CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 12-2-2012 04:43 PM | Show all posts
Good news indeed. It's about time that gov review balik  the so-called sistem Islamic banking kat Muleysia nih n come out with another system yg betul2 syariah compliant, riba-free and paling penting tidak menindas peminjam/pengguna.

Produk Islamik banking yg ada sekarang ai rasa sudah jauh tersasar dari niat asal, i.e. as alternative to conventional loans utk mereka yg nak cari urusniaga atau lebih tepat lagi meminjam duit tanpa unsur riba...sistem had ada neh, duk konar baring atas bawah, cilok kiri kanan, twist ronggeng salsa, tapi rupa-rupanya sekadar mirror image pada conventional banking jah, kasi tukar /re-branding jahh..like...a big bad wolf disguising himself as a sweet, docile granny....trying to swallow that little red riding hood...:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2012 12:30 PM | Show all posts
Perbankan Islam pilihan terbaik


Oleh NURUL ANUAR KARI
[email protected]



Khairul Anwar Rahmat

--------------------------------------------------------------------------------

SISTEM kewangan Islam atau lebih mudah difahami sebagai perbankan Islam bukan sesuatu yang baru di negara ini.

Malangnya, beberapa laporan akhbar, berita dan aduan orang ramai telah membentuk salah tanggapan terhadap perbankan Islam seolah-olah ia lebih mahal, menindas mahupun menekan pengguna. Prejudis dan salah faham ini mungkin bukan kesalahan mana- mana pihak yang khusus sebaliknya berlaku akibat perbankan Islam tidak diberi pendekatan, pendedahan, penjenamaan dan pemasaran yang tepat selama ini.

Kewangan konvensional pula yang jauh lebih lama bertapak di negara ini sudah biasa diterima umum dan selesa digunakan walaupun ia bukannya pilihan terbaik.

Bagi Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat, umat Islam wajib memilih perbankan Islam dalam semua urusan harian mereka kerana ia lebih berkat, suci dan toyyibah.

"Sudah berpuluh kitab dan buku saya kaji berkaitan kewangan Islam dan timbul rasa tanggungjawab untuk membantu membetulkan salah tanggap umum terhadap sistem ini.

"Persoalan mudah di sini adalah dengan melihat pilihan umat Islam ketika keluar makan bersama keluarga atau rakan. Adakah memilih restoran halal yang mahal sedikit atau yang tidak halal yang murah dan menarik," soalnya.

Tegasnya, didikan nenek moyang telah menghalakan umat Islam ke arah restoran halal kerana mereka telah dilatih sejak kecil.

Tambahnya, malang pula bagi perbankan Islam, sudut halal haram kewangan tidak diajar seperti pemakanan walaupun selepas sistem kewangan Islam berkembang.

Menurut beliau, kekeliruan berpunca daripada urusan biasa pengguna sama ada membeli rumah, kereta atau buat pinjaman peribadi yang diberi pilihan antara sistem konvensional atau Islamik.

"Katakan membeli rumah berharga RM300,000 dengan pinjaman 30 tahun. Ansuran bulanan sistem Islamik RM2,500 secara tetap sehingga cukup tempohnya. Ansuran bulanan sistem konvensional pula RM2,000 tetapi tertakluk kepada Kadar Pinjaman Asas (BLR) yang mungkin naik atau turun mengikut keadaan pasaran," jelasnya.

Beliau menyatakan, kebanyakan peminjam akan memilih sistem konvensional kerana ansuran permulaannya lebih rendah walaupun terdapat risiko BLR meningkat jika pasaran tidak menentu seperti krisis tahun 1980-an, 1997 dan 2007.

"Ramai pelabur, peminjam dan pembeli rumah yang muflis sebab BLR melambung ketika zaman krisis dahulu tetapi tidak pelik peminjam tetap memilih sistem konvensional kerana ansuran permulaannya lebih rendah.

"Bila BLR naik, ansuran RM2,000 bertambah menjadi RM2,800 atau lebih. Peminjam tidak nampak aspek perbankan Islam yang lebih stabil, adil, saksama dan seimbang," tegasnya.

Beliau menjelaskan, bank tidak mahu berkongsi risiko naik turun pasaran dunia melalui sistem konvensional, sebaliknya mengembalikan beban risiko itu kepada peminjam dan jumlah penuh bayaran sukar ditetapkan.

