CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fatz

- B E R I T A _ H A R I _ I N I _ 2 0 0 8 -

[Copy link]
Post time 22-10-2008 09:41 AM | Show all posts
Japanese climbers claim photos of Yeti footprints

KATMANDU, Nepal - A group of Japanese mountaineers claims to have photographed footprints of the legendary Yeti that they believe could prove the long-rumored existence of a giant ape living in the Himalayan peaks.

The team of seven Japanese mountaineers spent 42 days on the slopes of the Mount Dhaulagiri in northern Nepal, said Kuniaki Yagihara, from Maebashi, Japan.
"We have already sent the photographs to Japan to be analyzed by scientists at the Kyoto University," Yagihara told The Associated Press in the Nepalese capital Tuesday.
It was third trip to the area for Yagihara, who founded the Yeti Project Japan along with other enthusiasts.
He said the team spotted several footprints on the snow at an altitude of 14,500 feet (4,400 meters). At one point, he said, he even saw a brown-colored figure through his binoculars but could not be sure it really was a Yeti. The figure was about a half-mile (800 meters) away.
He said the footprints the team found could not be human because people wear boots at that altitude and other animals such as bears are not seen at that height.
The Japanese team's account has not been independently verified.
There have been many reports by mountaineers of seeing a Yeti in the past. The last such claim was by an American TV host last year after he traveled to the area near Mount Everest and took castings from three footprints.
Josh Gates, the face of the SciFi Channel's "Destination Truth" show, claimed he and his crew found three footprints Nov. 28, 2007, when they were investigating reported Yeti sightings by Sherpas and farmers living in the remote Khumbu region.
Sherpas and sheep herders in Nepal have for years told stories of a giant ape-like creature that roams the remote peaks near Everest.
Many mountaineers share that belief, but the Yeti's existence remains unproven.


[url=http://us.rd.yahoo.com/dailynews/afp/brand/SIG=ofqlv2;_ylt=Ao7zekZ7RKOJMcwrMcx4FvseO7gF/*http://www.afp.com][/url]
Mon Oct 20, 12:35 PM ET


Previous 7 of 8 Next
An undated handout picture from Yeti Project Japan, received on October 20, 2008, shows what is alleged to be the footprint of a Yeti (left) measured on the Dhaulagiri mountain and compared to a human footprint (right). A team of Japanese adventurers say they have discovered footprints they believe were made by the legendary yeti said to roam the Himalayan regions of Nepal and Tibet.
(AFP/HO)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 09:56 PM | Show all posts
Oct 22, 2008
Appeal to identify body

By Kimberly Spykerman


The woman was found to be wearing a silver ring on her left ring finger. -- PHOTO: SINGAPORE POLICE FORCE

the yellow ring on her right


she also wore a silver chain around her neck

seiko watch on her left wrist


IN A rare move, the police have released pictures of personal items belonging to the woman whose badly decomposed body was found by two passers-by at Bukit Batok Nature Park on Monday morning.

The woman was found lying on her side just over 2m down a slope in dense forest fringing Lorong Sesuai, a small road linking the park to Upper Bukit Timah Road.

They have so far been unable to identify her, and could only determine that she was between 25 and 40 years old, about 1.53 metres tall and clad in a beige three-quarter sleeved polo shirt with black pants.

The body was so badly decomposed that police could not even identify her race.

The woman was also found to be wearing a silver ring on her left ring finger, and a yellow ring on her right. She also wore a silver chain around her neck and a Seiko watch on her left wrist. The watch was still working when she was found.

No other means of identification, including personal documents, was found on her person.

Police also clarified that her face was not covered in a brown cloth, as stated in previous reports.

They have yet to establish if the body had sustained any injuries as the post-mortem results are not out.

The case has been classified as unnatural death.

The next-of-kin or anyone with information on the deceased should call the Police Hotline at 1800-255-0000.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:13 PM | Show all posts
Oct 22, 2008
'Blackmailed' by Net friend



Nat (left) showing one of the pictures her Internet ?friend? sent her in Kuala Lumpur. -- PHOTO: THE STAR


KUALA LUMPUR - A WOMAN who met a Singaporean man on the Internet is being blackmailed, Malaysian newspaper The Star reported on Wednesday.

The two had been in an online relationship for six months before she called it off to be just friends.

