|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
711# sirrikhafi
Nabi bukanlah seperti bini yg akan menjadi janda.
sungguh teruk sekali perumpamaan anda terhadap diri nabi.
Bila masa lak jadi lurus bendui ni...itu perumpamaan! Dulu ngaji pondok xdak subject bahasa Melayu ka?
Nampaknya bagi umar,
jawatan khalifah lebih penting dari diri nabi SAW.
Pendekata, Saidina Umar yg selalu kita hadiahkan selawat, yg selalu Rasulullah puji, gila pangkat rupanya...
Tidak salah berbeza pendapat.
berbeza pendapat adalah rahmat.
Kalu sependapat, lebih banyak rahmatNya..
Tidak salah berbeza pendapat.
berbeza pendapat apa yg ALLAH ajar pasti bersesuaian dgn AlQuran &Sunnah.
jika ia bertentangan maka sudah tentulah ianya dari Syaitan
Nampaknya Allah pun tidak berkuasa mutlak lagi krn takut disoal siasat oleh sirikapi..Allah terbatas kata2 mengikut Al-Quran...Adakah Allah yg Maha Berkata2 itu, perkataanNya hanya yg meliputi Al-Quran??? DAHSYAT betuiii!!!
Dia mengajar manusia apa yg tidak di ketahui.
Surah Al-'Alaq: 5.
Patutnya saya yg guna ayat ni, sebab Tuan dlm forum mana pun menolak perkara baik, menyempitkan ilmu Allah yg hanya terbatas mengikut Perkataan didalam Al-Quran, sedangkan orang yg berakhlak Al-Quran tidak tertakluk kpd berhuruf tetapi kpd kebaikan..
Mungkin banyak perkara yg Allah xajaq Tuan!!
Sabda Rasulullah saw yg bermaksud : "Umatku akan berpecah hingga menjadi 73 puak, hanya 1 puak yang terselamat, manakala yang lain semuanya binasa." Sewaktu di tanya : "Siapakah yang terselamat itu?", baginda menjawab " Itulah ahlus Sunnah Wal Jamaah itu." Ditanya lagi : "Apakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu?". Baginda bersabda : "erjalanan ku hari ini dan para sahabat ku."
Boleh saya tahu hadis ini riwayat siapa?
Riwayat At-Tarmizi..ada masalah ngan At-Tarmizi?? Sanad shahih tuh
Dikatakan bahawa inilah Sunnah nabi yg sebenar yaitu tidak tahu membaca &menulis.
JADILAH UMMIYY YG SEMPURNA SEPERTI NABI SAW
Dah kutuk Nabi xtau baca , xtau tulis pulak!!!! Agaknya Rasulullah berniaga dulu camna? Dia tulis risalah kpd khalifah untuk peluk Islam camna? xpa, nanti kita buat tajuk baru...
Memang sengaja tak nak tulis pun sebab takut kantoi pada pakar-pakar ilmu hadis serta pakar-pakar ilmu rijal juga pakar ilmu jarh &ta'dil yg akan meneliti kebenaran sanad ahli sufi itu lalu di dapati sanad itu munqati' @ terputus kerana beberapa kecacatan seperti tidak hidup sezaman dsbnya.
umpamanya sanad tariqat naqsyabandi.
contohnya:
Imam ja'far as-sodiq-------> Syaikh abu yazid al-bustomi------> Syaikh abulhasan al-khirqoni.
Bila di teliti &di nilai kembali sanad ini,
ternyata mereka-mereka ini tak pernah hidup sezaman pun.
so,
drpd mana depa dapat sanad?
Apa benda yg melalut nih?? Saya simpan sanad guru saya baik2, saya xmau Tuan cakap kat depa mcm2...kalu Tuan tanya pun saya xkan bgtau punya..sebab depa pun xmau anak murid yg suka permainkan hadis..
Lagi 1, yg dengki sangat kat naqsyabandi apsal? kalu nasya aziz ok gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sambung cerita hari tu..
Umat Muhammad akan berpecah kpd 72 puak yg sesat akidah;
1. Kaum Rafidhiyah - 12 puak
2. Kaum Jabariah - 12 puak
3. Kaum Kharijiah - 12 puak
4. Kaum Qadariah - 12 puak
5. Kaum Jahmiah - 12 puak
6. Kaum Murji'ah - 12 puak
Asas seseorang menjadi kufur atau murtad dan bidaah dholalah iaitu;
1. Jahil Murakab - menerima dan beramal sesuatu yg baik dan jahat dgn tidak berbetulan sasarnya atau perkataan
dan perbuatan orang itu tidak bertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dlm bab aqidah,
syariat dan akhlak.
2. Jahil Basit - Berdegil atau keras hati di dlm menerima ilmu dan amal yg baik sehingga diberitahu berita gembira atau takut
sama shj, tidak ada apa2 kesan dan tidak boleh menerima atau melaksanakan sesuatu yg betul di dlm bab
aqidah, syariat dan akhlak, samada di ajar atau di tegur.
3. Rabtul A'di - Berpegang teguh pd hukum adat dlm hidup dan kehidupan dgn menolak semua sekali hukum syarak dan
hukum akal.
4. Taqlidur Rad'di - Ikut membabi buta tanpa merujuk kpd hukum syarak dan hukum akal serta kpd ulama2 yg faham dan
beramal dgn ilmunya.
