|
ARIL LOVERS 72nd BUNGALOWS~HAPPY BIRTHDAY ARIL~GATH ALs 07/11/09
[Copy link]
|
|
k laa vis....put....
nk pukul satu dh nie....
nk tido dlu....
daaaaa......
wasalam....
ayu611 Post at 10-11-2009 00:48 
okey yu...
mimpi indah tau  |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaaa....
masih ader org..
jauhnyer korang tinggalkan aku...hhehe
aku x beklog lagik nie??
membawa ke?   |
|
|
|
|
|
|
|
dah beklog!
seyes gelak je aku..
teringat dlu2 yg membawa x hingat donia...
skrg pun stil dasat gak kan???
ahahhahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..
dah nak tido...sume keje dah selesai..
sambung sok pagi...ehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 10-11-2009 13:50
Samekom ALs |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 10-11-2009 08:27
Lima penyanyi kongsi satu lagu
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected] 10 November 2009

Dari kiri Akim, Black, Koh Joo Siang, Choo Hou Ren, Aril dan Hafiz pada pelancaran produk Brands dan album single mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
BARISAN nama seperti Hafiz, Akim, Aril dan Black dan Choo Hou Ren bukan asing dalam bidang seni suara tempatan kerana mereka dilahirkan menerusi program realiti televisyen (TV) yang popular di negara ini.
Hafiz, Aril dan Akim misalnya, dilahirkan melalui program realiti TV Akademi Fantasia (AF), Black (Mentor), manakala Choo You Ren Astro Star Quest di mana mereka mempunyai kalangan peminat masing-masing.
Sungguhpun mempunyai pengaruh tersendiri, tetapi mereka tidak menggunakan kelebihan itu secara sendirian. Sebaliknya bergabung menerusi sebuah lagu berjudul Juara ciptaan Audi Mok dan lirik tulisan Shazee Ishak.
Menurut Hafiz yang merupakan juara AF7, lagu itu mereka nyanyikan secara beramai-ramai bagi tujuan mempromosi serta mempopularkan minuman kesihatan jenama Brands yang mempunyai pelbagai perasa.
"Kami tiada masalah untuk menyanyikan lagu itu secara beramai-ramai atau terpaksa berkongsi bersama-sama atas populariti lagu tersebut. Pada masa sama kami mempunyai kelebihan masing-masing yang secara tidak langsung boleh membantu mempopularkan lagi lagu itu.
"Saya difahamkan lagu itu telah memecah rekod sebagai lagu iklan yang dinyanyikan oleh penyanyi yang paling ramai," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas pelancaran lagu itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lagu Juara yang sarat dengan elemen jati diri dan merangkumi pengaruh slogan 1Malaysia akan digunakan untuk kempen promosi produk barangan berteraskan kesihatan itu termasuklah di TV dan radio.
Justeru, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini turut tidak menolak kemunculan lagu itu bukan setakat mampu mempopularkan barangan tersebut tetapi ia juga akan mengukuhkan lagi namanya dan empat lagi penyanyi terbabit dalam bidang nyanyian tanah air.
"Ini kerana, dalam lagu Juara turut dimuatkan serangkap lirik yang menggunakan bahasa Cina yang dinyanyikan oleh Choo Hou Ren. Dengan cara ini para peminat lagu-lagu Cina juga akan mengenali kami," ujarnya.
Perasaan yang sama turut dikongsi oleh finalis Top 3 Astro Star Quest itu yang menyifatkan kolaborasi lima penyanyi dalam sebuah lagu merupakan strategi pemasaran yang mempunyai serampang tiga mata.
Katanya yang baru tampil dengan album sulung berjudul The Real Ren, lagu Juara itu juga memberi peluang kepadanya mempelbagaikan lagi rentak lagu-lagu yang dinyanyikannya di mana ia tidak terhad kepada satu bahasa sahaja.
Hadir sama pada majlis pelancaran produk baru Brands dan pengumuman kolaborasi lima penyanyi itu ialah Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd., Koh Joo Siang selaku pengeluar produk tersebut.
Juara program Mentor musim ketiga (Mentor 3), Black pula berkata, dia turut menyahut baik pendekatan baru itu yang bukan sahaja mempopularkan sesebuah produk tetapi pada masa sama menyatukan ramai artis baru terutama yang berbilang bangsa.
"Muzik secara tidak langsung boleh menyatu-padukan rakyat berbilang bangsa di negara ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang ingin melihat rakyat Malaysia bersatu-padu dalam slogam 1Malaysia," komennya.
