CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-IIN

Afdlin Shauki Boikot #FFM28

[Copy link]
Post time 8-8-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 7-8-2016 08:18 PM
Orang dah lupa kot Bahasa Melayu tu Bahasa Kebangsaan...Festival Filem Malaysia tu festival kebangsa ...

Setuju...... isunya kena faham definisi BAHASA KEBANGSAAN menurut perlembagaan.... period
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 01:18 PM | Show all posts
izat123 replied at 6-8-2016 09:08 PM
Korang ni tak faham isu ke? Tak kisah lah filem afdlin sampah ke apa isu dia sekarang ffm divides du ...

Yup...second U
And we call the other races 'racist'
As small as pencalonan filem & muzik pun kita boleh divide the category
Ini MALAYSIA ok...everything berlandaskan MALAYSIA bukan MELAYU
Pelik betul syarat mesti 70% berbahasa melayu baru boleh bertanding masuk kategori utama
Tak selari dgn tagline FFM Filem Kita Wajah Kita
I would say Olabola memang filem kita
Very sad lah pemikiran org2 Melayu kita
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 01:41 PM | Show all posts
ada betulnya juga apa yg kedua2 pihak tu pertahankan...cuma ia lah skang ni seme benda dh jadi sensitif..


#pokemon_go_money_madness
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut d boikit pun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
SR4tahun replied at 7-8-2016 10:48 AM
Omjiiiiii remy ishakkkkk! Terbyg biceps triceps dia tarik layar kapaalllll

Setujukkkk!

Alang2 ty terbayang la beliau shirtless   (ampun, iouls bakal dilabel acik kempam mutiara bergetar kegersangan)
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 03:14 PM | Show all posts
brownstone replied at 7-8-2016 08:18 PM
Orang dah lupa kot Bahasa Melayu tu Bahasa Kebangsaan...Festival Filem Malaysia tu festival kebangsa ...



kalau ada filem kisah dayak ..dan bertutur bahasa dayak.atau bahasa iban..adakah akan di kategorikan filem bukan malaysia..???
sedangkan iban dan dayak tu adalah rakyat malaysia...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2016 03:15 PM | Show all posts
yeahhh..

boikot FFM..

mmg patut boikot
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:42 PM | Show all posts


bosan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 05:21 PM | Show all posts
KISAH PYANHABIB MENOLAK ANUGERAH FFM-6 (1986) DI DEPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.







Tan Sri SM Salem yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam APBH semalam telah berkata “ penyanyi baru jangan rasa hebat hanya dengan 2 atau 3 lagu popular, yang kamu menyanyi itu bukan lagu melayu kerana lagu melayu itu lembut bukan menyerit nyerit macam kamu ”

Selain dari Shaheizy Sam yang betul betul layak menerima anugerah boleh di katakan kesemua yang menerima anugerah pada malam semalah adalah semata mata popular di kalangan peminta mereka sendiri dan bukan kerana nilai seni yang ada pada mereka.

Adalah amat malang di Malaysia ini apabila istilah “artis” di salahgunakan dengan sewenang wenangnya kerana pengertian artis bagi rakyat Malaysia ialah penyanyi, pelakon walaupun mereka bukan di kalangan orang seni asalkan boleh menyanyi dan masuk TV terus mendapatkan gelaran artis.

Lalu mereka merasakan merekalah seninam walaupun semua lagu yang mereka nyanyikan bukan kata lagu malah lirik pun orang yang tuliskan dan lebih celaka lagi ada juga di kalangan mereka yang mengelar diri mereka ini seniman sanggup mencuri hasil ciptaan orang lain lalu di masukkan nama mereka.

Lalu aku teringat aku tentang bagaimana Pyanhabib Rahman seorang penyajak, pelakon, penulis lirik, pelukis pada satu ketika dulu pernah menolak anugerah yang di terimanya di hadapan Timbalan Perdana Menteri kerana prinsip seorang seniman walaupun beliau sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1986 dalam Festival Filem Malaysia ke 6 di mana beliau telah di calonkan sebagai penerima anugerah “pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

Sebenarnya aku sendiri pun Cuma hanya pernah mendengar cerita tapi tidak tahu akan cerita sebenar kerana masa ni aku baru darjah 6 sekolah atap maka aku telah bertanya terus dengannya dan di bawah adalah kisah sebenar apa yang telah berlaku.

Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).

Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!

Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...

Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.

Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.

Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.

Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.

Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.

Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.

Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.

Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba ?

Rupanya, Nasir Jani dan kawan-kawan meraikan gua bukan kerana gua menang award tetapi kerana tolak award, sebab?

Sebab filem KSJ rupanya ditolak saat akhir dan ia diumumkam di atas pentas. Patutlah gua ditunjuk menang award untuk Tsu Feh-Sofiah rupanya filem KSJ ditendang oleh panel saat akhir.

Gua yang tidak tahu apa-apa, panik tak sudah. Dan dua tiga hari hingga minggu.berikutnya gua kena bantai dek paper.

