Fasha & Irma: Kurangkan Aktiviti Seni, Tumpuan Pada Anak
Oleh: Web Seri Dewi Keluarga
Tarikh: 23 Oktober 2013
Fasha Sandha dan Irma Hasmie
Kedua-duanya memiliki aura yang tersendiri. Penampilan mereka di khalayak sentiasa menjadi perhatian dengan gaya berbeza. Biarpun sebelum ini masing-masing pernah dihimpit kontroversi namun awan hitam tersebut sudah berarak lalu.
Nyata kini, kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya selepas masing-masing sudah pun bergelar ibu. Buat pertama kalinya, Seri Dewi & KELUARGA (SDK) menggandingkan dramatis terkenal, Fasha Sandha dan juga Irma Hasmie yang memiliki kelas tersendiri sebagai penghias muka depan majalah.
Hadir ditemani suami tersayang, Irma selesa menggayakan busana daripada pereka terkenal Ezuwan Ismail yang turut sama di dalam sesi penggambaran tersebut. Redza Syah Irfhan, itulah putera tunggal yang menjadi tanda keutuhan cinta buat pasangan sama cantik dan sama padan Irma Hasmie dan Redza Shah Azmeer. Lahir pada 29 Mac yang lalu, Irfhan cukup comel dan gemar tersenyum tatkala diagah.
Sementara Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan cukup anggun dan manis dalam persalinan hasil rekaan ibu mentuanya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah. Seri seorang ibu cukup terserlah bahkan isteri kesayangan Toh Muda Rizal Ashram Ramli ini tidak kekok untuk menguruskan buah hati kesayangannya Putra Rayfal Ramli biarpun merupakan pengalaman pertama bergelar ibu.
Seri Dewi & KELUARGA menyingkap dan berkongsi pengalaman masing-masing pertama kali bergelar ibu dan membesarkan anak kesayangan.
|