|
Isu Hotel Paling Teruk: Legoland jawab teguran Nora Danish #pg19
[Copy link]
|
|
aku tepikir la kan...
nd ni belajar tinggi sampai ke oxford ke hah senang2 nak panggil org bodoh????
|
|
|
|
|
|
|
|
pilot posted on 19-8-2014 10:34 AM
takyah tulis berjam...cara posting tu mcm nak tunjuk lama sgt la takde sape tau...
btw, orang y ...
then you should learn untuk memahami situasi orang lain instead of blaming orang yg ada asthma kena belajar tenangkan diri.
actually tak payah ada penyakit asthma pun memang semua orang kena belajar tenangkan diri utk situasi2 tak terjangka.
biasalah. orang tak pernah kena, cakap senang n mcm bagus je.
|
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 19-8-2014 10:27 AM
bagi contoh situasi lain pun bm fail? ajaran mana ni nyah?
ni first time aku masuk thread berkait ...
iols faham perasaan uolss... bila sokong yg ni dikatakan fans.. bila x.. haterz..
ni lah akibat kalau highlight benda yang x sepatutnya... & asyik nk hentam silap org je...
cuba tgk side yg positif..
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak marah orang Johor - Nora Danish
Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
| NORA DANISH tidak berhasrat untuk melepaskan geram di laman Instagram miliknya secara sesuka hati, namun tindakan yang dilakukan bersebab.
|
PERCUTIAN bermakna bertukar menjadi mimpi ngeri buat pelakon sensasi, Nora Danish dan keluarga apabila kakaknya, Nadya Danish dan rakannya, Zarema yang sedang hamil telah terkurung di dalam sebuah lif selama sejam di sebuah hotel di Legoland, Nusajaya, Johor baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku ketika dia dan keluarga mengambil keputusan untuk bercuti ke pusat peranginan tersebut setelah Nora Danish selesai daripada melakukan penggambaran di Singapura untuk sebuah teater berjudul Bahayanya Wanita pada 16 Ogos lalu.
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Nora Danish yang begitu kesal dengan tindakan pihak pengurusan yang membiarkan kakaknya yang menghidap penyakit asma dan rakannya terkurung tanpa tindakan selama satu jam.
Keadaan bertambah buruk apabila dia dan keluargannya terpaksa campur tangan apabila pihak pengurusan hotel tersebut bagaikan melepaskan batuk di tangga untuk menyelamatkan kakaknya dan beberapa orang lagi yang terperangkap di dalam lif berkenaan.
Berikutan daripada kejadian itu, Nora Danish mengambil keputusan untuk memuat naik gambar rakaman CCTV lif berkenaan dan berkongsi perasaan bersama peminatnya.
Namun tindakan Nora Danish dikecam oleh peminatnya kerana dikatakan telah mempersoalkan masyarakat di situ terutamanya warga Johor.
Kosmo! cuba mendapatkan Nora Danish bagi memperjelaskan isu ini dan mengetahui keadaan sebenar di sebalik peristiwa tersebut, ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya.
Kosmo!: Bolehkah Nora Danish ceritakan keadaan sebenar yang berlaku ketika anda bercuti ke Legoland, Nusajaya Johor baru-baru ini?
NORA DANISH: Saya baru sahaja selesai daripada menjalani penggambaran berjudul Bahayanya Wanita di Singapura baru-baru ini. Saya yang ditemani keluarga pada ketika itu mengambil keputusan untuk singgah bercuti di Legoland memandangkan kami tidak pernah lagi bertandang ke tempat tumpuan pelancong tersebut. Segalanya berjalan lancar dan memandangkan hari telah lewat malam, kami mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel di situ.
Bagaimanakah pada mulannya anda sedar kakak dan rakan anda terperangkap di dalam lif tersebut?
Setelah kami menempah bilik hotel di tingkat tujuh, saya dan keluarga terus naik untuk meletakkan beg. Saya cuba untuk menghubungi kakak saya memandangkan hari telah lewat malam. Saya ingat mungkin dia bersama rakan saya Zarema berada di kafe di lobi hotel. Namun saya curiga apabila panggilan tidak dijawab dan kami terus bertanya kepada pihak hotel dan mereka berkata, mungkin kakak saya dan Zarema terperangkap di dalam lif. Setelah melihat kamera litar tertutup saya telah memastikan bahawa orang yang terperangkap di dalam lif tersebut merupakan kakak dan rakan saya Zarema.
