|
Doakan untuk jemaah `umrah supaya dapat bertolak mengikut jadual
Assalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh..
Sejak 15.3.2007 visa umrah telah dibuka untuk permohonan tetapi malangnya pihak kementerian Haji di Makkah tidak membuka sistem nya menyebabkan syarikat menguruskan visa tidak dapat no siri visa umrah dan menyebabkan tidak dapat menguruskan visa. Minggu lepas saya pergi ke syarikat menguruskan visa iaitu Umrahaj dan disitu saya lihat beribu-ribu pasport yang tak dapat lagi di uruskan visa disebabkan yang telah saya sebut sebentar tadi. Passport yang paling banyak ialah dari syarikat Andalusia sebanyak lebih dari seribu kemudian di ikuti oleh Tabung Haji.
Hari jumaat barulah kementerian Haji buka sistemnya tetapi no siri tak dapat lagi. Mengikut rakan saya tuan punya syarikat Umrahaj hari ahad ini baru dapat no siri tetapi paspot hanya boeh diserahkan kepada kedutaan Arab Saudi pada hari Isnin. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kedutaan Saudi nak chop visa di paspot kerana ribuan paspot nak diuruskan. Oleh itu saya mengharapkan kepada semua supaya berdoa agar saudara kita sesama Islam dapat pergi umrah mengikut jadual.
Disini saya memberi ingatan kepada semua dan juga pihak travel agensi yang melayari laman ini agar tidak mengulangi lagi kesilapan pada tahun-tahun hadapan. Janganlah kita sangka tahun lepas kementerian haji membuka permohonan visa pada 1 rabi`ul awwal dan pada tahun ini pun begitu juga. Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini tok `Arab ini tak menentu. Mereka boleh mengubah undang-undang bila-bila masa sahaja. Oleh itu di tahun-tahun hadapan kalau nak advertise pakej umrah atau nak tempah flight biarlah selepas 15 Rabi`ul Awwal supaya lebih selamat. WALLAAHU `AA`LAM
Sekian semoga bermanfaat
Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
last year ambik package umrah aidilfitri for me and hubby...
brg2 dah ready...nak berlepas hari raya ke-4...tup2...seminggu sblm tu
travel agency called kata yg umrah tu terpaksa dibatalkan
atas sbb x dpt kelulusan visa frm Arab Saudi....
rasa sedih sungguh...the whole day tu me & hubby
x der mood nak buat apa2 pon....tp bila fikir balik
mungkin ader hikmah disebaliknya...insyaallah...
nak buat umrah pd bulan ramadhan ni ingat nak raya
kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #701 naasiha's post
terima kasih naasiha. Saya akan e mail kepada naasiha. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marisa_anuar at 24-3-2007 04:50 PM
last year ambik package umrah aidilfitri for me and hubby...
brg2 dah ready...nak berlepas hari raya ke-4...tup2...seminggu sblm tu
travel agency called kata yg umrah tu terpaksa dibatalkan
at ...
Marisa,
sebijik macam kawan I...visa umrah dia kena batal last minit bulan posa tahun lepas...dia UT consultant...eh..dia pon tinggal kat BSP jugok...kebetulan kot...
Ana ingat nak cuba merayu buat Hajji tahun ning...tak dapat, buat umrah bulan posa lah, Insya Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...sy cdg nak gi umrah gak ngan hubby n my parent dlm next month insyaallah..cuma ada satu kemusykilan ler nak tanya pada sape2 yg tau..kalo kita tgh planning nak pregnant or dah pregnant dlm 4 minggu gitu, bleh ker amik injection menigitis (tul ke sebutan nih...) tu..? kalo tak bleh, cemana nak buat ek...kena ada perakuan doc..ke ape ke..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua..
Juh dan hubby baru selamat sampai ke bumi Malaysia hari Ahad, 25 Mac dari bumi Madinah.
Pengalaman di sana tersangatlah berharga buat Juh di sana. Masa tengah type ni pun bergenang2 air mata teringat2 & rindu pada Masjidil Haram.
Juh ucapkan banyak2 terimakasih pada Ustaz Nasir (naasiha) sebab beri tunjuk ajar dan buku panduan untuk mengerjakan umrah. Memang berguna sangat. Rasa bersyukur sangat sebab dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Juh dan suami ambil visa ziarah. Dijadualkan berlepas pada 9 Mac, tapi sebab urusan visa, 14 Mac baru berlepas. 5 hari delay tu, memang tertunggu-tunggu sangat. Takut sangat tak dapat pergi.