She claimed that he started blackmailing her with pictures and videos of her in revealing clothes, threatening to send them to her friends, family and colleagues if she refused to get back together with him.

The 25-year-old had agreed to strip for him after much persuasion, not knowing that he could capture the screen shots from their web cam chats.

The clerk from Petaling Jaya, who wanted to be known as Nat, said the man first threatened her on Oct 18 with the less revealing pictures, and said that he would send the naked photos and videos of her later.

At a press conference at the Malaysian Chinese Association's Public Complaints and Services Department on Tuesday, she said, 'I was shocked and very disappointed when I saw the photos. Why did he treat me like this? How can a man do this?'

'In his opinion, I had treated him badly by breaking up with him. So he gave me a choice. Give him another chance or he would send out the pictures,' she said.

Nat said the man had called her early on Tuesday morning to say that he had changed his mind about sending out the pictures, but she could not trust him anymore.

According to her, the man was a business consultant who travelled to Malaysia often.

They met online in February but have never met in person.

She claimed that she did not want to continue the relationship due to communication problems.

She reported the matter to department head Michael Chong as she wanted to prevent other girls from suffering as she has.

Mr Chong said there were six cases of blackmail via the Internet so far this year and five last year.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by fatzcomel at 22-10-2008 10:13 PM
Oct 22, 2008
'Blackmailed' by Net friend


Nat (left) showing one of the pictures her Internet ?friend? sent her in Kuala ...


baru berkawan kat internet dah bole bagi gmbar2 18sx..... sendiri yg bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:17 AM | Show all posts


HAB ISLAM SINGAPURA

MULA NAMPAK TERSERGAM


KOMPLEKS Hab Islam Singapura (HIS) di Braddell Road hampir siap didirikan.

Kunjungan Berita Harian ke tapak binaan kompleks itu semalam menunjukkan kerja pembinaan kompleks merangkumi ibu pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Pusat Islam Singapura, Masjid Muhajirin dan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah itu telah memasuki fasa akhir.

Pembinaan bermula pada September 2006. Secara keseluruhan pembinaan HIS itu menelan belanja $32.5 juta.

Menurut Muis, pecahan kos pembinaan adalah $9.1 juta bagi pembinaan Pusat Islam Singapura, $6.9 juta bagi pembangunan semula Masjid Muhajirin dan $16.5 juta bagi Madrasah Al-Irsyad

Masjid Muhajirin, yang dibuka pada 1977, adalah masjid pertama yang dibina di bawah skim Dana Pembangunan Masjid dan Mendaki (MBMF).
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 09:01 AM | Show all posts

29th Oct



ANAK TERCINTA SUDAH TIADA...                    
                                                                                                                                                                          ENCIK Nordin dan isteri, Cik Norliah Ibrahim, tidak dapat menyembunyikan kepiluan mereka apabila menerima beg yang berisi pakaian tentera anaknya, Allahyarham Mustaffa Nordin, 25 tahun, yang terkorban Ahad lalu.

Lebih menghibakan mereka, Allahyarham baru saja pulang ke tanah air - sekitar lapan jam - selepas menjalani latihan tentera di Taiwan apabila nahasberlaku.

Allahyarham Mustaffa, yang berpangkat Sarjan Kedua dan bertugas diRejimen Infantri Singapura ke-3
(3 SIR), menemui ajal setelah motosikalyang ditunggangnya terbabas di jalan susur keluar ke Clementi Avenue 6 di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Tuas.

Kejadian berlaku semasa Allahyarham bersama-sama rakan-rakannya berkonvoi mengiringi sepasang pengantin dari Yishun ke Clementi.

Allahyarham Mustaffa dijangka selesai menjalani Perkhidmatan Negara pada 11 November ini.




........ my anak sedara
semoga rohnya dicucuri rahmat...





[ Last edited by  virgomal at 29-10-2008 09:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2008 09:05 AM | Show all posts
KORBAN NAHAS MOTOSIKAL

TERBABAS SEMASA KONVOI IRINGI PENGANTIN

Oleh
Shamsul Jangarodin

KURANG lapan jam gembira menyambut anaknya pulang daripada latihan tentera di Taiwan, Cik Norliah Ibrahim menangis kesedihan - anaknya itu meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Allahyarham Mustaffa Nordin, 25 tahun, terkorban setelah motosikalnya terbabas di jalan susur keluar Clementi Avenue 6 dari Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) Ahad lalu.

