CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Konsert FMFA 2014, Bukit Jalil-Polis sahkan 6 mati, 3 kritikal overdose dadah!!

[Copy link]
Post time 18-3-2014 04:33 PM | Show all posts
Memang susah cabaran budak2 muda zaman sekarang.... bila dah diajar pun tentang the right thing to do, pasal iman, pasal ibadah, the temptation can be too great utk mereka, ....macamana la kita sebagai parents nak kawal sifat ingin mencuba anak2? You don't hang out with them 24/7....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 05:00 PM | Show all posts
lurve82 posted on 18-3-2014 04:09 PM
hai tsj...arak dgn dadah je??? ppuan? free sex?



adikkkk......
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:29 PM | Show all posts
nasib baik lah mase mude2 dulu, den berkawan lagi ramai yang sama2 dtg dr kampung

ada ler member tu org kl..... memang cara hidup dia camni.... tp sheols baik as a fren.... tolong je bila aku mitak tolong.....

tp yang sampai skang x boleh lupa.... cara ajakan dia utk aku melepak kat club.... aku masih ingat mase tu, dia mitak tolong teman je lepak kat bilik/hostel.... pastu aku mitak dia tolong hantar aku balik hostel aku, dia agak keberatan..... rupanya nak ajak aku gi clubbing.... walaupun aku ni pakai tudung, dia ajak jugak... x paksa, tapi cakap alah bukak tudung malam ni je..... nanti dia kenalkan dgn member lelaki dia yg kaya.....katanya.... aku mase tu nak nangis pon ada.... aku pujuk jugak suh hantar aku balik hostel, alhamdulillah dia hantar jugak aku.....

aku rase aku x terjebak tu sebab aku tahu parents aku slalu doakan terbaik utk aku.... kalo ikutkan hati budak remaja, memang suke je benda yg lalai.... cuma waktu tu aku pk, ditakdirkan Allah, mase dlm perjalanan pergi atau pulang dr clubbing atau ketika duk kat club tu, tiba2 je ada accident, malu mak ayah aku..... anak masuk paper sbb buat benda x elok....

aku jugak bersyukur sebab punya kawan2 'kampung' yang org x urban.... dengan derang la sampai sekarang aku berkawan...alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:31 PM | Show all posts
aku saje2 tgk kat you tube.... macam geng2 yg pergi tgk konsert tu x insaf langsung.....siap cakap bes lagi

kesian member, mati xde org tangisi.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:39 PM | Show all posts
Tak hadam otak aku, stress dgn studies kat Uni sbb tu end up telan pil konon….

Nak cakap bodoh, budak2 U… Zaman google ni, tak tau lagi ke sintetik drugs ni diperbuat guna apa?  For heaven's sake, OBAT NGAMUK LINGKARAN tu pun leh dijadikan bahan pil ni tau!  

Zaman aku dulu…weed je la yg famous.  And our rationale, or rather, excuse for smoking it…'Hey, ini bahan ASLI la… ORGANIC!  Helps me focus!"
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 06:35 PM | Show all posts
takziah... harap boleh jadi pengajaran... kalo xsemua pun sorang dua pun jadi la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 08:03 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 17-3-2014 08:24 PM
kita boleh kata mereka yang melakukan onar atas nama agama sebagai mempersendakan agama.

kalau  ...

hukum hakam islam berputar antara dua saja...YA & BUKAN, HALAL & HARAM, BOLEH & TIDAK...apa saja yg dibuat tu kalau salah is salah, betul is betul...kalu u btol2 nk tegakkan benang yg basah, pls try harder...kalau tak dapat tegak habis, tegak sikit pun jadik la at least i can learn sumthing i might not know all this while...sila3, sy sudi membacanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 08:25 PM | Show all posts
pinksarah posted on 18-3-2014 04:23 PM
ramai je antara kita yg zaman di uni berjaga mlm..

tp x de la smpi nak ber konsert,dadah,arak s ...

Nescafe x urban untuk berjaga malam ke untuk stok dorang ni? Uhuk. Haku zaman uni minum hari2 sbb nak study kononnya. Tp paling lambat bertahan kol 1. Lepas kol 1 mmg dah kiok. Definisi "enjoy" hanyalah keluar jalan2 g subway pyramid/mid. Time dapat duit, suka nya dapat makan kat nandos, Pizza Hut, Kenny Rogers. Kalau time kontang, pusing2 kat kompleks pkns pun dah best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar berkongsi...
Bila baca alkisah ni teringat aku masa belajar kat poli. Aku dapat dedahan hisap ganja. Selama 3 sem aku duduk serumah dengan geng hisap G. Tapi diorang ni bijak2 juga. Jadi last sem aku trylah belajar hisap G stail dapur. Aku try belajar x boleh. Aku cuma rasa relax ya amat, cool aje.. ( maybe dosage rendah). Tapi bila aku buat kerja bertukang, fokus ya amat! Takde berenti, rasa relax aje, takde stress.. last sekali aku berenti hisap lepas 2 bulan sebab aku overdose. Tak pernah rasa mabuk, lost , numb... member cakap aku terhisap bijinya.. so aku berenti..
Sekarang hidup aku rasa stress sebab kerja, masa, jem jalan, kerja x siap dsb. Tapi aku tiada rasa nak hisap balik atau cari alternatif lain .
Sebenarnya stress ni boleh diurus dengan spiritual dalam diri. Macam sabar, sembahyang, pengurusan diri n masa, ingat pada tuhan selalu.. bila kita mengharapkan benda lain, itu yg jadi camni.
Yang lepas tu lepaslah, aku dah tgk profile arwah arwah ni.. muda2.. kasihan adiknya yg pergi dulu..
aku pun suka / teringin ke konsert cam haram ni tapi ada batasnya..

