CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 1-10-2010 10:17 PM | Show all posts
Dari khutbah di atas dapat kita rumuskan bagaimana Rasulullah saw berpesan kepada umatnya untuk menjaga nilai-nilai persaudaraan, hak-hak asasi manusia , kehormatan manusia yang lain baik secara individu, dalam keluarga dan dalam masyarakat.

Pesan kemanusiaan inilah yang merupakan intisari dari ibadah haji. Haji mabrur juga merupakan aplikasi daripada khutbah Arafah, sebab kalimat "mabrur" itu bermakna "berbuat baik kepada orang lain".

Kalau kita berbuat baik kepada orang lain... sudah tentunya kita akan bersifat "lebih baik" kepada diri sendiri. Secara tidak langsung... menjadikan kita orang yang lebih baik... itulah Haji Mabrur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 11:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 1-10-2010 23:08

" Arafah memang istimewa. Terkenang saya saat2 berdoa selepas khutbah selepas zohor... kami dalam khemah... pakcik2 yg dah tua2... termasuk dengan saya sekali... kami ramai2 boleh nangis... nangis beria punya...air mata mengalir di pipi tanpa putus... terkenang dosa... terkenang amalan... terkenang ibu bapa... terkenang segalanya... suasana penuh keinsafan... suasana penuh kesedihan... itu saat paling indah buat kami. Bayangkan... saya bersama rakan jawa tepi yang kerjanya hari2 buat lawak dan gelak2... masa tu kami boleh nangis terisak-isak.."Reply 739# ustaz


Benar sungguh kata-kata isteri ustaz tu. Arafah memang istimewa dan kakak masih menyimpan impian untuk berada di Padang Arafah lagi, InsyaAllah, semoga ada keizinan dariNya.

Apa yang ustaz lalui di atas mengingatkan kakak situasi yang sama yang kakak lalui hampir 20 tahun yang lalu.  Masih segar dalam ingatan. Penuh dengan air mata dan tangisan. Selepas zohor di dalam sebuah khemah,  kami berzikir dan bermunajat dengan diketuai seorang tok guru hinggalah ke Asar tanpa makan.  Selepas itu baru kami menyedari jemaah-jemaah di khemah lain  telah selesai minum petang dengan maggi mee.  Sebenarnya kami juga tidak mengambil minuman petang ketika itu kerana tidak pula  merasa lapar.

Kepada  rakan-rakan bakal haji semua, manfaatkanlah masa yang begitu berharga di Padang Arafah nanti. Serahkan diri,  jiwa dan raga sepenuhnya kepada Yang Maha Agong dan Yang Maha Berkuasa. Hayatilah dan muhasabahlah diri sepenuhnya, InsyaAllah, kalian akan merasai seumpama sesuatu  yang baru nanti, yang sukar dilahir dengan kata-kata....

Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan ibadah haji rakan-rakan semua
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 07:23 AM | Show all posts
Betul kata2 Kak Ros tu...

Carilah keistimewaan di Arafah... jangan harapkan keistimewaan tu datang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 10:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Mimi nak tanya skit..Ada tak kawan2 kat sini yg pernah dengar tentang jenis2 doa khusus yg mustajab didoakan di tempat2 tertentu? Sbg contoh, di telaga zam zam mustajab untuk berdoa murah rezeki, dll..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:29 AM | Show all posts
Saya pernah terbaca tentang hajat doa di tempat2 tertentu, namun saya tidak dapat nak pastikan kesahihannya.

Namun, secara umumnya keseluruhan tempat di Masjidil Haram adalah mustajab untuk berdoa. Insya Allah, jika kita berdoa dengan sungguh-sungguh dan tidak melakukan sebarang maksiat, Allah akan mengabulkan doa kita.

Namun demikian ada 3 jenis doa...

Pertama, ada doa yang dikabulkan Allah secara langsung.
Kedua, doa yang akan dikabulkan ketika di akhirat nanti.
Ketiga, doa yang diganti dengan kebaikan yang lain. Kita harus faham Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Apa2 pun kita wajib menyakini bahawa doa kita kehadirat Allah SWT akan dikabulkanNya. Dalam Al-Quran pun ada sebut "Berdoalah kepadaKu, niscaya Aku kabulkan".
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:39 AM | Show all posts
Selain dari banyak berdoa ketika di sana, saya juga sarankan kepada para jamaah agar perbanyakkan tawaf dan pandangilah Kaabah ketika tawaf. Ada riwayat yang menyebut yang kita akan dapat 60 rahmat utk tawaf, 40 untuk solat dan 20 utk memangdang Kaabah. Jadi kalau kita tawaf sambil memandang Kaabah, insyaAllah rahmat yang kita dapat adalah 60+20, bukan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2010 09:43 AM | Show all posts
Juga, kita kena ingat yang Kaabah juga adalah pusat ibadah untuk para malaikat. Maka setiap yang kita doa itu, insyaAllah, para malaikat akan mengaminkan doa kita dan membawanya ke langit. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:56 AM | Show all posts
Pada saya seluruh tempat di Masjidil Haram adalah mustajab, namun ada beberapa tempat yang secara khusus dalam Al Quran dan Hadis disebutkan sebagai tempat2 musatajab antaraya:
1. Multazam
Rasulullah saw bersabda: "Multazam adalah tempat doa yang mustajab, tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul doanya".
2. Hijir Ismail
Sabda Nabi saw ketika Aisyah ra minta izin kepada Rasulullah untuk masuk ke Kaabah untuk solat, maka Nabi saw membawa Aisyah ke Hijir Ismail, dan berkata " Solatlah kamu di sini, kalau ingin solat di Kaabah karana ini termasuk sebahagian dari Kaabah". (HR. Turmidzi).
3. Makam Ibrahim

