Cadangan untuk membawa BTS membuat persembahan di Malaysia dibantah pelbagai pihak. Kredit foto: Carian Google
Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K-Pop, Bangtan Boys atau BTS bukan sahaja dikritik oleh penggiat seni tempatan malah turut menerima reaksi kurang menyenangkan daripada penggiat sukan peringkat akar umbi.
Seorang penggiat program pembangunan sukan renang remaja yang dikenali sebagai Arda kesal apabila Kementerian Belia dan Sukan seolah-olah memberi keutamaan kepada 'orang luar'.
Memetik status dalam laman Facebook miliknya, Arda turut menyifatkan perkembangan terbaharu itu menunjukkan keadaan menjadi semakin 'merepek' sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.
Dia turut menyarankan kepada Syed Saddiq supaya turun padang melawat programnya itu di Kampar, Perak serta berusaha untuk mengetengahkan perkara-perkara yang memberi sumbangan kepada negara.
Kredit foto: Facebook
Para netizen turut berkongsi pandangan serupa dengan menyifatkan usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa BTS itu sebagai tindakan yang tidak berfaedah serta membazirkan wang rakyat.
Kredit foto: Facebook
Malaysiakini pada 23 April melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan sedang berusaha BTS untuk membuat persembahan di negara ini tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Seperti yang diperjelaskan oleh Syed Saddiq, langkah membawa artis luar negara itu bukan bertujuan melalaikan generasi muda sebaliknya ia sepatutnya dilihat sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kredit foto: Carian Google
Walaupun menguntungkan, wajarkah artis K-Pop yang diketengahkan sebagai daya tarikan Tahun Melawat Malaysia 2020? -CARI
|