CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 10

 Close [Copy link]
Post time 14-8-2013 04:11 AM | Show all posts
China sekali lagi memalukan sukan badminton di mata pemerhati sukan dunia apabila bertindak memadamkan aircond perlawanan tumpuan dunia final antara Lee Chong Wei-Lin Dan , tindakan itu adalah satu sabotaj yang sangat memalukan, satu perkara yang tak normal yang dilakukan oleh pengajur yang tidak bermaruah , pengulas sukan badminton antarabangsa, gillian clark mempersoalkan tindakan sabotaj berkenaan...

China meletakkan kemenangan no 1, maruah nombor 2

pada olimpik 2012, tindakan regu wanita China & regu korea berlawan untuk sengaja kalah pada peringkat kumpulan adalah sangat memalukan sukan badminton ....mereka disingkir terus dari olimpik 2012 & berita tersebut menjadi bualan hangat serata dunia sehinggakan sukan badminton dilabel "dirty sports"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 04:18 AM | Show all posts
matpiah posted on 13-8-2013 02:16 PM
kau siapa nak tentukan LCW berlakon sakit atau tidak ? kau ada ada title DR ke ? setakat hanjing y ...

ada pulak yang mengatakan Lee Chong Wei berlakon sakit,

hello....Chong Wei bukan ketinggalan 10 mata, perbezaan mata tidak jauh,
kalau ketinggalan 10 atau 15 mata, logik la sikit kalau nak berlakon sakit pun....nak tuduh Chong Wei berlakon pulak, pakai la akal sikit

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 08:39 AM | Show all posts
ambok posted on 14-8-2013 03:59 AM
syabas kepada pasukan badminton Indonesia kerana berjaya menang 2 title world championship
kesila ...
kalau masih nak lantik Chin Chai jadi ketua, memang tak cerdik lah....
kita tengok presiden baru BAM ni cerdik ke tidak..ke serupa yg dulu bagai lembu dicucuk hidungnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 08:55 AM | Show all posts
tutup aircond menyebabkan kekurangan oksigen dalam udara di dalam dewan...ini kerana byk karbon dioksida yg dikeluarkan oleh pernafasan manusia dalam dewan tu..nasib baik takde orang pengsan dalam dewan tu..kekurangan oksigen dalam udara menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah menyebabkan kekejangan otot..

serupa gak kalau lepas makan je kita terus bersenam, perut akan mudah cramp..sebab byk darah/udara diperlukan untuk proses makanan dalam perut..tetapi kita gunakan udara beroksigen tu untuk kegunaan otot yg bersenam pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 08:58 AM | Show all posts
lepas campak rexy sebab dengar kata kkk/tbh, apa kejohanan utama kkk/tbh ni diorang dapat? (olimpik, dunia, super series, gp gold) 2012= 1 je gp gold.. 2013? tiada juara, ranking ke 2 dunia ( lcw ranking 1 dunia sekurangnya ada menang super series). 2010 rexy dah warning nak pisahkan kk/tbh

mesti chin chai bangga dengan prestasi kkk/tbh..

lepas kejuaraan dunia di london 2011 yang mengecewakan, rexy nak pisahkan kkk/tbh tapi di tentang hebat oleh kkk/tbh sambil disokong oleh BAM.. konon kalau rexy tak latih lagi kkk/tbh ada harapan kkk/tbh dapat emas olimpik 2012, menang juara dunia 2013.. Last edited by h@i on 14-8-2013 09:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:15 AM | Show all posts
rexy masuk PBSI, kata terakhir, pemilihan,  adalah di tangan dia... kalau kat BAM, kata terakhir adalah di tangan ahli BAM yang rata-rata bukan pakar badminton, ntah-ntah tak pernah main badminton waima di sekolah sekali pon.. nasib la... takpe kita tengok presiden baru mcmana, kalau sama dok ikut telunjuk ahli BAM, harapkan je la LCW sorang untuk olimpik 2016 nanti lagi sekali.. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2013 01:44 PM | Show all posts
ambok posted on 14-8-2013 03:59 AM
syabas kepada pasukan badminton Indonesia kerana berjaya menang 2 title world championship
kesila ...

