CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afja

[Aduan] Medical Card Takaful

[Copy link]
Post time 16-12-2014 12:22 PM | Show all posts

Tak Kena Maka Tak cinta
------------------------------

Moga brother nie cepat sembuh. Brother nie ambik Takaful dengan kawan saya pada March 2013. Ambik takaful kerna dier pi kerja pakai motor dan takut eksiden. Jam 11.30 pagi semalam kawan saya dapat panggilan dier eksiden dan dibawa ke hospital Gleaneagles. Tempat dia eksiden dekat jalan Ampang, beberapa puluh meter dari hospital Gleneagles. Keadaan dier memang teruklah jugak. Jari koyak patah dan peha rabak. Alhamdulillah, Takaful berbesar hati tolong bayarkan kos rawatan RM10,000.

Bayangkan diri kau yang takde Takaful, tengah naik moto atau jalan kaki atau naik kereta, eksiden depan hospital Gleneagles, teruk patah riuk dan pengsan. Kau cuba fikir orang yang tolong ko tu, nak bawak ko pegi hospital mana? Dia nak hantar ko ke spital Gleneagles sebelah tu ke atau dia gagah kan diri hantar ko pergi hospital Kuala Lumpur di jalan tun razak?

Kalau Gleneagles siap sedia lah rm10k-20k sebab nak operate bagai secepat dan sepantas mungkin nak selamatkan nyawa kau.

Kau tengah pengsan ni, boleh ke kau bgtau kat orang tolong kau tu,
"Bang saya takde Takaful, bawak saya ke HKL je lah. Kalau abang hantar saya spital sebelah ni mahu jual tanah pusaka ni bang"

Boleh macam tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 11:31 AM | Show all posts
sy berminat nak ambil medical card..

boleh dapatkan quotation? bawah rm200 in shaa Allah saya mampu..

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:02 PM | Show all posts
emiryn_darling replied at 27-1-2015 11:31 AM
sy berminat nak ambil medical card..

boleh dapatkan quotation? bawah rm200 in shaa Allah saya mam ...

hi...

Bole.. mohon

1. Tarikh lahir
2. pekerjaan
3. smoking atau tak
4. email (senang nak bagi quotation report)

thanks

email saya [email protected]
0192853910


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 03:41 PM | Show all posts
Tips Takaful: BUDGET YANG TERBAIK
----------------------------------------------


Bagi saya budget adalah penting, kita perlu dan mampu untuk menyimpan di takaful di antara 5% – 10% daripada pendapatan kita (cuba buat pengiraan, berapa kelayakan kita). The best polisi bukannya polisi yang terlalu mahal (RM300 - RM400/bulan) yang anda bayar 3 bulan, dan selepas itu tidak mahu bayar lagi sebab premiumnya terlalu besar atau premiumnya yang terlalu rendah (RM30 - RM80/bulan) di mana mungkin terselit udang di sebalik janji2 ejen yang call atau berjumpa dengan anda (Semak berapa anda bayar dan berapa covering yang anda dapat.... BANDINGKAN). Berfikirlah semasak-masaknya sebelum anda membuat keputusan, kerana sekali tersilap, anda akan terasa kesannya bila anda mula menggunakan kemudahan yang disediakan......

Polisi yang kecil (RM100 - RM200/bulan) pun tidak mengapa, yang pentingnya anda konsisten menyimpan/membuat caruman dan bila anda perlukannya, anda boleh menggunakan manfaat daripada pelan yang anda beli. MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA..... FIKIR-FIKIRKANLAH!!!!!


credit: http://burnprudential.blogspot.com/2012/07/tips-beli-insuran.html
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 06:01 PM | Show all posts
Saya ada dengar dari agent insurance sendiri, mengatakan pada saya yang bulan2 saya bayar ni, akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, tabarruj, simpanan, dan medikal, xsilap saya la ye. then after tahun ke 7, 100% duit insurance akan dimasukkan kedalam simpanan. so betul ke apa yang agent tu cakap?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:22 AM | Show all posts
stanum replied at 16-3-2015 06:01 PM
Saya ada dengar dari agent insurance sendiri, mengatakan pada saya yang bulan2 saya bayar ni, akan d ...

Assalam..betul la tu serba sikit apa yg ejen encik cakap tu..first 6 years, charges nye agak tinggi namun encik dah boleh pakai benefit perubatan yg tinggi tu walau br bayar premium bulanan tak seberapa..tahniah kerana sedar kepentingan takaful.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 11:06 AM | Show all posts
Tuan hafeejaafar,

betul serba sedikit tu mcmane? saya nak information yang tepat, yang kalau boleh di gazette kan dalam buku insurances, tapi saya xsmpt nak check and refer pernyataan tu. Kalau betul saya mmg plan nk upgrade ke advance or enrich, depends pada bajet, tpi yg penting saya xnk yg kene byr co-takaful tu, biar full coverage semua.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 11:06 AM | Show all posts
Edited by hafezjaafar at 25-3-2015 11:11 AM
stanum replied at 17-3-2015 11:06 AM
Tuan hafeejaafar,

betul serba sedikit tu mcmane? saya nak information yang tepat, yang kalau bol ...

