Sungguhpun gagal memenangi gelaran Artis Lelaki Baru Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009), namun rezeki Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 19, dalam bidang nyanyian tetap murah.
Apa tidaknya, anak muda dari Selatan Semenanjung ini baru saja terpilih sebagai penyanyi utama dalam konsert Wall's Cornetto, Take a Chance Show Your Love yang akan berlangsung di tingkat atas bumbung Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur pada Sabtu, 19 Jun 2010, bermula jam 7.30 malam.
Pun begitu,memandangkan Akim bakal menjadi tumpuan dalam konsert ini, timbul pula cerita Akim telah meminta diberikan layanan sebagai VIP berbanding artis lain yang turut membuat persembahan pada malam itu seperti Mila, Dafi, Bunkface, Aizat dan Shila OIAM.
Menjawab persoalan ini, Akim yang baru saja muncul dengan single terbaru, Inilah Cinta dengan tenang menafikan tentang hal tersebut. Malah, Akim yang sudah sepenuhnya menetap di Kuala Lumpur selama sebulan memberitahu bahawa isu sebegini tidak sepatutnya timbul kerana ia merupakan konsert istimewa yang menggabungkan artis-artis baru yang sedang mencipta nama.
"Walaupun Akim menjadi artis utama, Akim tak pernah meminta layanan VIP pun. Akim tahu Akim adalah yang paling junior dan belum pernah menerima apa-apa anugerah. Akim ni melayan artis jemputan sebagai tetamu yang hadir ke keluarga Wall's. Akim hormat mereka (artis senior). Dan, Akim pula ibarat salah seorang ahli keluarga Wall's. Akim pun hormat mereka sebagai salah seorang senior dalam konsert ini.
"Lagi pun, kami ni semua dalam satu industri yang sama. Bagi Akim, setiap yang dijemput menyanyi untuk konsert ini mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Secara peribadi, Akim merasakan kalau kami semua bergabung, sesuatu yang meletup bakal meletus.
"Akim bukannya tidak boleh buat konsert secara solo. Akim tahu kekuatan Akim. Anggaplah konsert ini boleh meledak seperti konsert Double Trouble 2010 yang menggabungkan kumpulan Search dan Wings. Akim pun tak pernah terfikir siapa tumpang populariti siapa. Akim memang rapat dengan Mila, Aizat, Bunkface, Dafi dan Shila. Kami semua bagaikan kawan," katanya.
Menceritakan penglibatannya bersama artis lain, Akim berterus-terang tidak pernah memilih siapa artis yang mahu disatukan di pentas yang sama. Malah, Akim menegaskan bahawa dia hanya mengetahui nama-nama artis ini selepas menghadiri sidang media yang diadakan pada 22 April lalu di Rootz, Lot 10, Kuala Lumpur.
"Akim hanya tahu Akim terlibat selepas Akim menandatangi kontrak dengan Wall's. Akim tak pernah tahu artis-artis ini akan turut serta bersama Akim. Insya-Allah, masa konsert ini nanti Akim akan menyanyikan lagu Inilah Cinta dan berduet dengan beberapa artis lain," ujarnya.
Menambah cerita, Akim tidak kisah sekiranya ada di antara artis jemputan yang hadir pada malam itu yang mahu over shadow dirinya sebagai artis utama. Malah, Akim sendiri tahu setiap artis ini mempunyai kekuatan masing-masing serta cuba untuk menampilkan persembahan yang mantap untuk peminat yang hadir.
"Tak kisahlah dia orang nak over shadow ke tidak. Yang penting, Akim mahu konsert ini jadi havoc nanti," katanya.
Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menonton konsert ini, jangan lupa dapatkan tiket konsert berkenaan dengan pembelian dua Wall's Cornetto yang mana membolehkan anda untuk menukarkannya dengan sekeping tiket konsert. Pembelian ini boleh dibuat di semua rangkaian kedai 7-Eleven, stesen minyak Petronas dan Shell.
CINTA sesama artis adakala mengelirukan. Adakah mereka ikhlas bercinta, cinta untuk menang anugerah, cinta untuk mencari popularit, sekadar cinta lokasi atau cinta 'coverline' kerana hendak menyembunyikan sesuatu.
Apa yang SS maksudkan dengan cinta hendak menang anugerah ialah apabila dah dekat nama mereka dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ada yang sanggup mengaku bercinta. Bukannya apa, senanglah dapat publisiti daripada media. Selepas dah menang anugerah, mulalah buat cerita yang mereka tidak sehaluan lagi.
Tetapi cinta antara Akim dan Stacy ini, SS tak tahu hendak kategorikan yang mana satu kerana sekejap SS dengar mereka bercinta, sekejap lagi putus. Khabar terbaru, kononnya Akim baru putus cinta dengan kekasihnya kerana ingin kembali memburu cinta Stacy. Kisah cinta mereka ini membuatkan SS keliru, bila masa mereka bercinta dan bila masa mereka putus? Apabila ditanya masing-masing tak mengaku tetapi kawan sekeliling mereka beritahu memang mereka ada hubungan istimewa. Yang mana satu betul, SS pun tak tahu.
Pada SS macam ini sajalah, lebih baik Akim dan Stacy tumpukan pada kerjaya kerana kerja artis ini bermusim. Tengah laku ini baik buat duit banyak-banyak. Jika ada jodoh pasti tidak akan ke mana.
Sebagai lelaki, Akim perlu ada pendirian, jangan melayan wanita seperti barang permainan. Sekejap nak yang itu, kejap lagi bosan tukar dengan yang lain pula. Sebelum reputasi tercemar, lebih baik berhati-hati kerana masyarakat hari ini cepat muak dengan perangai artis sekarang yang entah apa-apa. Gunalah populariti untuk mencari rezeki yang halal dan bukannya untuk menabur cinta sana sini.
selamat pagi semua warga istana
Dah lama sgt tak masuk istana ni....anyway, rasenya belum terlewat lg nk ucapkan tahniah kt gafimmers sbb berjaya gak wat mini ghatering kt KLCC sambil tgk movie "jumbo gajah biru"...
Thanks to dindew Aryn sbb sudi jemput kandew & fikri....
Lastly but not least" congratulations to our Soltan Kentang for his latest single "inilah cinta"...he looks so cute & adorable in that VC ! keep up your good work...