'Apabila saya terima panggilan tentang kemalangan itu, saya berdoa biarlah dia selamat. Bila diberitahu arwahnya sudah tiada, saya seperti tidak percaya,' ujar Cik Norliah sayu ketika ditemui di rumahnya di Telok Blangah Drive semalam.

Menyingkap kembali peristiwa sebelum kemalangan itu, ayah Allahyarham, yang ingin dikenali hanya sebagai Encik Nordin, berkata beliau menjemput anaknya itu dari lapangan terbang sekitar 8.40 pagi Ahad itu dan mereka kemudian sarapan bersama.

'Arwahnya aktif menjalani NS (Perkhidmatan Negara). Beliau selalu ke luar negara untuk mengikuti latihan,' ujar Encik Nordin, 53 tahun, seorang pemandu peribadi.

Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu berlepas ke Taiwan 9 Oktober lalu bagi latihan lebih dua minggu.

'Sepanjang dua tahun ini, arwahnya jarang pulang ke rumah kerana sibuk dengan latihan. Kalau balik pun setakat pada hujung minggu. Tak sangka pula kali ini dia tak balik selama-lamanya...' ujar Cik Norliah, juga 53 tahun, seorang suri rumah.

Dalam kemalangan sekitar 3.20 petang itu, Allahyarham dipercayai hilang kawalan motosikalnya yang berkuasa besar, jenis Suzuki K8 1000, dan merempuh pengadang jalan.

Menurut jurucakap polis, Allahyarham dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) tetapi disahkan meninggal dunia pada 4.15 petang akibat kecederaan dalaman yang teruk.

Semasa kejadian itu, Allahyarham, seorang anggota kumpulan motosikal Team Revenge, sedang berkonvoi bersama lebih 20 penunggang motosikal lain mengiringi sepasang pengantin dari Yishun ke Clementi.

Bapa saudara Allahyarham, Encik Musa Ibrahim, 49 tahun, yang turut menyertai rombongan itu, berkata: 'Semuanya berlaku dengan cepat. Saya cuma nampak motosikalnya terheret dan arwahnya sudah tercampak.

'Selepas kemalangan, saya ternampak sebatang besi bengkok sepanjang satu meter di jalan raya. Mungkin arwah cuba mengelak besi itu lalu terbabas.'

Allahyarham dijadualkan menamatkan NS pada 11 November.

Lulusan Politeknik Singapura itu telah menjalani pelbagai kursus bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), antaranya Kursus Sarjan Mejar dan Kursus Sarjan Platun.

Encik Nordin merakamkan penghargaannya kepada semua kakitangan SAF yang telah membantu keluarganya.

Allahyarham dikebumikan kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 09:18 AM | Show all posts
Bayi 5.35kg pecah rekod    Oleh Mohd Firdaus Yon
[email protected]                           


KOTA TINGGI: Seorang bayi perempuan seberat 5.35 kilogram (kg) selamatdilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Sabtu lalu,rekod baru buat HSA mengatasi rekod 4.95 kg.

Noor Izzah Fikriyah Ayuni (Fikriyah) yang selamat dilahirkankira-kira jam 6 petang menerusi kaedah caesarian (pembedahan) itu jugadilaporkan lebih tinggi dengan ukuran 41.63 sentimeter (sm) berbandingsaiz normal bayi, kira-kira 35 sm.

Bagaimanapun, anak ketiga pasangan Mohd Rasul Ridzuwan, 36,dan Khalilah Idris, 32, itu bukan bayi terbesar yang pernah dilahirkandi negara ini. Mengikut rekod Malaysia Book of Records, bayi terberatyang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kg, di Bangi, kira-kiraempat tahun lalu.

     Mohd Rasul yang ditemui di rumahnya di Taman KotaJaya, di sini, semalam, bersyukur kedua-dua isteri dan anaknya selamatserta berharap Fikriyah akan terus membesar dengan sihat sepertikanak-kanak lain.

  "Pelbagai dugaan dihadapi isteri saya ketika mengandungkan Fikriyah, antaranya mengalami kemalangan kecil sebanyak tiga kali.

"Pada mulanya, saya menganggap kemalangan kecil ini mungkinsatu musibah atau malapetaka. Bagaimanapun, kemalangan kecil itumungkin petanda kelahiran Fikriyah yang mempunyai berat mengagumkanorang ramai," katanya.


