|
ISTANA GAFIM XVIII - Akim calon Artis Baru Lelaki & Penyanyi Lelaki Popular
[Copy link]
|
|
Hee
Killa92 Post at 20-1-2010 22:08 
killa bhaye nie..
tidoq sowang2..
roommate lom blik..hu3.:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
killa bhaye nie..
tidoq sowang2..
roommate lom blik..hu3.:geram:
izati_rowks Post at 20-1-2010 22:13  Meh Killa teman sementara tunggu roomate Zati blk lgpun bilik yg Killa dpt single room hee |
|
|
|
|
|
|
|
Mummy, rentetan citer tu aryn yg mula, sy sambung je, then di-upkan dgn lebih jayanya by lara..
Tp, sy pun mmg suka sgt.. One of the reason i like it? gafimmers tak main la nak ambik serius sg ...
lily76 Post at 20-1-2010 21:35 
a'ah just usik2 manja jew.... |
|
|
|
|
|
|
|
malam wahai warga istana...halUUUU:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Killa92 at 20-1-2010 22:32
Mummy,Zati,Haikal & semua la warga istana kentang Killa minta izin kuar dari istana jap ye nak kene dodoikan adik2 ni zzz dulu esok nak sekola hee tp insyallah Killa cube blk secepat y mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi SR ke bod Gosip thread "Yezza..Fasha Sandha in TOP 5 !!"
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=462123&extra=page%3D1
Ada list Top5 ABPBH dlm tu. Akim's listed in
Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Akim
3. Aizat
4. Faizal Tahir
5. Mawi
*motip nama akim dulu b4 aizat padahal kalau ikut susunan abjad, aizat dulu patutnya b4 akim? but, small stuff to sweat..
Artis Baru Lelaki Popular
1. Akim
2. Aril
3. Black
4. Gambit
5. Hafiz
expected to list as Top 5. To win {:1_122:}.. cos ada juara AF dlm tu..
and akim fail to beat :geram::geram::geram:
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Fahrin Ahmad
3. Fizz Fairuz
4. Fizo Omar
5. Remy Ishak
walaupun dlm senarai tu ada yg lakonannya lebih kayu kaku control-macho je dari akim?  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by farakim88 at 20-1-2010 22:46
Senarai Finalis Akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
Hanya tinggal 4 bulan saje lagi, Anugerah Bintang Popular 2009 akan berlangsung. Tarikh 4 April 2010 semakin menghampiri. Jadi, pada hari ini, Berita Harian sebagai penganjur anugerah paling berprestij ini telah mengumumkan senarai top 5 Finalis ABPBH2009 untuk 16 kategori yang dipertandingkan dalam satu majlis yang berlangsung di Royal Ballroom, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.
Pengumuman telah dilakukan oleh Datuk Mior Kamarul Shahid, Ketua Pengarang Berita Harian merangkap Penaung Jawatankuasa Pengelola ABPBH2009.
Serentak dengan pengumuman Top 5 ABP 2009 ini, para peminat boleh mendapatkan borang pencalonan akhir ABP yang akan dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian/Berita Minggu bermula 22 Januari ini. Budiey harap korang undi artis yang betul-betul berbakat, bukan sekadar populariti semata-mata.
