CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MyNameIsIris

{Edisi Zamani/Slam v7} Saya dah janji dgn peminat utk berubah - Zamani Slam

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2015 02:23 PM | Show all posts
Edited by sukebintang at 12-4-2015 02:24 PM

ni tolong tepek..

                    Zulfazil Ibrahim: Saya mahu keadilan untuk Zamani
                                                AKMALIAH RAZAK
                                                                                                    12 April 2015                    
                           
                                                
                                                    Zulfazil (kiri) bersama Ahmad Zaharil.
                                    
                                                                    RATA-RATA sedia maklum bahawa penyanyi terkenal, Zamani telah ditahan polis pada 21 Januari lalu kerana didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram selepas polis membuat serbuan di kediamannya di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
       
        Setelah dibebaskan dari tahanan reman atas jaminan polis, penyanyi ini terus menjalani rawatan pemulihan di Rumah Pengasih.
       
        Menurut abang Zamani, Zulfazil Ibrahim, sepanjang menjalani rawatan di sana, adiknya telah mengalami sakit bahagian belakang yang teruk sehingga Pengasih perlu mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk Zamani.
       
        "Setelah diperiksa, doktor mengesahkan bahawa Zamani mengalami kecederaan tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera kerana kesakitan itu mengganggu pergerakannya.
       
        "Pun begitu, kami berdepan dengan masalah kewangan kerana kos pembedahan itu mencecah RM50,000 sedangkan adik saya tidak mempunyai akaun bank peribadi yang menyimpan wang hasil titik peluhnya.
       
        "Namun, Zamani memberitahu saya bahawa pihak pengurusannya ada menyimpan sebahagian daripada wang berkenaan. Saya tidak menuduh sesiapa, namun saya hanya mahu keadilan yang sewajarnya untuk adik saya," katanya yang turut memberitahu ada berjumpa pihak berkenaan dan bertanya mengenai hal itu.
       
        Tambah Zulfazil, kecederaan Zamani, 43, bukanlah berpunca daripada pengambilan dadah, namun ia adalah kesan kecederaan lama yang dihidapi adiknya tiga tahun lalu.
       
        "Zamani memberitahu saya yang dia pernah terjatuh satu masa dahulu. Namun, mungkin sebelum ini dia tidak merasai kesakitan itu akibat bahan terlarang yang kemungkinan bertindak sebagai pain killer.
       
        "Sekarang, bila dia sudah beransur sihat dan tidak lagi mengambilnya, kesakitan itu mula dirasai dan menyukarkan pergerakan.
       
        "Selama 22 tahun, Zamani bersama pihak pengurusan berkenaan, takkan tiada langsung simpanan yang dibuat? Itu yang membuatkan saya hairan dan mahu pihak berkenaan menyediakan bukti bayaran dan di mana wang simpanan selama ini," katanya lagi.
       
        Larangan berjumpa?
        Sebelum ini, pengurusan Zamani mendedahkan pihaknya dilarang keras berjumpa sejak penyanyi itu ditempatkan di pusat pemulihan berkenaan.
       
        Menurut pengurusnya, Johan Aziz, 49, pihaknya pelik apabila keluarga dan peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar bertindak sedemikian selain menganggap larangan tersebut sebagai tidak adil.
       
        Menjawab mengenai dakwaan itu, Zulfazil memberitahu bahawa dia dan keluarga tidak pernah meletakkan sebarang larangan untuk sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan Zamani.
        "Siapa kami untuk menghalang? Ini adalah permintaan daripada pihak Pengasih sendiri kerana Zamani masih lagi berada dalam proses awal pemulihan.
       
        "Saya sendiri juga tidak boleh sewenang-wenangnya datang berjumpa kerana pelbagai aktiviti telah ditetapkan oleh pihak Pengasih. Saya hanya akan pergi sekiranya pihak mereka meminta kami membawa kelengkapan termasuk pakaian kepada Zamani.
       
        "Dia sepatutnya memahami keadaan Zamani sekarang dan hormati keputusan pihak Pengasih. Lagipun, untuk pelatih di sana, mereka tidak digalakkan untuk menerima kunjungan yang kerap kerana boleh mengganggu proses rawatan mereka," jelasnya lagi.
       
        Dalam pada masa yang sama, Zulfazil juga turut berkongsi kondisi penyanyi itu dan memberitahu bahawa adiknya kini semakin menunjukkan peningkatan yang baik.
       