                                  Ahli perniagaan itu berkata, keadaan bayi yang besar serta beralih dariposisi asal menyebabkan isterinya yang dimasukkan ke Hospital KotaTinggi (HKT), Khamis minggu lalu terpaksa diarahkan ke Hospital SultanIsmail (HSI), Pandan sebelum berpindah ke HSA.

Sementara itu, Khalilah berkata, pengalaman mengandung danmelahirkan anak secara pembedahan itu akan menjadi kenangan yang sukaruntuk dilupakan.

"Pengalaman melahirkan Fikriyah secara pembedahan amatmenyakitkan. Ia berbeza dengan kelahiran anak pertama, Noor IzzahFatiha, 9, dan anak kedua, Noor Izzah Shafiqah, 6. Malah, sepanjangmengandung, saya juga sering menangis kerana kesakitan setiap kaliFikriyah aktif dalam kandungan.

"Selain itu, sebelum kelahiran Fikriyah, saya mengalamibengkak kaki. Doktor ada menjalankan ujian darah dan menjangkakan sayamenghidap penyakit kencing manis. Bagaimanapun, menurut ibu, SalamahTamin, 59, ia hanya pembawaan anak," katanya.
                                Katanya, tiada perkara pelik yang berlaku sepanjang beliaumengandungkan anak perempuannya itu kecuali mengidam makan telurpindang, nasi dalam dulang dan bubur lambuk serta kerap makan limauSunkist.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #726 virgomal's post

Al-Fateha.. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 29-10-2008 09:01 AM
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/media/image/launched/2008-10-29/BH_IMAGES_SJMUSTAFFA_P.jpg

ANAK TERCINTA SUDAH TIADA...                    
                                                  ...




Semoga rohnya dicucuri rahmat... Aminnnnnnnnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:25 AM | Show all posts
innalillahiwainnaillaihirajion..
Takziah buat Kak V n family..
alfatihah buat allahyarham. moga ditempatkan bersama org2 yg solleh... amin..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:55 PM | Show all posts
Takziah V & Family
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah

Originally posted by virgomal at 29-10-2008 09:01 AM
my anak sedara
semoga rohnya dicucuri rahmat....
...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 06:51 AM | Show all posts

Reply #720 fatzcomel's post


Body found at Bukit Batok Nature Reserve

Shin Min Daily News reported that police had been conducting investigations at Lorong Sesuai, where a decomposed corpse was found on Monday morning. Investigations are on-going at press time.


MAYAT WANITA DIKENAL PASTI

POLIS telah mengenal pasti identiti mayat seorang wanita yang ditemui lebih seminggu lalu di kawasan semak di taman alam semula jadi Bukit Batok.

Wanita itu berusia 47 tahun dan dikenali sebagai Cik Choo Xue Ying.

Mendiang yang dikenal pasti menerusi contoh DNA dipercayai mengalami kecederaan di kepala.

Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa dan masih menjalankan siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 04:21 PM | Show all posts
SAINTIS MELAYU UKIR SEJARAH .... ( Kalau kat Msia.. boleh dapat pangkat DATO'....)





Cipta alat sensor ultrasensitif pertama di dunia

Oleh
Soraya Salim

SEORANG saintis Melayu/Islam, Dr Zuruzi Abu Samah, 35 tahun, telah mencipta sejarah setelah beliau berjaya menghasilkan sebuah sensor ultrasensitif pertama di dunia yang 100 kali lebih sensitif daripada sensor komersiol di pasaran.


Pensyarah di Politeknik Nanyang (NYP) itu telah enam tahun berusaha mencipta sensor kimia Nanosponge TIO2 itu sejak beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of California, Amerika Syarikat, atas biasiswa universiti berkenaan.

Kajiannya bagaimanapun tergendala selama lebih setahun apabila beliau mendapat tawaran bekerja sebagai jurutera kanan di syarikat Intel di Arizona.

Namun, beliau berpeluang meneruskan semula kajian itu setelah ditawar bekerja di Politeknik Nanyang (NYP) sebagai pensyarah di jabatan kejuruteraan bioperubatan kira-kira tiga tahun lalu.

Dengan bantuan lapan pelajar tahun akhir NYP, Dr Zuruzi berjaya menghasilkan alat yang boleh mengesan sehingga 10 jenis gas, yang juga sensitif pada jumlah gas yang kecil, lantas membuatnya berguna dalam industri-industri seperti keselamatan dan sekitaran.

