BERITA | 6 maut di konsert FMFA: Nazri Aziz sila bertanggungjawab
BANGI, 17 Mac – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz diminta bertanggungjawab berhubung penganjuran acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) sehingga melibatkan enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah yang berlebihan. Tegas Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz perlu bertanggungjawab kerana kementerian di bawahnya yang mempromosikan konsert berkenaan.
|