Assalamualaikum stanum....Berkenaan soklan ttg charges dan timing utk dpt full saving dari premium yg dibayar tu,saya ingin jwp begini. Selepas tahun ke 6, all the charges utk tabarru fund ,cas wakalah dan medical card tu akan pergi ke tahap paling minimum. Which is all the premium paid will be debited into your account to accumulate your cash value. Semasa tahun pertama, charges nye mmg la tinggi sikit. Tapi full benefit kita dah leh dpt selepas tamat waiting period. Sehingga la tahun ke enam,charges utk wakalah fund ni hanya tingga 20% je dari premium tahunan yg dibayar. Nak upgrade ke HealthEnrich mmg tiada masalah. Sekarang plan Health Enrich dah ada option utk full-coverage bagi medical card. Its up to you..Cuma pastikan perlindungan takaful anda tu mencukupi dgn keperluan semasa. Kalau dlu bujang, cukup la dgn apa yg ada sekarang. Kalau sekarang dah beranak dua, pastikan manfaat asas utk kematian tu tinggi utk menampung kos kehidupan waris kita nanti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 05:34 PM | Show all posts
Hari ini kita mungkin blh berkata "Untuk apa Takaful"..kerana nikmat sihat hidup hari ini kita masih rasa..

Hari ini kita mungkin blh berkata " insuran?, tggu gaji naik lah"..kerana gaji yg sekarang masih mampu bayar bil klinik utk demam n sakit perut.

Tapi, renung n fikirkan hari esok, tikamana.....

Nikmat sihat kita mula hilang, sakit mula mnyerang, klinik n hospital makin kerap undang, duit simpanan mula kehabisan..

Logikkah sakit datang tggu gaji naik dlu? Logikkah sakit datang tanya kita dulu?.

Fikirkan kawan, yg tanggung sakit memang kita, tapi yg tanggung bil sakit bukan kita.

Cari agen yg anda percaya, apply perlindungan Takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:41 PM | Show all posts
Just nak sharing..........

Last saturday saya berpeluang menghadirkan diri dalam seminar Hibah dan Takaful. Dibawah nie adalah salah satu infor yang diberi...

Aplikasi konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19 Safar 1424:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah shariah

2.Berdasarkan Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa tertentu.

Nak tahu lebih lanjut boleh layari blog saya di http://akupenjualinsurans.blogspot.com/. Nak post di sini agak panjang artikelnya.

Moga Ilmu ini memberi manfaat buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 04:40 PM | Show all posts
Kita gunakan analogi-analogi ini untuk mencerahkan pemahaman tentang takaful

1- KWSP :- Kenapa kita simpan duit dalam KWSP semasa muda? Untuk guna hari tua kan? Adakah kita pasti kita akan capai hari tua itu? Tidakkah kita boleh tidak capai tua (meninggal muda)..pelbagai soalan kita boleh lemparkan. Cuma kita mengambil pendekatan jika berlaku hari tua itu kita telah mempunyai duit saat itu. Sama juga dengan takaful, kenapa kita menyimpan dana kecemasan itu? Adakah kita pasti sakit? Bila Sakit? Jadi kita tak tahu adakah kita akan sakit atau bila akan sakit. Sunnah alam manusia biasanya sakit. Sihat sebelum Sakit. Maka bilamana kita sakit, takaful adalah penolongnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:26 PM | Show all posts
Kena ada "why" tujuan kita apply takaful..

Kena amk iktibar pengalaman org lain bila berlakunya musibah, kalut xhabis bila doctor diagnose kita ada penyakit, mulalah nk cari balik medical card yg kita buat xthu dlu..

Once dh lapse, medical card akn kembali pda asal,mknenye bila settle balik outstanding kita kena tggu lgi 120hari utk guna medical card.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:13 AM | Show all posts
Quote of the day,

LIFE INSURANCE/TAKAFUL IS PURCHASED NOT BECAUSE SOMEBODY MUST DIE BUT BECAUSE OTHERS MUST LIVE
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 04:24 PM | Show all posts
up kan forum nie

"If a child, a spouse, a life partner, or a parent depends on you and your income, you need life insurance."
- Suze Orman (1954- ), American author, financial advisor, motivational speaker and TV host
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:31 PM | Show all posts
Banyak Viral berkaitan dgn PruBSN kebelakangan ni ... Kes yg tak boleh claim tu tak banyak ... tapi tukang viral tu yg banyak.... then kes yg tak boleh claim tu ... bila dihubungi sendiri oleh Pihak PruBSN ... pandai pulak mengaku salah mereka sebab tak declare sakit lampau.... dan tak diviral pulak kesalahan di pihak client tu... mmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:00 AM | Show all posts
Semakin banyak anda berhutang .... semakin banyak perlindungan dala bentuk Khairat Kematian dan Perlindungan Penyakit Krikal yg mesti anda ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 09:51 AM | Show all posts
Anda mencari Medikal Kad yg menyertakan Benefit Maternity secara percuma???
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:58 PM | Show all posts
Sharing dari kawan sama Industri

Dari sahabat untuk sahabat..