Tp ambok, hakak rasa la kan, pggl la mana2 coach skalipn, even rexy skalipn, tp kalo players tu sdiri tidak berdaya uasaha tggi, x ke mana juga dorg tuh.. Cth terbaik kkktbh.... 2 thn saja menjadi, lps tu jadi habuk.......

Ambok xde dgr ke ura2 bam nk gandingkn tbh ngn adik tomboy tu? Hrp sgt2 dorg naikkn mixed double msia
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 01:46 PM | Show all posts
h@i posted on 14-8-2013 08:58 AM
lepas campak rexy sebab dengar kata kkk/tbh, apa kejohanan utama kkk/tbh ni diorang dapat? (olimpik, ...

Kenapa bam ni mcm tu ek? Dorg ni xde kesedaran ke yg dorg tu x layak memimpin lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 01:48 PM | Show all posts
abas8888 posted on 14-8-2013 08:55 AM
tutup aircond menyebabkan kekurangan oksigen dalam udara di dalam dewan...ini kerana byk karbon diok ...

Tp lindan msh lg ok smpi ke sudah.....

Glad to know lcw msh blum bersara... Hrp2 dia bgkit lg......
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
micha posted on 14-8-2013 01:48 PM
Tp lindan msh lg ok smpi ke sudah.....

Glad to know lcw msh blum bersara... Hrp2 dia bgkit lg. ...

Berdasarkan otot yang kulihat  ada pada lin dan, aku rasa lin dan telah alami latihan fizikal yang sangat keras dan mampu harungi cabaran yang amat berat. warna kulitnya yang kelihatan lebih gelap berbanding biasa juga bukti lin dan telah harungi latihan yang amat berat. Kemampuan fizikal dia rasanya tiada yang mampu tandingi buat masa ini.

Lagi satu tentang bulu tangkis yang lebih berat digunakan . lin dan sangat jarang smash pada kali ini. dia tau bola akan sangat susah untuk mati. dan player china yang lain juga sudah preparepasti sudah prepare untuk main dgn bola berat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 05:29 PM | Show all posts
micha posted on 14-8-2013 01:44 PM
Tp ambok, hakak rasa la kan, pggl la mana2 coach skalipn, even rexy skalipn, tp kalo players tu sd ...

betul tu, bukan hanya faktor rexy sahaja ,kemahuan tinggi/disiplin pemain juga penting, dengan kemahuan yang tinggi, mereka sanggup berusaha keras, contoh Datuk Lee Chong Wei, dalam keadaan kakinya yg tercedera sebelum olimpik, dia mengambil suntikan penahan sakit untuk berlatih selama 13 jam sehari .berbanding dgn zakry, dulu rexy sendiri mengesahkan zakry malas nak ke gym ...

faktor bakat juga penting,
bakat ni kira penting, ada player lain berlatih gila-gila juga seperti Lin Dan, Chen Long dan Chong Wei ....tetapi mereka tidak mampu sampai ke peringkat tertinggi kerana bakat mereka tidak sampai ke tahap itu....disiplin Chong Wei juga bagus, sebelum coach sampai, beliau akan sampai dahulu ke court, 6.30 pagi setiap hari beliau sudah ada di court ...Lin Dan juga berdisiplin tinggi, beliau akan ke gym setiap hari walaupun pada hari perkahwinannya (boleh baca di bcdf)

bakat istimewa ni bukan senang nak dicari....Malasyia belum pernah lagi ada pemain yang mempunyai bakat istimewa seperti Lee Chong Wei , selepas beliau bersara, kita mungkin mengambil masa yang lama untuk mencari pengganti setaraf beliau, mungkin memakan masa berpuluh-puluh tahun.