Apakah tindakan anda selepas daripada kejadian tersebut berlaku?
Saya berusaha berhubung dengan beberapa kakitangan hotel tersebut, namun disebabkan beberapa prosedur kami terpaksa menunggu sehingga setengah jam namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan. Saya sangat risaukan keadaan kakak saya yang menghidapi penyakit asma dan rakan saya yang kini sedang hamil.
Selepas setengah jam, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak pengurusan?
Keadaan menjadi lebih tegang apabila tiada sebarang tindakan diambil dan melalui rakaman litar tertutup, kakak dan Zarema sudahpun terduduk dan sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Kami terpaksa campur tangan, sehingga ibu kepada rakan saya telah menelefon bomba. Akhirnya mereka telah diselamatkan oleh pihak bomba, bukannya pihak pengurusan hotel.
Bagaimanakah perasaan anda pada ketika itu memandangkan cara kerja pihak pengurusan kurang memuaskan?
Saya cuba bertanya dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut dan pihak pengurusan berkata, perkara itu kerap terjadi kebelakangan ini. Menjadi persoalan kepada saya, jika kejadian ini bukan kejadian yang pertama mengapa pihak pengurusan enggan mengambil langkah untuk membaiki lif tersebut disebabkan ia amat berisiko mengundang maut kepada penggunanya. Saya amat kesal pada ketika itu dan terus mengambil keputusan untuk memuat naik gambar rakaman litar tertutup lif di hotel tersebut di dalam laman sosial Instagram saya.
Setelah anda memuat naik gambar rakaman litar tertutup tersebut dan menerangkan mengenai kelemahan pihak pengurusan Legoland, anda telah mendapat kecaman hebat daripada masyarakat di Johor. Apakah pandangan anda?
Saya kesal sekali apabila sesetengah pihak menyalahertikan kejadian tersebut. Saya tidak terniat untuk menyindir mana-mana pihak. Tujuan saya hanyalah untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada pihak pengurusan supaya memandang berat isu tersebut kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Lagipun Legoland merupakan pusat tumpuan pelancong, saya tidak mahu nama Legoland dipandang serong oleh pengunjung terutamanya pelancong luar. Bagaimanapun saya telah memuat naik kenyataan berhubung salah faham tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
yinfenglee posted on 19-8-2014 10:42 AM
hahhhh , kenapa org hencap ND sbb tulis bodoh tu ?
sbb selama ni dia dok sindir2 org macam dia tu ...
sorry la tak amik tau apa yg dia ckp sebelum ni sbb tak minat dan bukan juga haters. aku masuk thread ni sbb kes staff hotel cuai n isu bodoh. pada aku itu isu remeh yg tak perlu nak dihencap sangat. itu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
meteorspeed posted on 19-8-2014 10:46 AM
kalu buat keje takpa nok...kalu orang tue dibuang keje mcm mana. let say ini kesalahan pertama dia ...
kalau aku jadi bos.. aku mmg buang pekerja yg curik tulang ni.
tgk dari perspektif berlainan..
if not ND, maybe ada VVIP, artis lain, orang ternama.. anak raja atau sesapa yg berstatus tinggi terperangkap dalam tu.
its ok sebab accident mmg tak leh di halang secara total. tp bila seseorang tu tekan butang emergency.. somone mesti sahut panggilan tu.
mana perginya bantuan? katanya pergi break??? pergi mengeteh and minum2, isap rokok ke.
bayangkan laa dalam tu let say najib and rosmah teperangkap dalam tu?? betapa malunya lego hotel ini..
HANYA KERANA PERKEJA PERGI BREAK..minum2 ,smoking2 atau lepak2 jap..
selayaknya di buang kerja dan dibodohkan
|
|
|
|
|
|
|
|
pilot posted on 18-8-2014 04:57 PM
ok ni betul...tp iols nak tergelak
perghhh.. ayat ni bole buat ND terkesima x?
|
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 19-8-2014 10:52 AM
then you should learn untuk memahami situasi orang lain instead of blaming orang yg ada asthma ken ...
alhamdulillah tak penah kena lagi n harap uols n orang lain kat sini pun tak ditimpa apa2 musibah yg boleh buat uols panik n datangkan musibah pada uols...amin |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 19-8-2014 08:39 AM
owh ok...kalau mcm ni leh marah2 ek...
sowwryyyyyyy
Sowyy nowa just sharing jer, nowa nak bgtaw jer.. Adus ejaan wwwwww mengalahkan budak PMR gelis haha |
|
|
|
|
|
|
|
fuzzyfuzzy posted on 19-8-2014 10:52 AM
aku tepikir la kan...
nd ni belajar tinggi sampai ke oxford ke hah senang2 nak panggil org bodoh??? ...
beb...kalo habis belajar phd kat oxford pun takde hak nak suka suki memanggil orang bodoh....apatah lagiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
tentera_laut posted on 19-8-2014 10:58 AM
kalau aku jadi bos.. aku mmg buang pekerja yg curik tulang ni.
tgk dari perspektif berlainan..
