CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2023 04:29 PM | Show all posts
Tugas kami sudah selesai, terserahlah kepada Najib - Tengku Maimun
BERNAMA


Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Man ketika sidang media pada Majlis Perasmian Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Petisyen difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD), yang memohon beliau dibebaskan daripada penjara atau kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya dibicarakan semula, tidak menjejaskan badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya pada 23 Ogos tahun lalu, "terserahlah kepada Najib" untuk mengambil apa-apa tindakan.

"Tugas kami sudah selesai. Kami sudah melaksanakan tanggungjawab kami dari segi memutuskan kes itu. Apa sahaja yang beliau mahu lakukan, apa sahaja jalan yang beliau mahu lalui, itu di luar kuasa kami," kata beliau pada sidang media selepas berucap pada majlis perasmian Tahun Undang-undang 2023, di sini hari ini.

Minggu lepas, bekas perdana menteri, melalui Tetuan Shafee & Co, memfailkan petisyen di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva secara digital.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu sidang akhbar bahawa anak guamnya memfailkan petisyen itu untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula susulan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bercanggah dengan peraturan keadilan antarabangsa.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... najib-tengku-maimun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2023 04:29 PM | Show all posts
tak habis2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:58 PM | Show all posts
cuaca dah redup sikit
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:00 PM | Show all posts
Satelit dijangka terhempas di bumi esok

Agensi



SATELIT Earth Radiation Budget (ERBS). FOTO Ihsan Nasa



Washington: Selepas hampir empat dekad dilancarkan ke ruang angkasa, Satelit Earth Radiation Budget (ERBS) diramalkan terhempas di bumi, esok.

ERBS yang dilancarkan ke orbit terendah bumi pada 5 Oktober 1984 bagi mengukur kadar tenaga radiasi bumi ditetapkan untuk terhempas dari ruang angkasa.

Jabatan Pertahanan Amerika meramalkan, satelit itu akan memasuki semula ruang atmosfera kira-kira 6.40 petang EST (5.10 pagi) esok dengan kadar ketidakpastian +/- 17 jam.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) meramalkan, satelit itu dijangka terbakar sepenuhnya di langit selepas masuk semula ke atmosfera bumi.

"Pasukan menjangkakan kebanyakan satelit akan terbakar semasa ia bergerak melalui atmosfera, tetapi beberapa komponen dijangka masih ada ketika masuk semula ke ruang udara bumi.

"Risiko bahaya kepada mana-mana pihak di bumi adalah sangat rendah iaitu kira-kira satu dalam 9,400 orang," kata Nasa dalam satu kenyataan.

Nasa berkata, ERBS berjaya melebihi jangka hayat perkhidmatannya selama dua tahun sehingga mampu beroperasi selepas jangkaan 'persaraannya' pada 2005.

"Pemerhatiannya membantu penyelidik mengukur kesan aktiviti manusia terhadap keseimbangan radiasi bumi.

"Nasa terus membina kejayaan misi ERBE dengan projek termasuk rangkaian instrumen satelit Clouds dan Earth's Radiant Energy System (CERES) semasa," kata Nasa.

ERBS secara aktif menyiasat bagaimana bumi menyerap dan memancarkan tenaga daripada matahari dan membuat pengukuran ozon stratosfera, wap air, nitrogen dioksida dan aerosol.

Pelancarannya sebahagian daripada misi Earth Radiation Budget Experiment (ERBE) membabitkan tiga satelit Nasa.

Kapal angkasa itu membawa tiga instrumen iaitu dua untuk mengukur kadar tenaga radiasi bumi manakala satu untuk mengukur juzuk stratosfera termasuk ozon.

Data yang dikumpul kapal angkasa membantu membentuk Perjanjian Protokol Montreal antarabangsa, mengakibatkan penurunan dramatik penggunaan klorofluorokarbon yang memusnahkan ozon di seluruh dunia.


Disiarkan pada: Januari 8, 2023 @ 10:47am




Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:01 PM | Show all posts
janganlah terhempas kt area asia tenggara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2023 05:02 PM | Show all posts
artikel kt page sebelah kata mgkn jatuh kt korea selatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:02 PM | Show all posts
semoga negara kita dilindungi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 05:04 PM | Show all posts
Rezeki Intan Syafienaz dipelawa naiki helikopter[



INTAN Syafienaz merasai pengalaman berada dalam helikopter TLDM tercapai apabila dia diberi peluang menaiki aset tentera itu pada Hari Terbuka Armada (HTA) di Pangkalan TLDM, Lumut pada 31 Disember lalu. FOTO Ihsan Intan Syafienaz






Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2023 05:16 PM | Show all posts
Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$114.6 bilion



Bank Negara Malaysia (BNM) -NSTP/Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.6 bilion pada 30 Disember 2022 daripada AS$110.3 bilion dicatatkan pada 15 Disember 2022.

Menurut bank pusat itu dalam kenyataan hari ini, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan serta satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek," katanya.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.6 bilion).


Aset berkenaan terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM503.29 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.94 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.69 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM72.06 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM153.10 bilion), mata wang dalam edaran (RM162.07 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM221.89 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.22 bilion), deposit lain (RM37.29 bilion), kertas Bank Negara (RM6.65 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.40 bilion).

https://www.bharian.com.my/bisne ... epada-as1146-bilion

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2023 05:17 PM | Show all posts
semoga ekonomi malaysia semakin baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2023 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2023 05:23 PM | Show all posts

Gambar hiasan.


Amaran ribut petir di 8 negeri petang ini

    Oleh KOSMO!
    9 Januari 2023, 3:55 pm



PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan melibatkan lapan negeri termasuk Sabah menjelang petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui Facebook rasminya sebentar tadi memaklumkan amaran tersebut dikeluarkan sehingga pukul 5 petang nanti.

“Antara negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah.

“Di Kelantan daerah terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu adalah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi Pahang daerah yang terlibat adalah, Tanah Tinggi Cameron dan Bentong. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... egeri-petang-ini-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2023 05:23 PM | Show all posts
berhati hati semua


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2023 05:24 PM | Show all posts


Romli (kanan) menunjukkan tangki yang diubah suai di dalam bot nelayan bagi melakukan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Kangar baru-baru ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:24 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 9-1-2023 04:28 AM
kita tunggu mlm 31 ogos kot2 ada bunga api.

ya la kan

mana tahu ada lak kali ni

at least ada la 1 kan dr x de langsung
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:25 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 9-1-2023 04:30 AM
tp skrg tak lelap lg
sb masa maghrib dah minum nescafe 3 in 1.
dapatlah juga reply kt PT  ...

tahannya mata zura

kalau mira dh pening dh ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:26 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 9-1-2023 04:31 AM
tmpt yg mira kata tak ramai org tu eh.

ya la kat situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.625836 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list