Sementara itu, Koh Joo Siang menjelaskan, pihaknya sengaja memilih lima penyanyi muda itu yang dilihatnya paling sesuai sebagai jurucakap yang mampu memperkenalkan lagi produk-produk jenama Brands pada masa depan.
Katanya, gabungan faktor usia, populariti dan kesesuaian produk yang akan dipromosikan oleh lima penyanyi terbabit akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terbabit.
Pada masa sama Brands turut menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah berupa pakej percutian bersama lima penyanyi itu. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 1-800-6226 atau layari laman sesawang www.generasihebat.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 10-11-2009 08:35
Selebriti Kosmo! tunjuk taring
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
[email protected] 10 November 2009

PASUKAN Selebriti Murai diwakili Akim, Amar, Stacy, Aril, Chaq, Anita, Hafiz dan Ajieb.
HIBURAN
Meriah dan gempak! Ketika menantikan siaran langsung liga bola sepak Inggeris (EPL) pada pukul 12 malam melalui skrin besar di Sports Planet Shah Alam kelmarin, hampir 20 selebriti terkenal bersama pihak media turun padang menyertai pertandingan futsal sempena EPLx Kosmo! Football Fever.
Masing-masing tidak ketinggalan menunjukkan bakat mereka biarpun ada yang pertama kali bermain futsal.
Bayangkanlah, bermacam-macam gelagat dapat diperhatikan apabila pasukan Selebriti Kosmo! yang diwakili Roslan Shah, Black, Nine Coco/OIAM3, Amylea OIAM3, Razali Hussain, Siti Saerah, Saida, Rizal AF5 dan Hanafi berlawan dengan Selebriti Murai iaitu Hafiz, Akim, Aril, Anita Baharom, Ajieb, Stacy, Amar dan Chaq.
Sama ada tahu bermain ataupun tidak, mereka tetap bersungguh-sungguh berasak-asak mengejar bola demi menjaringkan gol kemenangan. Demi mencari kemenangan untuk pasukan mereka selebriti seperti Akim dan Anita jatuh tergolek di tengah padang.
Dalam pertembungan menarik itu, pasukan Selebriti Kosmo! menunjukkan taring apabila mengalahkan Selebriti Murai dengan keputusan 3-0.
Tambah menarik Selebriti Kosmo! menjadi juara keseluruhan perlawanan persabahatan berkenaan apabila sebelum itu terlebih dahulu menewaskan pasukan Media Kosmo! dengan jaringan 3-1.
Agak mengejutkan apabila Black yang kononnya dikatakan seorang yang lembut perwatakannya, begitu hebat di gelanggang sehinggakan ramai yang mengubah persepsi mereka terhadap anak didik penyanyi dangdut Mas Idayu itu.
Rupa-rupanya, juara program Mentor itu pernah menyertai kumpulan Medan Harmoni dalam liga Selangor serta beberapa pertandingan bola yang lain.
"Saya tahu ramai yang kata saya ni lelaki lembut tetapi tanggapan mereka silap. Saya tahu karakter saya ini jenis lembut yang sopan.
"Biasanya, bila mereka lihat saya secara berdepan sendiri, barulah mereka tahu yang saya bukanlah seperti yang mereka fikirkan.
"Apa-apa pun, menyertai futsal bersama teman-teman artis yang lain sangat menyeronokan kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan artis sesama artis," katanya yang turut membawa kekasihnya pada acara itu.
Ketika dalam pertandingan, Roslan Shah turut menjadi perhatian kerana karakter yang selamba. Akui bintang kelahiran Singapura tersebut, itulah kali pertama dia bermain futsal. Ada saja perkara yang dilakukan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan.
Roslan berpendapat memandangkan dia seorang selebriti, agak sukar untuk dia meluangkan masa untuk beriadah atau bersukan. Dengan peluang sebegini, golongan selebriti dapat memanfaatkan masa mereka untuk mengeluarkan peluh.
Sementara itu, Amylea pula berharap acara sebegitu dapat diteruskan pada masa depan kerana sebagai selebriti dia jarang berkesempatan untuk berkumpul dan bertemu dengan artis lain.
"Peluang ini memberi banyak manfaat kepada kami sebagai artis baru untuk berkenalan dengan selebriti lain. Selain itu, kita juga dapat bertemu peminat-peminat secara dekat," tambahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
EPLx Futsal
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 10-11-2009 10:34
Credit: Louis
 |
|
|
|
|
|
|
|
morning ALs...
wah...sri...tempek lagi...
fuh berjaya gak aku beklog dr page 6... |
|
|
|
|
|
|
| |
|