|
RIANZ PARADISE VOL. 82 - EN2 : Selamat Berpuasa - Love Story Pt1 - 7 Nov, 2000H
[Copy link]
|
|
Joen, ingat lagi tak page yg paling last akk tempek novel??
cmf_blingblings Post at 22-8-2009 00:54 
xigt pg berapa
tp akak dah tepek smpi part 195 |
|
|
|
|
|
|
|
eh....akak dah sambung  
sori lmbt reply...tgok repeat melodi pasal allahyarham ustaz Asri
hr ahad lps lupa nk tgok |
|
|
|
|
|
|
|
Part 198
Hari itu aku memandu pulang dgn perasaan yg terlalu marah. Dia saja mencari pasal lagi. Sampai saja di rumah aku segera mencarinya di dalam bilik tidur di tingkat atas. Dia mendukung Amira tanpa rasa bersalahpun.
“An, kenapa bank call tadi? Kenapa keluarkan duit sampai seratus ribu, nak buat apa dgn duit banyak mcm tu” tanyaku dgn begitu marah. Siang tadi sewaktu di pejabat aku dikejutkan oleh panggilan dari bank untuk meminta kebenaran pengeluaran dr akaun kami bersama. Mahunya aku tak jatuh pengsan.
“Kita sharekan duit tu? An ambil bahagian An, bukannya duit abg pun. Itupun berapa percent sgtlah dr jumlah yg terkumpul” jawabnya dgn selamba dan sedikit angkuh.
“Answer my question, nak buat apa dg duit sebanyak itu?” suaraku tiba2 menjadi tinggi bila panas itu menyingga-nyingga. Dia berpaling setelah memberikan Amira kpd pembantu rumah dan menutp pintu bilik itu. Matanya merenungku dgn tajam.
“Is none of your business! You gave her nearly forty thousand for being yr lover, for being a bitch! For the settlement of yr bloody short marriage. You bela perempuan pisau cukur tu, you tidur bangun dgn dia and you paid her. Remember! What ever money we earn is our money, I have all the right on your money house and everything you have. The money you gave her was also my money. Did you ask my permission? Was that fair?” sekali lagi dia menyindirku dan mengungkit lagi. Kalau tak kerana sabar yg makin menipis ini mahunya aku tampar pipi halus yg begitu hampir dgnku.
Aku beristighafar sebanyak2nya dan segera keluar dr bilik itu sebelum aku benar2 hilang pertimbangan. Kebelakangan ini dia seakan cuba mencari segala salahku dan menggunakan segala kesalahanku sebagai senjata untuk menyerangku tak kira masa. Dia mengungkit dari satu perkara ke perkara yg lain saban hari. Hidup bersama seperti terlalu tertekan.
Suatu hari petang ketika aku pulang lebih awal dr biasa kereta isteriku sudah berada di tempatnya. Awal pulak dia balik? Fikirku. Belumpun sempat aku kelaur dr keretaku dia sudah tergesa-gesa berjalan dr pintu rumah dan masuk semula ke keretanya. Sudah siap berdandan juga. Dgn blaus pendek dan seluar panjang hitam berserta perhiasan moden. Jarang benar dia memakai kalung mutiara keemasan yg aku hadiahkan bbrp tahun lalu. Tentunya ke majlis penting. Tiada lambaian atau memandang ke arahku dia memandu laju betul2 di depanku. Aku menarik nafas yg panjang.
“Khala, An pergi mana?” tanyaku kpd emak saudaraku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 199
“Ada majlis kat rumah Datuk Fahmi, bos dia” Aku mengerutkan dahi, memikirkan majlis apa pula petang2 hari begitu. Cepat2 aku menghantar pesana ringkas ke tel bimbitnya. Namun spt biasa tiada jawapan drnya. Hanya selepas selesai sembahyang magrib barulah dia membalas pesanan itu.
“Got function, otw back”
Sampai saja dia di rumah cepat2 dia menerpa Amira dari dalam pangkuanku.
“Sayang mama belum tidur?”
“An pergi mana tadi?” suara emakku di belakangnya membuatkannya terkejut.
“Eh, mak balik? Bila mak sampai?” dgn segera Amira diserahkan pdku semula dan berpelukan dgn emak dgn mesra. Aku hanya memerhatikan gerak tubuhnya yg seperti tdk menhiraukan kehadiranku di situ.