Mereka berkata, gua bikin antiklimak, gua bikin sabotaj, gua tak hormati majlis Melayu, tak hormati majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba dan bla bla bla ..

Kesah selanjutnya berlarutan hingga Nasir Jani mengamuk di Finas di tv, bertshirt fuck Mahathir malah hingga masuk penjara. Huhu!

Begitulah berprinsipnya perjuangan anak seni terdahulu kerana pada diri mereka ada nilai seorang seniman berbanding pada hari ini lawak tak berapa lawak macam Abam pun dan boleh dapat anugerah....


Sumber Cerita : Rosly Yusof & Pyanhabib


https://www.facebook.com/wargamiskinkotaII

https://www.facebook.com/pyanhabib.rahman







Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 09:14 PM | Show all posts
kita tunggguuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cite based on true story kt msia ni pyh sikit... Nnti ada isue waris keluarga failkan saman kpd penerbit... Tgok je la filem saloma tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
HangPC2 replied at 8-8-2016 05:21 PM
KISAH PYANHABIB MENOLAK ANUGERAH FFM-6 (1986) DI DEPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.



Wow, berprinsipnya Pyanhabib...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:15 AM | Show all posts
SR4tahun replied at 7-8-2016 03:19 AM
Bila lah filem malaysia nak jadi awesome mcm filem indonesia kan. Tak hantu mesti pasal rempit la ma ...

filem indo memang best kan? walau ada juga cerita bongok membirah melampau.

tapi sinematografi, skrip dan artistik dia tu lain. mungkin jiwa emosional dan cepat sentap orang Indo adalah punca nya.

tapi at least nampak la hasil pada filem mereka. kadang nangis tengok filem indo bukan sebab sedih, tapi sebab duk pikir kenapa la filem malaysia masih di tahap sampah. punca utama, i must say FINAS. penapis filem kau tu berkeladak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:48 AM | Show all posts
erm xde orang dalma perhaps
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:52 AM | Show all posts
haruslah replied at 7-8-2016 08:47 PM
Sape la nk tgk citer2 base on true story/biograpy/sejarah
Kalo ade pon nnt dipolitikkn...tannda p ...

bayar tiket mahal - mahal org nk entertainment, so kalau tengok citer bio & epic ni citer serius jd baik depa tengok citer yg boleh suka2 dan gelak2. pengarah dan produser kena belajar byk utk buat citer bio ni lebih disukai. mcm kat hollywoood kalau citer based on true story mmg sambutan hangat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:20 AM | Show all posts
hem filem malaysia agak ketinggalan.... kadang kadang pelik.. bila musim cite hantua...semua keluar hantu/.... bila moto keluar cite moto..... aduh..tak der versi lain ke nak buat... thailand citenya lagi bagus dari malaysia ...... menghasilkan filem or drama perlu ada ketelitian.... perlu ada seni... bukan tangkap siap...... kadang kadang tak boleh hadam cite.... balik balik cinta... cinta cinta..... cari lah kisah benar ..raeliti hidup.. bukan cita yg terlalu banyak angan angan..... huhhuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 11:29 AM | Show all posts
td terdengar kat radion org kat FFM kax dulik dgn yg boikot tu
dan atok ucup selam pun dah kata lps ni dia xnk invlove lg
dgn erti kata lain dia merajuk ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Moh noor kadir pun dah pulang balik dua trofi yang dia menang dalam plastik sampah sebagai tanda boikot

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Tidak berpuas hati keputusan Festival Filem Malaysia (FFM), Mohd Noor Kassim nekad memulangkan dua trofi yang dimenanginya beberapa tahun lalu.

Hadir berbaju T dan berseluar jeans, pemenang kategori “sinematografi terbaik” bagi filem-filem “Setem” dan “Hikayat Merong Mahawangsa” meneruskan niat membantah FFM
Mohd Noor memulangkan dua trofi yang dimenanginya pada 2009 dan  2011.

Sebaik selesai majlis Tanya Finas 2.0 di Platinum Sentral di sini malam tadi, beliau bergegas mendapatkan ketua pengarah Finas Datuk Kamil Othman untuk menghulurkan anugerah itu.

Ketika menyerahkan trofi itu, yang dibungkus dengan plastik sampah hitam, Mohd Noor kelihatan bercakap sesuatu kepada Kamil dalam pertemuan sepintas lalu itu.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/ ... thash.EqNw0taH.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cm jarum2 halus xnk bg jagat dan ola bola menang aja..
so nk filem cmne
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:14 PM | Show all posts
mels sokong Adlin ...
tapi meols lebih berkenan filem2 yang menyatukan semua bangsa tapi menggunakan BAHASA MALAYSIA ..

watak pun xmau yang typical .... abam kepam ensem jual yong tau fu ... jatuh cinta ... dengan adik kepam cantik jual nasi lemak ....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058512 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list