|
Untuk Imah,
aku dah tweet kt akademifantasia dan juga Paknil. Surprisingly Paknil yg mmg baik hati balas aku punyer tweet dan dia forward ke irwanrauf. Aku rasa dia ni ala2 staff astro kot . Kalau tk cukup, korang tweet sendiri k![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
ni link dia: http://twitter.com/#!/aznilnawawi
Harapan aku agar Adlin lembut sket dlm mengajar tu, perlu ke tengking2:@ |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah, kalau kira sakit hati, frankly aku frust jgk. Nk undi pun malas. Buat mcm imah pun ...
kiriani Post at 9-5-2011 22:51 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dulu2 mmg Erul nih antara calon juara tp sekarang tidak lagi.
Erul boleh sampai final tp takleh jd juarala unless Hazama terkeluar sebelum final dan takde afmasuk..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
skru longgar ke bro
kiriani Post at 9-5-2011 23:50 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
skru ape yg longgar![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
skru ape yg longgar
psychoz Post at 10-5-2011 00:02 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
skru lutut ko lah![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tkpelah, aku pun dh terima hakikat itu Kalau dia terkeluar lagi cepat jumpa dia kt luar ...
kiriani Post at 10-5-2011 00:22 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kebahagiaan dlm ketersingkiran mcm tuh![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
apa-apa pun , nih akademi tmpt diaorg timba ilmu dan pengalaman je pun...tak semestinya kena jadi Juara baru kerjaya sbg artis stabilkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auni2011 at 10-5-2011 07:58
af9 | blog kudsia
KK: Tuduhan Komplot Juara AF9 Tidak Menyenangkan
![](http://photo.murai.com.my/592011_komplotjuaraKK(a).jpg)
9 MEI 2011
Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke pertengahan perjalanan dalam mencari juara Akademi Fantasia 9. Setakat ni memang dah ada pembaharuan bagi entiti yang kita dah lama kenali bergelar AF.
Pengguguran pelajar yang dirasakan mensia-siakan peluang keemasan adalah satu, kemasukan mereka yang dikatakan telah menjalani ujibakat sebelum ini adalah juga sesuatu yang lain dari yang lain, dan akhirnya pengkritik diberi peluang untuk memberi maklumbalas di malam raptai sebelum konsert adalah yang terbaru sekali.
Alhamdulillah yang terakhir sekali tu kini dapat diterima pihak Astro. KK ingat lagi masa AF2 dulu - berkali-kali KK dan pengkritik lain minta peluang dari penerbit untuk memberi maklumbalas kepada para pelajar sebelum konsert tapi tak dibenarkan sama sekali kerana pihak produksi mengamal kuat garis panduan "zero communication" dengan para pelajar selagi masih di dalam akademi. Nampaknya pelonggaran ini membawa hasil untuk beberapa pelajar. Syabas Astro dan Kak Ogy.
Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz, Shahrir - dan tahun ini - siapa yang akan termasuk dalam senarai sebagai Juara AF? KK tidak senang dengan desas-desus bahawa kononnya ada komplot untuk menjuarakan salah seorang pelajar lelaki di AF9 kerana beliau ada "marketability" dan kononnya merupakan pelajar kegemaran seorang dua yang penting di belakang tabir. Tuduhan komplot sebegitu adalah amat berat sekali dan kalau tiada bukti baik jangan disebarkan. Buat dosa je tuh...
Dulu pun ada jugak tuduhan komplot muncul bagi salah satu musim awal AF. Khabar-khabar angin negatif yang membabitkan salah seorang krew penerbitan AF ada kedengaran, dari mana KK dengar tak payahlah diberitahu, tapi secara jujur KK katakan kalau orang yang memberitahu tu pandai bercerita, senang sekali terpedaya. Kalau bukti tu tak ada, biarlah pembabitan kita sendiri dengan sesuatu gosip tu setakat mendengar sahaja, and bukannya sebagai penyebar plak.
OKlah cukup KK berleter, jom kita "review" persembahan-persembahan minggu ini.
Minggu ni setiap pelajar didahului oleh persembahan intro dari kumpulan peminat tersendiri dan sebelum Erul ke tengah pentas, kumpulan tari penyokongnya kita tonton dahulu. Boleh tahan la.
Erul minggu ini ditugaskan untuk membawakan salah lagu hit 80-an dari Terence Trent D'arby - Dance Little Sister. Terence memang terkenal dengan suara garau yang "full of soul". Dalam dunia ni memang tak ada yang muncul selepasnya dengan suara yang sama, so I won't expect Erul to try and sound like him.
Tapi kalau you all nak check lagu dari penyanyi asal - link YouTube ialah http:// www.youtube.com/watch?v=FcUmIRw0N5w. Erul telah mencuba sedaya upaya dan tahap tenaganya adalah antara yang terbaik yang pernah saya lihat dari para pelajar AF9. Erul membawa interpretasinya sendiri, macam buat konsert pun ada jugak. Fantastic effort, Erul!