“Tadi tak ada kelas, An baliklah awal, tgkkan budak2, sbb ada majlis kat rumah Datuk Fahmi, small party anak dia Doktor Faizal baru pulang dr U.K. mak dah makan ke belum?
“Belum” jwb emakku yg sesekali mengerling ke arahku.
“An naik sembahyang dulu, nanti kita makan sama2 ya, mak tunggu An kejap” sebelum menapak ke atas dia mengambil semula Amira dr tgn ku.
“Apa lagi yg tak kena? Hang buat hal lagi?” Tanya emak dgn sedikit marah.
“Mana ada, biasalah kerja, penatlah” jawabku sambil segera mengikut Noraihan ke tingkat atas. Amira bermain2 di dalam baby courtnya dan aku bersandar keseorangan di katil itu. isteriku masih di dalam bilik air.
“What are you doing here?” Tanya isteriku dgn wajah hairan melihat aku termenung keseorangan.
“Saja temankan Amira, tak salahkan?”
Dia segera bersolat tanpa bersuara lagi.
“Are you coming down? Tanya isteriku setelah bersiap2. Aku menggelengkan kepala.
“Oh macam tu baguslah, you temankan Amira. I nak makan dgn mak, bagus juga mak dtg banyak perkara yg nak dibincangkan”
“Pasal apa pulak? Pasal kita? Apa lagi yg tak kena2?” tanyaku semakin tertekan dan bimbang.
“Tgk2kan Amira I nak turun” itu saja katanya. Dadaku sakit tiba-tiba.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 200
Lapan bulan berlalu, Amira sudah boleh merangkak ke sana sini. Satu-satunya zuriat terakhir, yg bertuah memandangkan tiada lagi apa bentuk hubunganpun di antara kami. Kami sudah jauh membawa haluan masing2 dan di dalam masa yg sama masih terikat dr sisi agama satu ikatan yg belum terlerai. Ikatan itu berada digenggamanku dgn kemas tdk pernah sekalipun aku cuba untuk merungkaikannya.
Segala kebahagian yg kami bina bertahun2 hilang dan tenggelam dibawa taufan besar yg melanda kami, taufan ciptaanku sendiri. Air matanya yg tak henti2 mengalir bagaikan sudah kering dgn sendirinya, ia hilang bersama duka di hati seorang isteri yg tak pernah sembuh. Walau segala ikhtiar yg aku usahakan namun hingga kini tdk memberi apa2 kesan padanya. Dia makin menyendiri, sepertinya aku sudah tdk membawa apa2 erti buatnya lagi.
Selagi mampu bertahan, aku akan bertahan walau hingga ke akhirnya asalkan kami empat beranak akan ttp bersama. Aku tak mahu kami berpisah. Segala duka yg ku simpan, yg ku rasa, terubat bila melihat kedua anak yg comel yg belum mengerti apa2. Aku beralah kerana anak-anak. Tentunya masih ada jalan yg lurus buat kami, tentunya ada jln penyelesaian untuk menghuraikan segala kekusutan.
Setiap kali aku menyentuhnya perasaan bersalah itu tiba2 menjelma bila dia sentiasa menolak. Bila aku bertegas mahukan hak ku, pasti tangisan sayunya teresak-esak meminta belas kasihan agar aku melepaskannya. Dia terlalu dingin malah lebih dingin dari ketulan ais di kutub utara. Untuk mengelakkan pertengkaran yg sentiasa saja bermain dibibir walau hanya melibatkan perkara2 kecil, aku lebih suka berdiam diri. Aku cuba mengurangkan ketegangan di antara kami dgn menyendiri. Aku sanggup tidur di bilik berasingan jk itu permintaannya.
Bukan sekali dua Shafik sudah menghubungiku. Isteriku sudah mula menggunakan kaedah perundangan untuk meleraikan apa yg membelenggu kami. Sudah berkali2 aku memberi tahu Shafik dia boleh memindahkan apa saja harta kepunyaanku kpd Noraihan kalau itu yg diminta tp sekali pun tdk akan melepaskannya dr hidupku, dari ikatan suci yg aku lafazkan kpd Allah Yg Maha Besar.
