Post time 11-9-2016 02:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Okay trip i di supirin oleh Trip Javanesia. Nnt i review servis diorg. So far i can gv 5 star. Now on the way ke timang beach. Kitorang 2 org pompuan travel backpacking, stay pun kat tempat bajet. Kos less than 1k including flight, guesthouse and supir. Semua tempat almost cover
Rasanya di pantai timang ada satu tempat je untuk makan lobster. On the way nak ke pantai timang ada satu signboard kecik tulis lobster, tunjuk ke arah rumah. Dalam rumah tu la kita pilih lobster mana nak makan and nanti dia akan masakkan dan makan bersila dalam rumah tu. Rasanya tuan rumah tu dengan gondola pantai timang tu sama tokey sbb masa makan kat situ, ada tunjuk video yang sebenarnya gondola tu dia orang guna untuk angkut lobster yang di tangkap kat pulau batu seberang tu. Kemudian baru timbul idea untuk jadi tarikan wisata. Tak silap dia charge IDR 450k utk sekilo lobster termasuk masak dan hidang sekali dengan air, lobster, tempe goreng dan sambal.
Oke je nak 1-2 hari kat yogya tp schedule tuh rapat lah. Kalau train to dalam 5 jam sampai yogya (eksekutif class), jgn naik bisnis atau ekonomi class coz lambat sampai.
Kalau tak nak penat, boleh pegi kat malang daerah batu (hanya mase 2 jam naik kereta dr surabaya). Itu destination holiday buat orang surabaya. Kat situ byk destination yg menarik macam jatim park, muzeum angkut, bns night, safari 2. Best kat batu malang, apalagi cuaca tu sejuk sgt, berbaloi lah
Post time 17-9-2016 11:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
yunina replied at 17-9-2016 11:29 PM
Oke je nak 1-2 hari kat yogya tp schedule tuh rapat lah. Kalau train to dalam 5 jam sampai yogya ( ...
oh..5 jam? hmm...asalnya nk ke bali lalu banyuwangi..tp fikir2 smula cam jogja lg byk tmpat best..tp klo perjalann smpai 5 jam, rsenye perlu plan semula jdual
banyuwangi pun byk tempat menarik yang boleh disinggahi...
misal kata awk ke bromo lajak terus ke ijen dan banyuwangi (baluran national park, g-land, watudodol beach, green bay, air terjun lider dan sebagainya). dalam masa yang sama boleh singgah ke jember utk tempat2 menarik di situ