Seperti di Masjidil Haram, seluruh tempat di Masjid Nabawi juga merupakan tempat mustajab untuk berdoa. Namun demikian, ada juga tempat yang secara khusus disebutkan dalam hadis bahawa Raudhah merupakan tempat yang paling mustajabi.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda "Di antara rumah dan mimbarku adalah taman di antara taman2 syurga, dan mimbarku di atas telagaku".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 10:30 AM | Show all posts
Kepada bakal2 haji... diingatkan lazimnya ketika di Mina terdapat banyak kes2 orang sesat. Lebih2 lagi dari golongan2 tua. Ini adalah kerana:
1) Rupa khemah semua sama
2) Tak ingat nombor maktab dan khemah

Jadi kalau kita terjumpa orang2 tua yang tersesat, bawaklah dia terus ke markas TH untuk semakkan tempat tinggalnya, petugas TH akan menghantar mereka ke khemah mereka.

Lagi satu, kekadang mereka malu nak bertanya... jadi kalau ternampak jemaah Malaysia yg mukanya agak konpius atau panik, tegurlah dulu.

Ingatlah di Mina terdapat berjuta2 umat, dan kebanyakkan adalah orang2 tua. Kita yang masih bertenaga ni patut lebih menyumbangkan sedikit tenaga kita.

Dulu pernah ada kes jemaah Malaysia sesat di Jamrah, hari ketiga baru pulang dan masih dalam ihram lagi. Kita tak tahu dia tidur di mana, makan ke tidak, mandi ke tidak... kesian dia.

Ada kes lain... jemaah Malaysia sesat di Jamrah, sekali bila terjumpa terus bawak ke hospital. Di hospital dia yakin sangat yang dia berada di Malaysia. Doktor terus sahkan kurang waras dan bawak balik ke Mekah. Haji dia batal dan dia kena buat balik haji pada tahun berikutnya. Itu pun kalau dia sudah waras.

Ada kes di Arafah, seorang tua alih2 pakai baju kemeja. Ramai tegur dia tak boleh pakai baju, dia buat dek je. Sah nyanyuk dan dia terus kena bawak ke Mekah. Haji dia batal dan anak2 dia kena upah badal haji pada tahun berikutnya.

Saya dulu masa kat Mina pakai walkie talkie dengan isteri saya. Senang nak borak2 dgn dia pasal kita khemah berasingan. Cuma masalah walkie talkie ni, satu dunia dengar perbualan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:42 AM | Show all posts
Tip2 lain yg boleh saya kongsi terutama utk pada jemaah yang pertama kalinya ke Haramain:
1. Ketika pertama kali masuk Masjidil Haram, Ingatlah nombor pintu masuk, kalau boleh tulis jika anda pelupa. Jadikan pintu tersebut sebagai tempat janji dengan pasangan kita apabila selasai beribadah.
2. Bawalah selipar anda setiap kali masuk Masjidil Haram dan letak di tempat paling dekat dengan pintu keluar atau tempat anda beriktikaf. Kalau boleh uncangnya biarlah lain dari orang lain. Dulu saya buat uncang sendiri. Biasanya orang bukan niat untuk mencuri, cuma mereka tersalah ambil kerana selipar mungkin sama. Jadi kalau masuk dalam uncang unik, insyaAllah selamat. Kalau nak bawa sekali utk beribadat boleh, syaratnya anda kena yakin tiada najis pada selipar tersebut. Biasanya sebelum masuk masjid saya akan tepuk dan lihat dulu. Saya yakin bersih, saya pun bawak sekali masa tawaf.
3. Buat mereka2 yang kurang yakin, sebaiknya pergilah berteman. Kaum muslimat memang wajib berteman... jangan sekali2 pergi sorang.
5. Lebih elok kalau masing2 pegang handphone. Belilah simcard sana, lagi murah utk berhubung. Kalau nak sms Malaysia pun murah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 07:40 PM | Show all posts
Reply  HUSSAINTAHIR


Assalamualaikum Sain,

Kejadian itu berlaku tak silap ibu hariraya keemp ...
Rosputih Post at 26-9-2010 10:06


yg kes budak algeria tu yg ni k?