Ketika di pejabat hari itu aku diberikan itinerary ttg penerbanganku ke US pada pertengahan tahun depan. Semuanya sudah ditempah bersama2 isteri dan anak2ku. Ianya seperti tahun2 yg lalu acara tahunan utk pihak pengurusan tertinggi menghargai jasa pegawai2 terbaik mrk. Aku meneliti ejaan nama kami satu persatu sebelum memasukkannya semula ke dalam sampul. Adakah ini akan mengubah hubungan kami selepas ini? Kalau berjaya apa salahnya, aku tak pernah berkira utk kebahagian mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 22-8-2009 01:23
Part 201
Malam itu ketika melihat Noraihan masuk ke dalam bilik sambil menggendung Amira yg sudah terlena aku mengeluarkan sampul itu.
“Apa ni?” tanyanya.
“Holiday, tlg minta cuti, tarikhnya ada di dalam. This is very important to me. Last year I tak dapat pergi” kataku spt mendesaknya.
“Hello, abg ingat USM tu abg yg punya?” dia mula menyindirku.
“Mintalah dulu, lambat lagi tu, bawa aja itinerary tu. Sure datuk luluskan, dia kan kawan baik arwah ayah abg?” aku mengusulkan nya satu cara.
“No promise” katanya sambil menarik selimut menutup seluruh mukanya.
Aku hanya duduk di situ sambil memerhatikannya, lelah sungguh kalau asyik bergaduh setiap hari.
“Sampai bila An nak mcm ni? Marah-marah begini. Kesihan anak2” aku bersuara sambil mengeluh lesu. Selimut yg menutupi mukanya ditarik ke bawah. Matanya terbeliak memandangku.
“Kenapa? Selama ini ada yg terkurangkah? Rasanya my time with our children is more than you” seperti biasa kami berdebat lagi.
“Yes, itu I tahu tp berbeza, you terlalu strict mendisiplinkan anak2, you garang tak kira masa dan tempat. Mana dia sifat2 penyayang you dulu? Amir mengadu mamanya selalu naik angin, suka mengherdik, kalau dia dah mula rasa mcm mana I tak boleh rasa?”jawabku masih cuba memperlahankan suaraku.
“Then, what have you done? Ambil ajalah tempat I, jd single parent sebagaimana yg I pernah buat dulu. Sekalipun I tak ungkit apa lagi merungut sbb I tahu suami I tinggalkan I untuk mencari rezeki, I kn berdikari. Sekalipun I tak minta dimanja temankan I ke klinik sepanjang mengandungkan Amira spt isteri2 org lain wal hal you manager, you bos, you boleh buat kalau you nak. Sekarang you buktikanlah yg you boleh buat, anyway kalau you dah jumpa bini yg you sayang tu tentu you kn buat sendirikan? You ingat dia nak bela anak2 you, praktislah dr sekarang”
Mmg susah untuk bercakap apatah lagi berbincang dgnnya, dirinya sentiasa dibayangi rasa benci dan marah yg sentiasa meluap-luap, dendamnya berapi-api. Setiap patah perkataannya terlalu berbisa dan memedihkan, spt sengaja ingin mengapi-ngapikan aku.
Aku mencapai bantal di sebelahnya dan terus ke bilik Amir, sejak kebelakangan ini bilik itu sudah menjadi bilik tidurku juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 202
Lewat petang itu ketika aku pulang baru tiba dr Singapore dgn penerbangan SIA mataku sempat melihat bbrp kedai bebas cukai yg menjual barangan berjenama mewah. Ketika sampai di depan sebuah kedai jam berjenama mahal dr Switzerland itu mataku terpaku memandang wajah seseorg yg pernah ku kenali. Cumanya sekarang dia tdk bertudung tp tarikannya ttp sama. Dia masih org yg sama. Aku mengamati wajahnya dan mendekati kaunter di mana dia berada dan sedang berbual dgn seorg pelanggan dr luar negara. Ketika aku tunduk melihat bbrp jam tgn wanita berjenama mewah itu aku disapanya. Bila aku mengangkat muka dia pula yg tergamam. Dgn uniform yg agak sophisticated dan solekan kemas itu dia nampak berbeza.
“Hi” tegurku sedikit gementar. “You apa khabar?” tanyaku lagi
“Mcm inilah, nak beli jam utk isteri? Yg ini cantik, yg ada diamond dua butir, this one special edition. Dah tak adalah, even kat K.L” terangnya spt pura2 ramah, namun itu mmg kerjanya pun.
“Wife I dah banyak jam” kataku sambil tersenyum. “How is Zakri?” tanyaku
“Entah, we can’t get along anymore. Dia dah lama pergi” jwbnya.
