Post time 30-4-2019 06:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pasangan noh & nina ni antara yg meolz sentiasa doakan semoga deyol dikurniakan zuriat... walaupon meolz bukan kenal secara peribadi pon.... tp atas dasar insan gituhh
Post time 30-4-2019 06:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aduh, iolls fikir ivf tu mudah dan senang rupa2nya Sabarlah wahai penanti zuriat, Allah berikan pada masa yg tepat. Semoga ada rezeki kalian menimang cahaya mata
Post time 30-4-2019 07:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
whadda replied at 30-4-2019 12:54 PM
moga ade rezeki dikurniakan anak satu hari nanti.. iol tak suka bertanya kat kawan2 yg baru kawen se ...
Aku dulu mse kawin ngan arwah suami aku..org sume tya ble nk ad ank...11 thn aku kawin...skang ble aku kawin lain..bru 6bln..org tya jugak...hhmmm...sabo je la...
Post time 30-4-2019 07:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan Noh & Mizz Nina dan semua forumer yang menanti kehadiran cahaya mata. InsyaAllah teruskan berdoa dan berusaha semua.. jangan pernah putus harap
Post time 30-4-2019 08:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ceq pun bru th buat IVF treatment ni skit sbnrny...moga Allah perknankn doa2 psgn2 yg inginkn zuriat....ceq pun ad cousin yg msih blm dikurniakn zuriat....wlpun ceq xkhwin lg...ceq sllu trfikir klu tiba2 ceq dpt ujian sbgini....mrk yg diuji olh Allah S.W.T ni antr insan2 yg kuat dan tbh....
Post time 30-4-2019 09:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PERMAISURI AGONG LAMBANG KECEKALAN, KETABAHAN WANITA MALAYSIA
Kecekalan dan ketabahan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
Saerah Ali, 85, yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
"Keguguran pertama berlaku semasa kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.
"Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada 'the golden girls' tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai 'seorang yang aktif'.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Setiausaha Agung TAFF Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF telah 'melahirkan' 115 anak yang digelar baginda 'sebagai cucu baginda'.
" (Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
"TAFF adalah bukti sifat empati tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum," katanya.
Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk 'menggandakan' aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.
Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang Selasa lepas, mendirikan rumahtangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.
Pada 31 January 2019, rakyat Malaysia menyaksikan pengisytiharan Ketua Negara baharu apabila Sultan Abdullah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara.
Post time 30-4-2019 09:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia kuat... Allah sedang naik kan darjat nye tu...semoga dia sabar dan tabah. Xde rezeki anak sendiri tapi ada ramai budak2 Palestine yang dia jumpa dalam perjalanan dia tu.
Post time 30-4-2019 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jepp replied at 30-4-2019 01:04 PM
kaka juga belum dikurnia anak. dah 10 tahun 5 hari kawen.
dah 2 kali miscarriage. doakan kaka juga ...
insyaallah... ade rezeki Allah bg...
sbb tu iols benci penunggang agama mcm sohai kepamz.... confiden sembang cepat dpt anak tu sbb kahwin berkat bagai...,
Post time 30-4-2019 10:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
baru aku tahu ivf ni sakit rupanyaa. Ya Allah,x pernah ambil tahu. n aku pernah terfikir klau dlm masa 3 thn aku x dpt baby lg.. aku nk try ivf nie. tp bila baca & google majority ckp skit n kena prepare fizikal n mental aku dah mula nk berusaha semulajadi