Oh ya, hadiah untuk pembaca memang lumayan! Hadiah utama untuk kategori pembaca ialah sebuah kereta Nissan Grand Lavina 1.6A bernilai RM86,000 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
Berikut ini Budiey sertakan senarai 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009:
1. Penyanyi Lelaki Popular
- Adam
- Akim
- Aizat
- Faizal Tahir
- Mawi
2. Penyanyi Wanita Popular
- Jaclyn Victor
- Mila
- Dato’ Siti Nurhaliza
- Stacy
- Yuna
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
- Adam & Stacy
- Bunkface
- Hujan
- Meet Uncle Hussain & Black
- 6ixth Sense
4. Penyanyi Nasyid Popular
- Hijjaz
- In-Team
- Rabbani
- Raihan
- Saujana
5. Pelakon FIlem Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Afdlin Shauki
- Farid Kamil
- Que Haidar
- Zul Huzaimy
6. Pelakon Filem Wanita Popular
- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Sharifah Amani
7. Pelakon TV Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Fahrin Ahmad
- Fizz Fairuz
- Fizo Omar
- Remy Ishak
8. Pelakon TV Wanita Popular
- Fasha Sandha
- Noorkhiriah
- Rozita Che Wan
- Scha Alyahya
- Tiz Zaqyah
9. Pengacara TV Lelaki Popular
- AC Mizal
- Ally Iskandar
- Aznil Nawawi
- Faizal Ismail
- Nabil
10. Pengacara TV Wanita Popular
- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Shuhada
- Raja Azura
- Sarimah Ibrahim
11. Penyampai Radio Lelaki Popular
- AG
- Aznil Nawawi
- Din Beramboi
- Faizal Ismail
- Kieran
12. Pengacara Radio Wanita Popular
- Abby Fana
- Fara Fauzana
- Nana
- Linda Onn
- Sharifah Aleya
13. Artis Komedi Lelaki Popular
- AC Mizal
- Afdlin Shauki
- Nabil
- Saiful Apek
- Zizan
14. Artis Komedi Wanita Popular
- Aliza Abdullah
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Noorkhiriah
- Nik Sayyidah
15. Artis Baru Lelaki Popular
16. Artis Baru Wanita Popular
- Dira Abu Zahar
- Isma
- Putri Mardiana
- Tiz Zaqyah
- Yuna
Tahniah kepada top 5 dan selamat maju jaya.


kredit 2 sensasi selebriti
|
|
|
|
|
|
|
|
congrats akim aka soltan :pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Memberikan pendapat bukan bermakna Akim sudah lupa diri
ANTARA tiga pemenang Akademi Fantasia 7, tidak dinafikan Akim paling menyerlah. Bukan saja menyerlah dari segi bakat dan personaliti tetapi juga dari segi cerita kurang enak untuk didengar. Entah mengapa, pemilik nama penuh Afiq Hakim Ahmad ini sering dikaitkan dengan masalah sikap yang boleh dianggap memualkan terutama apabila membabitkan penyanyi yang masih baru dalam bidang seni.
Besar kepala dan yakin diri yang melampau membuatkan ramai pihak tak senang hati dengan sikapnya itu. Iyalah, ketika rakan-rakan lain lebih senang merendah diri apabila ditemubual media, tiba-tiba dia seorang saja yang bersikap yakin diri tak kena tempat. Lebih memburukkan keadaan, cara dia menjawab soalan yang sedikit kasar membuatkan ramai pihak terasa hati dengan tindakannya itu.
Akibatnya, perbuatan Akim itu terpampang di ruangan gosip sekali gus mencalarkan reputasinya yang baru saja membina nama dalam bidang nyanyian ini. Pun begitu, tidak adil rasanya jika kita tak dengar sendiri kenyataan dari si empunya tubuh, terutama apabila mendapat tahu yang Akim sedikit risau dengan gosip yang tersebar itu dan sedang mencari peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Mengulas salah lakunya itu, Akim berkata dia menyifatkan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Sambil memberi jaminan yang kesilapan sama takkan berulang, Akim juga memohon supaya terus diberi ruang untuk mempersembahkan bakatnya. Katanya lagi, apa yang berlaku akan dijadikan pengalaman berharga untuk dia terus berjaya dalam industri yang dicintainya ini.
Hip: Ada pihak mengatakan Akim sudah besar kepala. Banyak tindakan Akim seperti gaya percakapan, nada suara sudah membuatkan banyak pihak terasa hati.
