sapa dah beli buku biografi Dato tu? aku cari kat cheras selatan dah abis versi english, tinggal versi mandarin jer. kat sg petani aku cari tak sampai lagi katanya... hampes betul
speckie Post at 25-1-2012 10:30
hujung minggu lepas tak sempat nak beli lah... laku jugak ekk biografi datuk.. masyuk masyuk...
tu ler...dato ramai peminat, buku cepat habis huhuuhuuuu...mana mau cari lagik nih. seram plak tgk avatar ko tu heheheheeh
speckie Post at 25-1-2012 16:48
Beri laluan rakan kutip mata untuk ke Olimpik London
TEKA-TEKI sama ada China menyenaraikan Lin Dan beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber di Macau dari 13 hingga 19 Februari ini akhirnya terjawab apabila bintang sensasi itu disisihkan daripada pasukan Naga Merah.
Sebaliknya, China yang sudah layak ke pusingan akhir atas tiket juara bertahan dan tuan rumah Mei depan menyenaraikan bintang nombor dua, Cheng Long mengetuai senarai pemain perseorangan diikuti Chen Jin, Du Pengyu dan Wang Zhengming.
Ketua jurulatih negara, Rashid Sidek bagaimanapun menegaskan tindakan China mengetepikan juara dunia empat kali dan pemenang emas Sukan Olimpik 2008 itu bukan satu kejutan kerana sudah menduga sejak awal negara Tembok Besar itu akan berbuat demikian.
“Mereka mahu tiga wakil beraksi di Sukan Olimpik Julai depan. Jadi, dengan kedudukan Lin Dan sudah terjamin ke Olimpik, sudah tentu mereka mahu Cheng Long dan Chen Jin mengukuhkan kedudukan masing-masing kerana pusingan kelayakan ini turut menawarkan mata ke temasya berprestij itu.
“Ini adalah strategi mereka beraksi di pusingan kelayakan ini walaupun mereka sebenarnya tidak perlu berbuat demikian kerana sudah layak ke pusingan akhir secara automatik atas tiket tuan rumah dan juara bertahan,” katanya.
Berdasarkan peraturan, sekiranya sesebuah negara memiliki tiga pemain berada di kelompok empat teratas dunia, mereka boleh menyenaraikan tiga wakil maksimum di Sukan Olimpik dan China jelas mahu menggunakan kelebihan itu dengan Chen Long dan Chen Jin kini berpeluang menemani Lin Dan kerana masing-masing menduduki ranking ketiga dan kelima dunia.
Rashid juga menegaskan dia juga sudah menjangkakan senarai pemain perseorangan yang akan mengibarkan cabaran Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Thailand dan Taiwan yang menjadi pencabar kepada skuad negara dalam memburu empat tiket ke pusingan akhir.
Andai skuad negara yang diterajui pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei gagal melepasi halangan pusingan kelayakan ini, ia bakal mencatat sejarah hitam badminton negara apabila pertama kali gagal mara sejak format baru piala berprestij ini diperkenalkan pada 1984.
kat MPH minggu ni ... buku datuk ranking no.2 tuk non-fiction .. kalah ngan steve jobs ..
tuk local authors datuk champion kalahkan tokdet ...
congrats datuk {:4_181:}
tak taw lak camne dia arrange..waktu suku ...
miyoma Post at 20-1-2012 01:14
dapat salam ngan dia tak ? bestnyeeee ..jelessss ...
kebanyakannye mmg datang nak tengok datuk main je .... yelah kan sebelum datuk bersara ....
aku wat spekulasi sendiri yg masa final tu datuk main 2nd last dan bukannye last sbb org vvip itewwww ... hanya spekulasi ekkk
Persatuan buat keputusan bertentangan kehendak Zolkples isu ...
dah MSN pulak terguris hati... mcm2 lah diaorg ni... tapi aku rasa thomas cuop qualifying tu sesuai utk datuk prepare utk all england... lagipun nak harap singles yg lain... nan hadoooo...
wawaKKK Post at 20-1-2012 09:08
dorang ni mmg sikit2 terguris la tergores la .... ada aku kesah ko nak terguris {:4_192:}
betul tu wawa ...bulan feb bukannye ada tournament pun .... ni je satu ... takde nye ganggu datuk punye latihan ..
lagipun datuk tak perlu main sepenuh tenaga sbb diva pun tak dtg, ada chen long je ... china pun sengaja je dtg kutip ranking walaupun dah qualify ....
aku rasa baik datuk masuk je pusingan kelayakan ni,,,,,olimpik lambat lagi ujung bulan 7, yg kelaya ...
_19788 Post at 20-1-2012 10:50
betul ...pertandingan pun satu training gak ...datuk kata dulu dia mmg terpaksa joint banyak tournament sbb sparring partner dia kat malaysia ni bukan level dia ...
pusingan kelayakan thomas cup ni mmg datuk kena gi ... n malaysia wajib melayakkan diri ...
kalau malaysia tak layak, masuk dlm buku sejarah la pertama kali tak layak ke pusingan akhir thomas cup .... maluuuuu
kat pusingan akhir tu kalau boleh aku nak gak datuk joint ... tak nak mengalah awal2 ... sbb malaysia ni kalau main team event dia punye semangat lain sikit ....
tak sabar tunggu draw 31hb ni ...
diorang ni semua bapuk ke??
asyik nak sentap sentap je....
bawak2 le duduk berbincang sekali
p/s : kesiannya tgk collection player badminton. sepanjang tahun 2011 baru 210k aje... tempat ke 4@5 dalam grand slam golf pun dah dapat banyak tu.... huhuhuhuhuhu
...
AnBulisia Post at 20-1-2012 10:59
hahahaha tepat sekali ...mmg dok sentap memanjang .. pastu cite kat reporters
rasanye 2 atau 3 tahun lepas ada satu paper ni listkan sportsmen/women malaysia punye wang hadiah tuk tahun tu ...
kalau tak silap ingat chongwei no.2, nicol no.3 .. yg no.1 tu mmg pemain golf ...
yg kaki clubbing tu org kata koo kien keat ... tan boon heong tak tahu la pulak ...
kayla Post at 27-1-2012 21:56
tp kan tengok dua2 orang ni tan boon heong ngan koo kien keat..dua2 sekarang main cam ape ntah...smash mcm tak cukup makan je..mana hilang 'smash kencang' diorang dulu?....dorang tak bleh main hanya dengan bertahan..pelik kan.. tak kan juru latih dorang tak perasan yg kkk dan tbh ni main mcm tak cukup makan...