Afif yang dalam keadaan selesa di tangga kedudukan AFUNDI menjadi pelajar kedua. Lagu sifu M.Nasir iaitu Malam. Sebuah lagu yang penuh dengan rasa duka, resah, menantikan masa depan yang tidak pasti...dan suara Afif cukup matang untuk mambawa lagu tersebut. Suara Afif (maaf saya kena pakai perkataan ni) suara jantan. Macho.
Walaubagaimanapun Edry dan Hattan kedua-duanya merasakan mesej lagu tak kesampaian. KK tak dapat nak membuat keputusan. Suara Afif sedap, saya dapat dengar full range suaranya melalui lagu ini, mungkin 2/3 pengkritik tak begitu memuji Afif minggu ini tapi bagi KK Afif tidaklah menghampakan.
Hmm...lagi pelajar lelaki yang membuat persembahan dan Hazama merupakan ketiga malam ini untuk membuktikan beliau boleh bertahan di Akademi. Lagi persembahan dari fan club pelajar mendahului lagu yang akan dipersembahkan, now I'm beginning to think maybe it's not such a great idea!
OK, kembali kepada Hazama yang akan membawa lagu bekas juara AF, Hafiz, iaitu Noktah Cinta. Hazama yang membuat antara persembahan yang terbaik minggu lepas adalah antara yang tercorot di tangga AFUNDI Sabtu ini. Konspirasi untuk menentang ura-ura wujudnya konspirasi? Atau peminat Hazama tak mengundi kerana fikirkan tak perlu?
Persembahan Hazama malam ni OK but not WOW. Macam kata Hattan, Hazama boleh memberikan yang lebih baik dari yang di tonjolkan. I think I agree. He's good but he can do better.
Kay Awesome adalah keempat yang muncul dan KK rasa pelik bila Aznil sebut Didi ada di Studio 1, kamera tak tunjuk pun...KK nak tengok wajah Didi menyokong adiknya tapi takpe, mungkin selepas persembahan nanti akan ditunujukkan.
KK bukannya nak join si Badrul tapi suara Kay makin sedap (ye saya tahu BH tu biased sikit pasal Kay!). I must say all the students so far have improved this week. Makin nampak potensi untuk menjadi penghibur profesional dan bukan sekadar pelajar yang masih terkial-kial mencari identiti sendiri. Well, for most of them.
Kita belum lihat lagi tiga pelajar wanita bertanding minggu ni. Anyway, cukuplah Hattan asyik nak suruh pelajar lelaki jalan atau berdiri macho. Nanti nampak macam ada fobia plak! Pada saya tak nampak pun Kay tu lembut, mungkin gerak tarinya atau pergerakan atas pentas tidak aggressive
atau macho, tapi Mick Jagger dari Rolling Stones pun memang tak pernah macho dan kadangkala nampak lembut, tak de hal pun!
OK tiba masa untuk Fina mengambil tempatnya di atas pentas dan mengaut undian. Mmm...saya tahu dulu saya asyik kata masukkan Fina but...she was not perfect this week. Guru vokal kena ajar Fina kawal vokalnya. She has the voice, She has the power. But sometimes, a little restraint is better. Saya setuju dengan Edry. Sesebuah lagu tu ada cerita, dalam menjadi penglipurlara sewaktu menyanyi, lirik tu lah yang memberikan jalan cerita bagi pendengar. Bukannya setiap high note kena go all out.
Walaubagaimanapun Fina adalah antara pelajar wanita (termasuklah yang kekal dan yang tersingkir) yang ada kaliber dan harapan paling besar menjadi bintang, cuma didikan dan tunjuk ajar masih perlu.
Alaaa...Nama pun AF kan, memang kita tak boleh expect pelajar di tahap ini membuat konsert dengan artis-artis yang jauh telah lama menimba pengalaman.
Sebelum Azri muncul dengan lagu tugasannya seperti biasa ahli terpilih fan club beliau memberi persembahan sokongan. Lain dari yang lain, depa tak joget, depa nyanyi. Quite good. Tapi saya dah risau asyik tunjuk persembahan fan club nanti konsert over run plak...
Akhirnya Azri memulakan persembahan dan saya suka raut wajahnya sewaktu menyampaikan rangkap-rangkap awal lahu. Beliau hilang fokus sikit dari segi vokal pada penghujung lagu tapi secara keseluruhannya Azri memberikan persembahan yang bagus. Nampaknya finale AF9 ni akan punyai majority pelajar lelaki. Sebab so far tak ada antara pelajar lelaki malam ni membuat persembahan amatur - semuanya meningkat. I am very curious now to see Nera and Lena...
