|
Kes Pukul Budak Tahfiz 11 Tahun, Pembantu Warden Ditahan Reman 4 Hari
[Copy link]
|
|
Kenapa lambat parents tu bawa budak tu gi hospital..maybe still sempat selamatkan kaki budak tuh..
Pembantu warden tu patut dipenjarakan bertahun tahun...kerana dia budak ni jadi cacat seumur hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
xde ke rakaman cctv nak tgk jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je makpak bangang yang tak nak dengar rintihan anak ni. Bila anak mengadu tak mau dengar, cakap anak mengada la manja la padahal malas nak layan. Kang tukar sekolah nak pakai duit lagi. Sudah nya anak tersiksa mental fizikal duduk la kat sekolah terrorist macam tu.
Pulak tu baca paper tadi kata warden tu bekas banduan kan kes mencuri. Bagus sangat la bekas banduan di ambik jadi warden. Dasar sekolah nak untung hambat je memana manusia datang mintak keje dibuat jadi warden. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pun tak guna.. anak dah banyak kali merayu buat tak tahu.. hah sekarang bsedia lah nak urus anak kau mcm waktu dia masih bayi dulu.. bagus2 anak dah normal besar boleh berdikari..bila kena pukul awak tak layan ya..sekarang anak berak awak yg kena basuhkan..pity u.. #asalberanak |
|
|
|
|
|
|
|
Jorja replied at 26-4-2017 02:59 PM
Mak pun tak guna.. anak dah banyak kali merayu buat tak tahu.. hah sekarang bsedia lah nak urus anak ...
Budak ni dh meninggal pun kejap tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
inalillahiwainalilahirojiun. tempatkan lah dia disyurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian Online
Page Liked · 5 mins ·
PELAJAR madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, sebentar tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
inalillahiwainalilahirojiun...baru dengar berita sat nie meninggal pukul 2 tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah kesian nya baru baca berita budak tu dah meninggal dunia... inalillahiwainalilahirojiun
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiann sgttttt..
potong jerk kaki warden tu..melampau sgttt
|
|
|
|
|
|
|
|
Parents macam neh lar ai selalu cakap. Ngkau memburit jadi mesin buat hanak tak malas. Dah buat hanak kau malas nak dengar pula anak ngkau merengek. Sakit jiwa betul kau nehh. Haaa, neh memang ayat standet ai, yang. Bila ai membebellll
|
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 26-4-2017 03:03 PM
Betul ke?
Ya..pukul 2 lebih tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah meninggal dah budak tu.. Innalillah..
semoga tenang kamu di sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
"aku dulu2 kena pukul cikgu okayyy je sekarang"
"Budak2 sekarang manja, kena pukul sikit pun nak ngadu"
"Mak pak sekarang ni, anak kena jentik sikit pun nak buat laporan"
Mana pergi geng2 yang selalu cakap macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah... Tq... Moga keluarga arwah tabah n kuat hadapi ujian ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya mak bapak
Elok disula hidup2
Rela hati hulur anak kat makhluk gila
Atas alasan apa?
Nak masuk syurga?
Pompuan yg beranak kan si anak dgn si penderma sperma berdaftar termasuk makhluk2 tuhan yg bertopengkan agama tu layak dilanyak kedua-dua kaki mereka biarkan sampai kena potong... baru ada akal lekat kat kepala hotak masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru terbaca diari arwah adik thaqif ni
Ya allah sedihnya. Sampai berdoa moga Allah bukakan pintu hati parents dia utk kasi dia pindah. Cannot imagine tekanan yg die hadapi sepjg kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 26-4-2017 11:04 PM
Aku baru terbaca diari arwah adik thaqif ni
Ya allah sedihnya. Sampai berdoa moga Allah bukakan pi ...
kat mana baca diari arwah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 27-4-2017 12:34 AM
perkembangan terkini :
Jangan hukum pusat tahfiz, biar pihak berkuasa tentukan
MOHD. Gaddafi Mat Karim (kanan) berbicara dengan Perdana Menteri semasa lawatan Asyraf Wajdi Dusuki di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Johor, pukul 8.20 malam tadi. - UTUSAN ONLINE
JOHOR BAHRU 26 April - Masyarakat diminta tidak menghukum pusat tahfiz berhubung kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi, 11, selagi tiada bukti kukuh berkenaan kejadian itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka juga tidak wajar membuat sebarang spekulasi yang boleh mencemar institusi berkenaan.
“Adalah tidak adil untuk kita menghukum mana-mana pihak, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pukul 8.20 malam ini.
Asyraf Wajdi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu segala bentuk bantuan dan keperluan untuk keluarga Mohamad Thaqif Amin.
Semasa lawatan tersebut, bapa mangsa, Mohd. Gaddafi Mat Karim, 43, diberikan peluang bercakap dengan Najib di telefon selama kira-kira satu minit.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad.
Pelajar madrasah tahfiz swasta itu meninggal dunia pukul 2.05 petang tadi setelah dimasukkan ke wad HSI sejak 19 April lalu.
Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.
Ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.
Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Ulu Tiram pada 18 April lalu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 74278#ixzz4fNEwy4op
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
| |
|