|
SEHANGAT ASMARA (PART 8) - 104 RIA (ISNIN - KHAMIS : 6.00PM & 11.30PM)
[Copy link]
|
|
moller posted on 17-4-2013 05:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
ohhhh....mcm tu.... iols x tau maklumlah baru skrg ni nk aktif berforum.....dulu skodeng jer: ...
Moller, rajin2 le tepek artikel ke, berita2 yg sensasi pasal seseorng artis, mcm kat umah ni pasal RR n ADP. Mesti dpt byk kredit admin bg. Buka thread utk sesuatu drama/isu pun dpt byk kredit gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
jue7269 posted on 18-4-2013 08:12 AM ![](static/image/common/back.gif)
Assalammualaikum dan salam 1sehangatasmara . Apa kabar semua.....Mcmana mlm2 anda tanpa SA? Ak ...
Walaikumussalam wbt....selow selow nak wash away SA from my body system...dah terlampau kental...dah masuk tahap bahaya.... Last edited by harumanis on 18-4-2013 08:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
jue7269 posted on 18-4-2013 08:20 AM ![](static/image/common/back.gif)
Moller, rajin2 le tepek artikel ke, berita2 yg sensasi pasal seseorng artis, mcm kat umah ni pasal ...
ohhh gitewww..........nak hapdet SAU ..tak ada berita nak hapdet......... |
|
|
|
|
|
|
|
salam.. morning uolss!!![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
harumanis posted on 18-4-2013 08:36 AM ![](static/image/common/back.gif)
ohhh gitewww..........nak hapdet SAU ..tak ada berita nak hapdet.........
Update jeee apa2 berita yg berkaitan ngan pelakon2 yg terlibat dgn filem/drama tu. Tp klu filem ssh sikit nk dpt berita sbb blum tyg lg tp rajin2 le jengah fb/acc apa2 le tuk dptkan info n gambar terkini ms diorng tgh shooting.
|
|
|
|
|
|
|
|
qis13 posted on 18-4-2013 08:42 AM ![](static/image/common/back.gif)
salam.. morning uolss!!
Morning....![](static/image/smiley/onion/2Hi.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak out jap.....jumpa nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Berkongsi Info
************
Khamis April 18, 2013
Adi Putra Nekad Tarik Diri Dalam ABPBH Tahun Depan
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
![](http://img18.imageshack.us/img18/8562/adije.jpg)
Adi Putra enggan menyertai ABPBH 2013 pada tahun hadapan.
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra nekad tidak mahu dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) pada tahun hadapan demi menjaga hati para peminatnya.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, penarikan diri itu dibuat bagi meredakan keresahan peminat yang curiga terhadap keputusan pengundian anugerah tersebut kononnya tidak telus.
"Saya tarik diri kerana enggan peminat tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian itu lebih-lebih lagi selepas membaca pelbagai respons yang tidak menyenangkan daripada mereka di Twitter.
"Harap-harap selepas ini tiada lagi rasa tidak puas hati berlaku. Jujurnya, saya mahu menjaga hati peminat-peminat dan masyarakat kerana saya bekerja untuk mereka.
"Memandangkan mereka tidak senang tentang hal ini, saya tarik diri dengan ikhlas," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Baru-baru ini peminat Adi Putra yang menggelar diri mereka ‘1HotLovers’ mempersoalkan cara pengiraan undi pemenang ABPBH 2012 selepas akhbar Berita Harian (BH) melaporkan pelakon itu hanya menerima undi sekitar 24,000.
‘1HotLovers’ mendakwa mereka menghantar 42,000 borang pengundian.
![](http://img32.imageshack.us/img32/792/hanizam.jpg)
Hanizam Abdullah
Berdasarkan jumlah 24,000 undian itu, Adi tersenarai di tempat keempat dan tewas di tangan Neelofa yang mendapat undian sebanyak 45,981, Zizan Razak (55,036 undi), Aaron Aziz (68,205 undi) dan Shaheizy Sam (79,656 undi).
ABPBH 2012 diadakan pada 7 April lalu di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini yang mengangkat pelakon Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular.