"Lantas, yang mana lebih adil? Tentulah kewangan Islam di mana bank atau pemberi pinjaman berkongsi ekuiti serta risiko pasaran bersama peminjam, lebih telus dan tiada unsur riba atau kesamaran (was-was).

"Semua bank, sama yang Islamik atau yang namanya bukan bercirikan Islam, sudah ada ciri perbankan Islam sebagai sistem kewangan alternatif untuk pelanggan mereka," ujarnya.

Beliau turut mengambil contoh pembelian rumah dan kenderaan yang lebih baik mengikut sistem kewangan Islam dalam berurusan bagi menjamin tiada unsur penipuan.

"Konsep bina dahulu rumah baru jual sangat Islamik kerana tidak sepatutnya dijual sesuatu yang tidak (belum) wujud. Ikut cara lama, ramai pemaju yang lesap selepas menerima duit.

"Mengikut sistem Islamik, institusi kewangan akan membeli dahulu projek pembangunan itu dari pemaju, pastikan ia sudah berjaya dan siap baru dijual kepada pembeli," katanya.

Beliau memaklumkan industri kenderaan juga menghadapi masalah serupa apabila jurujual lesap selepas menerima duit muka daripada pembeli kerana tiada ikatan jelas.

"Pembeli kini perlu letakkan duit muka sekitar 10 peratus kepada jurujual dahulu baru pihak bank akan beli kenderaan tersebut (melalui pinjaman).

"Pihak bank sepatutnya membeli dahulu kenderaan itu melalui kerjasama strategik, menjadikan jurujual perantara sahaja dan duit muka 10 peratus dibayar pembeli kepada bank," katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan perbankan Islam juga mempunyai konsep diskaun atau rebat yang tiada dalam sistem konvensional dikenali sebagai ibra' untuk peminjam yang membayar ansuran secara tetap dan teratur.

Jelasnya lagi, perbankan Islam memegang prinsip untuk 'tidak memufliskan' peminjam dan secara proaktif akan cuba membantu peminjam jika timbul masalah tertentu.

"Bank Islamik akan kenakan penalti minimum sebagai teladan jika peminjam lewat membayar ansuran tetapi ia tidak dimasukkan ke dalam pendapatan bank sebaliknya digunakan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan aktiviti kemasyarakatan.

"Sistem konvensional pula akan mengenakan faedah yang lebih tinggi jika ansuran lewat dibayar dan jumlah itu akan dimasukkan ke dalam keuntungan bank (riba), mendedahkan peminjam kepada spekulasi dan kemuflisan," katanya.

Di samping itu, beliau menjelaskan perbankan Islamik akan menapis peminjamnya bagi mengelakkan memberi pinjaman kepada industri tidak bermoral seperti kasino judi, arak dan kelab malam, secara tidak langsung mengurangkan gejala sosial.

Khairul Anwar turut menasihatkan agensi-agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) serta institusi kewangan yang menghulur bantuan kewangan kepada usahawan menstruktur semula sistem pinjaman mereka kepada perbankan Islam.

"Sistem konvensional memerlukan gadaian atau jaminan yang samar seperti rekod kewangan sekitar RM500,000 untuk pinjaman RM1 juta.

"Jika usahawan sudah ada beratus ribu dalam simpanan, mereka tidak perlu buat pinjaman RM1 juta itu di samping mereka boleh meminjam duit orang lain atau ah long terlebih dahulu bagi menunjukkan akaun mempunyai jumlah gadaian mencukupi," jelasnya.

Tegasnya, mengikut cara Islam, pinjaman diberi mengikut kebolehpercayaan peminjam seperti keupayaan projek usahawan tersebut dan kerana itu pegawai berkenaan perlu turun tengok jika peminjam mampu membayar balik dan tidak pernah menipu.

Beliau yang juga Pengerusi K.A Syariah Advisory (K.A Syariah) mempersoalkan di manakah kewajaran urusan harian terus menggunakan sistem konvensional bila kerajaan telah memberi ruang yang luas untuk perbankan Islam berkembang.

"K.S Syariah di bawah Khairul Group yang baru dilancarkan merupakan antara yang terawal menceburi bidang perbankan Islam sebagai perantara orang ramai dengan pihak bank serta mempromosikan sistem kewangan Islam sebagai satu gaya hidup.