Sensor yang kini terdapat di pasaran hanya boleh mengesan sehingga tiga jenis gas dan ia memerlukan jumlah gas yang tinggi sebelum dapat dikesan.

Dr Zuruzi, yang baru berumah tangga dengan seorang pensyarah politeknik Ogos lalu, berkata:
'Alat sensor ini boleh digunakan di pusat pemeriksaan imigresen bagi mengesan sebarang bahan letupan yang mungkin dibawa masuk oleh pengganas.

'Ia juga boleh digunakan untuk memantau sekitaran, contohnya, merakamkan kadar gas berbahaya yang dikeluarkan kenderaan di jalan raya,' kata bekas pelajar Maktab Rendah Nanyang dan Sekolah Menengah Mayflower itu.

Alat sensor ciptaan Dr Zuruzi itu didedahkan dalam satu sidang akhbar di NYP semalam sempena pengumuman mengenai diploma baru yang ditawarkan institusi itu - Diploma Nanoteknologi dan Sains Kebendaan.

Dr Zuruzi, yang meraih ijazah kepujiannya dalam bidang kejuruteraan kebendaan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 1997, turut memainkan peranan dalam membangunkan sukatan pelajaran bagi kursus baru itu.

Beliau yang meminati mata pelajaran Matematik dan Sains sejak kecil lagi, gemar membaca buku-buku mengenai fenomena sains, seperti astronomi dan reaksi kimia.

Meskipun daripada keluarga berpendapatan rendah, latar belakang Dr Zuruzi tidak menjadi penghalang untuk beliau mencapai kejayaan.

Bapanya melakukan pelbagai tugas seperti memotong rumput dan menggunting rambut, sementara ibunya pula sebagai pekebun.

'Tentu sekali saya amat gembira setelah segala usaha saya selama enam tahun ini membuahkan hasil.
'Apa yang penting, saya dapat menyumbang sesuatu yang berguna kepada masyarakat,' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 11:27 PM | Show all posts

Reply #726 virgomal's post

takziah buat keluarga V.. semoga rohnya dicucuri rahmat..al-fateha. aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 04:46 PM | Show all posts

Reply #726 virgomal's post

salam takziah buat V sekeluarga dari kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 12:30 PM | Show all posts
.....


anyway... ahad my sis, hb dia dgn 2 anak kuar papers
wakakaka... now i know apa tu ladiesman...


tak tau takper.. pi baca sokabar berita minggu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 07:15 AM | Show all posts

semalam

Singapura : 11 November 2008         

        
'SIKIT PUN SAYA TAK RASA TAKUT'

Pegawai Cisco patahkan cubaan rompak bank di City Plaza

Oleh
Nazri Hadi Saparin

HELAH seorang lelaki cuba merompak bank dengan menyamar sebagai wanita dapat dipatahkan seorang pegawai Certis Cisco dalam satu kejadian di City Plaza petang semalam.

Lans Koperal Rosli Md Sa'ad, 45 tahun, berjaya menggagalkan niat jahat lelaki Melayu berusia 40-an tahun itu, yang berpakaian wanita serba hitam, lengkap dengan tudung dan sarung tangan sekali.

Kejadian tersebut berlaku di cawangan bank UOB sekitar 3.15 petang. Namun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Ditemui di tempat kejadian, Lans Koperal Rosli berkata beliau sudah mengesyaki sesuatu sejurus selepas orang itu memasuki bank dengan membawa sebuah beg kertas berwarna hijau berisi sesuatu, seperti sebuah kotak.

Beliau, yang berpengalaman 20 tahun sebagai pegawai Cisco, telah bertugas di cawangan tersebut selama dua tahun,

'Ada yang tidak kena dengan gerak geri dan isyarat bahasa tubuhnya. Jadi, dengan perlahan saya menghampiri dia dan perasan ada janggut yang baru tumbuh di pipinya.

'Selepas itu, saya terus bersiap sedia untuk bertindak bila-bila masa sahaja,' katanya, yang masih bujang.

Beliau menambah semasa kejadian tersebut, kira-kira 10 pelanggan berada di bank itu.

Selepas memasuki bank, lelaki yang setinggi kira-kira 1.8 meter dan bertubuh sederhana itu kemudian menuju ke kaunter nombor tujuh, yang terletak di ruang hujung bank.