“So you tak kahwin dgn dia?” tanyaku sedikit kuat.
“I tak boleh nak cakap banyak2, I tgh kerja, ramai pelanggan pulak, nantilah bila2 senang kita cakap lagi” katanya sambil menjeling ke arah rakan kerjanya yg dr tadi memerhati dgn penuh minat.
“Can I call you?” tanyaku sebelum meningalkannya.
“Ya, why not, you masih ada nombor lamakan?” aku mengangguk sambil berjalan menuju ke tempat letak kereta. Sudah lama rasanya aku tdk tersenyum selebar itu. Fikiranku melayang jauh, merentasi waktu mengingatkan aku kpd kenangan itu, benar dia punya daya tarikan yg berbeza.
Bermula dgn pertemuan biasa hingga ke makan malam yg exclusive aku bagaikan sudah tdk percaya berada di alam nyata. Bagiku itu hanya fantasi indah. Kali ini aku tak payah lagi bermain teka teki dan menipu mahupun menjaga perasaan isteri di rumah. Tanpa perlupun berselindung, segalanya nyata lagi jelas, itu yg dimahukan oleh isteriku, aku tdk akan main-main.
Pertemuan semula dgn Suriani bagaikan membuka ruang utkku bernafas. Walaupun bukan menjalin cinta krn dr dulu aku tak pernah mencintainya tetapi sebagai bekas isteri yg pernah berkongsi hidup selama hampir setahun, kami punya banyak perkara utk diperkatakan, utk dikongsi bersama. Kisah suka dan duka. Sekurang-kurangnya dia tdk berdendam dgn hukuman yg pernah aku jatuhkan kpdnya. Dia bangun selepas itu dan membina hidup baru tanpa meminta apa2 bantuan dariku. Walaupun tdk kaya sekurang-kurangnya dia mencari rezeki yg halal. Aku semakin lupa ttg segala kerosakkan yg dicetuskan oleh wanita bertubuh seksi itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 22-8-2009 01:36
Part 203
Malam itu ketika Suriani mengajakku menemaninya membeli-belah kami singgah utk makan malam di sebuah restaurant makanan barat di Hutton Lane.
“So, you betul2 masih membuka offer tu?” Tanya Suriani sambil tersenyum meleret.
“Ya, asalkan tanpa syarat” jawabku sambil mengunyah makanan di dalam mulut.
“No, no, tak boleh, I dah kata I tak mahu berkongsi. I dah rasa sakitnya bila lelaki yg I cintai melebihkan yg lain. Kenapa you tak serik2?
“Entahlah, mungkin sbb dia cabar I. Kalau I lepaskan dia ada banyak masalah lain yg akan timbul. Soal anak2, harta, keluarga, too complicated. Anak2 I nyawa I” kataku dgn serius.
“Kalau wife you dah tahu ttg kita kenapa dia tak cari I, kenapa dia tak marah pd I?”
“Sbb hati dia dah tertutup utk I, dia dah benci pd I, dia dah tak peduli lagi ttg I. dia dah mulakan hidup baru dgn cara dia sendiri. Setiap langkah I dia tahu tp dia buat tak kisah. Jgn kata nak tidur bersama, bersentuhpun dah kira dosa pdnya. Kdg2 I dah hilang sabar tapi apa nak buat, I tak mampu berbuat apa2 pun, dia berkuasa di atas kebodohan I dulu”
“Bukannya I tak sayangkan you lagi tp I tak mahu you buat I mcm dulu, I hanya tempat you puaskan nafsu. Lepas you dapat apa yg you hendak you balik kpd wife you. Pernikahan tak ada ertinya kalau hanya untuk seks, itu bukan isteri namanya” kata Suriani. Aku merenung wajahnya yg masih spt dulu. Dia bersuara lagi.
“Kalau dah tiada bersefahaman mengapa you tak lepaskan dia baik2? Kita akan bahagia bersama, I akan buatkan hidup you bahagia. I mampu buat yg lebih dari isteri you pernah berikan pd you. You tentu tahu, mmg dari dulu I menjaga you lebih dari diri I sendiri” Aku tersenyum sahaja sambil membasahkan tekakku dgn minuman sejuk di depanku.
