|
[MERGED]Forum Majlis Peguam 'Memeluk Islam: Update-Kecoh: Salah K'jaan-Dr M
[Copy link]
|
|
Originally posted by Baiduri Othman at 10-8-2008 09:09 AM
Kalau kita bercerita tentang org2 Cina lebih kaya dr. org2 Melayu - then kenapa tak bangun & kerja kuat mcm mrk. Kenapa tak rebut peluang mcm mrk? Mcm ASN & ASB pun ada yg malas nak labur. Tengok mcm non-Bumi berebut2 buat pelaburan bila ada unit trust yg serupa utk mrk.
Bila kita ketinggalan dlm apa2 segi, marah2 pulak walhal tak sungguh2, tak mahu bersaing, cepat lemah semangat & putus asa. Kena tukar mindset korang tu.
Kekayaan adalah anugerah Allah dan bukannya atas hasil usaha bersungguh-sungguh manusia . Nak faham aku bagi contoh mudah . Seorang anak tunggal dari keluarga kaya , dia mewarisi harta benda mak bapak dia berjuta ringgit , tanpa perlu usaha pun pe dia dah kaya-raya , dengan hanya menjadi anak pada keluarga kaya , dan nak jadi anak orang kaya tu pun , bukan boleh dia usaha pilih sendiri nak masuk perut perempuan kaya tu .
Sebab tu adanya konsep zakat , orang kaya menolong orang miskin . Sebab tak semua manusia akan jadi kaya walaupun berusaha segigih manapun , maka yang kaya tu tak boleh menuduh kata yang miskin tak usaha , sebab perlu diingat bahwa hak orang miskin ada pada harta setiap orang kaya !
Dalam soal persaingan pulak , nak bersaing macam mana kalau peluang yang diwujudkan tu hanya mampu direbut oleh sebelah pihak aje , dan pulangan yang diperolehi tak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan ? Kalau semua rumah yang dibina kat penang harga juta-juta, macam mana orang melayu gaji 3 ribu nak bersaing dengan jutawan jepun , korea , singapura tu semua untuk beli rumah-rumah tu ?
Tukar mindset macam mana pun , usaha pi lah macam mana pun , takkan dapat memboleh kan duit berjuta bergolek ke riba setiap orang Islam laa . Kalau kita tengok para nelayan , merekalah antara manusia yang paling gigih berusaha pe , pergi ke laut berhari-hari , tengah panas terik lagi , tapi tak kaya pun . Hatta operator kilang yang kerja syif malam bersengkang mata tu pun berusaha gigih jugak tu , tapi tak kaya-kaya jugak .
Manipulasi dan korupsi menyebabkan orang-orang yang bodoh dan tak buat kerja sangat pun boleh dapat gaji dan elaun yang tinggi serta jadi kaya-raya ( pemimpin BN ) , manakala orang yang berusaha macam nak mampus siang malam pulak makin papa kedana (rakyat jelata) . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tasha at 07.03.2007 17:21
tp kt india & cina pun ramai org islam jgak...
eeerrr nak tanya kerajaan cina & india layan rakyat cina & islam yg sebangsa
dengan mereka tu dgn baik ke? sama rate ke? penuh keadilan ke?
ke le ...
setakat ni aku tak pernah lak dengar yang kaum india kat malaysia ni ada kasta macam kat negara india....kalau susah suma dibantu kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ekoran bantahan forum Majlis Peguam, kerajaan disyor pinda akta kahwin
10-08-2008 06:46:14 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ dan LEE YAN XIU
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, Kerajaan Persekutuan perlu segera mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama peguam-peguam Sivil dan Syariah bagi menyelesaikan isu-isu pertukaran agama dan peraturan mengenainya.
Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu segera berbincang dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu digubal, menjelaskan dan memperbaiki prosedur berhubung perkahwinan antara seorang Islam dan bukan Islam, pertukaran, penjagaan anak dan urusan pengebumian selepas seseorang yang bertukar agama meninggal dunia.