Setelah hampir 2 tahun mencarum dengan Prudential BSN Takaful aku ambil keputusan untuk TERMINATE.. 2 tahun aku mencarum tanpa klaim apa-apa... Aku rasa RUGI bayar bulan-bulan RM600 untuk satu family 5 orang.. Dengan gaji aku seorang guru agak membebankan..

Kebetulan ada seorang agent datang mempromosi satu plan yang cukup memikat hati aku.. Hanya RM200++ sebulan cover semua satu family.. Disebabkan kena dengan budget, aku terus sign up.. Rasa lega beban bulan-bulan berkurang sedikit..

Pada 20/5 aku disahkan mengidap batu karang. Aku terus buat rawatan di Hospital KPJ Penang.. Ketika nak buat rawatan doktor terus tanya ada insurans tak?? Aku tunjukkan kad medical.. Terus doktor geleng kepala.. Katanya kita dah stop terima kad medical dari company ni. Sebab masalah terlalu lewat bayar.. Dan satu lagi insurans ni tak cover utk Batu Karang..

Menyesal tak sudah.. Doktor tanya nak terus kan rawatan kena bayar DEPOSIT RM10,000.. Kalau tak de duit boleh pergi hospital kerajaan.. Dalam kepala otak aku RM10,000 bukan jumlah yang sikit..mana aku nak cekau dalam masa singkat ni.. Aku keluar dari KPJ dan terus pergi ke Hospital Kerajaan di Seberang Jaya..

Sampai di sana.. Aku buat pendaftaran. Nak daftar pun ambil masa lebih sejam.. Kemudian nak tunggu jumpa doktor aku terpaksa tunggu lebih 2 jam.. Sampai je giliran aku, doktor chek aku dan sahkan aku memang ada batu karang tapi katanya kita tak boleh buat operation segera sebab TAK URGENT.. Katanya ada ramai lagi pesakit yang lebih serius dari penyakit ni yang tengah tunggu giliran.. Aku terpaksa set appoinmnt untuk tarikh lain. Lebih kurang 1 bulan berikutnya..

Setiap kali aku pergi jumpa doktor kes aku asyik ditunda sehingga lah sekarang.. Kini baru aku tahu kenapa kita perlukan MEDICAL KAD.. Ada orang cakap PEGAWAI KERAJAAN mcm aku ada KEISTIMEWAAN bila masuk hospital kerajaan.. Aku tercari-cari di mana keistimewaan tu ??????

Bila dah SAKIT tiada pilihan lagi.. Duit tidak lagi menjadi soal.. Aku terus dapatkan rawatan di Hospital Lam Wah Ee.. Bil RM15,000 menjadi korban.. Mujur lah aku ada sedikit simpanan di Tabung Haji.. Simpanan 15 tahun hilang sekelip mata.. Kini baru aku tahu nilai MEDICAL INSURANS..

Semoga kisah ini menjadi pengajaran.."
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:52 AM | Show all posts
sekadar informasi

Takaful berkelompok versus Takaful Individu

Takaful kelompok:

��Murah

��1 pemegang polisi (bapa) untuk cover semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak (isteri dan anak tiada polisi cuma Kad Hospital sahaja)

��Hanya salah seorang sahaja boleh membuat rawatan dalam satu2 masa. (kalau kena food poisoning, sorang jer masuk Private Hospital, yg lain pergi General Hospital)

��Kontrak secara tahunan, caruman @ sumbangan tidak terjamin bila renew.

��Caruman akan quote ikut umur @ kesihatan. Klau high claim, Company ada hak taknak sambung . BAHAYA...

��Biasanya tiada Cash Value (simpanan jangka panjang) Kena bayar on time, klau miss sebulan x cover

Takaful individu:

��Mahal sedikit

��Setiap orang mempunyai polisi sendiri, jika berlaku sesuatu kpd bapa, polisi anak akan jd FREE sampai umur 25tahun begitu juga simpanan pendidikan beliau. Polisi isteri pula akan free sampai umur 80 tahun. Free Kad Perubatan & juga simpanan

��Setiap orang boleh membuat rawatan pada satu2 masa kerana masing2 mempunyai perlindungan @polisi sendiri

��Kontrak seumur hidup (maksimum 100tahun).

��Tiada renewal kontrak setiap tahun (free of mind klau sakit @ mati). Ini bermakna caruman @ sumbangan bulanan anda sama sahaja sampai bila2 walaupun anda "high claim"

��Ada CASH VALUE @ simpanan

��Ada cross subsidy (jika miss bayar, company akan tolak Simpanan utk cover blk)
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:24 AM | Show all posts

klau boss berminat juga =)
takaful agent area selangor dan kl

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.171507 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list