5. Tahsinul Aqli - Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias dlm aqidah,
syariat dan akhlak.
6. Hululliah - Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dlm alam, menyerupai sesuatu drpd alam zahir dan batinnya.
Umpama iktiqad yahudi iaitu zat Allah menjelma dlm alam menyerupai nabi Allah Uzair as.
Iktiqad kristian zat Allah menjelma dlm alam menyerupai Mariam dan Isa as.
7. Tanasikhul Arwah - Mengiktiqad zat nabi2, wali2 dan malaikat menjelma masuk dlm diri seseorang dan orang yg
mendapat penjelmaan itu boleh menzahirkan beberapa yg menyalahi kebiasaan bg membuktikan
kebenarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Soalan yg arif! Adakah Rabiatul Adawiyah tu ahli sufi? |
|
|
|
|
|
|
|
Ringkasan I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah
Iman ialah mengikrarkan secara lisan dan membenarkan dengan hati. Disempurnakan pula dengan mengerjakannya dengan anggota.
Tuhan itu ada, namaNya Allah SWT dan mempunyai 99 Asma-Ul-Husna.
Tuhan mempunyai sifat banyak sekali. Dibahagikan kepada 3 bahagian – Sifat Jalal (Kebesaran), Jamal (Keindahan) dan Kamal (Kesempurnaan)
Sifat yang wajib diketahui ialah oleh sekelian mukmin yang baligh berakal ialah 20 sifat yang wajib. Manakala 1 adalah harus iaitu Boleh Memperbuat.
Wajib dipercayai Malaikat itu ada dan dalam jumlah yang banyak. Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 10 jumlahnya.
Wajib dipercayai adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Allah SWT kepada Rasul-RasulNya untuk disampaikan kepada kaum/umatnya ketika itu. Kitab-kitab suci ini banyak namun yang wajib dipercayai hanyalah 4 buah.
Mempercayai semua Rasul-Rasul yang diutuskan Allah SWT kepada manusia. Rasul-Rasul ini ramai bilangannya tetapi yang wajib dipercayai hanyalah 25 orang.
Wajib mempercayai hari akhirat - kematian, azab kubur, kiamat, kebangkitan di Padang Mahsyar, hisab – perhitungan dosa dan pahala, timbangan dosa dan pahala, titian Shirathal Mustaqim, Telaga Kautsar, balasan Syurga dan Neraka dan melihat Allah SWT di Syurga - dengan mata dan kepala, cara mana kita tidak tahu, kita hanya disuruh meyakininya dan jangan pula beranggapan bahawa Allah SWT itu ada di dalam Syurga tetapi kita pasti akan melihatNya.
Mempercayai Qadha dan Qadar sebagai Takdir Illahi sebagaimana berikut:-
Segala yang terjadi di dunia ini sudah ada Qadha Allah SWT iaitu hukum Allah SWT sejak azali, bahawa hal itu akan terjadi.
Segala yang terjadi di dunia ini – buruk dan baik pada hakikatnya dijadikan Allah SWT dan manusia hanya menjalani takdir. Yang ada pada manusia hanyalah kasab, ikhtiar dan usaha.
Pahala anugerah Allah SWT adalah kerana kurniaNya dan hukuman yang diberikan Allah SWT adalah kerana keadilanNya.
Allah bersama AsmaNya dan SifatNya, semuanya qadim dan berdiri di atas Zat yang qadim.
Al-Qur’anul Karim adalah Kalamullah yang qadim bukannya hadits atau makhluk.
Rezeki manusia telah ditakdirkan sejak azali – tidak berkurang dan tidak bertambah. Manusia disuruh mencari rezeki, berusaha dan tidak boleh menunggu sahaja. Walaupun begitu, adalah tidak mustahil bagi Allah SWT untuk mengurniakan rezeki kepada manusia tanpa sebarang usaha.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Arti mu'jizat adalah: Amrun khorikun liil adat yazharu muqhoronan bii da'wa nabbi..
yaitu sesuatu kejadian luar biasa yang terjadi dibarengi dengan pengakuan nabi..
Definisi ini tiada langsung di sebut dlm AlQuran &Hadis.
ia adalah definisi menurut ahli sufi semata-mata shj.
oh ya,
tulisan ini banyak kesalahannya dari segi nahu &sorof.
melihat dari cara penulisan saliikin,
saya berpendapat yg saudara salikin langsung tidak pernah belajar nahu &sorof.
Karomah: Amrun khorikun liil adat yazharu liil abdi asshoolih bii ghori da'wa annabi..
Yaitu kejadian luar biasa yang timbul ditangan abdi allah yang shooleh dampa dibarengi pengakuan nabii..
Juga tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.
malah terdapat kesalahan dari segi nahu &sorof.
seakan-akan salikin kopipes dari kitab bahasa indon.
tak habis-habis dgn kopipes.
Sihir yaitu:Amrun khorikun liil adat yazharu liil fasiq,kafir wa zindik..
Yaitu kejadian luar biasa yang terjadi dan timbul
ditangan orang fasiq kafir dan zindik..
Juga tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.
malah terdapat kesalahan segi nahu &sorof.
wajib hukumnya bagi seorang nabi menzhohirkan ayaat atau mu'jizat
untuk memperkuat pengakuaan kenabiannya,
Tidak ada pun hukum wajib, mustahil, harus, sunat, makruh, haram dsbnya.
semuanya berlaku dgn izin ALLAH.
tanpa izin ALLAH semua perkara takkan berlaku.
tidaklah wajib bagi wali menunjukan karomahnya untuk menunjukan kewaliannya,
malah wajib baginya menutupinya.
