|
UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Cara2 yang disebutkan tu betul.
Berwuduk mengguna air sedikit adalah sama yang kita biasa lakukan kecuali ianya lebih ringkas - air diratakan sekali sahaja di anggota wajib (muka, tangan, kepala dan kaki). Syaratnya tangan yang sapu tak boleh angkat/terlepas dari tempat sapuan hingga selesai sapuan di anggota tersebut.
Menggunakan spray adalah senang utk meratakan air. Menggunakan botol atau cawan boleh juga.
Caranya:
1) Letak air di tapak tangan kanan, sapu muka & niat wuduk. Ratakan air seluruh muka & bawah dagu. 1 kali sahaja.
2) Spray air di seluruh tangan kanan seratanya & guna tangan kiri utk meratakannya. Kalau guna botol/cawan, serkup tangan kiri tadah air dan ratakan di tangan kanan. 1 kali sahaja.
Lakukan serupa untuk tangan kiri pula.
3) Letakkan air ditangan kanan dan sapukan ke kepala. 1 kali sahaja.
4) Spray air di kaki kanan seratanya dan ratakan dengan tangan kanan. 1 kali sahaja.
Lakukan serupa untuk kaki kiri pula.
5) Disunatkan doa.
Anda juga hendaklah tahu cara bertayamum juga. Ini bila betul2 bila tiada air sahaja.
Niat tayamum tidak sama dgn niat wuduk dan sapuan setakat tangan sahaja.
1. Niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
2. Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
3. Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa saksikan Tanyalah Ustaz di TV9 Jumaan hingga Ahad ni dengan tajuk 'Ibadah Haji'. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bunga_kaseh at 30-9-2010 20:30
.tima kasih aily dan ustaz.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh dpt JPH semalam....
KT33 bertolak 18hb Oct. bertolak ke Jeddah 28 Nov. , sampai m'sia 30 Nov.
Mas916 Post at 30-9-2010 07:27
Alhamdulillah...
Selamat berangkat mengerjakan haji..
Moga mendapat Haji yg mabrur..
Tak lama lagi..menghitung hari...sama dgn mimi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kepada kawan kawan kat forum ni yg dapat pergi menunaikan fardhu Haji thn ni. Sem ...
hajar53 Post at 30-9-2010 15:34
Salam kak hajar..
Waa...baguslaa kak hajar..
Buat list Jemputan haji..
Alhamdulillah...
Hati ni pun tumpang seronok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa saksikan Tanyalah Ustaz di TV9 Jumaan hingga Ahad ni dengan tajuk 'Ibadah Haji'.
ustaz Post at 30-9-2010 19:02
Salam ustaz...
Jazakallah atas makluman...
Sama samalah kita manfaatkan ilmu yg diberi..
Alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamulaikum ibu, acikjie dan semua..
seronok membaca kisah pertemuan 2 sahabat yg mmg me ...
el Post at 29-9-2010 11:53
Walaikumsalam..
Alhamdulillah...
Siapa yg menyangka akan dapat bertemu di Tanah suci Mekah..
Masyallah...
Atas kehendakNYA jua..
Insyallah moga dpt bertemu dgn el suatu hari nanti..
Aminn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
Selamat berangkat mengerjakan haji..
Moga mendapat Haji yg mabrur..
Tak la ...
aziefa Post at 30-9-2010 22:28
Amin......
a'aaa tarikh dekat2 ngan mimi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mimi_19 at 1-10-2010 09:51
Assalamualaikum,
TQ kak Aily & ustaz atas penerangan.. kat mana ada jual debu tayammum tu ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 730# mimi_19
mimi...debu tayammun ada dijual di kedai2 barangan haji....
kalau x salah saya HPA pun ada jual. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanyalah Ustaz pagi tadi amat menarik tentang menjadi Tetamu Allah.
Ustaz banyak menyatakan tentang kesabaran. Menahan sabar mungkin senang bunyinya... namun apabila sudah di sana... suatu cabaran juga. Apa2 pun... cuba tahan kesabaran... kerana Haji merupakan suatu ujian yang besar.
Saya juga mengalami ujian berat semasa haji dulu. Alhamdulillah, daya kesabaran saya agak tinggi kerana pada saya ini semua adalah cobaaaaannnnnnn....