Akim: Akim tahu perkara ini ada kaitan dengan artikel yang dikeluarkan dalam kolum gosip baru-baru ini. Sebenarnya semua cuma salah faham. Sebagai orang baru, Akim tahu di mana kedudukan Akim. Mustahil Akim nak bersikap besar kepala mana-mana pihak. Mungkin apa yang berlaku ialah mereka (media) salah tafsir apa yang Akim cuba katakan.
Hip: Maksud Akim, media silap membuat tafsiran?
Akim: Akim memang mengatakan yang Akim tak mahu dikaitkan dengan Akademi Fantasia tapi itu bukan bermakna Akim melupakan AF. Mengapa perlu bandingkan antara AF dan Anugerah Juara Lagu yang Akim serta baru-baru ini. AF pertandingan mencari bakat baru tetapi Juara Lagu mencari lagu terbaik. Suasana pertandingan itu sendiri sudah menampakkan perbezaannya. Kalau betul Akim tidak mahu dikaitkan dengan AF, kenapa untuk siri promosi AF8 baru-baru ini, Akim ikut serta? Dalam gosip itu juga menyatakan yang Akim kononnya bersikap terlalu yakin diri sehingga menunjukkan seolah-olah Akim berlagak tak kena tempat. Apabila Akim mengatakan yang Akim tetap menghiburkan penonton walaupun hanya seorang saja yang datang, maknanya Akim benar-benar bermaksud sedemikian. Untuk menjayakan konsert itu, Akim dibayar oleh penganjur. Sudah semestinya Akim menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan penganjur iaitu menghiburkan penonton walaupun yang datang itu cuma seorang. Itulah maksud Akim sebenarnya.
Hip: Melihat kepada apa yang berlaku, nampaknya Akim ada masalah komunikasi. Tak cukup dengan apa yang dipelajari sebelum ini?
Akim: Memang Akim akui, pada masa itu nada suara Akim agak tinggi ketika menerangkan perkara itu pada media. Namun bukanlah bermaksud Akim berlagak, cuma kalau Akim teruja, Akim akan bercakap dengan nada yang penuh bersemangat. Mungkin nada suara Akim itu kedengaran seperti bangga dan yakin diri yang melampau walhal Akim tidak bermaksud sedemikian. Akim akan belajar lebih lagi bagaimana mahu berkomunikasi dengan baik pada sesiapa saja.
Hip: Apakah dengan muncul cerita seperti, Akim berasakan diri Akim sengaja dijadikan sasaran kritikan ataupun cuba disabotaj?
Akim: Dalam hal ini, Akim tak mahu ada prasangka buruk. Kalau ada pun, Akim akan cuba menepisnya. Bagi Akim, kalau kritikan itu adalah sesuatu yang membina, Akim terima demi memajukan karier nyanyian Akim. Akim tak kisah kena tegur sebab kalau tak ada orang tegur, kita tak tahu kesalahan kita.
Hip: Sejak Akim muncul dalam industri ini, ramai yang mengatakan Akim cuba menjadi klon Faizal Tahir.Komen sikit?
Akim: Akim tahu memang ramai yang mengatakan Akim cuba menjadi seperti Faizal Tahir. Tapi Akim rasa tidak kerana antara Akim dan Faizal banyak perbezaannya. Pertama dari segi usia saja sudah berbeza. Akim masih muda dan Faizal sudah tua (ketawa). Corak nyanyian dan persembahan juga tidak sama. Dia juga bukanlah idola Akim kerana pada Akim, muzik dan corak persembahan Akim lebih dipengaruhi penyanyi pujaan Akim iaitu David Cook. Apabila kita mahu berjaya dalam bidang ini, kita haruslah mempunyai visi yang lebih tinggi.
p/s*..sjew2 post..lau dh bce leh bg komen gak ea...hu3..
kredit to berita harian and az... |
|
|
|
|
|
|
|
689# man1994
thanx mummy...suke sgt..tapi bilik tu sebelah bilik sape...
kalau bole nak sebelah bilik......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|