"Saya berharap firma-firma guaman berskala kecil hingga sederhana bergabung kepakaran dan tingkat pengetahuan kewangan Islam bagi melabur dalam modal insan," ujarnya.

Beliau berharap, gabungan terutamanya di kalangan firma bumiputra itu juga mendapat sokongan institusi kewangan Islamik kerana tidak mahu sektor tersebut dikuasai mereka yang bukan beragama Islam.

"Walaupun orang bukan Islam memahami teorinya, tiada roh Islam dalam keimanan mereka. Seperti mana urusan hal ehwal Islam diuruskan Mahkamah Syariah dan dikebumikan di perkuburan Islam selepas meninggal dunia, duit kita juga perlu melalui sistem kewangan Islam.

"Kempen kesedaran berkenaan halal haram sistem perbankan perlu diteruskan. Saya juga berharap pada satu tahap kelak, boleh diwujudkan satu akta yang mewajibkan umat Islam berurusan dengan sistem kewangan Islam sahaja," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 01:45 AM | Show all posts
Perbankan Islam pilihan terbaik


Oleh NURUL ANUAR KARI




Khairul Anwar Rahmat

----- ...
along3746 Post at 14/2/2012 12:30
amik laa AIA punya home loan......... fixed rate 4.9%........
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-2-2012 08:02
sistem had ada neh, duk konar baring atas bawah, cilok kiri kanan, twist ronggeng salsa, tapi rupa-rupanya sekadar mirror image pada conventional banking jah, kasi tukar /re-branding jahh..like...a big bad wolf disguising himself as a sweet, docile granny....trying to swallow that little red riding hood...:@diamondlover Post at 12-2-2012 16:43


Ustaz2 Bank tak sedar yang depa dok konar cilok twist ronggeng salsa tu semua adalah hukum hakam Allah .... tak takut Tuhan sungguh depa nih .
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:26 AM | Show all posts
panjangnya thread ni
patut la blastoff dok sebut nama Harun Din jer memanjang
kepada B ...
DTECCONAN Post at 7-2-2012 23:25


Hang dah khatam dah thread nih ?   Bersungguh-sungguh hang ni noooo , Baguih la kalau lagu tu, alhamdulillah .
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-2-2012 07:31
Sepatutnya org2 yg kononnya Alim Ulama, sekolah tinggi agama ni stop la sibuk ngan politik, nak tampuk kuasa...

pikir pasal Bank Islam ni pun tak abis lagi....mr_oscar Post at 10-2-2012 04:06


Depa guna agama untuk dapat keduniaan , depa involve dalam perbankan dan politik just untuk memenuhi nafsu tamak depaaje .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 07:45 AM | Show all posts
1. Bahawa seseorang membeli dari orang lain suatu barangan dengan harga tertentu secara ansuran, dan si penjual mensyaratkan kepadanya untuk menjual (kembali) barang tersebut kepadanya dengan nilai yang lebih rendah dari harga jualan pertama.

            Bentuk jualbeli ini adalah haram mengikut kesepakatan ulama’—kerana terdapat unsur penipuan; dan unsur riba yang ‘dicelupkan’ seakan-akan ianya jualbeli yang syar’ie.  
DTECCONAN Post at 8-2-2012 08:42


Semua the so called islamik banking kat M'sia nih guna cara ni lah .  Ada depa kesah ulama sepakat haram pun ? Hadis Nabi dah cukup jelas dah melarang jualbeli berganda (atau istilah lebih tepat backdoor riba) gini tapi ada depa pedulik ? Depa masih boleh gelar diri depa ulama' dan tok guru , para pengikut depa masih dok sanjung depa macam nak rak !
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-2-2012 12:44
kalau pembiayaan ni, beli barang x dak duit kita minta org lain tolong bayarkan
jadi dlm proses jual beli mcm ni memang x dak riba, tetapi jangan lupa, dlm Islam juga melarang kita menindas org yg dlm kesusahan
DTECCONAN Post at 7-2-2012 23:25


Ada bezakah kalau kita nak beli rumah lalu kita minta orang bayar duit dia bagi pihak kita atau orang tu bagi duit dia kat kita untuk kita pi bayar sendiri ? Dua-dua pun duit dia jugak . Tak dak beza pun kerana duit tu tetap duit pinjam walaupun kita atau dia yang bayarkan . Ia tetap menjadi pinjaman duitringgit tak kira sapa yang pi bayar .  

