CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] Korang mash ingat kes myvi racing di DUKE? 9 Mei keputusan hak penjagaan anak y

[Copy link]
Post time 25-3-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang driver2 tu dah 30 lebih yer umur. Ingat kan BBNU racing tengah malam. Apa lah umur dah 30 lebih bawak Myvi laju2 jantan betina ni dah kenapa. Gemuk2 pulak jantan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak2 ni. Sekarang ni makcik dia yang jaga kan. Harapnya ikhlas la jagaaa depa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau harta bapak budak ni.kalau faraid mungkin boleh dapat ke pakcik nya..tapi masalah nya duit derma tu bukan harta bapak budak tu.mana boleh faraid
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ejen insurans slalu sangat dok jaja cerita nasib malang waris idup melarat dibeban hutang, tiada pendapatan kalau tak beli insurans dari diorang

Kisah ni bagai satu iktibar..Awloh nak tunjuk  sepandai2 kita merancang insurans bagai belum tentu diagih / terbela nasib si waris.

Chill2 sudah kalau nak pasarkan insurans tu. Tak payah nak over sangatttt.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana aku baca dulu, pakcik yg songlap tu balas balik pada makcik yg bela tu,

Konon makcik tu pun hadap harta jugak, sebab dia sbnrnya tak dpt hak jagaan, tapi bising pasal duit derma etc hanya selepas bisnes dia bermasalah.

Kesian anak2 yatim piatu ni. Waris tak habis berbalah rebut harta yg sepatutnya hak anak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik yang jaga bebudak ni Datin kan

Macik ni yang banyak berkorban...nenek tu pulak sebelah arwah isteri kan

Keluarga arwah isteri tibai duit kwsp arwah...sikit pun tak bagi kat anak2...sebab tu mak ngah yang datin ni sanggup turun naik court tuntut hak bebudak nih

Nenek tu nak lepas diri trus rebut nak bela cucu

Gitewwww kannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. Kesiannya bdk2 ni.. Apa pon xphm lg bab2 harta ni.. Moga ade la yg ikhlas jaga anak2 ni.. Pakcik nye adik pd bapak bdk2 ni kan.. Gamak btl buat kat anak sedara sndr mcm ni.. Darah daging sndr.. Truknye perangai.. Moga cash laa kalau btl die rembat hak anak yatim
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 25-3-2019 11:35 PM
Macik yang jaga bebudak ni Datin kan

Macik ni yang banyak berkorban...nenek tu pulak sebelah arwa ...

Oo yeke.. So family dua2 belah problem la ni.. Weiii ape ni amek hak anak yatim..dose weiii.. Jahat btl diorg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa nya tak betul perangai dua2 belah family. Agak nya tak rapat dorang adik beradik masa hidup. Lepas mati budak nak campak kat mana tak tahu. Takda yang rapat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jennyrol replied at 25-3-2019 11:42 PM
Oo yeke.. So family dua2 belah problem la ni.. Weiii ape ni amek hak anak yatim..dose weiii.. Jaha ...

Iye dedua belah x betul

Yang belah arwah isteri...g kuarkan duit kwasp tanpa pengetahuan family arwah suami...banyak juga jumlah

Yang adik arwah suami pulak joli duit derma yang masuk akaun peribadi dia

Mak ngah datin tu kakak arwah suami yang susah payah fight dan bela dua badik nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
klau x silap waktu hangat kes pak sedara diorg ni songlap duit...mmg ade la interview dgn datin ni..
budak2 ni nmpak happy dgn mak sedara yg datin ni..lgpun diorg ade ank lebih kurang baya budak2 ni jugak..jd diorg suka dok umah datin ni..nmpak terjaga dan ceria la..
btw to pakcik n isteri tu....melingkup la kome mkn hrta ank yatim .boleh pulak bagi alasan duit da masuk akaun jd dia berhak guna ..mmg la berhak klau guna utk budak2 tu..itu amanah org kot..bukan utk buat grand wedding n guna untuk blnja suami isteri w
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
KENYATAAN RASMI
FAIZZNUR