Lee Chong Wei, bakat dah ada, disiplin dah ada, kemahuan yang tinggi dah ada.....cuma support dari BAM/ISN/KBS sahaja yang kurang ...BAM tidak menyediakan gym yang terbaik , China bukan sahaja mempunyai gym yang lengkap,bahkan mereka melakukan latihan gym di dalam air , BAM tidak menyediakan pasukan khas mengkaji kelemahan/kekuatan lawan melalui kajian video. rexy minaky sewaktu jadi coach Malaysia, beliau meminta beberapa kali supaya BAM menubuhkan pasukan khas ini, tetapi tidak dilayan BAM....kita semua tahu pada olimpik 2008, LCW dibelasah dengan begitu teruk,beliau bangkit dengan 'LCW yg baru' dengan latihan keras misbun selepas olimpik 2008, pada aksi LCW di Indonesia primer SS 2011, semua penonton di stadium itu dapat saksikan pegawai/jurulatih china meletak kamera video di keempat-empat sudut/penjuru gelanggang tempat LCW beraksi ...membolehkan pasukan/unit video mereka mengkaji kekuatan/kelemahan terbaru LCW....akhirnya dengan usaha keras  seluruh pasukan China, LCW tetap kalah....bukan sahaja di tangan LD, bahkan ditangan CL ...LCW bukan sahaja berhadapan dengan LD atau CL, beliau berhadapan dengan kekuatan/kerjasama pasukan CHINA
dalam usianya dipenghujung karier sekarang , Lee Chong Wei memperlukan pakar kecergasan/fitness khas, BAM harus menyediakan pakar kecergasan, pakar psikilogi, pembantu yang ramai, rakan sparring yang berkualiti , seperti Lin Dan yg dibantu 18 orang ketika persediaan olimpik 2008, Lee Chong Wei juga seharusnya dibantu seperti itu , jika tidak, kita mempersiakan bakat istimewa yang ada padanya , rakyat Malaysia akan terus kempunan melihat pingat emas pertama olimpik & kejohanan dunia dihasilkan oleh pemain negara kita

sepatutnya bermula dari sekarang, pihak kerajaan harus mengeluarkan bajet khas untuk melahirkan pasukan khas yang akan membantu Lee Chong Wei , BAM, ISN, KBS harus bergabung tenaga, khidmat pakar Datuk Misbun Sidek mungkin boleh dipanggil balik ,

saya percaya orang paling tepat untuk merealisasikan semua ini adalah Khiry Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang baru, semalam saya telah menghantar kiriman masej kepada beliau , harap beliau dapat membawa perkara ini ke atas demi kejayaan badminton Malaysia , saya kenal beberapa jurulatih BAM di peringkat negeri,mereka ada idea tetapi tidak ada kuasa , yg boleh buat keputusan adalah pihak atasan, presiden baru BAM perlu berbuat sesuatu....



Last edited by ambok on 14-8-2013 05:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 05:31 PM | Show all posts
Ambok xde dgr ke ura2 bam nk gandingkn tbh ngn adik tomboy tu? Hrp sgt2 dorg naikkn mixed double msia

--------------

ada 2 ura2 yg hangat diperkatakan

1) tbh dgn adik tomboy tu untuk XD ,
2) tbh dan goh v shem untuk MD

dua2 cadangan menarik, BAM boleh mencuba dahulu gandingan baru tersebut, mana tahu boleh hasilkan sesuatu ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 05:37 PM | Show all posts
micha posted on 14-8-2013 01:48 PM
Tp lindan msh lg ok smpi ke sudah.....

Glad to know lcw msh blum bersara... Hrp2 dia bgkit lg. ...

katalah taktik nak padam aircond ni, mereka dah rancang 3 bulan yang lalu....

Lin dan dah start berlatih setiap hari selama 3 bulan dalam keadaan yg panas,
mereka mesti dah bincang/rancang nak kasi Lin Dan makan/minum apa supaya kasi badan lebih tahan lasak apabila panas,
mereka mesti sanggup bayar pakar pemakanan/pakar kesihatan untuk membantu Lin dan

Lee Chong Wei pulak, tak tahu apa-apa....tiba-tiba masuk court,aircond dah padam, sure terkejut ,tiba2 panas membahang....mental pun sure terganggu....mental Lin Dan sure tak terganggu, pasal dari awal lagi dah tahu....tak ada apa yang membuatkan dia terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 05:50 PM | Show all posts
abas8888 posted on 14-8-2013 08:39 AM
kita tengok presiden baru BAM ni cerdik ke tidak..ke serupa yg dulu bagai lembu dicucuk hidungnya. ...