Bank tolong bayarkan memang bank tak leh ambik keuntungan , kalau bank ambik jugak memang sah-sah riba dan bukan jual beli dah . Kerana tolong bayarkan bermakna melibatkan wangringgit yang bermakna berhutang wangringgit lah a.k.a pinjaman .

Sebab tu bank bertindak beli balik dari pelanggan tu dengan harga yang lebih tinggi untuk jadikannya urusan jualbeli kenkononnya lah . Tapi itu dah jadi jualbeli berganda (backdoor riba) yang memang jelas di larang oleh hadis Nabi yang hasan lagi sahih .

Depa putaq punya putaq punya putaq last-last lehiaq depa sundrik terjerot .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 08:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-2-2012 08:25
jadi, penjualan mesin ATM adalah haram, sepatutnya barang yg kita beli tu kena dapat dekat kitaDTECCONAN Post at 8-2-2012 08:42


Dengan hanya guna satu barang tapi boleh jual kepada berjuta pelanggan nonsetop  !
   .... skim piramid dan skim cepat kaya pun tak seputaq alam tu mengaut untung , kalah wooo kalau lawan celen ngan depa.....   

Bill gates pun tak selicik tu untuk dapat fikir cara kaut untung begitu mudah sekali maa dengan hanya bermodalkan satu barang je weiii yang barang tu tak bergerak mana pun dok kat situlah jugak .

Tahap super duper jamban punya kering hati Ustaz2 dan Ulama Bank2 tu semua haih sampai kapitalist pun kalah ngan depa dalam bab melahap wangringgit !
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:49 PM | Show all posts
perbankan Islam memegang prinsip untuk 'tidak memufliskan' peminjam dan secara proaktif akan cuba membantu peminjam jika timbul masalah tertentu.

----- ...
along3746 Post at 14-2-2012 12:30


Tidak memuflis pala hotak depa ..... berlambak rumah dok kena lelong akibat buat loan ngan islamik banking tu pekejadahnya ..... depa bantu bagi peminjam jadi merempat tak berumah  . Aku cukup allergik ngan bank2 isle penipu nih haih .
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-2-2012 13:01

Sekecik-kecik wang riba tapi dosanya tetap lebih besar 36 kali dari dosa zina ......besaq ya amat dosa riba tapi ularmak dan tok guru pejam mata aje buat-buat tak nampak .

Rasul SAW bersabda :
“Satu dirham yang diperolehi oleh seseorang dari (perbuatan) riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina di dalam Islam (setelah masuk Islam)” (HR Al Baihaqy, dari Anas bin Malik).
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 01:07 PM | Show all posts
Tidak memuflis pala hotak depa ..... berlambak rumah dok kena lelong akibat buat loan ngan islam ...
blastoff Post at 15-2-2012 12:49


ha ha... terpaksa la ustaz2 bank ni konar baring utk memenangkan periuk nasi & majikan mrk. gaji lumayan beb ustaz2 yg keja dgn bank nih. bank pun bela depa baik punyer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2012 09:08 PM | Show all posts
PPIM kesal tindakan institusi perbankan Islam

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal terhadap sesetengah institusi perbankan Islam yang gagal mengamalkan sepenuhnya konsep perbankan itu seperti ditetapkan hukum syarak.

Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abd Razak berkata, tindakan itu bukan sahaja menyebabkan pengguna terbeban tetapi memberi imej yang tidak baik terhadap konsep perbankan Islam dan agama itu sendiri.

Katanya, nama perbankan Islam seolah-olah telah diguna oleh institusi perbankan berkenaan hanya untuk menarik pengguna beragama Islam.

“Mereka seolah-olah menjual nama Islam untuk menarik pengguna dengan adanya urusan akad jual beli.

“Tetapi apabila timbul masalah berkaitan pembayaran, mereka bertindak menghukum dengan menggunakan sistem perbankan konvensional.

“Ini tiada bezanya dengan konsep riba, cuma menggunakan nama dan kaedah yang berbeza,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya telah menerima lebih 1,000 aduan pengguna yang mendakwa ditindas oleh bank yang menggunakan sistem perbankan tersebut.