Assalamualaikum w.b.t

Saya mengambil pendekatan ini untuk memberikan penjelasan mengenai sidang media yang dilakukan oleh kakak saya, Datin Yusnidah dan abang ipar saya, Dato Roslan, seterusnya ulasan yang dikeluarkan oleh netizen terhadap saya. Saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan dan sajian umum, tetapi melihat kepada tuntutan semasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang dirasakan terlampau berat dan apabila semua cerita yang diviralkan merujuk kepada sebelah pihak sahaja, memerlukan saya untuk tampil memberikan penjelasan. Namun saya tidak akan membuat kenyataan balas sidang media kerana kes ini masih berjalan di mahkamah dan tindakan membuat kenyataan balas tersebut adalah satu kesalahan yang menghina mahkamah (contempt of court).

Kemalangan yang meragut jiwa abang saya dan isterinya pada tanggal 2 May 2015, cukup memberi kesan yang amat mendalam kepada kami sekeluarga dan saya merupakan antara adik beradik yang paling rapat dengan arwah.

Setelah tersebarnya berita kemalangan tersebut, ramai rakyat Malaysia yang perihatin memberikan sumbangan ikhlas kepada Amira dan Aqila. Sepanjang arwah abang saya dan arwah isterinya masih hidup, mereka dan anak-anak tinggal bersama mak saya dan saya. Amira dan Aqila membesar bersama-sama saya kerana kami tinggal di rumah yang sama.

Arwah abang saya menjalankan perniagaan yang menguruskan permit dan visa dan saya menolong arwah abang saya menguruskan perniagaan tersebut. Arwah telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan legasi dan saya telah mengembangkan perniagaan tersebut.

Selepas pemergian arwah, Amira dan Aqila tinggal bersama saya dan mak saya. Selepas itu, kedua-dua keluarga disebelah pihak ayah dan ibu Amira dan Aqila telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Aqila.

Mak saya (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ayah mereka – arwah abang saya) meminta izin Pn Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ibu – arwah kakak ipar saya) untuk menjaga dua anak ini dan mak saya ada menyatakan hasratnya untuk mempertanggungjawabkan penjagaan Amira dan Aqila bersama-sama Alang iatu abang no. 3 saya, kerana, Alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, dan kesemua anak-anak Alang cemerlang dalam bidang akademik dan ada yang menghafaz 30 juzuk al-quran dan isteri Alang juga ialah dua pupu kepada arwah ibu Amira dan Aqila. Kami sekeluarga amat mementingkan tentang hala tuju pendidikan yang terbaik untuk anak-anak ini.

Sewaktu perbincangan dijalankan, semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakak saya, Datin Yusnidah mengenai penjagaan Amira dan Aqila yang akan dijaga oleh Mak saya dan Alang serta isteri.

Namun, seminggu selepas pemergian arwah abang saya, Kakak saya, bertegas untuk membawa pulang kedua-dua anak ini ke rumah mereka. Apabila, kami sekeluarga (mak dan adik beradik yang lain) ingin membawa Amira dan Aqila pulang kepangkuan neneknya untuk dijaga bersama-sama Alang, kakak saya sering menyatakan alasan seperti membawa mereka berjalan-jalan, membawa berjumpa artis dan sebagainya.

Tidak lama selepas itu, mak saya jatuh sakit dan kakak saya Datin Yusnidah pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik-beradik yang lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqila dan mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada Kakak saya, Datin Yusnidah.

Pada ketika itu, Dato Roslan iaitu abang ipar saya, ada menelefon saya ada menyuruh saya untuk memberikan keseluruhan duit derma rakyat Malaysia kepadanya, untuk diuruskan memandangkan beliau sedang menjaga Amira dan Aqila pada waktu itu. Pada hemat saya dan adik-beradik lain ketika itu, kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara, dan saya hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (Yang masih lagi berjalan di mahkamah).

