|
DAHOLICS ~ AFUNDI DAUS KE 32999 ~ All Da best 4 Daus :pompom:
[Copy link]
|
|
salam & gud morning DAHOLICS....
Tuan Presideng msh tido ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
presideng tgh membuta.....camne nak wat citer tu.....ekekeke  |
|
|
|
|
|
|
|
morning daholics......  |
|
|
|
|
|
|
|
salam dausholics  |
|
|
|
|
|
|
|
nama kelab cam horlicks jer |
|
|
|
|
|
|
|
Aznil: Maulana Belum Ada Star Value
Oleh: Aznil Haji Nawawi
.jpg)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Apabila Pak Nil dapat saja tawaran untuk menjadi pengkitik tetap dan blogger pengkritik Akademi Fantasia 8(AF8) di murai.com.my, Pak Nil agak keberatan nak menerimanya. Sampai Pak Nil terfikir 2 kali.
Terus-terang, Pak Nil bukannya jenis yang suka mengkritik orang lain. Pak Nil lebih gemar memberi pujian. Bagaimanapun, selepas difikirkan semula, apa salah kalau Pak Nil mengkritik untuk kebaikan. Lagi pun, Pak Nil sendiri ada pengalaman 5 tahun dalam mengendalikan program ini. Jadi, Pak Nil pun terpanggil untuk menyahut cabaran ini.
Sebelum itu, Pak Nil nak pesan pada semua, kritikan Pak Nil lebih menjurus kepada diri Pak Nil yang mewakili penonton. Bagi Pak Nil, penonton kurang peduli tentang piching lari, tempo atau teknikal dalam bidang nyanyian. Mereka hanya tahu samaada mereka suka atau menyampah serta adakah pelajar tersebut buang masa dipentas? Senang cerita, penonton hanya tahu pelajar tersebut ada potensi untuk disokong atau tidak. Sokongan tersebut tak kisahlah pada wajah comel, penampilan cantik atau sebagainya.
Oleh itu, sekali lagi, Pak Nil menegaskan, Pak Nil hanya mewakili penonton. Kritikan Pak Nil lebih ke arah itu. Tidak pula pada kritikan Adlin Aman Ramlie yang berpengetahuan luas dalam bidang teater dan persembahan serta Ning Baizura yang cukup pakar dalam bidang teknikal vokal.
Secara menyeluruh, Pak Nil merasakan konsert tirai Sabtu lalu (13 Mac 2010) adalah medan setiap pelajar memperkenalkan kehebatan masing-masing. Sebab itulah, lagu yang dinyanyikan adalah lagu pilihan sendiri dan lebih kepada lagu cari makan mereka mereka. Pun begitu, Pak Nil rasa sepatutnya mereka perlu lebih bijak untuk memilih lagu yang boleh menonjolkan kehebatan tersendiri.
Bagi Pak Nil, Farina yang memulakan persembahan ada tone suara yang sedap. Namun, persembahannya sekadar biasa-biasa saja. Lagi pun, lagu Tiada Lagi dah banyak sangat orang nyanyi. Nyanyian Farina pula sama boleh dikatakan seperti orang penyanyi lain yang pernah menyanyikan lagu ini. Setahu Pak Nil, Rubisa AF7 pernah menyanyikan lagu tersebut.
Pandangan Pak Nil, lagu ini sesuai dengan Farina tapi tak menyerlahkan kemampuan vokalnya. Sejujurnya, Pak Nil tak tahu apa yang mahu ditonjolkan Farina pada malam itu.
Untuk Shah pula, Pak Nil rasa dia ni agak mengelupuh di pentas. Pergerakkan Shah seperti tidak dirancang. Namun, Shah ada tone suara yang sedap didengar. Yang bagusnya tentang Shah, dia ada keberanian dan kesungguhan untuk menggunakan ruang pentas.
