KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2010:
Dengan iringan Alam Band, persembahan artis undangan pada majlis ulang tahun kedua murai.com.my, di Royal Ballroom, Hotel Palace of Golden Horses (POGH), cukup menghiburkan tetamu di kalangan selebriti, pihak penaja, wartawan dan GengMurai.
Tidak dilupakan adalah GengMurai yang menyertai segmen gameshow di pentas bersama Ajieb. Seorang peminat Fath diberi peluang berduet dengan Mila AF dalam lagu Siapa Dia Sebelum Daku. Turut sporting menyertai gameshow itu adalah Isma & Zul SB3 serta Linda Onn dan Lisa Surihani.