
Oleh DRAHMAN BAHARUN

SKUAD negara mempunyai misi penting pada pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2008 di Bangkok, Thailand pada 11 hingga 18 Mei.

Menempatkan diri dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia sudah cukup buat skuad kendalian P. Balakrishnan pada kejohanan yang menampilkan 15 pasukan ini.

Walaupun berada dalam 'kumpulan maut', Balakrishnan tetap yakin dengan peluang anak buahnya untuk mara sekurang-kurangnya ke pusingan kedua.

Pada kejohanan kali ini, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama dengan Uzbekistan, Lebanon dan Korea Selatan.

Balakrishnan berkata, di atas kertas Malaysia memiliki peluang mengatasi Korea Selatan, namun anak buahnya terpaksa berdepan tugas getir ketika menentang Uzbekistan dan Lebanon.

"Keupayaan kami dilihat seimbang ketika menentang Korea Selatan nanti.

"Bagaimanapun, berdasarkan rekod pertemuan menentang Uzbekistan sebelum ini, kami tewas sebanyak tiga kali kepada mereka.

"Jadi, Uzbekistan pasti menjadi lawan yang paling sukar buat kami pada saingan peringkat kumpulan nanti," kata Balakrisnan kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Untuk rekod, skuad negara tewas 0-7 kepada Uzbekistan pada saingan peringkat kumpulan dua tahun lalu.

Terbaru, anak buah Balakrishnan tewas 1-6 pada Sukan Dalam Dewan Asia di Macau pada Oktober tahun lalu.

"Ketika itu, kita tewas 1-6 kepada mereka pada peringkat suku akhir. Saya percaya Uzbekistan juga lebih bersedia bagi menghadapi kami nanti," tambah Balakrishnan.

Jika dinilai rekod pertemuan dengan Lebanon juga tidak begitu membanggakan buat skuad negara. Mereka tewas 2-9 kepada Lebanon pada kejohanan yang sama tahun lalu

"Saya hanya hanya pemain dapat mengikut arahan yang telah diberikan, sekali gus mampu mencipta kemenangan ke atas kedua-dua pasukan ini (Uzbekistan dan Lebanon)," kata Balakrishnan.


SKUAD futsal negara tekad lakar kejutan pada pusingan akhir Kejuaraan
Futsal AFC 2008 di Bangkok bulan depan



Menurut Balakrishnan, anak buahnya telah menjalani persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan kali ini.

"Saya yakin dengan taktikal yang digunakan, kami mampu memberikan saingan dan mampu melangkah lebih jauh. Saya tidak hanya menitikberatkan corak permainan menyerang, malah turut menekankan aspek pertahanan.

"Saya yakin kehadiran pemain muda dan berpengalaman, kami mampu menjadi sebuah pasukan yang digeruni pihak lawan," katanya.

Sementara itu, pengurus skuad futsal negara, Hamidin Mohd. Amin berkata, seramai 18 pemain kini menyertai latihan intensif.

"Namun, hanya 14 pemain akan dipilih menyertai skuad negara pada kejohanan itu kelak.

"Pemain dituntut mengekalkan stamina mereka sepanjang sesi latihan ini sebelum beberapa pemain terpaksa digugurkan," katanya.

Hamidin menambah, skuad negara akan berlepas ke Bangkok pada 2 Mei ini bagi mengharungi perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab ternama Thailand.

"Mereka berada di Thailand bagi menyesuaikan diri di samping menguji dan menilai prestasi mereka semasa perlawanan persahabatan tersebut," ujar Hamidin.

Pada kejohanan edisi ke-10 ini, tuan rumah, Thailand diletakkan dalam Kumpulan A bersama Kyrgyzstan, Iraq dan Indonesia sementara Kumpulan B dibarisi Jepun, Australia, Turkmenistan dan Taiwan.

Kumpulan D pula menampilkan juara bertahan, Iran selain Tajikistan, China dan Kuwait.

Berdasarkan format kejohanan, juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan melangkah ke suku akhir.



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:48 AM | Show all posts

btw - ada game futsal next week kat sport planet near
ampang point - open

sesapa berminat pergi kat sana petang sabtu -
join in the team yang akan main -  would be fun -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 01:16 PM | Show all posts
ohhh emmm

ari tu main futsal ngn bdk2 opis nih

demam urat 2 malam

tak syangka syungguh jadi cenggitu

kena jogging balik nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 07:23 AM | Show all posts
4 tonggak senior sandaran negara

EMPAT tonggak senior diharap dapat membimbing pemain muda untuk membuka laluan skuad negara melangkah ke suku akhir Kejohanan Futsal Asia AFC di Bangkok, 11-18 Mei ini.


Ketua jurulatih negara, P Balakrishnan berkata, ketua pasukan Addie Azwan Zainal, Mohd Feroz Abdul Karnim, Muizzudin Mohd Haris dan Mohd Fuad Yusof adalah tunjang kekuatan pasukan Malaysia apabila menempuh saingan Kumpulan C yang turut membabitkan Uzbekistan, Lubnan dan Korea Selatan.

揇isebabkan barisan kali ini turut mengandungi muka baru, keempat-empat pemain senior yang sudah beberapa tahun mewakili negara dan turut beraksi di KL World 5s dan Sukan Sea Korat itu diharap dapat membimbing rakan sepasukan lain untuk meletakkan pasukan negara ke peringkat suku akhir buat pertama kali.

揟etapi saya mengakui, Uzbekistan adalah gergasi Asia dan Lubnan pula adalah antara pasukan terbaik di benua ini tetapi dengan pengalaman, komitmen dan kesungguhan pemain, tidak mustahil Malaysia mencatat sejarah ke suku akhir buat kali pertama,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 01:48 PM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by loveanis02 at 10-4-2006 10:10
kengkawan semua,

boleh tak list kan court futsal yg terdapat kat kl ni selain dari sports planet...especially area wangsamaju ampang, cheras, kg pandan etc...
kalu dapat bagi rate sekali, la ...




CARI sedang menCARI belia yang hebat untuk dijadikan sebagai pasukan rasmi Futsal CARI... Semer perbelanjaan akan ditaja oleh CARI... (Yang berkaitan jer lar...) Sesapa yang berminat boleh lar hubungi aku melalui PM.... Atau pong ditalian +60125777960...


Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:24 AM | Show all posts
sape ada team kat area wangsa maju?leh kita set friendly...leh main kat sport 7 ke..ok gak kat situ..tp team kitorg biasa2 je..team main suke2 je..he.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.097987 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list