Persembahan Anum pula seperti di luar kotak. Pak Nil dapat agak, semua orang mesti tidak menduga Anum boleh mempamerkan persembahan sebegitu. Pak Nil rasa, Anum perlu pandai mengimbangi persembahannya supaya tak nampak lucu dan kelakar. Tetapi...Anum berjaya membuatkan orang teringat padanya iaitu dia adalah pelajar AF8 yang menyanyi berguling-guling di lantai.
Mmmm...Daus pula boleh dikatakan silap menggunakan gelanggang. Sepatutnya, Daus perlu ambil peluang ini untuk menampilkan diri dia yang sebenarnya. Pak Nil rasa Daus sudah tersilap pilih lagu. Lagu ini langsung tak sesuai dengan dirinya. Kalau boleh Pak Nil nak lihat kelebihan Daus pada konsert minggu depan.
Pemilihan lagu Ema pula dianggap sebagai lagu yang agak kurang popular. Namun, Pak Nil nampak, lagu itu menguji gaya vokal Ema. Pak Nil dapati sebutan Ema sewaktu menyanyikan lagu ini tidak jelas dan tak bulat. Sebutannya diganggu dengan jeritan yang terlebih-lebih. Kesimpulannya, Pak Nil lihat Ema dah macam mengilai-gilai saja di tengah pentas.
Si adik Ema, Adira pula persembahan dah macam Stacy. Bagaimanapun, Adira tak boleh lawan Stacy kerana juara AF6 ni ada suara mantap dan pergerakkan tarian yang meletup. Adira sama seperti Daus iaitu silap pilih lagu. Cara nyanyian Adira sekadar menyanyi saja dan tidak menggunakan kebolehan vokalnya untuk merdukan lagu ini.
Maulana mempunyai suara sedap. Pada Pak Nil, Maulana tak ada stage presentation yang baik. Pak Nil tengok, Maulana telah membawa masuk cara dia berjalan diluar ke atas pentas. Maulana tak ada Star Value. Mmm... Mungkin masih belum keluar lagi kot.
Lain pula untuk Alif. Dia ada star value. Keyakinan Alif bergerak dan pengawalan pentasnya memang bagus. Cuma Pak Nil rasa itu bukan suara sebenar Alif. Pak Nil tak dapat nak tangkap suaranya dengan lagu rancak sebegini.
Nad pula dari mula lagi tak ada keyakinan. Pak Nil nampak Nad masih teragak-agak dari mula persembahan sehinggalah tamat. Pak Nil nasihatkan agar Nad mencari percikan bintang supaya penonton boleh kenal siapa Nad sebenarnya.
Pada Pak Nil, Iwan pula boleh menjadi idola anak muda masa kini. Iwan paling boleh menyanyi dan mempunyai pakej yang lengkap. Suara dia boleh tahan sedap cuma Pak Nil difahamkan malam itu dia sakit tekak. Jadi suaranya tak keluar habis. Namun, dia ala-ala Dafi sebab tak perlu nyanyi lagu tinggi-tinggi pun orang semua dah suka.
Si Shahir pula mempunyai suara yang merdu tapi persembahannya mempunyai terlalu sopan. Pak Nil lihat...Shahir menyanyi hanya nak bersih saja. Shahir perlu cabar diri untuk buat lebih.
Ain pula adalah bintang pada malam itu. Konsert tirai adalah miliknya. Semua orang nampak Ain. Dia mempunyai kawalan pentas bagus. Apa yang Ain beri tak lebih dan tak kurang. Semuanya seimbang. Pak Nil menunggu persembahan Ain untuk lagu genre lain.
Dari segi gandingan Sarimah dan Jimmy..Pak Nil faham dengan masalah yang mereka hadapi waktu itu. Mereka ada masalah masa konsert yang perlu diselesaikan dalam tempoh 1 ½ jam saja. Mereka tak boleh nak buat apa. Semua orang terkejar-kejar masa.
Bagi Pak Nil, Sarimah dan Jimmy boleh berinteraksi dengan baik tetapi ruang hanya terbuka lebih untuk memperkenalkan pelajar saja. Mereka sendiri tak ada masa nak kenalkan kebolehan masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
nama kelab cam horlicks jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|