“Su, kalau setakat hendakkan tubuh badan you, tak payah kahwinpun I boleh dapat, kan? You tahu I bukan mcm tu. Nikah bukan senang, bukan saja berkongsi bahagia tp duka. I bukannya nak mengharapkan tubuh badan you semata2, tp I nak you kenal anak2 I, you tak boleh hidup hanya dgn I. You kn kahwin dgn seluruh keluarga I, you perlu berikan kasih sayang utk anak2 I. Setelah apa yg berlaku kpd rumah tangga kami, I cuma bernafas dgn semangat dari anak2 I. Berpisah dgn anak2 bermakna I mati” kataku berterus terang.
“Hakim, kenapa you tak faham2 lagi? I tak kisahpun ada you ke tidak. Bukan I cari you pun. You yg masih tergila-gilakan I. Kalau I nak I boleh cari org lain yg lebih berada dan bujang. Jauh lebih baik dr you. Sorry to say ramai lelaki yg ada untuk I buat pilihan dan you bukan dlm senarai top three pun. Tak payah susah2 nak jd isteri kedua, berkongsi dgn bini you yg tak guna tu, tak payah susah payah nak jaga anak tiri. Selagi you dgn cara you, dgn niat you, teringin nak simpan lagi perempuan tu, jgn mimpi I akan balik pd you. Hubungan kita tetap akan mcm ini saja, jgn you nak masuk campur dlm kehidupan I, dgn siapa I keluar itu hak I” keras sekali nada suara Suriani dan sepantas itu dia segera mencapai beg di atas meja itu dan meninggalkan aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 204
Petang sabtu itu kami sekeluarga ke Gurney Plaza, isteriku ingin mengambil buku yg dipesannya dr kedai buku MPH dan Amir pula ingin memdapatkan buku2 keperluannya. Ibu dan anak itu berkongsi minat yg sama, sama-sama ulat buku.
“Sayang, I lapar, kita makan kat sini saja” kataku sambil menolak kereta sorong Amira ke arah deretan makanan segera dr barat itu.
“Ok, abg cari tempat, An nak bawa Amir ke toilet sekejap” kata isteriku sambil menghulurkan beg besar di tgnnya.
Sambil melihat menu yg tertulis di bbrp kedai yg terkenal di situ mataku terpandang kepada seorg lelaki berbangsa Eropah yg sedang berjalan sambil berpelukan dgn pasangannya yg hanya bbrp langkah di depanku. Aku pasti itu Andrew, tak salah lagi, engineer yg dihantar dr Amerika untuk membantuku membina software baru yg lebih kecil untuk computer riba bersaiz mini. Bila wanita yg bersamanya berpaling sekali lagi aku tergamam. Nasib baik dia tdk nampak aku yg makin hampir dgn mrk. Dgn segera aku berpusing balik dan duduk di salah satu kedai berdekatan. Mataku masih liar memerhatikan tingkah laku mrk yg tanpa segan silu bermesraan di tempat yg terbuka spt itu.
“Tgk siapa?” Aku terperanjat bila melihat isteriku sudah berdiri di sebelahku bersama Amir.
“Amir nak KFC?” tanyaku pantas.
“Nak! Nak!” jawabnya sambil melompat. Aku terasa lega yg teramat sangat.
“Jom kita pergi” ajakku sambil menolak kereta sorong itu pergi. Isteriku ternganga sambil menggelengkan kepalanya.
Malam itu aku keluar lagi, aku ke apartment itu yg terletak di kawasan bukit Jambul. Dari bawah aku sudah menalifonnya.
“Hakim, I tak blh jumpa you malam ni. Esok boleh tak” aku sudah menjangkakan jawapan itu.
“You dgn siapa?” tanyaku
“Sejak bila pulak I kena bagi tahu you dgn siapa I nak berkawan?” suaranya lantang seperti masih marah pdku.
“Ok, tak apa” jwbku sambil menunggu di dalam kereta. Keretanya pun masih berada di dalam tempat letak kereta itu. Aku tak tahu mengapa aku selalu membodohkan diri utknya. Susah sgt utk hidup bahagia spt org lain. Di rumah dgn satu masalah di luar rumah dgn masalah lain pula. Hingga lewat malam itu aku ternampak kelibat lelaki dan perempuan yg aku sgt kenali itu berjalan menuju ke arah satu kenderaan yg bersusun di situ. Selepas kereta itu beredar dan dia juga sudah masuk semula ke arah lift satu pesanan ringkas masuk ke h/pku.