        "Apa yang saya lihat, saiz pakaiannya sudah bertukar ke saiz yang lebih besar. Saya nampak, dia semakin bersemangat dan selesa.
       
        "Jika dilihat dari sudut fizikal, dia sudah beransur sihat, namun dari segi mental, dia masih memerlukan rawatan selanjutnya," katanya.
                           
        
   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2015 02:25 PM | Show all posts
                    Johan Aziz: Datang jumpa saya
                                                Wartawan Sinar Harian
                                                                                                    12 April 2015                    
                           
                                                                                                    Johan Aziz
                                    
                                                                    SELAMA 22 tahun bersama Zamani dalam menguruskan kerjaya seni bintang itu, Johan meluahkan rasa kecewa di atas tindakan yang telah dilakukan oleh abang dan peguam Zamani.
        Menurutnya, sepanjang bersama Zamani, dia tidak pernah berdepan dengan isu seumpama ini sehingga boleh mengaibkan dirinya serta keluarga.
        "Perkara ini boleh diselesaikan secara baik, tidak perlu dihebohkan dengan mengadakan sidang media dan sebagainya.
        "Saya bersedia untuk jumpa mereka bila-bila masa sahaja dan berbincang mengenai perkara ini.
        Ianya amat memalukan dan boleh mengaibkan kedua-dua pihak.
        "Saya dengan Zamani sudah lama dan hubungan kami bukan sekadar atas dasar kerja semata-mata.
        Saya anggap dia seperti keluarga saya sendiri.
        Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi seperti ini," jelasnya lagi. Berkenaan wang Zamani, Johan memberitahu bahawa dia telah memasukkan wang hasil persembahan pentas penyanyi itu ke akaun peribadinya dan Zamani juga mengetahui mengenai perkara itu.
        "Zamani mempunyai akaun peribadinya sendiri. Sebab itulah saya mahu berjumpa dengan Zamani kerana hal ini hanya saya dan Zamani sahaja yang tahu.
        "Saya bersedia untuk membantu Zamani sekiranya ada apa-apa masalah dan perkara ini telah saya beritahu kepada abangnya ketika berjumpa pada penghujung Januari lalu.
        "Namun, saya tidak tahu kenapa mereka enggan berjumpa saya dan hanya menggunakan media sebagai perantaraan," katanya yang bersedia dengan sebarang tindakan undang-undang yang bakal difailkan oleh pihak berkenaan.
        Jelas Johan, dia berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah dan sebolehnya tidak mahu memanjangkan perkara ini.
         
                           
        
   

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:26 PM | Show all posts
Dipersembahkan..


Melodi TV3: 12 April 2015





Nota kaki:
Dimohon jasa baik Media Prima, TV3, Melodi untuk tidak melaporkan video tersebut. Niat peng-upload adalah suci murni avadi untuk berkongsi perkembangan terkini Zamani Ibrahim buat peminat2 beliau yg tidak berkesempatan utk menonton siaran tersebut sama ada di dalam Malaysia mahu pun di luar negara. Pliiiss..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:27 PM | Show all posts
Edited by jijana at 12-4-2015 06:28 AM

Sayang betul abg jo ngan abg adek..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sukebintang replied at 12-4-2015 06:23 AM
ni tolong tepek..

                    Zulfazil Ibrahim: Saya mahu keadilan untuk Zamani

Loyer boleh pulak jumpa abgadek sampai malam ye abgZul? Sudahlah stoplah, gi bawa abgadek jumpa abgJo... Bersemuka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jijana replied at 12-4-2015 06:27 AM
Sayang betul abg jo ngan abg adek..

Request iols dari tahun lepas tak diapprove-approve dek abgJo... Nangis!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2015 02:37 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 12-4-2015 02:34 PM
Request iols dari tahun lepas tak diapprove-approve dek abgJo... Nangis!

iols pun.. status2 abg Jo iols pandang sepi saja. nak like2 komen2 tak boleh.
fuhlease-la abg Jo.. cepatan dong approve...




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham akula.. dr awal terus jupe abg jo tanya kan boleh..
Kalo takde kejesama barulah mekak2
Ni mekak2 dulu baru nak bincang
I rasa memang ada akaun khas utk zamani tp tk byk sgt.. leh malukan zamani jek kalau kabo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2015 02:40 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 12-4-2015 06:34 AM
Request iols dari tahun lepas tak diapprove-approve dek abgJo... Nangis!

