|
[Tempatan]
Pesawat MH17 Terhempas V3 : Ketua pemberontak sudah hubungi Malaysia #1
[Copy link]
|
|
edee_91 posted on 20-7-2014 06:15 AM
twitter tweeter twitter tweeter twitter tweeter twitter tweeter twitter tweeter twitter tweeter twit ...
perli nampak?
|
|
|
|
|
|
|
|
kakigebang posted on 20-7-2014 04:08 AM
Kira dah pilih side masa obama dtg hari tu.. La ni big brade abg long kita US la..la ni kite tgh k ...
menarik idea u.... masa najib jumpa obama aritu, maybe ade jugak kemungkinan ;
1) msia dah take side? (ikut teori u abg long sedang menguji kesetiaan)
2) msia still kat tengah2 tp negara lain ingat msia dah take side?
3) US nak something dr msia tp msia xnak bagi/degil xnak take side ; so US gula2kan dengan visa msian-US tapi xjalan jugak so ugut pakai kekerasan (mh17)?
apekah pengakhiran love-hate relationship ini? erkk
|
|
|
|
|
|
|
|
theotherfriend posted on 20-7-2014 06:23 AM
Excuse me.
org UN pun donetskan ni x kasi masuk.
mrk mmg konsisten bengkeng ngan semua org, buka ...
Ignore je la keyboard warrior yg sekor tu.
ibarat anjing yg menyalak bukit. Fakta ke laut x kisah janji dpt menyalak bagai anjing kurap |
|
|
|
|
|
|
|
mitnick posted on 20-7-2014 07:43 AM
menarik idea u.... masa najib jumpa obama aritu, maybe ade jugak kemungkinan ;
1) msia dah take ...
Jgn lupa jgk Malaysia ada panda China.
Aku rasa semua ni ada kaitan dgn kuasa2 besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 20-7-2014 06:05 AM
kat awani ni tulis pemisah didakwa larikan 38 mayat mh17
kejadahnya amik mayat org???
nk wat lauk? ...
Alamak.sahih ke ni
|
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan posted on 20-7-2014 07:46 AM
Jgn lupa jgk Malaysia ada panda China.
Aku rasa semua ni ada kaitan dgn kuasa2 besar.
owh ye... terima kasih mengingatkan....
bab panda nie nak kne tambah dlm teori konspirasi
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa-rasa tragedi ni ada kaitan tak dengan Bank Brics? |
|
|
|
|
|
|
|
HangPC2 posted on 20-7-2014 06:30 AM
MH17 : Russian speaking Doctor to serve as translator for Malaysian team
ok, tak boroi2 semuanya. masih menunjukkan imej malaysia yg baik, as they are supposed to carry malaysia name too.
|
|
|
|
|
|
|
|
mitnick posted on 20-7-2014 06:16 AM
payah sbb local authority pon xde power kat negeri sendiri... kwsn tue pula puak pemisah yg berkua ...
dah tu caner la kannn...
doa2 moga depa leh masuk tempat kejadian...n bwk balik mana patut...
sedey
|
|
|
|
|
|
|
|
lizaliza posted on 20-7-2014 06:54 AM
Kemungkinan tak yg dicuri bukan mayat, tapi mangsa yg masih hidup, mungkin nyawa nyawa ikan
Agak2 ada yg hidup ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 19-7-2014 06:58 PM
Kenapa sukarkan siasatan? Kalo ko jadi puak pemisah tu, apa yang ko akan buat?
Kalau ko yang jadi puak pemisah, dan ko memang dah bersalah tembak jatuh pesawat awam, maka ko akan cuba hilangkan bukti-bukti yang menjurus kepada bukti kapal terbang itu ditembak oleh pihak pemisah...
