CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Suami Isteri Mati Terbakar, Hajat Bersanding Bulan Depan Tak Kesampaian

[Copy link]
Post time 29-1-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la bahaya terbesar guna grill, umah asian kne cri jalan lain utk keselamatan. Invest byk sikit dekat doors and windows tu. Byk cara nk deter penceroboh ni. Gril pon byk kene kopak klu guna mild steel nipis tu. Ni dok apartment level 38 pon gigih letak grill. Obsession terhadap grill ni perlu dihentikan.

Semoga arwah2 ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikH replied at 29-1-2019 06:18 PM
Abang kawan sekolah menengah saya ni. Dia share dalam whatsapp group, tapi kami tak tanya lebih2 l ...

Betul ke katanya arwah ni mati meninggalkan balu
Yg meninggal bersama ni no 2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes bunuh katanya ya, si isteri ade kesan hentakkan. Si suami lum siap bedah siasat
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-1-2019 07:46 PM
Kes bunuh katanya ya, si isteri ade kesan hentakkan. Si suami lum siap bedah siasat

Sumber dari mana sis? Dok cari macam tak banyak coverage pulak kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahiroji'un..salam takziah buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi waiina ilaihi rojiun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 29-1-2019 07:49 PM
Sumber dari mana sis? Dok cari macam tak banyak coverage pulak kes ni

Kat fb metro rasanya tadi iols baca. Baru gak update pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahiroji'un, cantik nya arwah bini nya.  Semoga semua ahli keluarga tabah dan kuat semangat dalam mengharungi ujian ini.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 29-1-2019 07:30 PM
Betul ke katanya arwah ni mati meninggalkan balu
Yg meninggal bersama ni no 2

Dah agak..mesti no 2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 08:41 PM | Show all posts
moonbug replied at 29-1-2019 07:49 PM
Sumber dari mana sis? Dok cari macam tak banyak coverage pulak kes ni

http://www.kosmo.com.my/negara/kehilangan-wan-baharul-nizam-dan-isteri-dirasai-keluarga-1.831818

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-1-2019 07:46 PM
Kes bunuh katanya ya, si isteri ade kesan hentakkan. Si suami lum siap bedah siasat

Macam kes ceo cradle fund pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 29-1-2019 07:30 PM
Betul ke katanya arwah ni mati meninggalkan balu
Yg meninggal bersama ni no 2

Muda2 lagi dah berbini dua?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bini 2 masa muda lar. Dah tua buatpe. Tkde sesiapa yg nak kuda semput
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-1-2019 09:07 PM
Muda2 lagi dah berbini dua?


Jodoh xmengenal usia
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:20 PM | Show all posts
umur dah 35 pun belum bersanding lagi?...

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikH replied at 29-1-2019 06:18 PM
Abang kawan sekolah menengah saya ni. Dia share dalam whatsapp group, tapi kami tak tanya lebih2 l ...

Terima kasih ye encik h...
Mesti dah ready semua...kad dah edar..jd majlis tahlil dan doa selamat la..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 10:32 PM | Show all posts
Kehilangan Wan Baharul Nizam dan isteri dirasai keluarga
KAMARUDIN HAMZAH
29 Januari 2019 6:42 PM



Siah (kanan) dan suami, Wan Bakar Wan Embong (kiri) menunjukkan dua replika kad pengenalan lama yang merupakan hadiah Wan Mohd. Baharul Nizam yang juga kakitangan JPN kepada mereka beberapa tahun lalu.

BESUT - Keluarga Wan Mohd. Baharul Nizam Wan Bakar, 35, yang maut bersama isterinya terkejut dengan kehilangan dua insan tersebut serentak secara tiba-tiba dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor semalam.

Ibu Wan Mohd. Baharul Nizam, Siah Mohamad, 65, berkata, mereka sekeluarga juga terkilan kejadian tragis itu berlaku terlalu hampir dengan majlis resepsi sebelah perempuan dan menyambut menantu yang dijadual berlangsung pada Ahad ini dan Rabu depan.


"Kali terakhir saya berhubung dengannya (Wan Mohd. Baharul Nizam) pada malam sebelum kejadian. Saya memintanya membeli pinggan berwarna putih di Ikea.

"Pinggan itu untuk mengisi lauk-pauk untuk kenduri menyambut menantu dia dan isterinya yang dijadual pada hari kedua Tahun Baru Cina ini.  Kebetulan kanopi dan tirai pelamin yang ditempah juga berwarna putih," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Felda Tenang, Hulu Besut dekat sini hari ini.

Siah berkata, Wan Mohd. Baharul Nizam yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik bernikah dengan isteri, Norwahidah Abdul Hamid, 28, pada akhir November lalu.

Ujarnya, pasangan suami isteri itu sepatutnya mula bercuti pada Sabtu lalu untuk menguruskan majlis resepsi kedua-dua belah pihak namun terpaksa menangguhkannya kerana tuntutan kerja masing-masing sebagai kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. - K! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:38 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 29-1-2019 09:14 PM
Nak bini 2 masa muda lar. Dah tua buatpe. Tkde sesiapa yg nak kuda semput

jantan akan start menggatal semula bila dah lewat 40an sebab masa tu kewangan dah makin selesa dan isteri dah makin kerepot.

kalau baru awal 30an dah gelenyar, masuk 40 nanti tak tau la apa jadi.


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis klasifikasi kes suami isteri mati dalam kebakaran sebagai kes bunuh
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Kes pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Sepang, semalam diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat

Beliau berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat mangsa wanita mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala.

“Berdasarkan keterangan ini dan beberapa keterangan yang diperoleh di tempat kejadian, kes diklasifikasikan semula sebagai bunuh. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata laporan bedah siasat terhadap mangsa lelaki bagaimanapun belum diperoleh.

Berikutan itu, polis kini masih dalam proses merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan, katanya.

Semalam, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, ditemukan mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista dekat sini.

Kedua-dua mereka adalah penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dalam kenyataan semalam dilapor berkata pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah itu yang berkunci dari dalam.

“Anggota bomba yang berjaya masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah itu, manakala mayat wanita itu ditemui ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar,” katanya.

Jurucakap bomba sebelum ini berkata Norwahidah maut di tempat kejadian manakala suaminya yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.13 tengah hari. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sewa kan? Siapa nk sewa lps ni ada berani ke duduk situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.063562 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list