Juh ikut syarikat Rayhar Travels. Pengurusannya memanglah tersangat memuaskan. Lancar jer. Pada rakan2 yang dijadualkan pergi umrah tak lama lagi, Juh ucapkan selamat pergi dan balik. Semoga Allah permudahkan urusan ibadat rakan2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
rosputih_28 This user has been deleted
|
Reply #706 Juh's post
Tentu masih terbau kewangian tanah suci Mekah dan Madinah kan Juh.... Memeng tak dapat dilupakan kemanisan dan kesyahduan berada di sana. Tak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki ke tanah suci ini lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nyeeeeeer..moga2 Allah permudahkan utk me, hb n parents beribadah di sana...13hb april ni insyaallah berangkat ke Jeddah dgn andalusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #708 mami_suri's post
saya pun Isya Allah akan berangkat ke dari KL terus ke Madinah pada 29hb April 07 nie...dengan Andalusia. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam dah booking nama ngan Rayhar Travel nak gi umrah ngan hubby
hujung bulan ramadhan ni...insyaallah... |
|
|
|
|
|
|
|
xxxxxxxxxxxxxxx
[ Last edited by marisa_anuar at 3-4-2007 04:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
double posting..........
[ Last edited by marisa_anuar at 3-4-2007 04:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...saya satu family dpt mengerjakan umrah visa ziarah..pegi 16/3 selepas 5 hari delay...balik 28/3 syukur semua selamat..first time pegi mmg best..org tak ramai..dpt solat kat raudah dgn mudah..kat mekah kira org tak ramai gak...tak penuh satu masjid...nk buat umrah senang...tawaf dan saie..nk kucup hajarulaswad pun senang.....doa nk pegi lagi....kena strt kumpul duit balik...semangat nie...
.insyaallah.... |
|
|
|
|
|
|
|
masuk ruangan ni atas sebab nak tau apa yang sebenarnya berlaku bila MIL (mum in law) tak dapat pergi pada tarikh yang dijanjikan 28/3/07.
Dan baca semua thread naasiha. Teringat pengalaman masa bery ke sana bersama ibu, kakak dan makcik jiran sebelah rumah. Rombongan kami cuma 11 org. dan Syukur mutawif kami sangat baik dan sangat pandai memberi penerangan. Cuma satu jek yg raa frust bila pakej yg dijanjikan 14 hari tinggal 10 hari jek. Tak puas duduk di Tanah suci. InsyaAllah lepas nie pegi haji dgn husband pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk ruangan ni atas sebab nak tau apa yang sebenarnya berlaku bila MIL (mum in law) tak dapat pergi pada tarikh yang dijanjikan 28/3/07.
Dan baca semua thread naasiha. Teringat pengalaman masa bery ke sana bersama ibu, kakak dan makcik jiran sebelah rumah. Rombongan kami cuma 11 org. dan Syukur mutawif kami sangat baik dan sangat pandai memberi penerangan. Cuma satu jek yg raa frust bila pakej yg dijanjikan 14 hari tinggal 10 hari jek. Tak puas duduk di Tanah suci. InsyaAllah lepas nie pegi haji dgn husband pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk ruangan ni atas sebab nak tau apa yang sebenarnya berlaku bila MIL (mum in law) tak dapat pergi pada tarikh yang dijanjikan 28/3/07.
Dan baca semua thread naasiha. Teringat pengalaman masa bery ke sana bersama ibu, kakak dan makcik jiran sebelah rumah. Rombongan kami cuma 11 org. dan Syukur mutawif kami sangat baik dan sangat pandai memberi penerangan. Cuma satu jek yg raa frust bila pakej yg dijanjikan 14 hari tinggal 10 hari jek. Tak puas duduk di Tanah suci. InsyaAllah lepas nie pegi haji dgn husband pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #716 Strawberry's post
Kalau 2 minggu lepas syarikat yang menguruskan visa sentiasa menunggu saban hari agar Kementerian Haji dan Waqaf Arab Saudi membuka sistemnya untuk di key in maklumat jemaah yang nak berumrah dan seterusnya visa dapat di proses dengan cepat setelah mendapat no siri. Namun begitu setelah Kementerian Haji sudah pun membuka sistemnya timbul masalah baru yang tak pernah dijangka. Tahun-tahun lepas proses untuk dapat visa antara 3 hari hingga 1 minggu tetapi tahun ini amat sukar sekali.
Semenjak Konsul baru Arab Saudi yang menguruskan visa datang berkhidmat di sini macam-macam kerenahnya yang tidak menyenangkan. Saya rasa amat sedih bila dapat tahu ramai jemaah terkandas. Untuk pengetahuan semua beribu-ribu jemaah terkandas setakat ini sejak bulan March lagi. Yang dapat visa ziarah terkandas juga tetapi alhamdulillah selamat juga dapat pergi.