Kalau tak percaya nanti kat sana cuba try tengok test. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bunga_kaseh
bunga....
spray terus kat muka......masa ratakan air kt muka..jgn angkat lan ...
Mas916 Post at 30-9-2010 13:16
mas.tima kasih byk2.. insyaallah akan cr ustazah minta tkg demo...masih m'ngg penuh harapan..moga ad rezeki thn ni m'nunaikan haji...doakan utk kami ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanyalah Ustaz pagi tadi amat menarik tentang menjadi Tetamu Allah.
Ustaz banyak menyatakan tenta ...
ustaz Post at 1-10-2010 11:13
ada ulangan x ustaz..rancangan ni..x sempat nk record lh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 732# ustaz
Kalau tak percaya nanti kat sana cuba try tengok test.
Salam Ustaz & semua
ayat kat atas tu tak berani nak cuba takut sesangat.
Betul apa kata Ustaz, sabar sabar sabar, mental & fizikal kena betul betul kuat. Macam akak yang bawak Ibu bersama. Ibu akak ni memang kat sini adalah orang yang paling sabar tapi masa kat sana ada sikit berubah jadi kena ikut rentak dia. Akak banyak nangis (tapi tak tunjuk kat teman2 malu!!!) sampai teman2 sebilik kata akak ni tabah ya (dorang tak tau sebenarnya he he).
Pada Mimi yang bawak ibu sekali banyak2 bersabar dengan kerenah ibu ikut je rentak dia insyallah senang nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal sabar......takut jugak....
saya ni ada bab2 yg saya bole sabar.....ada yg tak ....cth. dalam tindakan/pergerakan, saya ni kurang sabar.....saya ni jenis, semua nk cepat........jalan mmg jenis laju jaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 736# Mas916
sebut pasal sabar......takut jugak....
saya ni ada bab2 yg saya bole sabar.....ada yg tak ....cth. dalam tindakan/pergerakan, saya ni kurang sabar.....saya ni jenis, semua nk cepat........jalan mmg jenis laju jaaa......
Mas, kadang2 tu kita rasa kita boleh sabar tapi ada masa kesabaran kita luntur juga macam akak masa kena halang semasa tengah buat tawaf haji. Masa tu rasa nak menjerit je kat jemaah Indonesia yang buat rantaian sampai tak beri ruang untuk kita bergerak (tak tau nak crita cam mana) nak nangis pun ada masa tu. Nasib baik husband akak cuit he he.
Mas ikut muasassah kan, Mas kena banyak bersabar masa kat Arafah & Mina terutama time nak guna bilik air/tandas he he sebab potong memotong que selalu terjadi terutama warga warga emas yang tak dapat nak tahan air kecil/besar. Akak ngan kawan masa kena time tu cakap dugaan he he. Bayangkan 1 maktab ada dalam 2000 jemaah tandas kat Arafah & Mina sangat2 terhad sampaikan tandas lelaki pun jemaah perempuan conquer |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ustaz at 1-10-2010 22:05
Hari tu saya cerita ke isteri saya tentang Kak Ros & Kak Azie Ramadhan di Mekah...
Saya cadangkan ke dia... dari kita pergi Haji lagi... baik kita gi Umrah Ramadhan... 1 umrah pahalanya sama dengan 1 haji... kalau buat umrah hari2... hari2 dapat pahala haji... banyak tu....
Isteri saya jawab pendek je... dia kata... 'Arafah itu istimewa'.
Betul kata2 dia tu... baru saya tersedar... Arafah memang istimewa. Terkenang saya saat2 berdoa selepas khutbah selepas zohor... kami dalam khemah... pakcik2 yg dah tua2... termasuk dengan saya sekali... kami ramai2 boleh nangis... nangis beria punya... air mata mengalir di pipi tanpa putus... terkenang dosa... terkenang amalan... terkenang ibu bapa... terkenang segalanya... suasana penuh keinsafan... suasana penuh kesedihan... itu saat paling indah buat kami. Bayangkan... saya bersama rakan jawa tepi yang kerjanya hari2 buat lawak dan gelak2... masa tu kami boleh nangis terisak-isak...