Iols pun sent request jugak..x approve lg..seb baik public still bole view..kat sinilah tmpt nak lepas rindu abg adek..tgk gmbr lama heols..nmpk happy je bersame abg jo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dalima replied at 12-4-2015 06:37 AM
iols pun.. status2 abg Jo iols pandang sepi saja. nak like2 komen2 tak boleh.
fuhlease-la abg Jo ...

Iols cancel request then request balik!
Kihkihkih.....

@jijana try petua ni juga.mana tauuu diapprove
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mushroomsup replied at 12-4-2015 06:38 AM
Tak paham akula.. dr awal terus jupe abg jo tanya kan boleh..
Kalo takde kejesama barulah mekak2
N ...

Betul! Betul! Betul!

Nak kata vonggok,nampak pandai
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:46 PM | Show all posts
bak kata abgjo..benda terlalu personal utk dihebohkan. Adalah tu perkara sensitif dan aib yg perlu dijaga. Bagi la ruang pd zamani dan abgjo bertemu dan selesaikan. Pengasih blom abis study kes client nih. Walaupun abgjo bukan famili member, 22thn tu jaga zamani. Nk pilih baju raya pun bersama abgjo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:50 PM | Show all posts
sorry encik zul..dalam hal macam ni..saya setuju dengan encik johan..seriuosly..tak paham..jumpe je la..bukannye abg jo tu nak lari pun..yg pakai media ni dah ape halnya..

kalau abg jo tu memang ade salah pun..family abg adek kene ucap terima kasih jugak kat abg jo ok..kalau takde abg jo..ntah ntah nak makan pun takde duit..sekurang-kurang nya abg jo carikan show, uruskan adik awak tu...nampak muka happy je..takde la pulak nampk macam kene paksa buat show..orang macam zamani ni senang je nak tengok die senyum ikhlas or tak..kalau senyum ikhlas..tengok je gambar2 dlm fb abg jo..yg tak ikhlas..tgk je la pict dengan lawyer tu muke macam tak selesa pun adee...

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:51 PM | Show all posts
@MyNameIsIris @jijana cuba rajin pm abgjo mana tau nama fb u jadi perhatian dia.

iols tak rajin pm dia tp berpm jugak dgn abgjo. lebih kpd beri kata semangat dan nasihat utk kebaikan zamani. Byk abgjo simpan rahsia zamani tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jijana replied at 12-4-2015 12:58 PM
Tp abg adek tau pasal isu wang tu..dia serahkan loyer uruskan isu ni..kenape hati iols merasakan mcm ...

Iols juge marasakan yg sama jana
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 12-4-2015 12:59 PM
Tak penting pun nama pengurus artia biasanya uols... Hahhaha.. Tp kes zamani ni unik. Pengurus pun ...

Khen? Sikit hari lagi yg sorang tu pon akan menyusur ikut femes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2015 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols stress
Iols nak pegi shopping
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:59 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 12-4-2015 02:46 PM
bak kata abgjo..benda terlalu personal utk dihebohkan. Adalah tu perkara sensitif dan aib yg perlu d ...

me rase abg jo kate terlalu personal pun mungkin sebabnya tahu tahu sendiri la duit tu habis kat mane..kalau dari cerita radhi dgn tokjamal dieorg habiskan jumlah duit yg banyak dalam sebulan utk beli "bende" tu..tak mustahil jugak abg adek pun banyak habiskan ke situ jugak duitnya..

mungkin family abg adek igt duit abg adek tu banyak sangat dlm bank..so bile check sikit plak duitnya..lepastu..tu yang duk igt abg jo ade simpan lagi kot duit abg adek --> ini andaian je tau..kang orang percaya plak




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 03:05 PM | Show all posts
sukebintang replied at 12-4-2015 02:59 PM
me rase abg jo kate terlalu personal pun mungkin sebabnya tahu tahu sendiri la duit tu habis kat m ...

andaian u sama spt dlm fikiran iols.
abgzul dan loyer tu mcm nk main acah2 dgn abgjo. Mcm nk takut2kan abgjo sup serahkan semua duit zamani. Sekali..abgjo cool pulak, tak sentap2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 12-4-2015 03:05 PM
andaian u sama spt dlm fikiran iols.
abgzul dan loyer tu mcm nk main acah2 dgn abgjo. Mcm nk tak ...

Perasan x tadi kat melodi, time wartawan tu iv abgjo thru fon, heols ckp benda yg perlu je,x de nak sentuh nama sesape or marah2 ke, itu heols x taw yg perbualan tu dirakam..nampak x peribadi abgjo tu mcm mane..cool aje.
#teamabgJo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.228668 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list