Yg benar
Mrmerell somi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:07 PM | Show all posts
carold posted on 15-3-2014 02:41 PM
Negara lagi dilanda musibah..dikala semua org bersedih dgn tragedy MH370..semua orang pakat2 solat h ...

haha selayak nya la....meminjam kata hakak vokuro
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sbnrnya atas diri kita..aku pun ramai kawan.ad yg kaki ganja.kaki disko..kaki minum..tp dorg x ajak pun.kkdg aku tya bes ke msuk disko..dorg kata..xyh la masuk..jgn jebakkan diri.skali jebak pyh nk brenti cm kitorg...siap ckp...jgn ikut kitorg..tp yg pelik cerdik ya amat bebudak ni.pernah gak terlintas dlm ati mse zaman muda dulu2..dorg ni seronok2 buat keje haram..tp pointer sokmo tggi banding ngan aku yg x penah clubbing,sentuh benda haram.tp bile skang aku nampak..mungkin pointer aku rendah,tp keberkatan kerja ad.banding ngan mereka gaji tggi,tp asek x ckup je...sbb life enjoy je..biasa la zaman remaja dok pk buruk je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:24 PM | Show all posts
aku time study dulu duduk kolej walau umah parents dekat la jugak ..
tp sbb mengenangkan susah nak ulang alik mmg mintak jugak kolej syukur dpt ..
tp bila dh tahun akhir mmg x dapat kolej, duduk la umah sewa ngan kengkawan ..
mula2 terikut2 jugak bila dorang outing memalam lepak PJ la uptown la stadium la sume ..
pastuh siap masuk kedai lumba kuda bagai ..
dulu2 time aku study xde ptptn so memasing duit x brape nak ado ..
lepas ikut dua tiga malam mmg aku rasa x best ..
jadinya bila dorang kuar, aku dok umah je ..
so Alhamdulillah walau aku penah terikut tp mmg x bleh nak terima ..
hati sendiri yg rasa x senang ...
mcm2 dlm fikiran .. cukuplah semalam dua buat pengalaman ..
yg penting diri sendiri jugak ..
kalau jumpa kengkawan x betul, tp kita sendiri bleh lawan InsyaAllah betul la jadinya ..
cuma cerita ikut pengalaman aku ..
bebudak skang mgkn lain ikutan dan ajarannya sbb tuh x mampu nak lawan sendiri .. Last edited by zetty1978 on 18-3-2014 09:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 09:31 PM | Show all posts
Budaya 'rave' cemar minda muda mudi

ALI RUSTAM KASSIM
18 Mac 2014



Budata 'rave' cemar minda muda mudi


SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi masa kini saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya  konsert parti “rave” berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya arak, dadah, dan pergaulan bebas.

Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? Penaja dan tema utama sebegini melibatkan pihak syarikat arak.

Ramai akan berkata, Malaysia harus menidakkan pandangan saya ini, tetapi dalam proses asimilasi dengan budaya dunia dan cyber nyata di Amerika Syarikat (AS); ciri-ciri adab diberi perhatian.

Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan rave haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.

Kaitan muzik elektronik dengan ecstasy

Dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun. Selain daripada muzik electronica-berkhayal dan menari tanpa batas, konsert rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid.

Menjelang musim panas tahun 1985,  kerajaan AS mengklasifikasikan dadah MDMA  sebagai barangan Kawalan Bahan- Jadual 1 yakni bahan yang berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan….Dadah yang mulanya digelar Adam kini bertukar menjadi Ecstasy.

Menjelang lewat 80-an, istilah "rave"- yang berasal dari Perancis, " menunjukkan tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy -menyemarakkan satu budaya dadah dan muzik.

Di United Kingdom , 1988 pesta budaya ini dikenali sebagai Summer Kedua Cinta. Dilengkapi dengan MDMA, syurga kelab Ibiza menjadi tumpuan.

Party rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an – selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.

Kehadiran terhad kepada jemputan sahaja.

Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula  bagi melindungi daripada kehadiran pelawat yang tidak diingini. Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status “underground” di kalangan pengunjung konsert.

Selepas itu, satu budaya baru rave muzik menular apabila remaja mula meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini beroperasi secara underground mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave dikomersialkan secara meluas.

Dari 2008 dan 2011 muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend muzik baru kegilaan remaja dengan  DJ mendapat sambutan dan status sehangat artis pop dan rock. Ia benar-benar menjadi kegilaan para penggemar muzik di antara akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi Festival.