Sama juga.
tidak ada hukum wajib, mustahil, harus, sunat, makruh, haram dsbnya pun.
semuanya berlaku dgn izin ALLAH.
tanpa izin ALLAH semua perkara takkan berlaku. ;)
Ada kurang lebih 9 jenis sihir.1.sihir simia 2. sihir himia 3. sihir hindi 4. sihir yamani 5.sihir tolasimat
6.sihir roqi 7.sihir ajaim 8.sihir istihdamat.9 sihir nasroh.
Tak semestinya ada 9 shj!
hukumnya halal serta yang memilikinya bisa disebut dengan waliyullah..
Tiada kena mengena dgn halal haram pun.
semuanya berlaku dgn izin ALLAH.
bahkan menurut mereka adanya karomah bagi mereka sesudah wafat adalah lebih utama karena di waktu itu kedudukan nafsu mereka
sudahlah bersih dari sembarang kotoran..
Maaf.
perkara ini tiada di sebut dlm AlQuran mahupun Sunnah.
agaknya sebab itulah ramai yg pergi menurun nombor ekor di depan kubur tok syeikh.
MAN LAM TAZHUR KAROMATUHU BA'DA MAUTIHI KAMA KANAT PII HAYATIHI PALAISA BISSODIQ.
Barang sesiapa darinya yang tidaklah zhohir kemulyaannya sesudah wafatnya
maka mereka belumlah betul kewaliannya..
Tiada di sebut pun dlm AlQuran &Sunnah.
INNALLAHA YUWAKAALU BII QOBRI WALI MULUUKAN YAQDHI HAWAIJA, WATAROTAN YAHRUJU WALII MIN QOBRIHI WAYAQDHIHA BINNAFSIHI.
Bahwasanya allah mengutus para malaikat untuk menjaga maqam para kekasihnya,untuk mendoakan bagi sesiapa yang menziarahinya,dan sesekali wali itu bangkit dari kuburnya untuk mendoakan yang menziarahinya.
Juga tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.
KULLAMA DAKHOLA A'LAIHA ZAKARIYYA ALMIHRAB WAJADA I'NDAHA RIZQOO,QOLAA YAA MARYAM ANNA LAKI HAZAA,QOOLAT HUWA MIN I'NDILLAH.
Ketika zakaria masuk menemui maryam,dia menemukan banyaknya rizki disana yaitu berupa makanan yang berlimpah,seraya bertanya zakaria kepada maryam,dari mana semua makanan ini, maka menjawab maryam semua ini dari Allah swt.
Maaf.
ayat ini tiada kena mengena langsung dgn keramat dlm kubur.
YAA AYYUHAL MALAA'U AYYUKUM YA'TI'NI BIA'RSHIHAA KHOBLA AYYA'TUNII MUSLIMIN..QOOLA IFRIT MINAL ZIN ANAA ATIIKA BIHI KHOBLA ANTAKUMAA MIMMAQKOMIK WAINNI A'LAIHI LAKHOWIYYUN AMIIN KHOLAA ALLZHI I'NDAHU I'LMUN MINAL KITAB ANAA ATIIKA BIHII KHOBLA ANTARTADDA A'LAIIKA TORPAK, PALAMMA ROOAHU MUSTAKHORRON I'NDAHU KHOOLA HAZA MIN FADLI ROBBII..
Terdapat beberapa kesalahan di dlm ayat di atas yaitu:
1. Tertinggal kalimah QOOLA (telah berkata). mungkin kopipes agaknya.
2. Bukan ZIN tapi JIN
3. Bukan ANAA tapi ANA (saya). pendek jer. tiada harkat menurut mushaf usmani..
4. Bukan ATIIKA tapi AATIII KA (aku datangkan kpd engkau, fe'el mudhori') 2 harkat jer.
5. Bukan MAKQOMIK tapi MAQOOOMIK @ MAQOOMIKA (tempat duduk engkau).
6. Bukan LAKHOWIYYUN tapi LA QOWIYYUN (sungguh @benar-benar kuat).
7. Bukan KHOLAA tapi QOOLA (telah berkata).
8. Bukan ALLZHI tapi AL-LAZHII (isim mausul= yg. contoh: org-org yg).
9. Bukan ANAA tapi ANA.
10. Bukan ATIIKA tapi AATII KA.
11. Bukan KHOBLA tapi QOBLA (sebelum).
12. Bukan ANTARTADDA tapi AN YARTADDA (bahawa @ akan berkedip)
13. Bukan A'LAIKA (ke atas engkau) tetapi ILAY KA (kpd engkau).
14. Bukan TORPAK tapi TORFUK-K yaitu bacaan secara waqaf @TORFUK-KA secara sambung (mata engkau).
!5. Bukan ROOAHU tapi ROO'AA HU (dia melihat akan nya)
16. Bukan MUSTAKHORRON tapi MUSTAQIRRON (berdiri tegak)
17. Bukan KHOLA tapi QOOLA.
18. Bukan ANTAKUMAA tapi AN TAQUUMA (bahawa @akan kamu berdiri)
Oh ya,
ayat ini tiada kena mengena langsung dgn keramat dlm maqam @ kubur.
