|
Post Last Edit by carly_lah at 13-3-2012 17:08
KERJA RUMAH HARI SELASA
SILA HANTAR SEBELUM 14.03.2012 (RABU) JAM 1.00 TENGAHARI
SILA BERIKAN SATU RESEPI BERSERTA GAMBAR BAGI SEMUA MAKANAN SEPERTI DIBAWAH :
1. PUDING
Creme Caramel
Bahan2
250ml susu segar (1 kotak kecil susu kotak)
4 biji telur ayam gred A
esen vanilla
gula (agak2 ikut kemanisan yang dimahukan)
sedikit air
Caranya
panaskan gula dalam periuk & tambah sedikit air untuk membuat caramel. bila gula dah agak keperangan (jgn sampai hangit, nanti pahit), masukkan dalam loyang sederhana besar. biarkan sejuk. dalam bekas lain, masukkan susu, esen vanilla, sedikit gula & telur ayam. kacau rata hingga semua bahan sebati kemudian tapiskan bahan ini ke dalam loyang tadi. setelah selesai, kukuslah hidangan ini hingga masak. dah sejuk, bolehlah dialihkan ke dalam bekas lain. selamat menjamu selera.
inilah rupanya
2. BISKUT COKLAT
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..
Sumber : http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1070041
P/s : Carly x reti buat biskut, jd carly cuma boleh share resepi biskut org lain jer.... 
3. AYAM
Ayam Bakar Resepi Carly
1 ekor ayam di potong suka hati
3 biji kentang
1 biji lobak merah
garam
gula
mix herbs
lada hitam - kisar jugak
jintan manis - kisar halus
jintan putih - kisar halus
ketumbar - kisar halus
caranya :
perap ayam, lobak & kentang dengan semua bahan di atas, kemudian bakar di dalam ketuhar hingga masak. Kemudian, makanlah diawali dgn doa makan.
rupa ala2 ayam bakar carly - sumber google image
4. IKAN
Kari Ikan Plotan
Bahan2
3-4 ketul ikan plotan
Rempah kari - carly selalu guna jenama Agromas sebab pedas
Bawang Merah
Bawang Putih
Daun Kari
Air Asam Jawa
Santan
Kacang Bendi @ Terung
Caranya
Tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau, masukkan daun kari, kemudian masukkan rempah kari yg telah di bancuh dgn air @ santan, biar sampai serbuk kari masak (pecah minyak), kemudian masukkan ikan, santan (carly selalu guna santan kotak jer) & air. Biarkan seketika kemudian masukkan kacang bendi. Biarkan sampai masak, perisakan. Dah masak, makan dgn nasi putih panas2... sedap...
ini gambarnya
5. APA2 PENCUCI MULUT
Bubur Kacang Hijau
Kacang Hijau
air
Santan
garam
daun pandan
gula
caranya
rebus kacang hijau hingga masak, masukkan daun pandan, santan, garam & gula. Tunggu hingga semua sebati & sesedap rasa, hidangkan. Nyum nyum....
p/s : kalu sesiapa yang sukakan durian, bolehlah masukkan sekali durian ketika masukkan santan tue...
MARKAH BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS
SEGALA BANTAHAN TIDAK AKAN DILAYAN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|