CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2008 01:50 PM | Show all posts
ustaz ustaz..utk byk dam...kita kena pastikan unta yg umur 5 tahun ke atas..

ENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.
UMUR BINATANG QURBAN

Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.


Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.


Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 01:51 PM | Show all posts
KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN
Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.


Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".


Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:


Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
Gila
Berkudis walaupun sedikit.
Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
Tersangat kurus.
Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
Berpenyakit
Tersangat tempang


Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.


Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.


Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 01:52 PM | Show all posts
KEHARUSAN BERKONGSI HAIWAN QURBAN
Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.


Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berkorban dengan seekor korban itu.


Adalah afdhal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.


Berkorban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.


Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.


Yang utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian binatang yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan binatang qurban yang berwarna merah bulunya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 01:52 PM | Show all posts
WAKTU PELAKSANAAN & SIAPA YANG MENYEMBELIH
WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)


Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.


Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN

Para ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan afalah orang yang berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.


Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.


Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 01:53 PM | Show all posts
NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
NIAT IBADAH QURBAN

Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.
Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.
HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.
PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
Membaca Bismillahirrohmanirrahim
Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 01:54 PM | Show all posts
NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.


Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2008 01:55 PM | Show all posts
rumah ustaz mendapan lagi....
kena nyanyi dulu kot baru
tak mendap...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #688 rinafarha1709's post

Kalau pegi dengan Tabung Haji memang diasingkan, tapi still dalam satu maktab yang sama. Bagi yang pernah pegi boleh la tolong jelaskan lagi.

Yang masalahnya yang pergi dengan pakej, dah tu pulak duduk sebilik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #708 HarizAzhari's post

Saya pergi Pakej..
Bagi yg mengerjakan Haji Tamatuk..tak de masalah...
Masa dlm ihramnya sekejap...Ihram umrah.
Keluar pergi miqat...terus balik mekah buat tawaf..sai..tahalul.
Bila masuk Rukun...bertolak ke Arafah dudk khemah berasingan walau ambil Pakej pun..
Sama dgn yang ambil Muasasah.
Di Mina pun khemah berasingan.
Habis di Mina...terus balik Mekah...Terusa buat Tawaf n Sai Haji.
Insyallah tak de masalah..
Masalah mungkin yg ambil Haji Ifrad..Masa dlm Ihram dia panjang.
Apa pun iu semua terpulang kpd Dugaan yg ALLah nak beri..
So BERDOALAH KEPADA ALLAH AGAR DIPERMUDAHKAN PEKERJAAN HAJI KITA.
AMINNN!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #709 aziefa's post

Yup betul. Haji Tamattuk start 8hb berihram sampai le paling singkat 12hb sebab buat Nafar Awal.

Kalau Haji Ifrad atas kapal terbang lagi dah berihram dan ada jugak yang sampai 16 hari dalam ihram.

Sebab itulah bagi yang ingin menunaikan Haji atau Umrah, berusahalah memperbaiki diri sebelum sampai ke Tanah Suci dan bukannya balik dari sana baru nak berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:03 PM | Show all posts
Gambar di Padang Arafah Musim Haji 1999.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:06 PM | Show all posts
Husin...Suami Mak cik macam Husain suka merayau tengok suasana di luar.
Pada pagi sebelum Wukuf di Arafah..
Kelihatan Jemaah duduk di atas Bas..

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:09 PM | Show all posts
Masa di Arafah...banyak lori lori yang membawa sedekah makanan utk Musafir..
Jemaah kita beruntung ..makanan disediakan.
Saja suka tengok suasana di luar khemah..
Bertafakur melihatkan bagaimana susahnya orang lain nak pergi mengerjakan haji..



[ Last edited by  aziefa at 4-7-2008 08:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 08:12 PM | Show all posts
Ikut suami memanjat Bukit utk melihat khemah khemah yang ada di Padang Arafah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:31 PM | Show all posts
Antara dugaan haji ifrad semasa dlm ihram ialah bila member2 room mate(haji tamattuk) balik drp shopping perfume. Semangat betul room mate nak share bau perfume yg dah di beli.

Saper yg buat haji ifrad kena selalu b'ingat jika masih dlm ihram.

Tiba2 rasa rindu bangat nak minum air zam2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #714 aziefa's post

ala
4 segi ada juga....

bus kuning penuh dgn org di atas bumbung bus...
akak makanan apa yg disedekahkan pada musafir..roti ke akak
seronoknya tgk gmbr2 haji..thanks akak...
wah akak panjat bukit
teringinnya nk pergi buat haji....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #714 aziefa's post

yeye..suka tgk gmbr ni..
sbb gmbr ni clean and clear..
tnpa tutupan segi2....
tq akak..tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by jadree00 at 4-7-2008 09:31 PM
Antara dugaan haji ifrad semasa dlm ihram ialah bila member2 room mate(haji tamattuk) balik drp shopping perfume. Semangat betul room mate nak share bau perfume yg dah di beli.

Saper yg buat ...


Cerita pasal haji ifrad ni... ada room mate ustaz ni... dia bilal di Sabak Bernam...
dalam 8 org geng jawa tepi, dia sorang je yg buat haji ifrad...
yg lemahnya... bila tidur tu... kain dia asyik terselak je...
adeehhhh... tak sanggup nak tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 4-7-2008 08:03 PM
Gambar di Padang Arafah Musim Haji 1999.

http://farm4.static.flickr.com/3266/2635989118_f48ae578cb.jpg


Teringat kenangan kakak mengerjakan haji tahun 1991.  Dulu pokok-pokok yangditanam masih kecil, belum lagi tinggi dan merendang seperti dalam gambar.  Sekarang pokok-pokok yang ditanam tu . dah boleh dibuat tempat berteduh.

Menatap gambar-gambar yang dipaparkan, mengembalikan semula nostaliga di Padang Arafah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 11:32 PM | Show all posts

Reply #719 Rosputih's post

Kak Ros mengerjakan haji Tahun 1991..
Dah lama dah ye...
Macamana ye suasana masa tu ???
Ada gambar tak Kak Ros..
Nak tengok jugak??
Masa tu orang ramai jugak ye ??
Masa tu umur Kak Ros berapa ye..
Saya buat Haji masa Umur 36 Tahun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.799828 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list