Dalam Al Quran Allah ada menerangkan mengenai matahari, bentuk mukabumi, peringkat kejadian manusia dan sebagainya lebih 1400 tahun lalu.
Saintis dahulu mendakwa bumi ini rata. tapi Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu menerangkan bahawa bumi ini sfera dan diperumpamakan sperti telur burung unta.
**Untuk lebih kefahaman, mohon rujuk tafsir dan ayat Al Quran**
Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. (Surah Luqman : 29)
"Memasukkan" di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba.
Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam.
(Surah Az-Zumar: 5)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.
Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;
(Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya)
(Surah An-Naazi 'aat: 30)
Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk "Geo-Spherical".
Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.
orang arab dari dulu kata maksudnya hamparan
cuma baru2 ni je ada saintis islam nak cover malu, dia keling2 maksud dahara tu, dapat la terjemahan jadi telur burung unta
dahawa tu dari dulu lagi orang terjemah sebagai ...
Kau tengok animation ni, macammana malam menutupi siang 2X. Dan siang kepada malam. Sebelah sini malam tutup siang, sebelah belakang siang tutup malam, ini memberi tahu/isyarat bumi ini bulat(sfera).
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam.
(Surah Az-Zumar: 5)
eh, mana ayat AQ kata bumi berbentuk sfera tu? ...
Sorrylah, aku cari tak jumpa, teory kata macam telur burung unta tu aku pun keliru(adakah betul atau tidak), tak ada pun ayat yang jelas. Jadi kesimpulannya bumi ini bulat, tetapi berpusing dalam bentuk sfera iaitu condong, dengan keadaan seolah... terkebawah sedikit dari garisan rata matahari.
Tak ada berkedut atau bergulung atau terlipat, atau terperenyuk. Bulat dan rata, tapi bagi bakteria.. confirm seekor bakteria akan kata permukaan bola bergunung-gunung. Sebab bakteria kecil/halus