Hari ini, antara ciri-ciri konsert rave adalah yuran kemasukan yang tinggi. Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan kelam;bilik “chill” yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan berpesta tetapi selalunya disalahgunakan untuk perbuatan seks rambang.

Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA.

Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan untuk menguruskan hyperthermia dan dehidrasi; termasuk puting untuk mengelakkan gigi terkancing  dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya untuk meningkatkan kesan mengambil  MDMA.

'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti sebiasanya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi. Ia juga boleh menjadi lebih beberapa hari. Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar alkohol dan dadah.

Garis pemisah di antara konsert , parti dan konsert rave sering kabur. Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya pasti akan mendapat penerangan yang agak konsisten.

Menurut dari mereka yang hadir , pengalaman termasuk merasai rangsangan cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik , DJ dan dadah. Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali , tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert parti Rave yang ianya satu pra syarat untuk pengalaman yang amat merangsang secara maksima.

Dadah yang dijumpai di akan mengalami termasuk ganja, asid, GHB, ketamin , cendawan dan yang paling popular, Ecstasy, atau X.

Ada yang jenis hallucinogenics , seperti ketamin dan Ecstasy, yang kesan ini dipertingkatkan dengan lampu berkelip.

Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak ,tetapi konsert rave bagi mereka membawa kepada aspek kerohanian berpaksikan dadah, dan muzik.

Ia tidak sukar untuk memahami mengapa. "Rolling," istilah ravers bagi melambangkan suasana “high” atau khayal dengan keghairahan yang berpanjangan juga mendapat rangsangan dan galakkan rentak muzik yang berkumandang, dengan kemegahan lampu berwarna dan suasana yang puluhan ribu bersentuhan badan tidak mengenal jantina.

Dadah yang membuat muzik yang lebih baik dan begitu juga sebaliknya

Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka. Untuk durasi 6 – 8 jam apa-apa boleh berlaku.

Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa penonton yang didapati mengalami “overdose” arak dan dadah “rekreasi”. Adakah Malaysia yang berteraskan konsep 1 Malaysia akan membenarkan menularnya pengaruh sosial bebas ini?

Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?

Muzik budaya DJ juga berteraskan arak; dadah dan pil mengkhayalkan. Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi kebenaran untuk  di anjurkan di khalayak umum ?

Tambah pula  lagi dengan menggalakkan amalan minuman keras sambil berhibur di medan awam yang terbuka. Bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras?

Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya tidak sihat di kalangan muda-mudi generasi 1 Malaysia yang akan datang?



* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:47 PM | Show all posts
idiaz posted on 18-3-2014 08:03 PM
hukum hakam islam berputar antara dua saja...YA & BUKAN, HALAL & HARAM, BOLEH & TIDAK...apa saja y ...

aku dah lupa apa isunya.

tapi kalau betul ingatan aku pasal menghina agama kan?

aku bukan debat salah betul halal haram.

kenapa orang yang buat maksiat itu dikata menghina agama kalau dia tak pernah kata agama yang suruh. tentunya dia cuma ikut nafsu.

orang yang membunuh (contoh) secara tidak sah tapi mengatakan itu suruhan agama (whatever agama) bagi aku itulah yang menghina agama....



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:58 PM | Show all posts
putr@polo posted on 18-3-2014 09:31 PM
Budaya 'rave' cemar minda muda mudi

ALI RUSTAM KASSIM

inilah hakikatnya...

bs lah kalau sesapa kata its purely music sebab music jenis ini memang pasangannya adalah arak dan pil kuda..
heran camna pihak berkuasa luluskan konsert seperti ini.. mengambil kira whats at stake


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong update nama dadah terbaru ni
Yg aku baca depa sangkut amphetamine n methamphetamine
Depa ambil extacy + syabu

So tolong deh bagi nama dadah n kelompok dia (ATS)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 10:27 PM | Show all posts
oyah posted on 17-3-2014 05:36 PM
dengar crita dia dok update gmbar bajet inesen pulak, menyampah betol. pandai nasihat org guna has ...

sy dh baca mmg banyak giler kes tak puas hati dapat suar capuk haha..jgn beli lagi buat membazir aje..kain sesuai buat alas kaki masuk toilet aje..
duit nk refund punya susah. duit dh habis dia pi beli tiket nak party rave katanya hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:31 PM | Show all posts


only di negara islam malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:36 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 18-3-2014 10:31 PM
only di negara islam malaysia

ko dah tengok FB mereka yg meninggal tu?
aku malas nak komen banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:39 PM | Show all posts
choombee posted on 18-3-2014 10:27 PM
sy dh baca mmg banyak giler kes tak puas hati dapat suar capuk haha..jgn beli lagi buat membazir a ...

ye ke,, tu la tgh tnggu refund jugak ni. dah tak gamak nak munggu mcm pengemis pule nak beli seluar dr hijabster pegi rave. kakakaka... mesti ada kt thread instaseller tu bsepah pasal dia kan, sedih kejap oyah xdapat baca haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.773086 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list