Berkata sulaiman wahai pengikutku siapa diantara kalian yang sanggup memindahkan singgahsana balqis sebelum datang beriman kepadaku,berkata ifrit dari bangsa jin, saya sanggup memindahkan sebelum tuan bangun dari tempat duduk tuan,karena kepada hal itu mudah saja bagiku,sulaiman ingin lebih cepat dari itu,berkata abid yang padanya asror asmaul a'zhom yaitu Asif Barhula, saya sanggup memindahkannya sebelum tuan berkedip..ketika hal itu terjadi seraya berkata sulaiman inilah sebagian dari karunia tuhanku
Terjemahan yg salah.
banyak perkataan-perkataan yg tiada disebut dlm ayat itu telah di tokok tambah.
janganlah jadi seperti ahlikitab yg suka menokok tambah Kitab ALLAH.
sirikapi akak lanje sekali dia pon penat jgk tulis hujah-hujah yg mengarot2
cian kat dia jg kan2.
Apa yg anda tulis ini kebanyakannya tiada disebut dlm AlQuran &Sunnah malah telah berlaku tokok tambah di dlm Kitab ALLAH pula.
jangan lah jadi seperti Ahlikitab yg telah merobah &menokok tambah Kitab ALLAH.
insaflah.....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahawa tawakkal, usaha, berdoa, harap, takut, syukur dan redha adalah suatu maksud yang bersatu dan tidak bercerai berai.
Ajal setiap manusia sudah ada di dalam ketetapan Allah SWT – tidak didahulukan dan tidak pula dikemudiankan walaupun sedetik. Tetapi manusia diperintahkah Allah SWT supaya berubat jika sakit dan tidak boleh menunggu ajal sahaja.
Doa orang mukmin akan memanfaatkan dirinya dan bagi yang didoakan olehnya.
Pahala sedekah, wakaf dan pahala bacaan tahlil/selawat/Al-Qur’an boleh dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia dan akan sampai kepada mereka yang meninggal jika dimohon kepada Allah SWT untuk menyampaikannya.
Ziarah maqam/kubur samada Rasulullah SAW, ibubapa, ulama’, aulia’, syuhada’, para sahabat Baginda SAW dan lain-lain yang berkaitan adalah sunat hukumnya.
Berdoa kepada Allah SWT secara langsung atau bertawassul menggunakan nama Rasul-Rasul, Anbia’, Aulia’, Sholihin dan lain-lain yang berkaitan dengannya adalah sunat hukumnya.
Masjid di seluruh dunia adalah sama darjatnya kecuali 3 buah iaitu Masjid Makkatul Mukarramah, Madinah Munawarah dan Baitul-Muqaddis. Bersolat di masjid-masjid ini adalah ibadat dan pahala diberikan.
Seluruh manusia adalah keturunan daripada Nabi Adam AS yang berasal daripada tanah. Jin, Iblis dan Syaitan dijadikan Allah SWT daripada api/cahaya dan dasar api yang sangat panas. Para Malaikat dijadikan daripada Nur.
Mempercayai kewujudan bumi dan langit.
Asma Allah SWT tidak boleh direka-reka kecuali yang telah termaktub dalam Al-Qur’an dan Al-Hadis.
Sekiranya terdapat ayat-ayat Al-Qur’an yang seolah-olah menyatakan bahawa Tuhan itu bertubuh, bertangan, berupa, duduk dan turun seumpama manusia, maka Ulama’ Ahlussunnah wal Jama’ah mentakwil/tafsirkan ayat-ayat ini secara majazi bukan mengikut asal pengertian dari perkataan-perkataan itu. Kemudiannya mereka menyerahkan maksud sebenarnya kepada Allah SWT semata-mata yang Maha Mengetahui yang sirr.
Kebangkitan sesudah mati hanyalah sekali. Manusia yang asalnya tiada, kemudian dilahirkan ke dunia, sesudah itu mati dan akhirnya bangkit untuk dibicarakan. Manusia tidak mungkin hidup kembali atau dilahirkan semula dalam bentuk yang lain atau masuk ke dalam tubuh manusia/tanasukh arwah (kecuali perbuatan bida’ah sihir dan jin/iblis/syaitan) dsb.
Anugerah pahala dan dosa termasuk mengutus para Rasul adalah kurnia dan keadilanNya dan bukanlah Allah SWT dipaksa, terpaksa atau menjadi suatu kewajiban. Maha Suci Allah SWT daripada segala kekurangan.
Wajib diketahui dan diyakini oleh seluruh umat Islam bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW diputerakan di Makkatul-Mukarramah. Baginda diangkat menjadi Rasul semasa berumur 40 tahun dan diturunkan ayat-ayat Al-Qur’an berturut-turut/berperingkat selama 23 tahun. Selepas 13 tahun menjadi Rasul, baginda berhijrah, menetap dan wafat di Madinah.
Rasulullah SAW adalah manusia seperti kita dan bukannya seorang malaikat. Baginda makan, minum, tidur, berkahwin dan berkeluarga. Namun begitu, kemanusiaan baginda adalah luar biasa dan kuat– rohani dan jasmaninya kerana kepada baginda diturunkan wahyu Illahi yang sekiranya diturunkan kepada bukit nescaya hancur-leburlah bukit berkenaan. Baginda adalah Saidul Khalaik iaitu makhluk Allah SWt yang termulia, diikuti oleh para Rasul dan Nabi dll.