...
tue kalu dia iasap rokok lepak lepak, kalu ada emergency lain mcm mana nok.. yang kaya boleh la nok..tak keje pun duit masuk.. goda goda laki kaya pun fuit masuk.. lain mcm kiter nie rakyat maheram.. kalu tak keje makan pasir la nokks
|
|
|
|
|
|
|
|
Yen_Aireena posted on 19-8-2014 10:54 AM
iols faham perasaan uolss... bila sokong yg ni dikatakan fans.. bila x.. haterz..
ni lah akibat ...
sebab tu la susah nak berdiskusi isu2 logik akal bila berkaitan dengan artis nak2 kat forum cari ni. memang melencong. sebab tu aku jarang sgt nak masuk posting, mostly semua jadi kelaut. bila kita cakap hal logik pun taknak terima.
balik2 isu haterz vs karatz. padahal yg join posting tak semua yg minat retis tu, n tak semua yg benci.
serius boring kott. cam takde modal lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
pilot posted on 19-8-2014 10:41 AM
LOL sapekah yg melarang?? nd juz jadi diri sendiri...bagus la
tu lah, ko pun jadi diri ko jugak kan. takkan la ko tak pernah marah.
|
|
|
|
|
|
|
|
NHolmes posted on 19-8-2014 10:59 AM
Sowyy nowa just sharing jer, nowa nak bgtaw jer.. Adus ejaan wwwwww mengalahkan budak PMR gelis ha ...
ala gelis pulakkkk hahahhaah...
sowwry ni ada kenangan dia hahahaha..funny sgt kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Yen_Aireena posted on 19-8-2014 10:57 AM
Saya tak marah orang Johor - Nora Danish
Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
ni apahal lak orang johor terasa....hadoi...
|
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 19-8-2014 11:01 AM
tu lah, ko pun jadi diri ko jugak kan. takkan la ko tak pernah marah.
excuse me....r u PAing me??
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 19-8-2014 10:21 AM
noksssss...legoland hotel dah bg free semua penginapan nd n keluarga dia...walau tak tersangkut dl ...
aku rasa kalau hotel management tak bagi penginapan free..
mesti dimeroyan skru kate hotel paling hamjadah dalam dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
tentera_laut posted on 19-8-2014 10:58 AM
kalau aku jadi bos.. aku mmg buang pekerja yg curik tulang ni.
tgk dari perspektif berlainan..
... kalau aku jadi bos.. aku mmg buang pekerja yg curik tulang ni.
tgk dari perspektif berlainan..
if not ND, maybe ada VVIP, artis lain, orang ternama.. anak raja atau sesapa yg berstatus tinggi terperangkap dalam tu.
its ok sebab accident mmg tak leh di halang secara total. tp bila seseorang tu tekan butang emergency.. somone mesti sahut panggilan tu.
mana perginya bantuan? katanya pergi break??? pergi mengeteh and minum2, isap rokok ke.
bayangkan laa dalam tu let say najib and rosmah teperangkap dalam tu?? betapa malunya lego hotel ini..
HANYA KERANA PERKEJA PERGI BREAK..minum2 ,smoking2 atau lepak2 jap..
selayaknya di buang kerja dan dibodohkan ini yg aku nak fokuskan. adakah org yg terperangkap tu perlu mati baru relevan perkataan bodoh tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini posted on 19-8-2014 10:59 AM
beb...kalo habis belajar phd kat oxford pun takde hak nak suka suki memanggil orang bodoh....apa ...
itula maksud aku...
sesuka hati nak panggil org bodoh...
mcm la dia belajar tinggi sgt...
dan ye pon belajar tinggi still tak de hak nak panggil org bodoh...
ni setakat jadi gundik anak menteri pelencongan..berani la gelarkan org bodoh...
baru gundik je tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
pilot posted on 19-8-2014 11:02 AM
excuse me....r u PAing me??
PAing? apa tu? sorry tak paham.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|