Isu-isu seumpamanya yang dibiarkan tergantung tanpa saling difahami dengan baik akan terus menghantui masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama di Malaysia, kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
-mStar |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat prof Mehrun Siraj:
Dalam pada itu, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Mehrun Siraj menyarankan agar kerajaan meminda undang-undang bagi menyediakan peruntukan penyelesaian pertikaian mualaf dan pasangannya bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Bercakap kepada pemberita selepas forum bertajuk Memeluk Islam: Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Menjejak Semula Subashini & Sharmala anjuran Majlis Peguam dihentikan ekoran bantahan NGO dan pemimpin politik Islam, Mehrun berkata, langkah itu perlu untuk memberi peluang kepada orang yang memeluk agama Islam menyelesaikan isu penceraian mereka menerusi undang-undang Mahkamah Sivil.
揝ebelum ini penceraian antara mualaf dan pasangannya yang bukan Islam perlu dibawa ke Mahkamah Syariah... dengan ini pasangan yang bukan Islam itu akan rasa haknya terjejas, |
|
|
|
|
|
|
|
Zahid: Jawatankuasa Bersama Peguam Syarie-Sivil selesai pertikaian
10-08-2008 06:44:02 PM
KUALA LUMPUR: Pertikaian dan tuntutan yang timbul ekoran perceraian apabila salah seorang pasangan memeluk Islam boleh diselesaikan melalui rundingan dalam Jawatankuasa Bersama Peguam Syarie dan Sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perbincangan melibatkan tuntutan harta sepencarian, tuntutan penjagaan anak dan perkara berkaitan akan dibuat secara tertutup dalam kamar antara pasangan terlibat dengan peguam masingmasing (peguam syarie dan sivil).
"Perkara ini tidak akan didedahkan kepada masyarakat umum kerana ini akan mengundang interpretasi yang pelbagai dan implikasi negatif," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Jalinan Mesra dan Anugerah Anakku Cemerlang di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis di sini.
Ahmad Zahid berkata cadangan rundingan seumpama itu adalah antara rumusan yang dibuat jawatankuasa terbabit bagi menyelesaikan masalah berbangkit yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil.
Katanya, rundingan sebegitu dipraktikkan oleh banyak negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan jabatan agama Islam lain memang bekerjasama dengan semua pihak termasuk majlis agama Islam negeri dan Mahkamah Syariah negeri untuk menangani masalah berkaitan.
Beliau menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak perlu campur tangan dalam hal tersebut seperti yang cuba dilakukannya semalam dengan penganjuran Forum Memeluk Islam yang terpaksa ditamatkan lebih awal selepas mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk badan bukan kerarajaan (NGO) dan organisasi Islam lain.
"Memang apa pun sistem yang ada, ada kelemahan tetapi tidak mustahil untuk kita boleh memperbaikinya tetapi bukan dengan cara menyanggah daripada orang lain (merujuk kepada Majlis Peguam) yang tidak patut mencampuri hak dalam hal ehwal kita.
"Mereka boleh memberi pandangan tetapi biarlah dengan bijaksana bukan dengan bersikap kurang ajar seperti yang ditunjukkan (dalam forum itu)," katanya.
Ahmad Zahid berkata, pada masa akan datang beliau berharap sebelum sesuatu forum atau seminar yang menyentuh hak orang Melayu dan agama Islam dibenarkan dan permit dikeluarkan, pihak polis hendaklah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) terlebih dahulu.
Ahmad Zahid berkata, kedegilan Majlis Peguam harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri mereka akan membangkitkan isu yang lain selepas ini.
Beliau berkata, ia menampakkan usaha seolah-olah mahu mempertikaikan apa yang telah diperundangkan organisasi Islam dan institusi Islam yang sedia ada.
"Kita berharap biar pun jika terdapat beberapa kelonggaran atau kelemahan dalam undang-undang atau organisasi yang melaksanakan perundangan ini ia harus dibincangkan dengan kami bukan dengan membangkitkan dalam satu forum terbuka dengan memanggil wartawan luar negara.