Silsilah Rasulullah SAW ialah : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Marrah bin Ka’ab bin Luai bin Galib bin Fihir bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Ma’ad bin Adnan. Dari pihak bondanya Aminah pula ialah Muhamamad bin Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab dan seterusnya sebagaimana sebelah Ayahandanya, Abdullah.
Isteri-isteri Rasulullah SAW dari bermula perkahwinannya sehingga wafat adalah :- Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Ummul Salamah binti Abi Umaiyah, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Sauda binti Zam’ah, Zainab binti Khuzaimah, Maimunah binti Harith, Juwairiyah binti Harith dan Safiyah binti Hay RADIALLAHU ANHUNNA.
Anakanda-anakanda Rasulullah SAW ialah Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Siti Fatimah, Qasim, Abdullah dan Ibrahim (kesemua anakanda lelaki diwafatkan Allah SWT semasa kecil mereka) RADIYALLAHU ANHUM. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah SAW diutuskan Allah SWT kepada seluruh manusia, tidak kira bangsa, keturunan, negeri, agama, etnik, warna kulit dsb.
Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit dengan ruh dan jasadnya menerusi Baitul-Muqaddis pada 27 Rejab dan baginda kembali pada malam yang sama untuk membawa perintah solat 5 waktu sehari semalam.
Rasulullah SAW adalah yang mula-mula diangkat menjadi Nabi & Rasul sebelum Nabi Adam AS di mana Nabi Adam AS telah terlihat, menghafal dan membacakan nama Rasulullah SAW tertera di tiang Arash. Dan baginda juga merupakan Nabi & Rasul yang terakhir dilahirkan ke dunia.
Rasulullah SAW memberikan syafa’at di akhirat kepada seluruh manusia setelah manusia mendesak hisab disegerakan di Padang Mahsyar.
Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, maka penggantinya (bukan sebagai Nabi atau Rasul) adalah Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali RADIYALLAHU ANHUM.
Wajib diyakini bahawa kesemua sahabat Rasulullah SAW seperti Khulafa Ar Rashidin, Talhah Ibnu Ubaidillah, Zubir Ibnu Awam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad Ibnu Abi Waqash, Said Ibnu Zaid, Abu Ubaidah, Amir Ibnu Jarrah, Zaid Ibnu Tsabit, Ahli Perang Badar dan Uhud, Ahli Baitul Ridhwan dan lain-lain sahabat baginda telah dijamin Syurga.
Dalam soal pertikaian dan peperangan yang terjadi antara para sahabat Rasulullah SAW seumpama Peperangan Jamal antara Siti Aisyah dan Sayyidina Ali, Peperangan Siffin antara Sayyidina Ali dan Mu’awiyah tidak boleh dibahaskan atau disokong mana-mana pihak. Tanggapan yang paling tepat ialah peperangan berkenaan adalah menurut ijtihad masing-masing di mana yang benar mendapat dua pahala dan yang salah mendapat satu pahala sahaja.
Perlu diyakini bahawa sekelian keluarga baginda SAW khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang tertuduh melakukan kesalahan adalah suci bersih dari sebarang noda di mana fitnah ini telah dilancarkan ke atas keluarga Rasulullah SAW adalah direka-reka semata-mata.
Darjat Kerasulan adalah kurniaan Allah SWT dan tidak boleh diusaha-usahakan menerusi khilwah, tahannus, suluk, belajar pondok dsb.
Rasul-Rasul Allah SWT dianugerahkan Mukjizat yang luarbiasa, ganjil dan mencarik adat kemanusiaan biasa.
Meyakini adalah Karomah iaitu perkara-perkara mencarik adat berlaku di kalangan Aulia Allah SWT termasuk para Solihin. Menolak sekeras-kerasnya istidra’ yang berasal daripada sihir atau amalan yang sengaja ditunjuk-tunjukkan, permainan halus/jin/iblis/syaitan dan yang seumpamanya.
Wajib dipercayai adanya Arash iaitu ciptaan Allah SWT dari Nur, berada di tempat yang tinggi dan mulia, yang tidak diketahui hakikat dan kebesarannya kecuali Allah SWT sendiri yang Maha Mengetahuinya. Begitu juga dengan Kursi yang bertalian dengan Arash – juga tidak diketahui hakikat kedudukannya.
Wajib dipercaya adanya Kalam, ciptaan Allah SWT untuk menuliskan sesuatu yang akan terjadi di dalam Luh Mahfuz.
Syurga dan Neraka bersama penduduknya akan kekal selama-lamanya.
Terdapat dosa besar dan dosa kecil. Dosa kecil diampunkan selagi tidak dikerjakan dosa besar dan dosa besar hanya dapat diampuni menerusi taubat kepada Allah SWT.
Menerima Al-Qur’an dan Al-Hadis serta merujuk kepada ijmak ulama dan kias tanpa sebarang keraguan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin meminta tunjuk ajar dari Syeikh Sirikapi untuk menghuraikan iktiqad 72 puak yg sesat itu berdasarkan dalil Al-Quran..
Insyaallah, kalu Syeikh Sirikapi dapat huraikan, saya akan berguru dengan dia walaupun aliran yg dia ikut tidak bertepatan dengan ASWJ...
Tp kalu dia xdapat, saya akan tuliskan..
Tuan2 nilailah sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila masa lak jadi lurus bendui ni...itu perumpamaan! Dulu ngaji pondok xdak subject bahasa Melayu ka?