“Kebelakangan ini PPIM sering menerima aduan pengguna berhubung kezaliman sistem perbankan Islam yang dilihat sebagai menekan dan tiada nilai kemanusiaan.

“Ini secara jelas bertentangan dengan nilai- nilai Islam itu sendiri dan perkara ini harus diperbetulkan agar imej dan nama Islam itu tidak terus disalah guna pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Aktivis PPIM, Abdul Kareem Said Khadaid berkata, tindakan sesetengah bank itu telah merosakkan imej Islam di mata masyarakat.

“Sesiapa yang menggunakan nama Islam itu seharusnya bertindak dengan berlandaskan hukum syarak dan tidak menyalahgunakannya,” tambahnya.

Beliau turut menggesa pengguna yang dianiaya melalui sistem tersebut tampil membuat aduan kepada persatuan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 11:10 AM | Show all posts
Bank mmg bkn institusi yg bercirikn Islam.
Bagaimana plk pinjaman kerajaan trhpd rakyat ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 11:43 AM | Show all posts
bagus serangan betubi2 kt oztad2 bank ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 11:45 AM | Show all posts
aku paling tak setuju caj pengurusan perbankan isle melebih faedah bank konvesional.:@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2012 05:56 PM | Show all posts
Adakah hutang tu dikatakan kekayaan?
Sbb negara terkaya skrg ni punyai hutang yg plg byk...~
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 06:37 PM | Show all posts
bagus serangan betubi2 kt oztad2 bank ni..
TuntungReturn Post at 19-2-2012 11:43


sombong sangat. ambikkk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 01:58 PM | Show all posts
Hanya salah faham - PIPIM

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Dakwaan bahawa perbankan Islam mengaut keuntungan lebih berbanding konvensional hanyalah salah faham, kata .Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (PIPIM), Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Mohd Redza berkata, perkara berkenaan adalah tidak betul dan sangat berbeza dengan situasi yang sebenar.

Katanya, perbankan Islam dan konvensional berbeza daripada segi terma dan syaratnya, begitu juga dengan kadar keuntungannya yang kelihatan lebih tinggi apabila perbandingan dibuat.

"Contohnya, kadar keuntungan dalam perjanjian jual beli perbankan Islam (di atas kertas) adalah sekitar 10 peratus tetapi kadar itu sebenarnya tidak tetap dan ia berlegar di bawah paras itu iaitu sekitar enam hingga tujuh peratus.

"Kadar konvensional pula adalah sekitar lima peratus. Kadarnya memang kelihatan rendah sekali tetapi tiada jaminan ia tidak berubah atau kekal pada sepanjang tempoh pinjaman. Jika kita lihat pada dokumen perjanjian pinjaman, berapa nilai sebenar yang perlu dibayar peminjam selepas tamat tempoh pinjaman tidak dinyatakan kerana ia boleh berubah.

"Berbanding perbankan Islam, ketika permulaan perjanjian, pelanggan sudah mengetahui jumlah yang perlu dibayar sehingga tamat tempoh. Contoh rumah berharga RM100,000, jumlah pembayaran untuk 25 tahun adalah maksimum RM250,000 dan tidak akan melebihi nilai tersebut malah lebih rendah bergantung kepada bank," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Mohd. Redza berkata, memang benar kadar keuntungan perbankan Islam untuk perumahan dan kenderaan diapungkan untuk persaingan tetapi nilainya tidak akan melebihi perjanjian yang ditetapkan contoh 10 peratus.

"Kesannya mungkin tidak jelas sekarang, tetapi jika berlaku kemelesetan ekonomi seperti tahun 1997 dengan kadar keuntungan bank konvensional meningkat sehingga 21 peratus barulah pelanggan akan sedar kelebihan cara Islam.

"Jaminan perbankan Islam adalah walau apa yang berlaku terhadap ekonomi negara, kadar keuntungan tidak akan melebihi nilai yang dipersetujui ketika perjanjian iaitu 10 peratus tadi.

"Memang perbankan Islam menetapkan kadar yang tinggi tetapi itu adalah untuk risiko masa depan. Anda boleh menyemak kadar semasa yang dikenakan bank, ia lebih rendah daripada nilai tersebut," jelasnya.