"Ini satu agenda tersembunyi yang mahu menghina Islam, saya fikir ini bukan satu jalan mencari penyelesaian tetapi memburukkan orang lain. Kebetulan penganjur membawa kes contoh dan saya tidak fikir tiada agenda tersembunyi," katanya.
Ahmad Zahid berkata, jika Majlis Peguam betul-betul ikhlas, pihaknya bersedia untuk membuka pintu dan membincangkan perkara-perkara yang mereka cuba bangkitkan. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Isu sensitif perlu dibincang secara tertutup
10/08/2008 4:53pm
ALOR STAR, 10 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by petola at 10-8-2008 08:30 PM
揅ara protes, demostrasi, dan menjerit... itu bukan cara Islam, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blastoff at 10-8-2008 01:25 PM
Nak mendekati untuk berdakwah tak perlu bersekongkol sama dalam satu parti gabungan pe , mana Allah benarkan umat islam bekerjasama dalam bentuk apa pun dengan orang yang telah meluahkan r ...
tang mana PAS bekerjasama dlm isu agama pulak??
PAS sesekongkol dgn DAP dan PAS dlm isu keadilan, tentang rasuah, naikkan taraf rakyat. dan menentang mereka yg rasuah dan tindas rakyat ( tak kirala yg menindas tu isle ke bukan isle.. kalau mereka salah.. mestila ditentang).
bukan itu selari dgn Isle ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #767 petola's post
TAHNIAH ZAhid Hamidi :pompom:
Majlis Peguam ingat diaorg nak buat konsert selesaikan masalah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tasha at 10-8-2008 11:32 AM
maafler penyo... aku rasa client2 cina & india yg aku deal
pun dh tau pasal islam (mereka bukan budus & jahil sbnrnyer
sbb kta dh lama bergaul & itnggal dimsia) mereka xmenghulurkan tangan pun
...
aku bukan tanya client ko tu nak salam atau tak... aku tanya apa reaksi ko ttf senario2 yg aku sebutkan tu...
lelaki melayu islam yg nak berslaman.. dgn bukan islam yg nak bersalaman.. tu aje |
|
|
|
|
|
|
|
dlm peristiwa semalam forum itu adalah acara yg sah dan tak melanggar undang2
demo tu yg melanggar undang2
patutnya polis suruh org yg berdemo tu bersurai dan bukan dgn hentikan forum
tak mau bersurai semburlah dgn air kuning...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 10-8-2008 08:47 PM
dlm peristiwa semalam forum itu adalah acara yg sah dan tak melanggar undang2
demo tu yg melanggar undang2
patutnya polis suruh org yg berdemo tu bersurai dan bukan dgn hentikan forum
demo tak akan berlaku kalau Majlis Peguam tak keras kepala |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai contoh hindraf timbul sebab kegagalan kerajaan selesai masalah2 golongan minoriti itu...
ia anak haram BN...
dan anak haram inilah yg buat bapak tak bertjawab naik semput..
yg mengaku pemlindung dan pembela mereka jatuh terkangkang...
akibat drp sikap selamba dan menidakkan masalah
berkeras tak kena tempat, sombong dan angkuh...
sebab itu jgn sesekali menidakkan suara rakyat... walau sekecil mana sekalipun
yg berkuasa yg jadi tuan yg patut prihatin...
kuasa yg tidak dikembari dgn kebijaksanaan akhirnya akan terhakis juga...
siapa rugi?
|
|
|
|
|
|
|
|
jikapun tindakan majlis peguam tu bodoh... tindakan2 kerajaan hendaklah bijak..
jgn jadi dua kali bodoh pulak....
sebab tindakan bodoh kerajaan kesannya terkena pada kita semua..
|
|
|
|
|
|
|
|
vjdfvdvnpfdn' dmvfvaesfpvf mendapppppppppppp |
|
|
|
|
|
|
| |
|