Sungguh teruk sekali perumpamaan anda terhadap diri nabi.
Pendekata, Saidina Umar yg selalu kita hadiahkan selawat, yg selalu Rasulullah puji, gila pangkat rupanya..
Itulah yg berlaku dlm sejarah islam. ;)
Oh ya,
AlQuran hanya menyatakan selawat ke atas nabi shj.
tiada menyebut umar pun.
janganlah kita menokok tambah apa yg tiada di sebut dlm AlQuran.
Nampaknya Allah pun tidak berkuasa mutlak lagi krn takut disoal siasat oleh sirikapi..Allah terbatas kata2 mengikut Al-Quran...Adakah Allah yg Maha Berkata2 itu, perkataanNya hanya yg meliputi Al-Quran??? DAHSYAT betuiii!!!
Maaf.
kita hanya di tuntut berpegang dgn AlQuran &Sunnah.
Patutnya saya yg guna ayat ni, sebab Tuan dlm forum mana pun menolak perkara baik, menyempitkan ilmu Allah yg hanya terbatas mengikut Perkataan didalam Al-Quran, sedangkan orang yg berakhlak Al-Quran tidak tertakluk kpd berhuruf
tetapi kpd kebaikan..
Maaf.
kewajipan kita hanyalah berpegang dgn AlQuran &Sunnah.
Riwayat At-Tarmizi..ada masalah ngan At-Tarmizi?? Sanad shahih tuh
Setahu saya,
tiada lafaz AHLUSSUNNAH.
yg ada hanyalah lafaz AL JAMAAH shj.
AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH adalah tafsirian golongan sunni semata-mata.
Oh ya,
adakah hadis ini bertaraf mutawatir?
jika tidak,
maka ia adalah dalil yg zhonni (samar-samar).
apabila ia adalah dalil yg zhonni, maka ia tidak menghasilkan ilmu yg yaqin.
bila ia tidak menhasilkan ilmu yg yaqin, maka ia tidak boleh lagi di jadikan pegangan mahupun kepercayaan.
fikirlah sendiri.
Dah kutuk Nabi xtau baca , xtau tulis pulak!!!! Agaknya Rasulullah berniaga dulu camna? Dia tulis risalah kpd khalifah untuk peluk Islam camna?
xpa, nanti kita buat tajuk baru...
Maaf.
sejarah islam mengatakan bahawa nabi adalah seorg yg ummiy.
maka sebetulnya menjadi buta huruf itu adalah Sunnah nabi.
betul tak?
Fikirlah sendiri....
Apa benda yg melalut nih?? Saya simpan sanad guru saya baik2, saya xmau Tuan cakap kat depa mcm2...kalu Tuan tanya pun saya xkan bgtau punya..sebab depa pun xmau anak murid yg suka permainkan hadis..
Sebenarnya,
kebanyakkan sanad org-org sufi terdapat banyak kecacatannya.
sebab itu kamu tak nak tunjuk sebab takut terbongkar kecacatan silsilah sanad guru-guru kamu.
kalau kamu termasuk org-org yg benar, maka kebenaran itu sendiri yg akan terserlah.
berani kerana benar.
takut kerana salah.
Lagi 1, yg dengki sangat kat naqsyabandi apsal?
Saya hanya membuktikan kecacatan silsilah sanad mereka.
itu shj.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
750# sirrikhafi
Part sorok2 ni hamba pun musykil. Sharing is caring ma! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 22-12-2009 16:11
Umat Muhammad akan berpecah kpd 72 puak yg sesat akidah;
1. Kaum Rafidhiyah - 12 puak
2. Kaum Jabariah - 12 puak
3. Kaum Kharijiah - 12 puak
4. Kaum Qadariah - 12 puak
5. Kaum Jahmiah - 12 puak
6. Kaum Murji'ah - 12 puak
Ini semua hanyalah tafsiran golongan sunni semata-mata shj.
tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.
Asas seseorang menjadi kufur atau murtad dan bidaah dholalah iaitu;
1. Jahil Murakab - menerima dan beramal sesuatu yg baik dan jahat dgn tidak berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan orang itu tidak bertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dlm bab aqidah,
syariat dan akhlak.
2. Jahil Basit - Berdegil atau keras hati di dlm menerima ilmu dan amal yg baik sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama shj, tidak ada apa2 kesan dan tidak boleh menerima atau melaksanakan sesuatu yg betul di dlm bab aqidah, syariat dan akhlak, samada di ajar atau di tegur.
3. Rabtul A'di - Berpegang teguh pd hukum adat dlm hidup dan kehidupan dgn menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.
Ini semua hanyalah huraian ulama' kalam semata-mata.
tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.
4. Taqlidur Rad'di - Ikut membabi buta tanpa merujuk kpd hukum syarak dan hukum akal serta kpd ulama2 yg faham dan beramal dgn ilmunya.
Kebanyakan ahli sufi termasuk dari golongan ini.
termasuklah org-org seperti baghal &salikin.
5. Tahsinul Aqli - Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias dlm aqidah,syariat dan akhlak.
AlQuran tidak menolak peranan akal asalkan ianya tidak bercanggah dgn AlQuran &Sunnah. ;)
7. Tanasikhul Arwah - Mengiktiqad zat nabi2, wali2 dan malaikat menjelma masuk dlm diri seseorang dan orang yg mendapat penjelmaan itu boleh menzahirkan beberapa yg menyalahi kebiasaan bg membuktikan kebenarannya.