JEDDAH: Seorang pekerja warga Yaman dituduh menyebabkan seorang gadis Algeria meninggal dunia, semalam.Pihak pendakwa raya Arab Saudi menuduh pekerja Hotel Dar Al-Muhajireen itu mengganggu gadis berusia 15 tahun berkenaan sehingga dia maut ketika cuba mel...arikan diri daripada lelaki terbabit.Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan Awam dalam kenyataan pertama dikeluarkan sejak kematian gadis itu pada 14 September lalu berkata, lelaki itu akan didakwa di mahkamah sebaik siasatan selesai.“Pihak pendakwa raya akan menuntut hukuman yang berat ke atas pekerja itu,” lapor kenyataan itu.“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi, gadis itu jatuh dari bilik hotel ketika cuba melarikan diri daripadanya,” kata jurucakap suruhanjaya.Penyiasat Saudi menuduh pekerja warga Yaman itu cuba melakukan khalwat apabila dia menggoda seorang gadis bawah umur. Gadis itu mengikuti keluarganya ke Makkah untuk menunaikan umrah. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:07 PM | Show all posts
Reply 751# farmasi

Farmasi,

Betul  rasanya berita itu mengenai kes  yang ibu ceritakan tu.  Petang tadi ibu baru je upload gambar di facebook lokasi hotel tempat berlakunya  kejadian tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:53 PM | Show all posts
assalamualaikum..

tima kasih pada kawan2 yg berkongsi pengalaman dan ilmu2 haji. Alhamdulillah, banyak membantu dan mengingatkan semula mana2 yg dh terlupa dr kursus haji yg lalu. Lately, TV dan radio pun banyak bagi ceramah2 bab2 permasalahan haji.. tu pun turut membantu jugak.

hanni nk tanya dgn rakan2 berkaitan dgn isu haid. Nak tanya pandangan, perlu tak dgn bantuan ubat utk tahan@ adjust haid utk tempoh haji? Atau biarkan saje 'dia' dtg secara natural? Dilema plak rasanya. Yelah kalo ikutkan mmg nk sgt time haji tu dlm keadaan bersih...menikmati kemanisan beribadah pada waktu kemuncak haji tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:37 AM | Show all posts
Mengenai pengambilan pengawalan haid bergantung kepada individu.

Sepupu saya yang pergi haji bersama saya dulu teringin sangat nak dapatkan 40 waktu di  Masjid Nabawi. Dia hanya berdoa dan bernazar setiap solat fardu yang dia dapat tunaikan, dia akan bersedekah 5 rial ke pekerja masjid. Alhamdulillah dia cukup 40 solat fardu.

Sebab itu saya sarankan perbanyakkan berdoa dan yakin.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:11 PM | Show all posts
dlm blog hjarshad ada diajarkan petua/bacaan...nk tahan haid.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 05:36 PM | Show all posts
alhamdulillah PIL adnil dapat seruan haji lagi sekali ...insyallah mereka akan bertolak pada 22/10 dan kembali pada 6/12.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 05:48 PM | Show all posts
PIL adnil pergi ikut package mana?
Pertama kali pergi dulu bila?
Semoga dipermudahkan segala urusan dan pulang dengan haji mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 06:00 PM | Show all posts
Reply 757# ustaz


tabung haji @ muasassah rasanya ustaz.... first time pegi dulu dgn tabung haji gak kalau tak salah... tahun 1997 rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah... bertuahnya dapat terpilih mengikuti Muasassah. Memang susah nak dapat muasassah ni, lebih2 lagi kalau untuk kali kedua kerana senarai menunggu yang panjang. Saya dulu ikut muasassah juga. Tinggal 8 orang sebilik, tapi dapat tinggal di hotel 5 bintang di Madinah. Di Arafah dan Mina nanti penempatan terlampau padat macam sadin hinggakan bila tidur tak dapat pusing... tidur tegak je. Namun itu merupakan pengalaman paling manis saya.

(Nota: PIL = Parents-In-Law)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:30 PM | Show all posts
Reply  farmasi

Farmasi,

Betul  rasanya berita itu mengenai kes  yang ibu ceritakan tu.  Petan ...
Rosputih Post at 3-10-2010 22:07



Salam Kak Ros..
Banyak gambar Umrah kat FB Kak Ros..
Jazakillah...

   

Kak Ros nak tanya..
Gambar ni Azie ambil dari PDKM..(Terima kasih CL)
Masa Kak Ros kat sana dah ada ke Kipas Kipas ni..
Tapi masa Azie disana Awal Ramadan tak de lagi..
Alhamdulillah..dapat memberi keselesaan beribadah kepada Tetamu Allah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058877 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list