Ah! Nera is next! Lagi persembahan fan club. Harap-harap minggu depan tak ada lagilah persembahan yang tak perlu ni... Lagu Biduanita Negara, Saloma, menjadi pilihan pihak Akademi untuk Nera persembahkan malam ini. Showmanship Nera malam ni bagus! Tak perlu pun
ada jemputan untuk menyerlahkan persembahan Nera macam minggu lepas. Hattan punya komen malam ni bagi Nera is SPOT ON. "...kalau dinner show, saya panggil awaklah, tapi kalau dari segi vokal, saya tak panggil. Kalau saya nak bagi laki-laki yang ternganga sikit saya panggil awaklah untuk dinner tu, so awak pikirlah apa maksud saya tu..."
OK Lena pulak muncul dan fan club Lena buat poco-poco atas pentas. KK rasakan tarian poco-poco ni tak ada elemen negatif, gerak tari yang tidak senonoh tak ada langsung, amat sesuai sekali untuk budaya Timur. KK dah beberapa kali menghadiri majlis makan malam dan bersanding di mana tarian poco-poco adalah antara aktiviti yang di tetapkan. Seronok pulak tengok mereka yang lebih berumur dapat melakukan tarian sebegini (orang sekarang tak nak buat joget lambak dah...)
OK kembali pada Lena dan lagu Ku Menunggu, sebuah lagu yang menceritakan kisah seorang wanita yang jatuh cinta dengan seorang jejaka yang sudahpun berpunya. KK konpius sikit dengan raut wajah Lena pada awal lagu sebab liriknya berkenaan seorang wanita yang menantikan buah hatinya yang sudahpun berteman tapi muka Lena macam excited giler plak...apa-apa pun suara Lena malam ni sedap dan KK amat suka dengan tahap kesemua pelajar
minggu ini...semuanya meningkat!
Sebelum kita tonton Menuju Puncak dan ketahui pelajar mana yang tersingkir kita dapat tonton persembahan power dari Ning, Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor. It was fantastic!
OK nampaknya dekat nak over run dah konsert malam ni! KK khuatir rakaman KK ni terhenti sebab penerbit-penerbit terlalu leka memberi masa bagi berbagai fan club untuk bertarung di atas pentas!
Dengan pantas sekali nama Afif sebagai yang terkeluar diumumkan. Ish! Everything was so rushed! Keputusan ini mengejutkan tapi sebab dah nak sampai 2 jam maka penonton di rumah tak dapat nak merasakan emosi yang sentiasa mengekori pengumuman nama pelajar yang tersingkir.
What a waste! Geram sekali.
Anyway - pada pendapat anda, patutkah Afif yang pergi? Terluakah peminat Afif mengundi kerana beliau dalam kedudukan yang selamat pada awal konsert?
Bagi peminat pelajar yang kekal, jangan lupa AFUNDI! Nanti goyah plak kedudukan favourite anda...
Jumpa minggu depan ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini fan's video:
Yang diari nanti kejap saya cari
kiriani Post at 9-5-2011 05:42 PM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
ok... tengs.... ai tgk kat umah yer.... cam teruja nk tgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
RUMAH ERUL NI ADA PELAWAT FANATIK ORG LAIN MASUK RUPANYA![](static/image/smiley/default/lol.gif)
selamat dtg....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 mmg Erul nih antara calon juara tp sekarang tidak lagi.
Erul boleh sampai final tp takleh ...
wirazam Post at 9-5-2011 23:59 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
boleh ke hazama tu terkeluar be4 FINAL concert??da tersebar angin sepoi2 bahasa JUARA TERANCANG
katanya...kalau tak ada angin masa pokok boleh bergoyang kan unless ada yg goyangkan atau ada monyet
yg bergayut...tak gitu??![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
RUMAH ERUL NI ADA PELAWAT FANATIK ORG LAIN MASUK RUPANYA
selamat dtg....
myralupilato Post at 10-5-2011 09:54 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
masuk sekadar nk menegakkn benang yg bersimpul aje tu...hehehe![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
masuk sekadar nk menegakkn benang yg bersimpul aje tu...hehehe
fruitella Post at 10-5-2011 10:35 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukan bersimpul lagi..dah mmg susah nak betul dah...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 735# auni2011
ye ke mat romeo??tp mmg mcm nmpk ada ciri2 tersebut kan??tak apalah aku sokong atas dasar
bakat...blm tentu cerita tu benar atau tidak kan?tp dlm ati panas gak ni kalau betol...
apa2 jer la murai...semlm citer psl lena dgn fina tak sebulu...mcm nk menjatuhkan undian
peljar2 tertentu jer aku rasa...tahu la aku asteruk da ada juara sendiri tp biarlah dorang tu semua bersaing
dgn cara yg sihat... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh tengok/dgr erul nyanyi lagu janji akim kat live steaming ni...sedap erul nyanyi...tp
aku dgr mcm suara akim la pulak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|