Pada tanggal Ogos 2015, sekali lagi kami kehilangan insan tersayang iaitu mak kami yang tercinta

Memandangkan usia kanak-kanak ini masih kecil, perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan urusan perbelanjaan Amira dan Aqila. Kami bersepakat adik beradik (kecuali kakak saya) perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa anak-anak tersebut.

Saya menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak saya yang hanya RM12,000 diberikan.

Begini ceritanya.

Kakak saya meminta wang sebanyak RM12,000 daripada pemberian derma untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan arwah ibu, Amira dan Aqila), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqila dan kami adik beradik sepakat memberi kepadanya.

Tidak terhenti disitu sahaja.

Selepas itu, duit belanja Amira dan Aqila diberikan secara konsisten kepada Amira dan Aqila. Pemberian duit belanja ini ada direkodkan dan duit belanja yang diserahkan kepada kakak saya ditandatangani oleh kakak saya sendiri sebagai bukti penerimaan dengan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut.

Disamping itu juga, kakak saya Datin Yusnidah dan Dato Roslan ada membuat tuntutan lain di mahkamah termasuk tuntutan insurans peninggalan arwah, penjagaan anak, tuntutan nafkah, tuntutan faraid dan segala kes ini masih lagi berjalan di mahkamah dan tiada sebarang keputusan akhir lagi dibuat dan bertentangan seperti apa yang telah dihebohkan.

Mengenai tuntutan insurans, setelah perbincangan bersama peguam pemerhati Mr Leo, kami sekeluarga bersetuju (termasuk Datin Yusnidah), tuntutan insurans hanya akan dilakukan selepas perbicaraan kes MyV berakhir. Namun, selepas kakak saya, mendapat hak penjagaan sementara, dia telah bertindak membuat tuntuntan insurans peninggalan arwah Abang saya secara menerus, bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui oleh kami sekeluarga sebelum ini iaitu tuntutan insurans hanya akan dibuat selepas segala kes mahkamah selesai.

Mengenai isu mufti yang dibangkitkan, saya meminta maaf diatas salah faham yang ditimbulkan oleh Datin Yusnidah dan saya menafikan kenyataan tersebut kerana saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan.

Cukup lah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus dan rasional. Kerana itulah perkara ini selayaknya diadili oleh mahkamah yang mulia dan bertauliah, yang akan mendengar dan mengadili fakta dan bukti kedua belah pihak, dan saya tidak boleh diadili oleh mahkamah pendapat umum (court of public opinion).

Tambahan lagi kes ini melibatkan permasalahan keluarga dan hanya keluarga kami sahaja yang tahu segala kisah disebaliknya dan aib pelbagai pihak yang tidak perlu didedahkan.

Sebagai waris keluarga lelaki yang amat menyayangi Amira dan Aqila saya telah cuba untuk mempertahankan dan menjaga kebajikan mereka dan kami adik beradik yang lain sepakat menyokong Puan Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila – sebelah arwah ibu mereka) untuk menjaga Amira dan Aqila dan saya serta keluarga akan akur dengan segala keputusan mahkamah yang mulia demi memelihara masa depan dan kepentingan anak-anak ini.

Terima kasih Datin Yusnidah diatas keperihatinan anda menyelesaikan masalah keluarga dengan cara sebegini, secara terancang bersama-sama suami anda, Dato Roslan.

Along, Alang dan Adik(saya) hanya menjalankan tugas secara tegas.

Kini, segalanya sudah tercalar.

Maruah keluarga diruntun dan dipertontonkan secara terbuka.

Bukan ini yang Arwah Mak dan Arwah Uda inginkan.

Bukan ini ajaran Arwah Abah.

Bukan ini yang kita pinta.