Sejak kementerian Haji telah membuka sistemnya dan no siri visa telah dikeluarkan sepatutnya senanglah dapat visa, mengikut pengalaman tahun-tahun lepas. Namun begitu tahun ini lain pula halnya dengan Konsul visa yang baharu ini. Beliau hanya menghadkan 300 visa umrah sehari sedangkan di negara-negara lain Konsul nya tidak menghadkan visa umrah. Duta Arab Saudi pula tak mahu campur dalam urusan ini. Saya dapat tahu ini 3 hari lepas setelah oleh kawan saya yang mempunyai Travel agensi. Mengapakah Konsul ini seolah-olah menyekat orang nak buat ibadah . Kalau itu tujuannya maka sangat besar dosanya. Firman ALLAH : Siapakah orang yang paling zalim dari orang yang menghalang manusia untuk menyebut nama-nama ALLAH dirumah NYA dan berusaha untuk merosakkanya ( rumah ALLAH ) ".
Apakah motif Konsul ini, WALLAAHU`AA`LAM.
Baru petang tadi saya pergi ke pejabat buat urusan visa iaitu Syarikat UMRAHAJ. Sebenarnya dah 2 minggu saya talipon sahabat saya tuan punya syarikat ini tetapi tidak berjawab. Oleh itu saya pergi tadi nak tahu perkara sebenarnya kerana saya pun merancang nak pergi umrah pada 19.4.2007 ini.
Saya terkejut bila diberitahu bahawa beribu-ribu pasport di reject oleh kedutaan kerana dasar baru ini yang menghadkan pengeluaran visa umrah. Saya berbual dengan wakil Tabung Haji Travel disitu yang juga buat visa dengan syarikat UMRAHAJ. Katanya lebih kurang 200 orang yang nak naik MAS hari ini terkandas kerana tak dapat visa. Ini tidak termasuk yang lepas-lepas.Tabung haji ini kalau anda semua nak tahu tidak ada authority untuk menguruskan visa umrah, cuma visa haji sahaja ia ada kuasa besar kerana itu perjanjian yang telah lama dimeterai. Ada orang fikir umrah pun mesti dengan Tabung Haji juga kerana takut terkandas seperti orang pergi haji secara sendiri. Sangkaan ini adalah salah.
Wakil Tabung Haji ini juga menerangkan bahawa Datok Dr Azmi Ahmad, pengurus besar Tabung Haji telah pun menalipon Duta Arab Saudi sendiri tetapi tidak dilayannya. Saya beritahu dia supaya semua travel agensi berpakat minta Datok Dr Abdullah Muhamad Zain, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkelulusan Universiti Islam Madinah itu masuk campur. Mungkin dengan adanya campur tangan menteri masalah ini dapat diselesaikan.
Disini saya juga mengharapkan kepada siapa yang membaca tulisan saya ini yang mengenali orang atasan yang berpengaruh suapaya masuk campur masalah ini kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kes ini.
Saya juga merasa amat simpati dengan sebuah travel agensi yang terkenal juga apabila dia beritahu saya 60 pasport jemaahnya tak tahu menghilang ke mana selepas dihantar ke kedutaan Arab Saudi. Ya ! Hilang paspot adalah kes berat kerana pihak Immigresyen amat susah nak keluarkan pasport baharu.
Saya teringat sewaktu saya masih belajar di Madinah dahulu , seorang rakan saya yang baru graduate nak ambil sijil lamanya ( sijil yang dikemukakan untuk memohon belajar dan di pegang oleh Universiti ) tetapi dia diberitahu bahawa sijilnya tiada dan pegawai disitu menyatakan " buat apa sijil lama awak, sijil yang awak baru dapat ini lebih bernilai ". Senang sahaja cakap tok arab itu. Kawan saya tak puas hati, dia cari juga dan akhirnya dia jumpa dibawah cermin pelapik meja pegawai itu.
Inilah kerja tok arab, kerja sambil lewa, asyik minum teh sahaja sewaktu bekerja. Saya yang 6 tahun berurusan dengan tok arab ini rasa-rasanya malas lagi nak berurusan dengan mereka tetapi apabila fikir nak pergi umrah pejam mata lah berurusan dengan mereka. Banyak cerita tentang kerja tok arab ini yang saya tak dedahkan disini. Kalau nak tahu juga lain kali saja saya terangkan. Itu pun kalau ada request dari anda. Saya pernah masuk ke Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996 , untuk masuk ke negara ini sangat mudah, immigresyennya juga tidak rumit. Inilah mentaliti orang Yahudi untuk diperlihatkan kepada kita yang mereka ini educated dan tak banyak kerenah seperti tok arab. Saya tak tahu nak upload gambar. Sekiranya anda nak lihat gambar saya sewaktu melawat Baitul Maqdis sila lihat laman berikut
http://almadanii.multiply.com/photos/photo/1/3
Di syarikat UMRAHAJ tadi saya tunggu lama untuk bertanyakan tentang tarikh keberangkatan saya kerana 4 orang staf di situ dikerumuni oleh lebih 20 wakil travel agensi. Akhir sekali saya katakan keapda kawan saya itu nampaknya tak ada rezkilah saya pergi bulan 4 ini.