Dia kemudian menunggu seorang pelanggan selesai melakukan urus niaga sebelum menghampiri kaunter tersebut dan meletakkan beg kertas itu di atas kaunter.

'Sepanjang masa itu, saya berada hanya lebih kurang satu meter daripadanya,' kata Lans Koperal Rosli.

Di kaunter tersebut, lelaki itu kemudian mengeluarkan sekeping nota dan menyerahkannya kepada pegawai bank.

Dengan nada mengancam, lelaki itu memberitahu pegawai tersebut, Encik Ow Soon Hock, 46 tahun:

'Jangan cuba jadi 'hero'. Saya terdesak. Ambil semua wang dalam laci dan masukkan ke dalam beg dan serahkan kepada saya. Anda punya tiga minit.'

Encik Ow berkata, lelaki itu mendakwa bahawa beg kertas yang dibawanya mengandungi bom dan dia mengancam akan meletupkannya menggunakan telefon bimbit.

Lans Koperal Rosli berkata lelaki itu yang fasih berbahasa Inggeris, juga menoleh ke arahnya dan memberi amaran yang sama supaya 'jangan cuba jadi hero'.

Lans Koperal Rosli kemudian menasihatkan Encik Ow supaya menyerahkan nota itu kepada pengurus bank.

Ketika itulah Lans Koperal Rosli membuka langkah untuk bertindak.

Dalam sekelip mata, beliau menjatuhkan perompak itu ke lantai dan menahannya.

'Lima pegawai bank datang membantu dan kami sama-sama tahan perompak itu hingga polis datang,' katanya.

Ditanya sama ada beliau bimbang akan keselamatannya, Lans Koperal Rosli menjawab: 'Kami telah dilatih untuk bersiap sedia menangani keadaan seperti ini. Sikit pun saya tidak rasa takut atau bimbang.'

Para pekedai yang ditemui di situ berkata mereka tidak sedar satu percubaan merompak sedang berlaku hingga polis dan pihak media tiba di tempat kejadian.

Diminta mengulas, jurucakap UOB berkata pihak bank lega tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Polis tiba di tempat kejadian sekitar 3.40 petang dan menangkap perompak tersebut.

Turut dikerah ialah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan pasukan penghapus bom.

Polis menyifatkan kes sebagai percubaan merompak dan sedang menyiasat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 07:21 AM | Show all posts

semalam

SURI RUMAH DITUDUH TUANG AIR PANAS PADA KEMALUAN AMAH

SEORANG suri rumah dituduh menuang air mendidih ke atas kemaluan pembantu rumah kawan serumahnya dari Indonesia, setelah pembantu rumah itu menggunakan air panas untuk memandikan anak perempuannya berumur empat tahun.

Mahkamah diberitahu Maselly Abdul Aziz,:@  39 tahun, menggunakan bahan panas untuk mencederakan Cik Badingah, 29 tahun, di rumah sewanya di Jalan Minyak, dekat Chin Swee Road, antara 2 Jun dengan 26 Julai tahun lalu.

Maselly dituduh juga memukul Cik Badingah dengan sebatang besi, dan menghasut anak perempuannya, Nur Rizan Mohamed Sazali, supaya mencabut dua gigi depan pembantu rumah itu.

Cik Badingah adalah pembantu rumah Elsa Elyana Said, yang tinggal dengan keluarga Maselly.

Nur Rizan, 18 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 26 bulan kerana kesalahan mendera Cik Badingah.

Elsa, 25 tahun, sendiri sedang menjalani hukuman penjara 17 bulan kerana mencabut gigi dan menumbuk Cik Badingah.

Seorang anak lelaki Maselly pula, Muhammad Iz'aan, 20 tahun, telah menjalani hukuman penjara lima minggu kerana kesalahan memukul Cik Badingah dengan rotan.

Cik Badingah memberi keterangan bahawa beliau melompat dari flat tingkat dua di Chin Swee Road pada 26 Julai tahun lalu apabila Maselly mengancamnya dengan dua bilah pisau.

Menurut Cik Badingah, Maselly berkata kepadanya bahawa dia akan membunuhnya jika beliau tidak memulangkan wang $60 kepadanya.

Cik Badingah berkata Maselly juga memberi arahan kepada Nur Rizan supaya mencabut giginya selepas beliau dituduh mencuri.