Beliau mendakwa, kebanyakan pelanggan yang hendak memohon perjanjian jual beli kenderaan atau rumah sama ada melalui perbankan Islam atau konvensional, mereka selalunya hendak cepat dan tidak meneliti syarat yang diutarakan pihak bank.

"Mereka hanya lihat kadar keuntungan semasa dan terus bersetuju. Jika berlaku perubahan barulah mahu menyemak semula dan rasa tertipu.

"Hampir semua pelanggan perbankan Islam yang membuat aduan penindasan atau penipuan akan faham selepas diterangkan secara terperinci mengenai perbankan Islam," ujarnya.

Katanya, perjanjian jual beli perbankan Islam lebih telus berbanding perjanjian pinjaman konvensional.

Setiap nilai atau kadar dipersetujui bersama sebelum perjanjian dimeterai dan tidak akan berubah dalam apa jua keadaan dan yang pasti tiada penindasan.

Bermula Julai ini, pelanggan perbankan Islam akan dibekalkan dengan carta pembayaran ansuran perjanjian jual beli mereka dan nilai sebenar yang perlu dibayar bagi membuktikan tidak berlaku perubahan yang melanggar perjanjian awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 02:57 PM | Show all posts
Sistem perbankan Islam tidak zalimi pengguna

Oleh Mahanum Abdul Aziz
[email protected]
2012/02/22

AIBIM nafi dakwaan kadar faedah terlalu tinggi

KUALA LUMPUR: Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), semalam menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang mengatakan institusi perbankan Islam di negara ini mengaut keuntungan berlebihan dan menzalimi pengguna. Presidennya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid tidak menolak kemungkinan dakwaan itu timbul berikutan salah faham terhadap konsep produk kewangan Islam yang ditawarkan berbanding sistem kewangan konvensional. Beliau berkata, sistem perbankan Islam tidak mengenakan sebarang faedah seperti yang dikenakan sistem perbankan konvensional, sebaliknya dalam perbankan Islam, keuntungan diperkenalkan bagi mengelakkan riba.

“Perbankan Islam mesti elak riba. Sebagai contoh, dalam kes pembiayaan, sebagai ganti kepada faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan diberikan, perbankan Islam menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak musyarakah atau perkongsian untung dan rugi,” katanya bagi mengulas dakwaan PPIM, Jumaat lalu.

Pada sidang medianya, Jumaat lalu, PPIM mendakwa sistem perbankan Islam yang diguna pakai bank tempatan dilihat gagal melaksanakannya secara betul apabila mengenakan kadar faedah pembayaran balik pinjaman terlalu tinggi.

Sehubungan itu, PPIM meminta kerajaan menubuhkan satu badan khas bagi meneliti, mengkaji dan memperbetulkan sistem perbankan Islam di negara ini yang didakwa ‘menekan’ peminjam terutama dalam membuat pembayaran balik pinjaman.

Mohd Redza Shah menjelaskan penentuan kadar keuntungan ada dua pendekatan, iaitu sama ada menggunakan kadar tetap atau kadar berubah-ubah yang mempunyai kadar siling tertentu ditetapkan pada awal kontrak.

Beliau berkata, ketika ini kadar siling ditetapkan institusi perbankan Islam di negara ini adalah sekitar 10 hingga 12 peratus.

“Penetapan kadar siling ini bermaksud sekiranya peminjam mempunyai tunggakan hutang atau berlaku ketidaktentuan ekonomi, kadar keuntungan tidak akan meningkat melepasi paras berkenaan berbanding sistem perbankan konvensional,” jelasnya.

Mohd Redza Shah juga menegaskan semua institusi perbankan Islam di negara ini beroperasi berdasarkan nilai syariah dan dikawal selia serta mematuhi piawaian Bank Negara Malaysia.

Beliau menegaskan ahli jawatankuasa penasihat syariah di institusi perbankan Islam terdiri daripada individu bertauliah yang mana pengalaman dan kepakaran mereka adalah dalam bidang syariah dan fiqh muamalat.

“Produk perbankan Islam ditawarkan di negara ini berdaya saing dan tadbir urusnya telus serta mengutamakan dokumentasi kontrak yang jelas, sekali gus meningkatkan kestabilan dan integriti sistem perbankan itu sendiri,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.081148 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list