Biasanya,
inilah yg berlaku dlm konsep rabithah.
kononnya seolah-olah mursyid merasuk @bersatu dgn si salik.
teringat pulak dgn lirik lagu dewa:
Ketika kamu aku
melebur menjadi satu
dan hanya waktu yg mungkin bisa
memahami apa yg terjadi
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
750# sirrikhafi
Sungguh teruk sekali perumpamaan anda terhadap diri nabi
nak kena tulih lagi ka hukum fitnah ni???
Tuan kata Saidina Umar mcm2, mementingkan politik lalu meninggalkan Rasulullah saw yg wafat.
saya cakap perbuatan tu bukan meninggalkan terus umpama Tuan meninggalkan guru Tuan..tetapi meninggalkan sekejap krn ada hal, umpama seorg suami yg meninggalkan isterinya untuk pergi bekerja bukan meninggalkan isterinya menjanda..susah sangat ke nak faham..
Apa kena-mengena ngan nabi???
AlQuran hanya menyatakan selawat ke atas nabi shj.
tiada menyebut umar pun.
janganlah kita menokok tambah apa yg tiada di sebut dlm AlQuran
"Allahum masolli'ala Saidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi wassallam"
Saidina Umar bukan sahabat Nabi ka?
Nampaknya Allah pun tidak berkuasa mutlak lagi krn takut disoal siasat oleh sirikapi..Allah terbatas kata2 mengikut Al-Quran...Adakah Allah yg Maha Berkata2 itu, perkataanNya hanya yg meliputi Al-Quran??? DAHSYAT betuiii!!!
Maaf.
kita hanya di tuntut berpegang dgn AlQuran &Sunnah.
Inilah iktiqad sirikapi mengenai sifat Kalam Allah..Allah juga terpaksa mengikut Al-Quran dan hadis
Setahu saya,
tiada lafaz AHLUSSUNNAH.
yg ada hanyalah lafaz AL JAMAAH shj.
AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH adalah tafsirian golongan sunni semata-mata.
Oh ya,
adakah hadis ini bertaraf mutawatir?
jika tidak,
maka ia adalah dalil yg zhonni (samar-samar).
apabila ia adalah dalil yg zhonni, maka ia tidak menghasilkan ilmu yg yaqin.
bila ia tidak menhasilkan ilmu yg yaqin, maka ia tidak boleh lagi di jadikan pegangan mahupun kepercayaan.
fikirlah sendiri
Berikan huraian Tuan dan dalilnya sekali..
sejarah islam mengatakan bahawa nabi adalah seorg yg ummiy.
maka sebetulnya menjadi buta huruf itu adalah Sunnah nabi.
betul tak?
Tidak ada dalam Al-Quran
Sebenarnya,
kebanyakkan sanad org-org sufi terdapat banyak kecacatannya.
sebab itu kamu tak nak tunjuk sebab takut terbongkar kecacatan silsilah sanad guru-guru kamu.
kalau kamu termasuk org-org yg benar, maka kebenaran itu sendiri yg akan terserlah.
berani kerana benar.
takut kerana salah
Teruskan fitnah Tuan..siapa yg salah kesalahannya akan terserlah
Saya hanya membuktikan kecacatan silsilah sanad mereka.
itu shj.
Tidak ada kena mengena ngan saya mahupun ahli sufi |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Akak,
Jgn naik syeikh kak. Naikla kete ke. Moto ke Jwpn utk soklan akak tu syeikh baghal tgh tempekkan. On the way dlm bhs gomen. Maklumlah kami ni sama geng silat upih. Dh kena br t ...
salikin Post at 22-12-2009 16:19
Aik...dah tai chi soklan tu kat aku plak???{:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
Aik...dah tai chi soklan tu kat aku plak???{:3_84:}
baghal Post at 22-12-2009 16:42
Tlg Jwb.....cian kat akak ana_una tu.....
dia nak tau tu.....
nti dtg guru iblis kang kite jgk yg kene blame plak.......
plz..... |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf.
Sifat WUJUD (Ada) tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.
Sifat yang wajib diketahui ialah oleh sekelian mukmin yang baligh berakal ialah 20 sifat yang wajib. Manakala 1 adalah harus iaitu Boleh Memperbuat.
Maaf.
Tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.
ini hanyalah pendapat ulama' kalam semata-mata.
yg Wajib di ketahui hanyalah 99 nama Nya shj.
semuanya qadim dan berdiri di atas Zat yang qadim.
Huraian ini tiada di sebut dlm AlQuran.
Bahawa tawakkal, usaha, berdoa, harap, takut,
syukur dan redha adalah suatu maksud yang bersatu dan tidak bercerai berai.
Hanya tafsiran yg bersifat subjektif semata-mata.
sedangkan dari sisi objektifnya pula,
masing-masing memiliki tafsiran masing-masing mengenai definisi sifat-sifat di atas.
tak perlu kita taksub dgn hanya tafsiran @definisi yg disebutkan di atas shj.
wakaf dan pahala bacaan tahlil/selawat/Al-Qur’an boleh dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia dan akan sampai kepada mereka yang meninggal jika dimohon kepada Allah SWT untuk menyampaikannya.
Menurut imam syafi'e,
bacaan di atas tidak akan sampai kpd si mayat.
