|
KAMI PEMINAT HAFIZ ~VILLA 66~ Salam Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin Uolss.....
[Copy link]
|
|
Hafiz Buat Amal Di Bulan Ramadhan
by Nani | 02 Sep 2010
Sudah menjadi lumrah, apabila tibanya bulan Ramadhan, kebanyakan umat Islam akan menggunakan peluang sebaik-baiknya pada bulan yang mulia ini untuk beribadat.
Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz turut tidak melepaskan peluang dengan mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini untuk melakukan amal kebajikan.
“Setiap tahun memang Hafiz tak sabar nak sambut Ramadhan. Bagi Hafiz, bulan puasa adalah masa untuk buat amal kebajikan. Inilah peluang kita nak eratkan silaturahim antara umat Islam.
“Pertengahan bulan lepas, Hafiz buat aktiviti pergi ke rumah kebajikan bersama Hafiz Fan Club. Selain di sini, Hafiz akan buat di Kuching juga,” ujarnya ketika ditemui di baru-baru ini.
Selain melakukan amal kebajikan, Hafiz kini dalam proses untuk mengeluarkan ‘single’ terbarunya berjudul, ‘Awan Nano’ ciptaan M.Nasir.
“Lagu ini berunsurkan ketuhanan, jadi perancangannya nak keluarkan masa raya nanti. Namun disebabkan terlalu sibuk, terpaksalah keluarkan selepas raya,” kata penyanyi yang popular dengan lagu “Masih Jelas” dan “Noktah Cinta” ini.
Sayu dengar takbir raya
Bercerita tentang bulan puasa, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini turut memberitahu dia tidak dapat melupakan kenangan sewaktu pertama kali mula berpuasa.
“Paling saya tak boleh lupa bila umur empat tahun saya telah dilatih dan diajar cara untuk berpuasa. Kalau berbuka, saya memang tak boleh ‘miss’ makan ais kacang. Kalau kat kampung, saya suka makan bubur pedas. Memang terbaik!”jelas Hafiz teruja.
Menjelang Aidilfitri ini, Hafiz turut memberitahu sudah menjadi satu kemestian buatnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
“Lima hari sebelum raya, Hafiz akan balik Kuching. Raya tahun ini Hafiz akan cuti selama 20 hari. Inilah peluang untuk berjumpa dengan keluarga,” ujarnya yang mengakui akan berasa sayu setiap kali mendengar takbir raya.
Seperti tahun lalu, Hafiz sekali lagi akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga atau keempat buat peminatnya. Tambah penyanyi ini lagi, kali ini rumah terbukanya akan dibuat secara sederhana saja.
“Tahun lepas pertama kali saya raya sebagai artis, jadi masa buat rumah terbuka ramai peminat yang serbu. Saya buat jam 11 pagi, tapi seawal jam 8 pagi dah ada peminat datang serbu.”
Walaupun penat melayan kerenah peminat yang hadir, Hafiz tetap gembira kerana menurut penyanyi berusia 20 tahun ini, tanpa peminat, siapalah dia.
“Ada satu pengalaman lucu masa Aidilfitri yang saya tak dapat lupakan sampai ke hari ini. Saya bagi duit raya pada peminat cilik yang datang ke rumah terbuka saya.
“Kemudian ada seorang kanak-kanak datang dan tegur saya cakap, ‘Artis bagi RM2 je?’”cerita Hafiz sambil ketawa apabila mengimbas kembali kenangannya pada Hari Raya.
Kejutan untuk keluarga
Sebagai anak sulung dari tiga beradik, anak muda ini telah merasakan sudah tiba masanya untuk dia membalas jasa kedua orang tuanya.
Disebabkan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan abang, Hafiz bercadang untuk menyediakan segala keperluan raya kepada ahli keluarganya dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.
“Inilah masanya untuk saya balas jasa mereka. Sebelum jadi artis, mereka banyak tolong saya, jadi sekarang ni masa saya pula bantu mereka.
“Raya tahun ini saya beli baju untuk mereka. Kalau ada rezeki lebih, saya ada satu kejutan untuk keluarga saya,” ujar Hafiz yang menggemari kek lapis Cadbury sebagai juadah pada Hari Raya.
“Sempena bulan Ramadhan ini, Hafiz nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Diharap, Ramadhan ini dipenuhkan dengan membuat amal kebaikan dan jauhi dari perkara yang mendatangkan keburukan.”
Sumber: www.gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Buat Amal Di Bulan Ramadhan
by Nani | 02 Sep 2010
Sudah menjadi lumrah, apabila ...
delima Post at 2-9-2010 11:45 
thanks delima....aiyoooo, GUA ni pun....x der gambar lain ke?? adehhhhhh!!  |
|
|
|
|
|
|
|
erhmmm....byk pulak citer hafiz ni kat GUA....tetiba je....hehehehe....apa2 pun alhamdulillah!!  |
|
|
|
|
|
|
|
upsssssssssss!!!! acik maner acik?????
salammmmmmmmmmm kekawan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|