‘Sorry sayang, td I berkasar dgn you. Can you come to my apmt 2nite?’
Aku tdk membalaspun pesanan ringkas itu. Dgn segera enjin kereta ku hidupkan sambil memandu pulang ke rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 22-8-2009 01:49
Part 205
Bukan hanya sekali dua aku menjawab panggilan dr handphone Noraihan dr lelaki yg bernama Dr Faizal itu. Aku mmg kenal dgn ibu bapanya yg merupakan kenalan ibu bapaku sejak dr dulu lagi. Kebetulan pula ayahnya dekan di fakulti tempat isteriku berkerja. Tetapi ada apa dgn Dr Faizal? Apa kena mengena dia dan isteriku? Sejak bila pula dia bekerja dgn isteriku di USM, atau mmg mrk pernah kenal sebelum ini? Pertanyaan itu susah seringkali bermain di fikiranku.
Seperti biasa aku dan An sudah tdk bertegur sapa kalau tdk ada apa yg penting. Kami masing2 punya ruang sendiri di rumah itu, dia dgn buku2nya aku pula dgn game bersama Amir atau membawa Amir dan Amira keluar ke padang permainan. Rasa hilang segala beban bila berada di situ mendengar tawa kuat mrk. Itulah nikmat yg Allah berikan utk mereka yg mempunyai zuriat, perasaan bahagia itu luar biasa.
Hari itu aku tertanya sendiri bila mendgr dr mulut Mokhtar rakan baikku. Perasaan ingin tahu itu membuak2, benarkah begitu? Benarkah lelaki yg makan bersama isteriku siang tadi itu Dr Faizal? Tak ada salahnya kalau setakat keluar makan bg org2 yg bekerja, lelaki itu boleh menjd sesiapa saja, pelajarnya? pensyarah lainkah? Atau Datuk Fahmi sendiri. Bukan perkara besar pun. Lainlah kalau tgk wayang atau berpelukan. Aku juga sering keluar makan dgn rakan2 kerja wanita dan yg paling kerap dgn Suriani. Tp setakat makan. Apa yg besar sgt bila dia makan dgn lelaki? Dadaku berombak, kata2 Mokhtar itu membuatkan aku tak senang duduk.
Malam Sabtu itu aku kesunyian lagi. Tanpa anak2 dan isteriku itu aku bagaikan bujang kembali. Tak pernahpun aku bertanya ke mana mrk pergi kerana aku sudah sedia maklum dgn aktiviti mrk yg kerap kali menghabiskan hujung minggu di kg mertuaku. Entah apalah seronok sgt di kampung itu. Aku tak pernah kisah apa lagi melarang asalkan isteriku bahagia.
“Hello, Su, nak keluar? tanyaku petang Sabtu itu.
“Bini mana?” Tanya Suriani spt sedang gelakkan aku.
“Biasalah” jwbku, lesu.
“Sekejap ja boleh, I dah janji nak jumpa kawan lewat sikit”
“Janji? Janji apa lewat2 malam, nak ke mana? Tanyaku
“La, adalah hal org, nak jumpa ke tdk ni?” Mahu tak mahu terpaksalah aku menyetujuinya walaupun hatiku kurang senang. Malam itu kami akan malam malam di Eden yg terletak di Bt Feringgi. Makan berdua sekurang-kurangnya tdk begitu membosankan. Disebabkan Suriani akan langsung berjumpa kawannya di kawasan yg sama maka kami memandu sendiri kereta masing2. Kebetulan malam minggu mmg susah utk mencari tempat letak kereta, mahu tak mahu aku meletakkan kereta di perkarangan hotel Holiday Inn dan berjalan kaki menuju ke Eden Seafood. |
|
|
|
|
|
|
|
OK lah Joen and sesiapa yg masih online.... setakat part 205...selamat membaca semoga mendapat iktibar dan pengajaran .. selamat bersahur |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua
up umah dulu
nk pegi basuh kain satgi |
|
|
|
|
|
|
|
thanks utk sambungan novel k.bling |
|
|
|
|
|
|
|
dah ujan kat sini
baju xjemur lg |
|
|
|
|
|
|
|
tertgok citer zorro kat AXN
ada bg lagu spend my lifetme loving you....terimngat kat RIA  |
|
|
|
|
|
|
|
semua lepak atas katil lagi ye..
bangun bangun.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni drama baru ganti partner nanti..
My fair Lady.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|