Maselly bersama keluarganya dikatakan sentiasa kehilangan duit dan telefon bimbit dan menurut Cik Badingah, beliau selalu dituduh mencuri dan diancam bahawa jika ada barang hilang, giginya akan dicabut.

Mengikut Cik Badingah, Elsa memegang kepalanya sementara Nur Rizan mencabut giginya dengan playar.

Perbicaraan diteruskan hari ini.


kejamnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:44 AM | Show all posts
MAHKAMAH ARAH SYARIKAT BAYAR GANTI RUGI $7,500 PADA KELUARGA PENGANTIN

HAJAT bapa pengantin, Encik Hamis Ahmad, mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh meriah pada 11 November lalu bukan sahaja tidak kesampaian, malah lebih buruk lagi, mengundang malu.

Ini gara-gara kegagalan syarikat katering ternama, Masakan Shaik Sabri, menyediakan hidangan nasi beriani yang mencukupi bagi 1,400 tetamu yang hadir pada hari itu.

Disebabkan itu, selain kegagalan mereka menyediakan pelbagai lagi hidangan sampingan, termasuk mi soto, kacang phool, otak-otak dan bingka ubi serta khidmat kendarat yang mengenakan apron hijau, Encik Hamis, 53 tahun, memutuskan untuk mengambil tindakan guaman ke atas mereka.

Semasa perbicaraan yang diadakan semalam, Encik Hamis menerusi afidavitnya mendedahkan pihak katerer seharusnya menyediakan pakej dekorasi berserta pelamin, makanan untuk tetamu seramai 1,400 orang dan 195 makanan bungkusan.

Pakej tersebut berjumlah $13,720 dan sebelum majlis berlangsung, isteri Encik Hamis, Cik Esah Ibrahim, telah pun melunaskan cengkeram sebanyak $7,500 bagi pakej tersebut.

Namun, pada hari majlis persandingan itu, apa yang diminta oleh pihak keluarga pengantin tidak ditepati.

Anak perempuan Encik Hamis, Siti Mariam Hamis, 25 tahun, pengantin pada hari itu, semasa ditemui Berita Harian berkata, bukan saja pihak katerer menghantar makanan lewat pada 11 pagi, jumlah nasi yang dijanjikan juga kurang daripada keperluan sebenar.

'Jumlahnya hanya suku periuk nasi. Lauk tak cukup, hanya tiga suku sahaja yang dihantar daripada jumlah sebenar yang dipersetujui.'

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pihak katerer membuat penghantaran susulan - seperiuk nasi tanpa dalca, acar, lauk daging dan ayam.

Ini menyebabkan keluarga mempelai terpaksa singsing lengan dan memasak lauk tambahan demi menjamu tetamu yang datang.

'Pak cik dan mak cik saya akhirnya kena ke dapur kerana nak selamatkan majlis. Saya dan suami pun tak dapat jamah,' tambah Cik Siti Mariam lagi.

Disebabkan majlis yang kurang sempurna itu keluarga Encik Hamis menuntut ganti rugi sebanyak $17,500.

Menyesali keadaan yang berlaku, Cik Esah, 52 tahun, berkata:

'Kami sebagai tuan rumah berasa malu kepada tetamu yang meninggalkan majlis tanpa menjamu selera,' ujarnya.

Namun pihak katerer semalam cuba menyangkal dakwaan plaintif.

Menurut pemilik Masakan Shaik Sabri, Encik Shajahan Alaudin, makanan dihantar pada 9.30 pagi dan bukan 11 pagi seperti yang dinyatakan plaintif.

Malah segala makanan dan peralatan bagi majlis itu telah disediakan dengan secukupnya kecuali hidangan percuma; mi soto dan kacang phool, serta buku tamu.

Dalam afidavitnya berkata, kakitangannya yang bertugas pada hari itu tidak menerima sebarang aduan tentang kekurangan makanan bagi majlis tersebut.

Namun, setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, Hakim Daerah, Encik Joseph Yeo, mengarah supaya Masakan Shaik Sabri membayar ganti rugi sebanyak $7,500 kepada keluarga Encik Hamis.



syarikat ni ek.. yang aku kedai kecik kat bedok tu
hmm.... sekali jer lah V makan nasi dorang ni.. tu pon org belikan
pastu.. selepas dengar citer tak bes cara dorang sediakan makanan ni
V rasa nak moon balik...
......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072053 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list