Satu lagi, audio yang dikatakan dicipta awal sehari tu untuk kata palsu, adalah meragukan sebab boleh diedit untuk tuduh kata palsu. Adalah mustahil pihak kerajaan Ukraine boleh tembak tepat MH17 di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan tahu dengan tepat di mana pesawat itu akan jatuh. Dan mustahil boleh tahu sehari awal yang MH17 akan ada penumpang dari Indonesia yang bawa dokumen pasal University Thompson. It's too perfect to create such audio with such accurate information about MH17 one day berfore...
|
|
|
|
|
|
|
|
PM Belanda beri "amaran akhir" kepada Putin
Astro Awani | Kemas kini: Julai 20, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 20, 2014 07:30 MYT)
Mayat-mayat itu mesti diambil segera. Saya mahu tengok hasil, akses yang tidak terhalang dan pemulangan mangsa-mangsa itu," kata Mark Rutte.- EPA/BART MAAT
BELANDA: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan pengaruhnya dan melakukan "apa yang patut beliau lakukan" berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh Khamis lepas.
Dalam satu sidang media yang diadakan selepas menelefon Putin dari The Hague, Rutte berkata Putin "hanya ada satu peluang akhir" untuk menunjukkan beliau serius membantu pasukan penyelamat mengambil mayat mangsa nahas itu. "Suhu di sana 35 darjah selsius. Mayat-mayat itu mesti diambil segera. Saya mahu tengok hasil, akses yang tidak terhalang dan pemulangan mangsa-mangsa itu," katanya seperti dipetik oleh portal berita Dutch News.
Kenyataan Rutte itu dibuat selepas ada khabar pemberontak pro-Rusia memindahkan 38 mayat dari lokasi. Kerajaan Ukraine dalam satu kenyataan mendakwa pemberontak itu, dengan dibantu oleh Rusia, cuba memusnahkan bukti. Ukraine menuduh pesawat tersebut ditembak jatuh oleh pemberontak yang memperjuangkan kemerdekaan daripada negara itu. Kumpulan pemberontak yang didukung oleh Rusia itu sebaliknya menuduh tentera Ukraine bertanggungjawab.
Jijik
Sementara itu, Rutte menyifatkan tindakan pemberontak yang menguasai lokasi nahas termasuk menyelongkar barangan penumpang yang terkorban sebagai tingkah laku "yang menjijikkan".
Sebelum sidang media itu, Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans bertemu dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko di Kiev. Beliau memberitahu presiden itu, rakyat Belanda "marah dan berang" dengan berita bagaimana pemberontak memperlakukan mayat mangsa nahas itu.
"Apabila ada bukti, kami tidak akan berhenti sebelum mereka yang terlibat dibawa ke pengadilan. Bukan saja mereka yang melepaskan tembakan tetapi mereka yang membenarkan ini berlaku. "Saya fikir masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan usaha dalam hal ini," katanya seperti dipetik oleh Reuters.
Stesen penyiaran Nos pula melaporkan Poroschenko dalam reaksi balasnya memberitahu tindakan pemberontak tidak membenarkan penyiasat asing masuk ke zon nahas adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.
Puak pemberontak bagaimanapun menafikan mereka campur tangan dalam siasatan sebaliknya mengatakan sudah berjanji kepada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) bahawa mereka tidak akan menyentuh mayat atau serpihan pesawat.
Siap sedia
Sekurang-kurangnya pasukan petugas dari Belanda, Ukraine dan Malaysia sudah bersiap sedia untuk memulakan operasi di lokasi kejadian. Laporan juga menyebut pakar forensik dari Jerman dan Britain juga telah tiba di Ukraine.
Malaysia Airlines pada Sabtu mendedahkan senarai penuh penumpang dan anak kapal. Pesawat penerbangan MH17 itu membawa 298 orang dengan 193 daripadanya disahkan oleh Malaysia Airlines sebagai warga Belanda. "Saya fikir semua penduduk negara ini kenal siapa-siapa dalam pesawat itu, sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Daripada 193 warga Belanda itu, 80 daripadanya berumur di bawah 18 tahun. Daripada 80 orang itu, 23 daripadanya berumur di bawah 12 tahun dan 3 lagi bayi.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pm-belanda-beri-amaran-akhir-kepada-putin-40251?cp
Last edited by kazaraf on 20-7-2014 08:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|