Sehingga sekarang syarikat itu masih lagi menguruskan visa yang nak pergi bulan March dan awal April. Sekiranya anda merancang untuk pergi pada bulan April ini saya harap sentiasalah bertanya travel agensi masing-masing tentang perkembangan visa umrah. Apabila saya tanya rakan saya itu bagaimana dengan bulan Mei nanti , dia jawab " saya nak selesaikan bulan March dan April dahulu , kemudian baru kita boleh fikirkan bulan Mei pula. Buat masa sekarang dia tidak lagi menerima permohonan untuk urusan visa sehinggalah selesai yang terkandas dahulu.
Nasib baik saya tak bayar satu sen pun wang deposit dengan pihak Royal Jordanian airlines , cuma saya diberi 25 seats oleh Royal Jordanian untuk penerbangan 19.4.07 ini. Saya juga tidak ambil deposit dari orang yang nak pergi dengan saya dan ini memang amalan saya sejak dahulu lagi . Kalau betul-betul confirm dapat pergi barulah saya meminta bayaran dari jemaah. Ini lebih selamat kerana saya menjangkakan perkara-perkara seperti inilah.
Yang menghairankan ialah kenapa kes ini tidak disiarkan dii media seperti TV dan akhbar, sekiranya disiarkan barulah orang tahu kedudukan yang sebenarnya dan tidaklah mereka nak salahkan travel agensi, juga dengan tersiarnya di media mungkin Duta Arab Saudi akan berubah pendirian.
Cuba bayangkan sekiranya kita nak bertolak esok dan terkandas sebab tak dapat visa. Masalah baru pula akan timbul .iaitu kita terpaksa cari seat dari airlines untuk tarikh yang lain pula . Soalnya bagaimana nak dapat seat sedangkan seat itu telah dipenuhi oleh orang lain. Katakan lah seat dapat tetapi bagaimana pula dengan wang yang telah dibayar untuk seat yang tidak jadi itu. Mengikut undang-undang airlines nak refund balik memakan masa dan wang yang akan dibayar nanti berkurangan mengikut tarikh bertolak dan pembatalan. Siapa yang akan rugi , jemaah atau travel agensi ? Mungkin travel agensi akan meminta wang tambahan dari jemaah atau pun dibuat cara lain seperti dikurangkan hari atau di pilih penginapan yang murah dari dijanjikan. Ini semuanya tidak mustahil.
Saya ada ajak saudara-saudara kita yang menyertai forum ini pergi bersama saya tetapi hanya beberapa orang sahaja yang memberi jawapan , mungkin ada yang tak yakin kepada saya. Namun begitu alhamdulillah setakat ini saya memang berhati-hati didalam perkara yang melibatkan kewangan sebab itu kalau orang tak jadi pergi dengan saya tak jadi masalah kerana memang saya lambat bayar deposit dengan airlines kerana saya jangkakan berbagai perkara sebelum buat keputusan..
Sama-sama lah kita berdoa kepada ALLAH agar semua yang terlibat dan yang akan berangkat di permudahkan ALLAH semua urusan serta ALLAH bukakan pintu hati Duta dan Konsul visa yang baharu ini.
Sekian wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
[ Last edited by naasiha at 6-4-2007 11:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih naasiha, barulah faham sekarang. Sebelum ni mmg taktau apa-apa, ingatkan agen yang tak buat betul-betul. Mak mertua bery pergi denagan kawan-kawan kat kampung, jadi diorang cuma mengharap pada wakil agen yang bawak diorang. Terbaca pulak kat suratkabar ada kes penipuan umrah, kami curiga jugak.
dengan penerangan naasiha nie bolehla bery bagitau pada mak supaya dia tak risau lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
naasiha, bery baca blog saudara dan suka sangat baca penerangan saudara yang msimple tapi menarik. Harap-harap dapat teruskan menulis. |
|
|
|
|
|
|
rosputih_28 This user has been deleted
|
Reply #717 naasiha's post
Assalamualaikum naasiha,
Seronok rasanya naasiha telah kembali semula. Sentiasa menunggu cerita naasiha yang menyeronokkan di samping membawa cerita terkini yang sudah tentu kebanyakan kita tidak mengetahuinya. Teruskan menulis ustaz, akak sentiasa mengikutinya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|