Menerusi acara itu, Adi dicalonkan dalam beberapa kategori antaranya Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular, Artis Lelaki Stailo, Gandingan Di Layar Serasi, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.
Bagaimanapun tambah Adi, dia berharap keputusan menarik diri itu tidak akan dipandang serong oleh sesetengah pihak yang mungkin menganggap dia sengaja mewujudkan alasan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.
Beritahu Adi, walaupun tidak menyertai ABPBH 2013, dia percaya hal tersebut tidak akan mengganggu kariernya sebagai seorang pelakon.
"Sudah 11 tahun saya dalam industri seni dan saya dikenali bukan kerana anugerah yang diraih.
"Ini semua terpulang kepada rezeki masing-masing. Bagaimanapun, penarikan saya dalam ABPBH tahun hadapan bukan untuk selama-lamanya. Mungkin pada tahun-tahun yang akan datang, saya akan menyertainya semula," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Hanizam Abdullah yang dihubungi terkilan dengan segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan anugerah itu selain menuduh BH mempunyai agenda untuk menaikkan nama artis-artis tertentu.
"Tiada sebab kenapa pihak kami mahu menipu peminat-peminat yang mengundi. Undian yang diterima telah diaudit secara telus dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan.
"Dalam hal Adi Putra, jika peminat memilih namanya ke anugerah ini, dia tetap akan dicalonkan walaupun pada dasarnya dia mahu menarik diri. Melainkan peminat-peminat tidak meletakkan namanya.
"Sepanjang 26 tahun sejarah ABPBH, belum pernah lagi artis yang menyatakan hasrat untuk mengundur diri kecuali Datuk Siti Nurhaliza atas sebab-sebab tertentu.
"Ini kerana pemilihan artis bukan pihak kami yang tentukan, tetapi peminat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa Saya….
.
Harumanis Uria Hannan
~ Just my wild imagination inspired from the novel Sehangat Asmara by Aisya Sofea dedicated to my forumer friends, Actor Adi Putra, Actress Rita Rudaini and fellow 1hotlovers. Dialog dan penceritaan ini tiada kena mengena dengan hasil penulisan novel2 Sehangat Asmara dan Buatmu kekasih oleh Aisya Sofea. Semuanya hanyalah dari imajinasi gila blogger. Photos courtesy of qis13, my fellow forumer.
- header of my belog.... @cess @qis13 ..ok eh? |
|
|
|
|
|
|
|
qis13 posted on 18-4-2013 08:42 AM ![](static/image/common/back.gif)
salam.. morning uolss!!
wslm n morning qis ![](static/image/smiley/onion/2Hi.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 18-4-2013 08:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
Berkongsi Info
************
iols adalalah salah seorang peng"tweet" yg mintak dia tak yah masuk dah ABPBH...sebab buat rugi duit peminat je bila votes tak dikira dgn betul...24,000 vs 42,000...banyak tu bezaaa........ |
|
|
|
|
|
|
|
harumanis posted on 18-4-2013 09:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
Siapa Saya….
.
ok cun kak ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
cess posted on 18-4-2013 09:16 AM ![](static/image/common/back.gif)
thanks kak D @diana007 dgn info ADP ni
Kan sedih
|
|
|
|
|
|
|
|
ksian.. hasil usaha peminat tak dihargai... memang BH ni![](static/image/smiley/default/huffy.gif)
byk beza tu 24k & 42k....giler byk... ntah2 figure tu pun bh main taram je.. tak kire pun |
|
|
|
|
|
|
|
cess posted on 18-4-2013 09:25 AM ![](static/image/common/back.gif)
wahhh kire decision ADP ni sbb akak laa ni..jeles2
ha ha ha...how I wish...akak cuma ckp; dia tak menang abpbh pun; dia dah menang di hati peminat2nya. Dia tak perlukan abpbh untuk popular... |
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 18-4-2013 09:27 AM ![](static/image/common/back.gif)
Betul tu, I am not a hotlover in #HotLovers Team tapi I mengundi ADP dlm kategori TV Popular dan I ...
Ya betollll.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|