Terima kasih.
Faizznur
23 Oktober 2016
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry ye driver myvi semua..bangang apa drive myvi..ko nak race pun gunala continental car..cikainya tahap kau..naik myvi pastu ada hati nak racing..ko ingat furious 9 ke nih?.ter emo rasa pagi2 ni..bila tgk muka si bangang2 yg drive n rasa bawak ferrari..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nafham replied at 26-3-2019 04:54 AM
KENYATAAN RASMI
FAIZZNUR


Xtahu sapa yg salah..kaka tuduh adik..adik tuduh kakak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 26-3-2019 07:21 AM
Jennyrol replied at 25-3-2019 11:40 PM
Allah.. Kesiannya bdk2 ni.. Apa pon xphm lg bab2 harta ni.. Moga ade la yg ikhlas jaga anak2 ni.. Pa ...


Yang akak tahu...ni kes pengalaman adik akak sendiri yg baru kematian suami lepas eksiden. ..mengikut mahkamah syariah, pembahagian harta dlm islam ni mcm ni...

Bila kematian suami. ..ni kes adik yg bukan mati dua2 mcm kes ni tapi hanya suami....disebabkan anak kesemua adalah perempuan. ..maka segala harta peninggalan suami kena difaraid kan ..iaitu diserahkan kepada seluruh ahli keluarga sebelah arwah suami untuk dibahagikan antara mereka oleh mahkamah setelah melalui pejabat tanah (pusaka kecil) dan lantikan peguam. ...setelah itu baru semua harta akan diberikan oleh family sebelah lelaki atas ihsan mereka sendiri sekiranya mereka mahu bagi. ..

Tapi kes topik ni kematian kedua2 ibu bapa. ..pelik juga sebelah pihak perempuan ada kuasa keluarkan.semua EPF arwah lelaki ...setahu kaka X boleh dikeluarkan sewenang2nya....dalam kes harta bapa. .keluarga sebelah lelaki terutama ahli lelaki yg lebih berkuasa dari perempuan kalau dalam sistem undang2 harta islam. ..knp keluarga sebelah arwah isteri ada kuasa keluarkan EPF. ..

Kes ni agak pelik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 25-3-2019 11:50 PM
Rupa nya tak betul perangai dua2 belah family. Agak nya tak rapat dorang adik beradik masa hidup. Le ...

Kesian diorang...aku yang dah besar panjang gedabak tua ni pun..pakcik makcik aku buat mcm anak sendiri...time2 cuti...hari raya ke wajib blik rumah diorang...macam kita balik rumah parents...still jaga aku n adik beradik walaupun kakak abg aki dah kawen beranak pinak..

Kejam gila tok nek pakcik makcik diorang. Masa retis2 dtg melawat dulu...masuk paper kemain pakcik dia yg ni...rasa nak tibai je muka sekor2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-3-2019 10:08 AM
Berapalah rakyat Malaysia derma kat depa hari tu...entah2 capai juta. ...tu yg rambang mata pakcik ...

ratus ribu rasanya... lebih kurang mcm tula mase kes hangat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
intanumbrella replied at 26-3-2019 08:16 AM
Kesian diorang...aku yang dah besar panjang gedabak tua ni pun..pakcik makcik aku buat mcm anak se ...

Tak.juga intan....sebab pasal duit ..pasal harta ni semua karektor boleh bertukar...percayalah ckp kaka. .hihi..

Ni terjadi kat keluarga arwah suami adik. ..terus gaduh2 dan berprasangka buruk bila bab duit .....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-3-2019 08:27 AM
Tak.juga intan....sebab pasal duit ..pasal harta ni semua karektor boleh bertukar...percayalah ckp ...

Alhamdulillah keluarga belah mak meols xgitu...tapi.......


Side mydad yes...sampai rumah pun terbahagi dua...sorang ambik part anjung...sorang ambik part dapur..kau rasa kak...padahal rumah tu duit arwah ayah i...tapi kitorang xde sebok2 pun nak tuntut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
intanumbrella replied at 26-3-2019 08:31 AM
Alhamdulillah keluarga belah mak meols xgitu...tapi.......



Kaka yakin semua bangsa manusia macam ni....asal nama manusia....cuma kita yg boleh kontrol diri kita dari perkara2 tamak haloba..dengki khianat ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078425 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list