Jadikan waktu wukuf dari zohor hingga ke maghrib... suatu pengalaman yang indah dan bermakna... apabila ia bermakna... maka itulah yg menentukan kemabruran haji kita. Itulah yang Rasulullah saw maksudkan... "Haji adalah Arafah"... renung2kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah saw semasa di Arafah:
“Wahai manusia sekalian, dengarkanlah perkataanku ini, karena aku tidak mengathui apakah aku dapat menjumpaimu lagi setelah tahun ini di tempat wukuf ini.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya darah kamu dan harta kekayaan kamu merupakan kemuliaan ( haram dirusak oleh orang lain ) bagi kamu sekalian, sebagaimana mulianya hari ini di bulan yang mulia ini, di negeri yang mulia ini.
Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan ( seperti pembunuhan, dendam, dan lain-lain ) yang telah terjadi di masa jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh ) hari ini aku nyatakan pembatalan pembunuhan balasan atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa jahiliyah dahulu.
Transaksi riba yang dilakukan pada masa jahiliyah juga tidak sudah tidak berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak berlaku lagi.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya syetan itu telah putus asa untuk dapat disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syetan itu masih terus berusaha (untuk menganggu kamu ) dengan cara yang lain . Syetan akan merasa puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan yang tercela. Oleh karena itu hendaklah kamu menjaga agama kamu dengan baik.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya merubah-rubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Dengan cara itulah orang-orang kafir menjadi tersesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian kamu menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah sdan mengharamkan apa yang telah dihalalkanNya.
Sesungguhnya zaman akan terus berputar, seperti keadaan berputarnya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan diantaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut : Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban.
Takutlah kepada Allah dalam bersikap kepada kaum wanita, karena kamu telah mengambil mereka (menjadi isteri ) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka telah dihalalkan bagi kamu sekalian dengan nama Allah.
Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isteri kamu dan isteri kamu mempunyai kewajiban terhadap diri kamu. Kewajiban mereka terhadap kamu adalah mereka tidak boleh memberi izin masuk orang yang tidak kamu suka ke dalam rumah kamu. Jika mereka melakukan hal demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Sedangkan kewajiban kamu terhadap mereka adalah memberi nafkah, dan pakaian yang baik kepada mereka.
Maka perhatikanlah perkataanku ini, wahai manusia sekalian..sesungguhnya aku telah menyampaikannya..
Aku tinggalkan sesuatu bagi kamu sekalian. Jika kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Kitab Allah (Al-Quran ) dan sunnah nabiNya (Al-Hadis ).
Wahai manusia sekalian..dengarkanlah dan ta’atlah kamu kepada pemimpin kamu , walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba sahaya dari negeri Habsyah yang berhidung pesek, selama dia tetap menjalankan ajaran kitabullah (Al- Quran ) kepada kalian semua.
Lakukanlah sikap yang baik terhadap hamba sahaya. Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kamu makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kamu pakai. Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dapat kamu ma’afkan, maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kamu menyiksa mereka.
Wahai manuisia sekalian.
Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah.
Ketahuilah oleh kamu sekalian, bahwa setiap muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, dan semua kaum muslimin itu adalah bersaudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu milik saudaranya kecuali dengan senang hati yang telah diberikannya dengan senang hati. Oleh sebab itu janganlah kamu menganiaya diri kamu sendiri.
Ya Allah..sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka..?
Kamu sekalian akan menemui Allah, maka setelah kepergianku nanti janganlah kamu menjadi sesat seperti sebagian kamu memukul tengkuk sebagian yang lain.
Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada hari ini.
Kalau kamu semua nanti akan ditanya tentang aku, maka apakah yang akan kamu katakan ? Semua yang hadir menjawab : Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan tentang kerasulanmu, engkau telah menunaikan amanah, dan telah memberikan nasehat. Sambil menunjuk ke langit, Nabi Muhammad kemudian bersabda : ” Ya allah, saksikanlah pernyataan mereka ini..Ya Allah saksikanlah pernyatan mereka ini..Ya allah saksikanlah pernyataan mereka ini..Ya Allah saksikanlah pernyatan mereka ini ” [Hadis Bukhari dan Muslim]. |
|
|
|
|
|
|
| |
|