harap2 presiden baru BAM ini mempunyai wawasan,kesungguhan,target dan usaha yg lebih tinggi berbanding presiden yg dulu

kena buat target khas, contohnya 10 tahun lagi kita mesti jadi juara Piala Thomas , jadi budak sekolah menegah sekarang yg berbakat, semua dilatih betul-betul....diasah bakatnya secara sistematik ....dilatih oleh jurulatih yg betul2 bagus , diadakan liga badminton di peringkat remaja dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:22 PM | Show all posts
ambok posted on 14-8-2013 03:59 AM
syabas kepada pasukan badminton Indonesia kerana berjaya menang 2 title world championship
kesila ...

wooo tak sangka ada perbincangan 'panas' kat sini .....
alhamdulillah berjaya gak aku tengok chongwei main masa kat kg aritu ...terimakasih kat astro sbb tayang gak kat channel 801 ...
tapi tak berjaya tengok kkk/tbh kalah ngan 2kim ... sampai2 umah tengok kim sarang dah tersengih2 baru pas menang rupanye ....
kkk & tbh muka takde perasaaan ..... dah biasa sgt kalah kannnnn ...

tahniah kat indonesia sbb berjaya dpt 2 title .... tahniah rexy .... tahniah kat thailand ....
dulu2 PBSI pun ada masalah dalaman gak tapi agaknya dah ok skrg ni .... harap2 BAM pun camni gak dgn kepimpinan baru ni ....
harap2 BAM dpt belajar dr kes rexy ni ... jgn disebabkan sorang 2 pemain, coach yg bagus dipinggirkan ....
presiden BAM yg baru ni kena kaji kenapa ramai coach2 yg bagus tinggalkan BAM ....
kaji gak camne tetiba negara seperti thailand dan india ada WS berkualiti yg dpt menyaingi WS china ....
dan apasal WS kita asyik injured je .... baru  nak menaruh harapan kat sonia, injured lak ....


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:36 PM | Show all posts
abas8888 posted on 14-8-2013 08:55 AM
tutup aircond menyebabkan kekurangan oksigen dalam udara di dalam dewan...ini kerana byk karbon diok ...

terima kasih sbb beri penerangan yg jelas ....

dr ramlan ISN ckp yg lindan tak kena kekejangan sbb tindak balas badan tiap2 org ni berbeza2 .... tapi bagi yg tak nak terima penjelasan semua ni nampak macam alasan ...biarkan la ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 09:43 PM | Show all posts
ambok posted on 14-8-2013 05:31 PM
Ambok xde dgr ke ura2 bam nk gandingkn tbh ngn adik tomboy tu? Hrp sgt2 dorg naikkn mixed double msi ...

aku setuju tbh ngan goh v shem ....

tentang XD ngan lim yin loo tu aku tak sure .... tak pernah tengok lim yin loo main ... bagus ke dia kat net?

ng hui lin & ng hui ern lak bila nak abis belajar ? sambung buat master ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:29 AM | Show all posts
kayla posted on 14-8-2013 09:36 PM
terima kasih sbb beri penerangan yg jelas ....

dr ramlan ISN ckp yg lindan tak kena kekejangan ...



dengarnya lindan pun mengalami kekejangan otot selepas perlawanan berakhir...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 12:31 PM | Show all posts
ambok posted on 14-8-2013 05:31 PM
Ambok xde dgr ke ura2 bam nk gandingkn tbh ngn adik tomboy tu? Hrp sgt2 dorg naikkn mixed double msi ...

Akak tgk adik tomboy tu bleh jd liliyana natsir kalo kne cara coaching nye......

gandingkan dgn tbh mst boleh takluk dunia satu hr nnt......

Chan peng soon plak, teknik smash dia perlu diperbaiki, mixed double pemain lelaki mst ade kualiti itu, betul x ambok?

skrg ni perlu ade pggnti lcw.. Chong wei fang tu sudah menuju ke arah itu, tp belom klimax lg..... Mgkn kne sparing ngn lindan sokmo br boleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 01:22 AM | Show all posts
Hahaha.... selepas beberapa hari LCW kalah, masih ada orang tak dapat terima hakikat, malah masih gunakan air-cond rosak sebagai alasan. Hari ini BWF dah confirmed air-cond tak ditutup pun hari tu. LCW saja berlakon lebih2.... nak kalah secara terhormat lah tu. Last edited by spiderman80 on 17-8-2013 01:24 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.075560 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list