Berdoa kepada Allah SWT secara langsung atau bertawassul menggunakan nama Rasul-Rasul, Anbia’, Aulia’, Sholihin dan lain-lain yang berkaitan dengannya adalah sunat hukumnya.
Golongan Wahabi melarang bertawassul kpd org yg mati kerana ia mendekati perbuatan syirik.
Mempercayai kewujudan bumi dan langit.
Maaf.
jika ALLAH tidak menetapkan sifat wujud kpd Diri Nya,
bagaimana makhluk ciptaan Nya boleh menetapkan sifat wujud kpd diri mereka pula?
Anugerah pahala dan dosa termasuk mengutus para Rasul adalah kurnia dan keadilanNya dan bukanlah Allah SWT dipaksa, terpaksa atau menjadi suatu kewajiban.
Sifat Wajib, Mustahil &Harus itu hanyalah hukum akal ciptaan ahli kalam semata-mata.
tak perlu taksub dgnnya.
Namun begitu, kemanusiaan baginda adalah luar biasa dan kuat
AlQuran hanya menyatakan bahawa nabi muhammad itu hanyalah manusia biasa seperti kita.
itu shj.
tak perlu tokok tambah.
Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, maka penggantinya (bukan sebagai Nabi atau Rasul) adalah Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali RADIYALLAHU ANHUM.
Maaf.
hadis saheh ada meriwayatkan bahawa nabi tidak pernah pun memilih sesiapa sebagai khalifah @penggantinya.
ini hanyalah fahaman sunni semata-mata.
tiada bukti kukuh mengenai hal ini.
Wajib diyakini bahawa kesemua sahabat Rasulullah SAW seperti Khulafa Ar Rashidin, Talhah Ibnu Ubaidillah, Zubir Ibnu Awam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad Ibnu Abi Waqash, Said Ibnu Zaid, Abu Ubaidah, Amir Ibnu Jarrah, Zaid Ibnu Tsabit, Ahli Perang Badar dan Uhud, Ahli Baitul Ridhwan dan lain-lain sahabat baginda telah dijamin Syurga.
Tiada di sebut dlm AlQuran.
Dalam soal pertikaian dan peperangan yang terjadi antara para sahabat Rasulullah SAW seumpama Peperangan Jamal antara Siti Aisyah dan Sayyidina Ali, Peperangan Siffin antara Sayyidina Ali dan Mu’awiyah tidak boleh dibahaskan atau disokong mana-mana pihak. Tanggapan yang paling tepat ialah peperangan berkenaan adalah menurut ijtihad masing-masing di mana yang benar mendapat dua pahala dan yang salah mendapat satu pahala sahaja.
Dahsyat!
Perang saudara yg telah menumpahkan darah serta memecah belahkan ummat islam menjadi dua golongan yg terbesar yaitu sunni (penyokong sahabat)& syiah (penyokong Ahlulbait) telah di anggap sebagai ijtihad-ijtihad yg mendapat pahala.
sebetulnya,
Imam ali as lah yg berada di pihak yg benar.
kebenaran itu hanyalah satu shj.
mustahil perkara kebenaran menghasilkan perkara yg bertentangan pula!
Perlu diyakini bahawa sekelian keluarga baginda SAW khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang tertuduh melakukan kesalahan adalah suci bersih dari sebarang noda di mana fitnah ini telah dilancarkan ke atas keluarga Rasulullah SAW adalah direka-reka semata-mata.
Sejarah telah membuktikan bahawa 'A isyah lah yg bertanggungjawab di dlm peristiwa perang jamal.
Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan isteri-isteri nabi supaya tetap di dlm rumah mereka namun sebaliknya ummul mu'minin telah keluar memerangi Imam ali as.
oleh itu,
kita mestilah bersikap adil dlm menilai sejarah &hendaklah mengatakan yg benar walaupun ia pahit di terima.
inilah realiti yg berlaku di dlm sejarah islam.
Menerima Al-Qur’an dan Al-Hadis serta merujuk kepada ijmak ulama dan kias tanpa sebarang keraguan lagi.
Maaf.
Kewajipan muslim hanyalah berpegang dgn AlQuran, Sunnah &Ahlulbait.
itu shj.
tiada kewajipan utk kita berpegang dgn Ijma' mahupun Qias.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 22-12-2009 18:32
Izinkan saya mencelah....
Wajib diyakini bahawa kesemua sahabat Rasulullah SAW seperti Khulafa Ar Rashidin, Talhah Ibnu Ubaidillah, Zubir Ibnu Awam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad Ibnu Abi Waqash, Said Ibnu Zaid, Abu Ubaidah, Amir Ibnu Jarrah, Zaid Ibnu Tsabit, Ahli Perang Badar dan Uhud, Ahli Baitul Ridhwan dan lain-lain sahabat baginda telah dijamin Syurga.
Tiada di sebut dlm AlQuran.
sirrikhafi Post at 22-12-2009 17:13
Sila perhatikan ayat Al-Quran yang ini:
وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٍ۬ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٌ۬‌ۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Aal-e-'Imran, 123)
Allah telah MEMULIAKAN dan memberi pertolongan kepada Para Sahabat (kata JAMAK) dalam Perang Badr untuk mengalahkan tentera Musyrikin.
Allah Berfirman:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh...(At-Taubah, 111)
Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (An-Nisa, 136)
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|